Rizqin @ 11 bulan

Thursday, July 26, 2012

Salam semua

Hari ini 26 July 2012-genap Rizqin 11 bulan. Cepatnya masa berlalu, bulan depan dah nak masuk 1 tahun. Macam tak sangka mama dah nak ada anak bujang tang tang tang. Kalau tengok dia tido bila malam, rasa macam tak percaya rumah mama dah ada penyerinya. Rumah yang dulu sunyi. Bila balik kerja, mama terus terlentang atas sofa kepenatan. Sekarang semuanya berubah. Balik terus ke dapur. Masak & mandi kan Rizqin. Layan Rizqin main. Pujuk rizqin nangis. Sama-sama menjerit bila Rizqin cuba gigit mama. Ada teman berborak bila dalam kereta. Semua masalah hilang bila tengok senyuman anak mama tiap2 hari. Setiap hari ada saja benda baru yang dia nak buat. Rindunya kat sayang mama ni.

Perkembangan dia setakat ini :-

1) Sedang mencuba utk berdiri. Tengah2 merangkak tiba2 dia angkat punggung tinggi2. macam nak berdiri.

2) Nak mama selalu disisi. Mama tak boleh pergi bilik air, kedapur pun x boleh. Hanya boleh duduk depan TV sambil tengok2 dia main.

3) Mulut semakin riuh. Semalam keluar word "nan" "nan". Papa ingat nak mainan..so papa beli ultraman 5 orang..1 Mr blue,2 Mr black & 3 Mr Red hehehe.


4) Kuat mengigit. Pantang nampak peha,ibu jari kaki tangan dan lengan..mesti dia akan benamkan gigi dia.Hari2 nak asah gigi. Tapi sedih semalam dia kena gigit ngan kawan dia dekat nursery. Merah belakang dia. Budak lelaki tu besar dari dia.Nakal sikit. Kat nursery cikgunya kata dia tak gigit sape2. Dia baik.

5) Sudah pandai kunyah makanan. Mama bawa bekal ke nursery 4 biji pisang monyet (yg kecik2 tu)& buah betik dulu. Comel sangat tengok time dia kunyah pisang. gigit bukan main besar lagi. Nak bagi jagung kang tercekik pulak anak mama hehehe...
Nasi masih lagi blend. Makan nasi blend cepat sikit Nasi kasar2 ni dia banyak sepah kan je. Mengunyah pun lambat. Blend je cepat dia telan.

6) Dah pandai buat flying kiss. Bila mama say "i luv u" dia akan letak tangan kat mulut.

7) Pandai babai. Bukan main laju babai.

8) Pandai termenung..tiba2 termenung dlm keta. Panggil2 wat dek je..sabar jelah..ikut sapelah kuat berangan tu...

9) Pandai AMIIN. Time nak makan. Tadah tangan baca doa. Yg kelakar nya baru bismillah dah amin..amin dia dekat mulut bukan dekat muka hehehe...

10) Menjerit bila barang ditangan dia mama amik.

11) Suka buka katup almari. happy sangat klu dpt lepas ke dapur. Situ tempat dituju..



Ini saja perkembangan Rizqin buat masa ini.


Gambar budak baik...punya luas besar tempat duduk tu, nak jugak duduk menyelit kat lantai keta..Rizqin Rizqin...





1 comments:

nOe suhaimi said...

dah besar rizqin...dah pandai bawak kereta..hehehe

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...