Perkembangan Rizqin

Sunday, December 11, 2011

Assalammualaikum semua,

Rizqin hari ni dah 3bln 16hari, sekejap aje anak mama dah besar. Semalam bila masukkan Rizqin dalam baby carrier tengok2 kepala dan bahu dah lepas baby carrier tu, sebelum ni kepala pun nampak separuh je. Papa pun macam tak sangka cepatnya membesar. Hari-hari tengok macam tak ada perubahan.





Sekarang ni Rizqin dah mula rimbang-timbang badan nak menyarap setakat ni masih x berjaya lagi. Tido pun asyik sending ke kiri kejap kanan.

Kalau hisap susu, dah pandai pegang botol sendiri tapi masih tak berapa kemas. Pegang cuit2 aje. Lepas ni kalau dah pandai senanglah mama, tak perlu lagi nak tolong pegangkan, mama akan tengok aje. Tapi yang tak bestnya, Rizqin suka tolak-tolak botol susu tu, kenalah mama betulkan. Kadang-kadang datang rasa malas nak pegang, dua-dua tangan terdepang aje..banyak cantik muka, mama lah yang kena pegangkan. Lepas tu suka hisap susu main-main. Lambat betul susu nak habis. Dulu bukan main laju lagi dia hisap susu.sekejap aje abis. Sekarang hampir 20min baru settle. Letih betul mama menunggu, nak2 time 2-3pagi..huhuhu...nak buat macamana layan ajelah.

Rizqin Warded

Thursday, December 8, 2011

Rizqin, mama malas betul nak update blog Rizqin ni tapi hari ni mama cuba jugak update untuk kenangan Rizqin bila besar nanti. Mama cuba cari kekuatan untuk menulis.

27 Nov 2011, Hari ni awal muharam. Kahak di hidung Rizqin makin teruk sampai tahap berbunyi & Rizqin asyik terjaga2 malam tadi sebab tidak selesa. So mama & papa decide untuk bawa Rizqin ke Klinik. Cari punya cari, semua klinik tutup, maklumlah public holiday. Mama & Papa baru teringat Rizqin selalu sakit bila public holiday. Pusing punya pusing kat deretan kedai depan IOI tu , hanya satu aje klinik yang buka, klinik Pakar Kanak-kanak Ting. Dulu mama dah pernah bawa Rizqin ke klinik ni masa Rizqin 6hari, masa ni pun public holiday, service Dr ni memang tak memuaskan hati tapi kali ni mama terpaksa jugak bawa ke sini sbb klinik ni aje yang buka. Masuk aje ke klinik ni, Insurance Company Mama tak cover, so mama kena bayar cash. Mama diminta bawa Rizqin timbang & ukur berat..berat Rizqin dah 5.5kg. So Mama bawa Rizqin jumpa Doc, doc hanya membebel suruh mama bgtau company mama utk jadikan kliniknya panel.Lepas tu dia hanya check telinga & tekak Rizqin & suruh amik nebulizer tanpa ada consultation. Tak terangkan apa2apa pun kat mama tentang penyakit Rizqin. Sebenarnya kahak Rizqin ni mama pernah tanya dgn doc ni masa mula2 Rizqin dtg klinik ni..masa Rizqin 6 hari..masa tu doc tak bg ubat apa2 sbb masa kecil lagi.Dia suh balik je just amik darah untuk jaundice aje. Mama disuruh ke bilik belakang utk diberi gas dgn dibantu oleh pekerja klinik tu. Rizqin rileks aje tak macam anak org lain, meraung-raung bila kena gas. Bila dah lama tu baru Rizqin menangis. Agaknya pedih. Kesian anak mama, tapi mama terpaksa sbb itu aje cara nak legakan pernafasan Rizqin. Selesai saje..doc charge mama RM78. Dapat ubat cairkan kahak yg liquid & pil plus ubat batuk & selsema. Doc suruh datang lagi malam ni utk dimasukkan gas lagi sekali. Sekali amik gas kena charge RM18. Masa lalu bilik doc, mama tengok doc tengah bc paper..banyak senang hati doc ni..patutlah sekejap aje jumpanya tapi macamana pun, mama decide juga utk datang lagi mlm ni amik gas sbb dah tiada pilihan lagi. Demi kesihatan anak mama walaupun x puas hati. Dalam kereta mama membebel-bebellah dgn papa.

29 Nov 2011.
6:30 ptg, Rizqin ngan papa sampai opis mama. mama tengok Rizqin asyik muntah & tidak dapat menyusu. Hati mama pilu tengok keadaan Rizqin, muntah aje dari pukul 5:30 smpi kui 7 mlm..so smpi umah, mama decide untuk bawa Rizqin ke klinik kanak-kanak Tan di Klang. smpi sana dah pukul 8:45 malam, ramai sangat kanak-kanak yang sakit kat sana, semua orang tgk Rizqin, agaknya Rizqin comel kot. mama daftarkan rizqin, pembantu klinik tu cakap, nama Rizqin panjang sangat hehehe...papa biasalah suka kelentong pasai nama Rizqin...kononnya atok lelaki rizqin bg nama, itu sebab panjang padahal mama yg cari nama rizqin tu hehehe..Tiba giliran Rizqin, doc Tan bagi consultation tentang penyakit Rizqin, barulah mama rasa lega & tau tentang penyakit Rizqin.Puas hatilah kali ni berbanding dgn Doc Ting tu. Rizqin diberi gas, pembantu klinik tu yang buat, pastu diberi nebulizer, dia pam sekali je (yg mcm org asthma pakai tu) dan lepas tu doc buat suction utk keluarkan kahak dihidung & tekak dengan memasukkan dawai. Time ni papa keluar sbb tak sampai hati nak tengok. mama jugaklah yang terpaksa mengadap doc, hati memang sedih tapi mama terpaksa tahan jugak perasaan mama. hati mama dah kering dah nak menangis, janji anak mama sihat. Doc buat dgn laju so sekejap aje dah selesai.Rizqin menangis sekuat hati, meleleh-leleh air mata.
Kesian betul anak mama. Keluar bilik doc, papa pujuk Rizqin, semua orang tengok Rizqin menangis. Sakit ye sayang. Rizqin kena makan ubat time tu jugak & doc bagi surat refer ke HUKM utk warded.

12tengahmalam

Mama & papa bawa Rizqin ke HUKM, smpi sana dah hampir kui 1pagi. Pergi ke emergency department, mak aii punyalah ramai orang, macam siang hari. Kat kaunter tu tak ada sesiapa pun yang in-charge, kena menunggu dlm 10min. macamni ke emergency? Tak lama pastu Rizqin masuk ke bilik 1, jumpa nurse ke or MA mama pun tak tau.Dia check-check, tengok x demam. Memanglah anak mama tak demam, cuma ada kahak kat tekak je. Dia kata klu nak jumpa doc kena tunggu smpi pukul 5pagi sbb banyak kes yang lagi critical. So mama & papa decide untuk bawa balik Rizqin ke umah, Rizqin pun dah ngantuk lepas buang kahak kat klinik tadi.Cancel jumpa doc malam ni. Keadaan rizqin dah stable time ni.

29 Nov 2011

Pagi tu mama pergi semula klinik doc Tan & mintak refer ke Hospital Ampuan Rahimah. Lepas makan tengahari, terus ke hospital.Time tu dah pukul 1, terus ke emergency & pekerja kat kaunter pendaftaran suruh masuk ke unit asthma. Rizqin time ni sihatlah pulak, walaupun ada batuk sikit-sikit.lama juga nak tunggu giliran Rizqin. Yang bestnya anak mama ni cerdik, siap berlakon buat2 batuk, buat2 muntah..MA kat sebelah doctor tu siap dtg check lagi hehehe. Bila smpi giliran jumpa doc, rizqin buat2 batuk, pandai betul anak mama berlakon. Check punya check, doc suruh masuk wad untuk masukkan gas every 4 jam. Petang tu jugak Rizqin terus masuk wad. Wad tu panas, ada kipas siling & dinding aje. Rizqin dpt katil betul2 kat tgh, bawah kipas siling & dekat tingkap. Sampai wad terus tido,walaupun bising dengan tangis budak-budak lain, dia lena je tido. Tak lama lepas tu doc datang, utk ambil details pasai penyakit Rizqin. Pukul 4 petang, Rizqin tukar katil, duduk kat belah tepi sbb kat situ ada tempat utk amik nebulizer. Dapat katil no.9, pukul 5:30ptg, doc bagi nebulizer, mula2 rizqin main2, suka2..lepas tu apa lagi menangis ler..mungkin sbb pedih ataupun sbb bosan sgt..bilalah gas ni nak abis hehehe...Rizqin kena amik gas pukul 9:30 malam,pukul 1:30pagi,5:30pagi & last sekali 9:30pagi. Kesian Rizqin nangis2 sbb mama bagi gas kat rizqin..kacau tido rizqin. Esok pagi doc bagi rizqin keluar wad, sbb paru2 dah clear. Pagi tu jugak rizqin dah boleh gelak2, happy-happy. Seronok nak keluar hospital. Anak mama ni sakit-sakit pun boleh gelak lagi. happy baby hehehe..

Doa mama, cepat sihat nak! Kalau Rizqin sakit, mama susah hati, tak boleh nak pergi kerja & tak dapat nak belikan toys untuk Rizqin..

Kenduri doa selamat & pandai mengagah

17 Oct 2011

Hari yang ke 53 hari...atok buatkan kenduri "doa selamat" untuk dia...sempena kelahiran & lepas hari...rizqin pagi ni 7:30 dah bangun tido..lepas tu tak nangis..dah pandai senyum bila mama dia agah dia...cerdiknya dia..geram mama tengok dia...muka badan dah bulat bukan montel..bulat & padat saja...dah 2 hari tukar susu dari S26 ke Dumex Dugro...Rizqin tak serasi minum susu s26..asyik muntah & siap keluar ikut hidung..kadang2 sampai 1 jam baru dia boleh tido lepas minum susu...kasihan dia..susu yg dia muntahkan tu pulak panas aje...so atok decide untuk tukarkan susu..

Dah 2 hari ni so far, dia x muntah yg teruk & susu pun x panas,keluar dari hidung setitis aje...harap2 dia serasi dengan susu ni..kalau tak mama kena beli susu lain pulak... mama & atok mak dah boleh tido lena..klu tak start lahir, tiap2 mlm mama tak dpt tido..asyik bangun tengokkan dia..takut2 tersedak susu..

Rizqin, mama doa rizqin terus jadi anak yg ceria,bijak,soleh & cerdik...jangan melalak lagi ye sbb atok mak,atok ayah,cik ruzi & mama dah x larat nak pujuk rizqin...

Mama sayang rizqin..