Showing posts with label Kemas Rumah. Show all posts
Showing posts with label Kemas Rumah. Show all posts

Susun Atur : Mainan Anak

Wednesday, October 23, 2013

Assalammualaiikum w.b.t

Macammana korang simpan mainan anak yer...
Rizqin masa kecik2 dulu, banyak betul mainan yang papa dia beli. Hari2 ada aje mainan di bawa balik. Maklumlah bawah opis ada kedai mainan. Yg excited bapaknya bukan anaknya. Masa tu Rizqin bawah setahun, memang tak reti langsung pasai mainan. Sampaikan saya yg hangin sbb beli mainan utk budak2 2-3 tahun..takut tertelan component yg kecil2 tu.

Dulu saya masukkan semua mainan dalam box.
Macam kat bawah ni.


Mudah nak amik dan mudah jugak Rizqin sepahkan. Bila masuk bilik mesti dia nak bawa keluar kotak mainan ni. kemudian sepah2kan 1 rumah.

Jadinya, saya asingkan mainan ikut beberapa kategori.

kategori Kenderaan

Kategori soft toys

Kategori robot-robotan hehehe


Kemudian masukkan setiap mainan yg dah dikategorikan dlm 1 beg. labelkan beg mengikut kategori.





Masukkan beg2 tu dalam bakul coklat ni. Berguna bakul coklat ni. Jauh bakul ni beli kat padang besar sana tu hehehe....


Semua barang mainan dah ada rumah kecil dan rumah besar :-).
Tak ada guna byk box lagi.

Tapi sampai sekrg Rizqin tak tahu mana mainan dia. Saya sorok dalam bakul ni. Kalau dia tahu ada mainan dlm bakul ni...confirm 1 bakul ni dia angkut kuar kemudian sepah2 kan depan tv. 

Hampir sebulan...rahsia tak bocor lagi ni hehehe. Dia selalu nampak bakul ni tapi x tahu apa isi dalam nyer..

Hahaha Sori Rizqin...mama malas kemas mainan kamu. Sebab tu mama sorok.

Ni cara saya..anda bagaimana?

Cer share...

bye.




Susun Atur : Bilik Anak

Tuesday, October 22, 2013

Assalammualaikum semua....

Sudah lama tak update blog. Mood "M" selalu sangat datang bertandang.

Hari ni nak share pasai susunatur bilik Rizqin.

Bilik Rizqin ni kecil aje. Hanya muat tilam Queen dan tilem single, Kabinet baju. Oklah utk dia sorang. Luas bilik luas sepah. Kalau kecil ni kurang sikit sepahnya.

Ni gambar sebelum di susun atur. Saya letak menegak rak putih diatas tu sbb tak mahu Rizqin capai barang2 yg ada. Kipas pun sama tapi nampaknya dah tak praktikal sbb dia dah boleh tekan2 button kat kipas tu.

 Haruslah mama nya memikirkan kaedah lain pulak.


Makanya sehari sebelum balik kg ber Aidiladha...gigih mengemas bilik.





Saya mengiringkan pulak rak diatas tu...

 Kotak coklat saya isi kasut2 dia masa baby. Masih elok lagi.




Ada tempat letak CD (beli kat Daiso) dan tempat letak stationery Rizqin.




Bekas biru 3 layer tu ada segala mcm ubat,cotton button dan mcm2 lagi. Sebelahnya saya letakkan buku2 Rizqin.

Segala mcm perfume,Lotion,sikat Rizqin. Mama punya lotion Mustajab pun terselit sama kat situ..(tumpang).






 Kat dalam bakul biru ada bedak talcum, alas salin pampers dan botol spray). 
Saya letakkan dlm bakul bila nak salin pampers dia mlm2..terus grab aje..x perlu tercari2 satu2 brg. Sebelah tu febreze dan bekas isi Tuala muka dia.


 Layer bawah rak ni ada pampers yg dah siap disusun (senang nak amik).





Susun Atur dlm Almari. Dalam bakul biru ada Tuala mandi. Belakang tu ada Napkin dia.






Susun Atur baju tido,baju ke nursery.



Susun atur seluar pendek dan seluar pjg.








Sekarang ni hari2 dok nyorok dlm kabinet baju dia sebelum tido...

Main cak cak dgn mama & papa...

Layan ajelah.








Kemas Rumah : Part 2 : Laundry Room.

Monday, May 20, 2013

Salam semua...

Ni tambahan aje kerja2 mengemas rumah selepas balik kerja semalam...

Walaupun dah dikemas still rasa tak cukup kemas...jadinya saya ubah balik kedudukan barang2 yg nampak tak sesuai dimata saya...

Nak buat macam laundry room Iheart Organization tu rasanya perlukan kos yang  tinggi. Cukuplah sekadar nampak kemas dan semangat nak me "laundry" di sini..hehehe






Saya sangkutkan tudung saji disini sebab buat masa ni tak jumpa lagi idea mana nak letak tudung saji ni.

After

Penyapu disorok sebelah besen mandi anak.

Ini adalah barang2 yg berjaya saya sorokkan...baldi, besen dan pencedok sampah


Letakkan alas kaki dilantai depan mesin basuh.


Saya sebenarnya teringin nak tengok cara orang2 yang duduk di apartment ni, share tentang diorg susun atur laundry room...kalau ada..sila tinggalkan link.

Kemas Rumah : Part 1 : Laundry Room.

Sunday, May 19, 2013

Salam semua...

Citer pasai kemas rumah ni memang tak akan pernah abis. Pantang ada masa terluang, saya memang suka sangat mengemas rumah. Dah kemas, kemudian sendiri buat sepah. Tapi kadang2 papa dengan Rizqin yang jadi tukang sepah. Stress mama ni tau. Habit Rizqin sepahkan barang mainan. habit papa pulak letak beg dan kunci rumah atas meja makan. Beratus kali cakap dah tapi macam tu jugak perangainya. Last2 mama juga yang jadi tukang kemas.

Disebabkan sabtu baru ni kami tidak kemana2. So ada lah masa untuk masa mengemas rumah. Selepas selesai masak lunch dan breakfast untuk Rizqin & papa, dalam pukul 10 pagi. 

Ruang membasuh ni memang kecil aje untuk sebuah Apartment. Muat2 untuk letak mesin basuh dan sidai baju. Mesin basuh ni kedudukannya dah 5 tahun macam tu aje , dari start pindah smpilah ke hari ni. Cuma yang berubah barang2 yang dekat tepi tu aje. Kemas2 rasa serabut bila buka aje pintu dapur. nampak segala macam barang dengan baldi, penyapu sampah, sabunlah. Tu belum masuk periuk belanga lagi tu hehehe...

Before dikemas


Gambar periuk...serabut2




Barang2 : besen mandi Rizqin, lesung batu,rak pinggan, mcm2 lagilah....menyampah tengok

So 

Setelah di fikir2 rasanya2 eloklah kedudukan mesin basuh tu di alihkan. Dulu pernah nak alih tapi rasa berat pulak mesin basuh ni nak di gerakkan. Jadi impian nak ubah kedudukan mati terkubur. Kali ini cuba lagi, rasa ringan pulak. Terus alihakn tanpa pertolongan papa. Malas nak suruh papa. Nanti dia banyak tanya.

Langkah 1: kemaskan rak periuk

After :-

Asalnya rak ni untuk letak segala macam tepung dan biskut2. Nampak tak cantik bila letak bekas2 makanan jadi ideanya kita letak dekat luar dan susun periuk belanga disini.Periuk ni dulu kedudukannya di kabinet dapur. Bawah kabinet banyak sgt lipas, kadang nak guna periuk pun kena basuh banyak2 kali sebab geli. Idea terbaik letak aje periuk2 disini. Susun elok2 jadilah macam ni. Ada 2 periuk kena buang sbb dah tak elok. Ngamlah semua space dapat digunakan. Kiri kanan gantungkan kuali. Nampak lebih kemas.

Langkah 2 : Ubah kedudukan plastik sampah disebelah pintu. Supaya senang dicapai. Tak perlu jalan jauh.

After


Langkah ke 3 : Ubah kedudukan mesin basuh.

After :-


1. Kedudukan mesin dah berada ditengah. Sebelah pintu.
2. Ditepi mesin, saya sorokkan baldi, tong2 air , dynamo & softlan. Kurang sikit semak. 
3. Gantungkan besen dibesi tingkap bilik air. Letakkan hook, gantung aje.
4. Bawah tingkap, letakkan rak bertingkat. Dalam rak tu, saya letak sabun basuh serbuk.
Tingkat ke 2 dan ke ke 3, letakkan hanger.
5. Penyapu gantung dekat tingkap. Rasa mcm serabut, mungkin akan dialih kesebelah besen nanti.  Cecair pencuci cermin pun saya gantung disitu.
6. Bekas putih yang tergantung tu, saya isi hanger baju Rizqin dan penyepit baju.

Langkah ke 4 : Kemas para ( tak tahu nak letak nama apa..para ajelah)

Time ni papa datang membantu. Sebenarnya saya tak ada idea nak kemas para tu. Semua idea datang dari papa. Semua barang papa turunkan. Termasuklah surat khabar lama. Masa turunkan surat khabar, sambil tu papa membebel. "Nak buat apa paper lama ni? Menyemak aje" uik...dalam hati .."Papa ni nak tolong mengemas ke nak tolong membebel? " Layan je lah bebelannya sambil buat muka ketat. 

Rizqin time ni kat mana? dia pun sama sibuk menangis..nak tolong mengemas...kejap nak periuk kejap nak tupperware. Tak dapat meraung. Sama sibuk.

Mula2 , papa alihkan surat khabar. Kemudian turunkan rak2 pinggan. Tukarkan papan kepada alas putih tu (tak ingat apa nama daaa).
Kiri kanan dan belakang, letakkan kotak yang telah dipotong empat segi kemudian diikat guna cable tie. Cara ni saya memang tak pandai. Serah bulat2 pada papa. 

After :-



Keserabutan dah tak ada. Cuma kena tambah alas kaki bagi cun sikit lagi.

Part 1 : Laundry room settle. 

Next entry : Kitchen.