Rezeki Hari Raya-Nuffnang CPUV masuk lagi

Thursday, July 31, 2014

Selamat hari raya kawan2..

Alhamdulillah ..masuk lagi 2 CPUV dari Nuffnang dari Rakuten & Xperia...Ni rezeki hari raya nama nya.
Terima Kasih pada kawan2 yg berkunjung & klik iklan di blog ni bagi memenuhi tabung anak ku Rizqin Hazim.




Terima Kasih nuffnang & terima kasih pada Rakuten & Xperia.

Bye..
Esok nak gi raya pulak lepas 3 hari kena kerja....

Tahun ni kami Raya di Johor .

Wednesday, July 30, 2014

Selamat Hari Raya kawan2 semua dari Rizqin sefamily. Moga hubungan kita di alam maya ini berkekalan.Terima kasih kerana mengunjungi blog Rizqin.

Hari Sabtu, jam 10 pagi Rizqin bertolak balik ke kampung atok di Kota Tinggi. jalan smooth je...tiada jem langsung. Cuma ada masalah sikit dgn tayar kereta. Kami singgah di Air keroh, kebetulan ada kilang tayar dunlop tak jauh dari Zoo Air keroh tu. Betulkan balancing kereta dulu. rupanya sport rim bengkok. nasib tak mahal sangat bawah RM70 saje. Kami meneruskan perjalanan ke Johor. Cuaca elok. Kami sampai rumah atok lebih kurang pukul 7 malam. hampir2 nak berbuka.

Hari Ahad, aktiviti bersama family. Rizqin biasalah celik mata nak ke pantai aje kejanya..pagi2 dah mandi pantai. Puas hati dia dapat mandi pantai. Petang pula, aktiviti mendera papa. Apa lagi kalau bukan bakar ikan bakar. Bakar ikan pari & sotong kat belakang rumah..sotong & ikan pari fresh dari laut. Memang sedaplah berbuka dgn ikan bakar, sup daging & rendang kak Ina. Cicah dengan air asam Kak Jatt jalan bellamy. Masing2 makan sampai tergigit cili. Sekejap aje sotong bakar licin. pelahap semuanya hehehe.




Hari Raya Pertama.
Tahun ni semua ke tujuh2 adik beradik mama berhari raya bersama atok. Jarang2 dapat berkumpul bersama tapi tahun ni menjadi sejarah. Semua orang balik ke kampung atok mak dulu. Hari raya ke dua baru masing2 balik ke rumah mentua. So banyaklah Rizqin dapat collect duit raya tahun ni.

Tahun ni kami buat persiapan raya last minute. Hari Jumaat baru sibuk cari baju raya. So mama berbaju biru, papa baju melayu coklat & Rizqin berbaju melayu purple. Tak ni tema caca marba..sbb mood raya tak kunjung2 tiba. Kuih raya hanya beli maruku & bangkit kepala saje. Mama hanya buat biskut coklat chip saja. Rupanya bukan mama saje yg tak ada mood. Cik Ina pun sama. Cik Ina lagi dasyat hanya beli 1 jenis kuih raya sahaja..hahaha...Tak tahu kenapa tahun ni malas nak excited. takut jadi macam tahun lepas, keta problem terus tak dpt balik johor. Tu yg malas nak beria buat persiapan. Tiba masa sampai je di kampung. Alhamdulilah. Tahun ni tahun bersederhana. Baju Rizqin pun hanya ada beberapa pasang sahaja. Mama dalam pada tak beria, ada jugak 5 pasang baju kurung hahaha....1 pasang Mak Long bagi.Alhamdulilah murah rezeki mak long. Tah apa mimpi belikan mama baju Raya...rezeki jgn ditolak. 



Aktiviti dipagi raya memohon ampun dgn atok mak & atok ayah. kemudian memohon ampun dgn adik beradik. Keluarga makin besar. Anak2 buah pun dah besar2. Mama sampai terlupa nak mohon ampun dgn papa. Yang paling best. Gambar kami bertiga pun tak ada. Terlupa nak ambil.Balik2 mama amik gambar Rizqin & papa. Gambar mama hanya yg kat atas nilah satu2nya. Kesian.



Pagi raya pun Rizqin masih sibuk dgn tab nya. Anti sosial betul anak mama ni. Tak kisah orang kiri kanan.


Bertandang ke rumah nenek Yang. Rizqin jumpa kuih favourite dia. Kuih sarang semut. Tahun lepas mama buat kuih sarang semua, tak ada pulak dia beria nak makan. Tahun ni dekat sebalang kuih tu dia makan. Balik rumah atok, makan lagi kuih sarang semua atok mak. tahun depan, mama buat kuih sarang semut ya Rizqin.

Selesai berkunjung ke rumah atok2 sedara, kami balik rumah, tido kekenyangan. Rizqin pun sama. tertido sendiri. Keletihan. Pukul 3 ptg bangun, sbb sedara mara pulak berkunjung ke rumah atok. Apa lagi, collect duit raya lah Rizqin.

Pukul 6 petang, kami bermeeting si family di tepi pantai..tak abis2 citer bab bisnes...sampai meeting tepi pantai. Tahun ni semua berangan macam2. Macam2 projek nak buat.



Sampai ke malam pun tak abis citer pasai bisnes. Esok pagi2 buta dah nak balik kampung mentua masing2 pun x selesai2 citer pasai bisnes.

Rasa tak cukup masa yg ada, banyak yg tak selesai. Mama pun sama, dah nak balik pun sempat lagi promote simkad Tone excel. 2 kad terjual dlm masa 10 minit. Alhamdulilah. 

Sudah nak masuk kereta pun, sempat lagi jual Tepung Magik & Cheezy -sold out terus. Syukur.

Nilah cerita raya kami tahun ni.

Selamat hari Raya.
Maaf Zahir & Batin.
dari
Rizqin  & family.






Ikan Bakar Kak Jat Jalan Bellamy.

Sunday, July 13, 2014

Salam Ramadhan semua buat yang mengunjungi blog Rizqin Hazim...

Nak cerita Projek Ramadhan tahun 2014 ni...Tahun ni  kami buka bazaar ramadhan di Taman Andalas Klang. Setelah melalui pelbagai halangan dan rintangan dari segi pencarian tapak, modal, barang2 kelengkapan, pekerja dan mcm2 lagi. Akhirnya semuanya menjadi realiti.



Nilah dia gerai ikan bakar kami...kami menjual ikan bakar khas untuk orang2 klang yg berdekatan yang nak rasa ikan bakar & air asam "kak jat ikan bakar Jalan Bellamy". Nak datang KL jauh sangat kan so kami buka cawangan di Klang.

Alhamdulilah, sambutan amat mengalakkan..bagi yg dah rasa air asam kak Jat, mesti esoknya akan repeat order lagi. Tapi yang tak sedapnya bila ikan dari gerai lain tapi nak Air asam dari kami. So bagi yg berada di sekitar Klang, PJ,Banting...jomlah ke Bazaar Ramadhan Taman Andalas berdekatan Hospital Tuanku Ampuan rahimah, Klang.




Air Asam kak Jat adalah yg terbaik setakat ini, cubalah google "kak jat ikan bakar jalan bellamy, pasti ada feedback dari customer2 kami". Kak Jat ikan bakar dah beroperasi hampir 30tahun di belakang istana negara.



Rizqin teman papa menjual...dekat rumah pun dia berlakon konon2 menjual ikan bakar. siap ambil order air lagi hehehe...ciri2 usahawan sudah nampak di situ.



Saya jugak amik order utk kawan2 office seminggu sekali & dua kali. Kali pertama, 36 ikan diorder, tapi dapat supply 30 ekor sahaja. Puas hati bila kawan2 kata...nikmatnya bebuka dgn ikan bakar semlm...Insya Allah jumaat ni amik order lagi utk kwn2 opis.

Bagi yang nak merasa kehebatan "Air Asam Kak Jat" jomlah ke Taman Andalas Klang, cari bunting di atas ni...dekat situ ada 4 gerai ikan bakar..

Selamat berpuasa & selamat berbuka dgn Ikan Bakar kami :-)




Nuffnang - CPUV Waku Doki Campaign

Alhamdulillah , rupanya ada CPUV yang pertama utk bulan July ni baru masuk hari ni. Datangnya dari Waku Doki Campaign

Terima Kasih pada kawan2 yang jenguk2 blog rizqinhazim yang lama tak ber update ni. 

Terima Kasih banyak2 pada Nuffnang.



Nuffnang : CPUV Ikea June Sale campaigns

Sunday, July 6, 2014


Tadi check nuffnang, rupanya ada CPUV yang ketiga utk bulan June. Datangnya dari Ikea June Sale Campaigns. Alhamdulillah.

Campaigns ni masih lagi berlangsung. Terima Kasih pada kawan2 yang jenguk2 blog rizqinhazim yang lama tak ber update ni. 

Terima Kasih banyak2 pada Nuffnang.