Mari membaca

Monday, July 2, 2012

Salam semua...

Rizqin memang suka membaca. Tengoklah ni. Masa ni mama dekat dapur. Bila toleh tengok tengah khusyuk membelek buku Jawi. Kesian pulak. Mama nyer tak de masa nak mengajar dia membaca. Kerja rumah tak pernah surut. Papa pulak selalu tak ada kat rumah bila weekend. Masa rasa tak cukup 24jam. Bila ms nak siapkan semua kerja rumah, buat makanan dia, mandi kan dia, bagi makan dia. Segalanya mama kena buat. Stress nyer. Sekarang ni mama makan maggie jelah sebab dah x sempat nak masak utk diri sendiri.
Kalau papa baca tolonglah bantu mama ni. Kalau tak ada kerja jgn asyik nak keluar rumah. I'm tired ok. hasilnya papa gosoklah baju sendiri. Mama memang tak ada masa untuk itu. Kesian anak, baca buku sendiri2.Lari topik dah.Sesi luahan mama pulak..


Back to the story. Bila tengok dia baca buku sorang2 terus mama snap pic dia. Sebab comel sangat. Bila tengok pic ni kat opis. Rasa jam2 ni jugak nak balik rumah, riba dia & ajar dia membaca. Sorry Rizqin. Mama terlalu bz dgn urusan mencari rezeki. Sampai anak mama terabai. Mama akan cuba adakan masa utk ajar Rizqin membaca ok. Mama promise.


Belek2 buku tu. Dia suka tgk gambo warna warni. Bukan main laju dia selak.


Sambil2 tu tengok iklan kat TV kejap


Then continue baca buku.Kali ni baru betul baca buku. Kalau tak asyik baca terbalik je.


Baca buku rajin2 yer anak mama. nanti besar jadi orang pandai, orang berilmu pengetahuan. Berjaya dunia akhirat. Itu je bekalan yg mampu mama bagi untuk Rizqin.





2 comments:

h a p r a q said...

rajinnya rizqin baca buku...

rizqinhazim said...

Tengok pic yg last ni...sejuk hati mama...tak salah bertarung nyawa melahirkan kamu nak....

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...