Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK2014)

Monday, June 30, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Alhamdulilah, saya telah selamat menghadiri seminar IMKK pada 12-15 Jun 2014 Di MIECC, The mines. Bagi saya seminar ini memang berkesan dalam diri saya. Seminar ini betul2 membuka minda dan jiwa saya untuk mengenali Allah dengan lebih dekat, mengenali diri sendiri, orang2 terdekat dan keluarga kita. Untuk kita menjadi seorang usahawan yang bertaraf jutawan, kita perlu ada ilmu. Ilmu perlu dipelajari dari mentor yang telah berjaya. Untuk jadi usahawan yang berjaya kita perlu bersihkan kolam jiwa kita dari perkara2 negatif yang mana ianya boleh menghalang magnet rezeki kita.

Macamana saya boleh hadiri program ini?
Saya sebenarnya memang tak pernah hadir mana2 program Dr Azizan Osman (AO). Pernah saya daftar untuk seminar free di Shah Alam, tapi kerana beberapa sebab saya tak dapat hadir. 

Day 1 : Hari Pendaftaran.
Program bermula 2ptg hingga 11:30mlm.
Saya sampai disini pukul 12 tghari alone. Adik & abg tak sampai lagi.Terkejut saya tengok sebegini ramai orang yang hadir. Saya terus pergi ke kaunter pendaftaran utk ambil tag. Nasib tiket dah amik pada adik jam 10 pagi. So mudah nak daftar dulu. Masa pendaftaran kita di minta utk sign bebarapa aku janji yg saya ingat Antaranya :-
1. Handphone tak boleh berbunyi
2. Tiada rakaman video.



Dalam ribuan orang ni, rupanya jumlah yang hadir adalah 8000 orang. Datang dari seluruh negari. Ada yang saya jumpa dari Johor, Kedah, Terengganu. Yang paling saya pelik, bila saya perhatikan disekeliling, ada makcik pakcik yang dah umur 50-60 keatas ..Mereka datang semata2 untuk menunutut ilmu. Belum masuk lagi dah rasa semacam. Semangat yang memang luar biasa datang dari mereka ini semua.

2:15pm- Pintu dewan dibuka. Semua orang beratur dan berasak2. Sebenarnya tempat tu cukup sangat2 tapi tak tahulah saya kenapa perlu bertolak2. 

Sebaik saya dapat tempat duduk, saya dapat tempat di tengah2 dewan. Saya perhatikan mereka ini semua ada yang berdiri menari mengikut rentak muzik. Yang saya pelik berdiri bukan di atas lantai tapi di atas kerusi. Saya pun rasa mcm nak marah jugak sbb x nampak apa dihadapan. Masa Dr Azizan datang pun mereka masih di atas kerusi. Pelik sungguh pelik. Pelik rupanya bagi mereka yang pertama  kali datang seminar DAO tapi tak pelik bg mereka yang sudah biasa hadir. Di pertengahan program baru saya tahu kenapa mereka semua ni berdiri. Sungguh luar biasa. Kalau anda nak tahu, bgimana suasana disini, kena lah hadir ke IMKK.

hari pertama & kedua, DAO menekan tentang kolam jiwa. Kolam jiwa perlu dibersihkan terlebih dahulu. Barulah magnet2 kejayaan & kekayaan itu akan datang kemudian.

 Kemudian diterangkan tentang 6 magnet iaitu 
1. Magnet kebahagiaan
2.Tingkatkan tahap kesihatan
3.Tingkatkan tahap kewangan
4.Tingkatan Tahap kekayaan
5.Tingkatan tahap kejayaan 
6.Tingkatkan tahap keberkatan.

Hari pertama berakhir pada pukul 11:30mlm. Jem masa di parking hampir sejam memaksa saya kuar dr mines lebih kurang pukul 1 pagi. Bawa kereta sorang2 memang menakutkan tapi saya dah biasa. Laju jugak saya bawa nak cepat sampai ke rumah. 
Sesampai saya di Bukit Jalil kereta saya tiba2 tak boleh nak tekan minyak. Kebetulan masa tu naik bukit nasib saya laju & kenderaan tiada disebelah kiri. Sempat lagi saya ke kiri. Parking betul2 ditepi jalan. Tengok jam pukul 1.26pagi. Alhamdulilah, hp ada kredit, Call husband minta bantuan, husband jaga anak dan ada motor aje mcmana nak tolong saya. Anak pulak dah tido. Nak tak nak call adik & abang. Mereka ketika itu sudah pun berada di wangsamaju. Saya paksa mereka dtg ke bukit jalil, utk bantu saya. Hampir 40min saya menunggu, tiba2 ada kereta berhenti. Saya dah cuak takut org jahat. Saya duduk diam2 dlm kereta, tak kuar2. Mujur mamat ni baik, dia pun suh sy dok dlm, sementara di tgk apa kerosakan kereta saya. Saya hanya keluar dari kereta bila adik & abg dah makin dekat. Mereka cuba check kerosakan tapi masing2 memang tak berapa pakar. Kereta terpaksa ditolak ke petronas berhampiran. Saya dihtr oleh adik balik kerumah. Dalam kereta, kami teringat pesanan dari DAO pasai akujanji yg kami sain.
DAO kata kalau handphone bunyi pergi bayar RM50 utk sedekah, kalau tak bayar takut lagi banyak duit yg dikeluarkan kereta rosaklah blah blah blah. 
Rupanya sayalah org yang terpilih utk menerima ujian ini. Saya memang tak ingat pasai RM50 sedekah tu, apa yg saya simpulkan kata2 guru itu memang ada benarnya. Jangan melawan kata guru nanti tak berkat. Mungkin ini secara kebetulan hanya Allah yang tahu. Dia sudah mengatur segalanya. Tapi yang pasti IMKK mengajar saya berfikiran positif. Saya langsung tak rasa tension bila ujian kereta rosak ni berlaku pada saya. Saya redha. Segalanya dipermudahkan bila kolam jiwa kita clear & kita berfikiran positif.
Hari  pertama memang byk memberi saya pengajaran secara live mcmana nak positif. Tq Allah sebab memilih saya dan thank You DAO kerana ilmu yang bermanfaat ini.





Continue Day 2.