Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Kisah kegatalan rambut.

Monday, April 21, 2014

Salam semua...

Al-kisahnya dah 2 minggu kepala saya ni dok gatal aje..lain macam gatalnya...kejap kat belah kiri, kejap belah kanan kejap2 kang kat belah belakang kepala. Memang hidup x selesa gatal semcam je. Hari2 syampoo rambut tapi masih sama je gatal tu.. 

Rizqin pun sama ...asyik dok mengaru je..bila belek2 x nampak apa pun..dok fikir kelemumurlah..agaknya peluh tu sbb dia gatal..agaknya tak syampoo rambut ni..budak 2 tahun boleh ada jangkitan kelemumur ke???hehehe...tah apa2 omaknya ni...

Hari khamis lepas, masa nak gi solat tetiba terfikir eh tah2 ada kutu kot..teruslah bukak anak tudung kot2 ada kutu terlekat kat anak tudung. Sekali tengok confirm ada sekor mak kutu kat anak tudung...uwaaaa...kepala aku ada kutu rupanya....maklumlah dah lebih 30tahun tak pernah ada kutu..dulu2 masa sekolah rendah je ada kutu...patutlah gatal semcm aje. Dok mengaru kepala ajelah sampai ke balik keja.

Sampai rumah terus check kepala Rizqin...sekali nampak telur kutu daaaa...confirm pembawanya Rizqin. Ni mesti berjangkit dekat taska. Cari2 kutu tak jumpa pulak. Petang tu jagak pergi cari sikat kutu kat Mydin. Sampai rumah terus buat operasi mencari kutu. Sikat2 kat Rizqin x jumpa sekor pun. Bila sikat kat maknya ambik ko...ada 7 ekor mak2 kutu...tensionnya...patutlah gatai kemain...7 ekor campur yg letak kat anak tudung tu total 8 ekor...beranak pinak rupanya...sedap ko hisap darah mak yer....

Esoknya gatal lagi..tapi dah kurang ler...balik kerja pergi cari ubat kutu kat Gardian...terus je tanya ngan salesgirl tu ada tak ubat kutu. Siap mention utk anak..padahal utk omaknya...malu punya pasai...nak coverlah kononya...Kebetulan ubat kutu sedia ada kat atas kaunter farmasi tu aje. Terfikri lak "Eh sekrg ni musim jangkitan kutu ke..." hehehe...apa lagi teruslah ambil dan bayar. Harga mahal sikit..RM17.50..mak bajet RM15 aje ...tak kisah lah...janji kepala tak gatal lagi...


Inilah ubat kutu tu..siap dgn sikat sekali.

Sampai rumah terus lumur kepala rizqin, lumur sekali kepala maknya...ha amik ko kutu..siap ko...kerana ko kepala aku gatal. Sikat2 kepala Rizqin tak jumpa sekor pun, kepala maknya pun dah clear..x ada pun jumpa. Gatal tu dah kurang ler dari sebelum2 ni. Lega...

Dalam kotak tu dapat sikat sekali yer...sikat ni memang rapat2...sampaikan rambut berbuah pun boleh sangkut sekali. Last2 pakai sikat kutu plastik yg beli dari mydin tu aje. Lega tiada kutu dijumpai.hehehe


 Ni rupa budak kecik yg dah dilumur dgn ubat. Ubat ni tak de bau..cuma ianya mcm gel..melekit sikit. Pakai sikit je...tak perlu basuh kepala dulu. Ada instruction kat kotak tu..follow je.


Kejap je dah tercabut tuala atas kepala hehehe. Tak reti diam. 



Dah hilang tuala..Rambut Rizqin ni sikit..tu sbb kutu tak lekat..kutu singgah menetap kat kepala omaknya....

Kalau anak bawah 2 tahun, tak boleh guna yer ubat kutu ni...Rizqin dah 2 tahun 8 bulan..dah boleh guna cuma salesgirl tu cakap..seminggu guna sekali je.

Dah 3 hari ni tiada lagi kegatalan di rambut. Mak dah bebas kutu. Anak rileks je omaknya yg merana ada kutu..uwaaaaaa...

Biasalah dah jadi omak ni..maka kenalah hadapi masalah KUTU ni....semua mak2 yg ada anak akan melaluinya..tak sangka pulak aku pun terkena sekali.

Itu jelah kisah kutu...hehehe...KUTU jgn ko dtg lagi yer...







Kerja2 yg sudah selesai dan belum selesai sebelum menjelang HARI RAYA.

Monday, August 5, 2013

Salam semua...

Cepatnya masa berlalu, ramadhan dah nak ke penghujungnya....tahun ini tahun paling sibuk buat mama Rizqin. Sampaikan terawih pun banyak yang tak buat dari buat. Boleh dikategori kan tahun paling teruklah dalam sejarah hidup hehehe...

Tahun ni , mama sibuk dengan membuat kuih sendiri. Jangan tak tahu, mama ni tak pernah seumur hidup buat kuih sendiri. Tapi tahun ni, tetiba terajin nak membuat kuih. Walaupun tak banyak oleh kerana kekangan masa...tapi masih sempatlah menyiapkan 5 jenis kuih. 1 jenis semperit (yg panjang2 tu) -tak sempat raya, kuih dah abis. So yang tinggal 4 jenis sahaja.

1. Biskut bunga Dahlia
2. Biskut Sarang semut
3. Suji rainbow
4. Tat Kurma.


Ingat nak tambah lagi buat kuih raya, tapi masa sudah tak mengizinkan. nampaknya setakat ini sahajalah homemade biskut raya dari mama Rizqin :-)

Perkara ke 2  yang disibukkan, minggu ke 1 dan ke 2 adalah mengambil order kuih bangkit, kuih goyang dan kuih kapit.

Kuih Kapit yang nak di hantar ke customer. Dok kerana mengangkat balang kuih yang banyak ni, nampaknya lepas raya, mama kena pergi specialist. Backpain makin jadi teruk.

Kuih Kapit Strawbery. Mama jual jugak kuih kapit Asli, Coklat dan peanut butter.


 Kuih Goyang/Kuih Ros

 Kuih Bangkit Santan Gebu

Minggu ke 3 puasa, adalah minggu paling sibuk utk delivery kuih2 yg telah ditempah. Petang sabtu dan ahad, barulah sibuk shopping baju anak dan sendiri.

Disamping tu, sambil2 dok htr2 kuih org, mama amik kesempatan bermulut manis, menjual Tepung magik dan Mashed potato. Alhamdulilah tahun ni rezeki murah utk kami sekeluarga. Kuih kapit menerima tempahan sehingga lepas raya. Ni pun ramai yang tak dapat. Masing2 menunggu selepas raya.Mashed potato pun sama..letak aje stok terus clear.

Tepung Magik

Mashed potato

Hari ni minggu last utk kita pulang beraya, malam ni keja2 membasuh baju raya anak..tinggal sehari lagi nak balik, baru sibuk nak mendobi. Aduhai benar2 bz mama rizqin ni. Malam ni keja pack baju  separuh masuk dlm beg.  Mlm esok tinggal nak masukkan baju raya yg siap di cuci sahaja.

Di kesempatan ini, mama Rizqin ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada silent2 reader semua, blogger2 susun atur dan kepada semua yg membaca blog yg tak seberapa ini. Ampun maaf dipohon.

***Nota kaki.
Kalau ada sesiapa yang berminat dengan kuih kapit, Mashed potato dan Tepung Magik..silalah ke FB mama Rizqin.
https://www.facebook.com/auniariff


Mencari Ramli...Inikah ramli yang dicari?

Friday, June 21, 2013

Salam semua...

Teringat iklan soccer kids yang mencari Ramli tu....dekat rumah kami ni ada "Ramli" yang dicari....

Rizqin memang obses sangat dengan bola...kemana pergi pasti bola jugak yang dia minat nak main. Aritu pergi Mydin dia sibuk nak beli bola. Dia bawa bola tu sepanjang floor dengan harapan mama dia ni nak belikan....jawabnya tidak...sbb kat rumah memang dah banyak ball...

Petang jumaat lepas, kebetulan mama balik kerja awal..so dapatlah bawak dia ke playground. Dia main sekejap aje...lepas tu menonong2 berlari ke padang nak pergi tengok orang main futsal. Padahal futsal tu jauh hujung padang...dia redah aje..sambil tarik tangan mama ajak tengok orang main futsal. Terlalu obses dengan ball...jauh pun dekat dimata dia...








Satu2 nya budak kecil yang datang tengok...kalau boleh dia nak masuk dlm courts tu sekali. Minat sangat2.

Puas mama memujuk nak ajak balik...tetap tak mau.

Main suka2 boleh lah nak...jadi pemain bola sepak..mama tak mau.....

Minggu ni tak dapat nak bawak gi padang...sbb jerebu yang teruk sekarang ni....sedut udara pun bau asap....amat berbahaya utk Rizqin..so minggu ni kita dok dalam rumah jelah ye..tengok orang main ball dari dalam kereta aje...

Bila anak hisap jari kaki..

Thursday, March 21, 2013

Salam semua....

Sejak masuk umur 1 tahun 5 bulan, Rizqin dah pandai hisap ibu jari kaki. Tengah tengok tv sambil duduk atas sofa..tengok2 jari kaki dah masuk mulut. Seperti biasa, mama akan terjerit....jeritan mama tu bukan boleh stop kan habit terbaru Rizqin sebaliknya lagi kerap dibuatnya.

Sehinggalah semalam..dia buat lagi aktiviti hisap jari kaki ni. Mama pun bagitahulah papa, setelah sekian lama menyimpan rahsia aktiviti Rizqin ni...malas nak kecoh kat papa. Sebab aktiviti Rizqin ni dibuat bila dia teringat aje.

Mama pun bagitahu papa, tadi Rizqin hisap jari kaki. Reaksi papa.."ha Rizqin dah nak adik ke"?

Maka terhasillah dialog dibawah...

Papa :  Rizqin Rizqin..Rizqin nak adik ke?
Rizqin : Nak kakak...
Papa : Ha, nak kakak? kakak tak bolehlah adik boleh lah...
Rizqin : Nak kakak...

Kami pun tergelak macam nak rak...anak orang lain klu ditanya nak adik..mesti diorg jawab nak atau tak nak...tapi Rizqin ni jawapannya sebaliknya pulak....adoii...manalah nak cekau kakak utk Rizqin ni...hehehehe


Cikgu Rizqin Resign

Thursday, March 7, 2013

Salam...

Petang semalam, sesampai mama di nursery. Macam biasa Rizqin nak main2 dulu kat playground situ. Dia sibuk nak naik buai. Mama layan jelah. Cikgu dia ada kat buaian tu, tetiba cikgu dia cakap hari ni dia last kerja. Dia dua beradik yang jaga budak2 ni kat nursery ni. Kakaknya dapat kerja lain kat Banting dan dia sambung belajar kat Kolej. OMG, rasa terkejut sangat terus cakap kat cikgunya kenapa tak bagitahu awal2. Boleh bagi something. Cikgu dia cakap, semalam interview hari ni terus boleh start kerja. Terus yang jadi sebak mama nya bukan si Rizqin. Rizqin tahu apa. Dalam hati tak pelah mereka muda lagi, banyak lagi peluang lain yang menunggu di luar sana. Patah tumbuh hilang berganti.

Lepas borak2 & terus salam dengan kedua2 cikgu Rizqin. Ucap terima kasih sebab jaga Rizqin dengan baik. Sebenarnya banyak lagi nak cakap tapi rasa sebak pulak hati ni. Terus suruh Rizqin salam. Kang bukan cikgu yg menangis, mama pulak yang menangis. Terus blah & suruh Rizqin babai. Yang buat lagi sebak sebab cikgunya cakap "tak dapat nak tengok Rizqin pandai bercakap".

Salah satu sebab mama yang rasa sedih ni sebab cikgu dia ni baik. Selalu suapkan Rizqin makan. Petang2 bawa dia main kat playground ni.Dari Rizqin berusia 3 bulan yang terlentang aje smpi dah 1 tahun setengah sudah pandai berjalan, cakap sikit2. Sabar dan Rajin dia melayan Rizqin. Macam adik2 dia aje cara layanannya. Rizqin kadang panggil dia "mama". Kalau jatuh dibagitau. Kalau demam pun dibagitahu. Perkembangan anak dicerita. Itu yang mama rasa selesa dengan kedua beradik ni terutama dengan adik cikgu ni. Budi bahas apun baik. Emak dia pun ok. Diorg pernah datang rumah dulu.

Semalam cikgu yang kakak tu bagitahu, Rizqin senang nak jaga. Bagi susu terus masuk bilik. Siap tutup pintu bilik lagi.Lepas tu terus tido.

Adik cikgu ni selalu update & selalu bertanya, apa yang mama bekalkan untuk Rizqin. Dia rajin bertanya. Rajin update perkembangan Rizqin. Dia peramah. Marah2 tak ada. Sabar melayan semua budak2 ni. Patutlah budak2 ni nampak selesa dengan dia.


Bila orang layan anak kita dengan baik of course kita akan rasa sedih nak lepaskan orang tu kan. Life must go on. Mereka tu muda lagi baru 20 dan 19tahun. Banyak lagi peluang pekerjaan dalam hidup mereka. Untuk Rizqin Insya Allah dia akan dapat cikgu yang lagi baik.

All the best to both of you. Ada masa kita jumpa lagi.


Mamee Chef Perisa Tomyam

Thursday, February 21, 2013

Salam semua...

Tetiba entry pasai makanan pulak.

Sejak adanya mamee chef ni, hidup mama lagi bertambah senang. Kalau papa balik lambat, perut mama dah berkeriuk...jawapannya buka drawer, sambar mamee chef.


Inilah di amamee chef yang mama cakapkan tu...

Saja nak share, yang mamee ni buat hidup mama jadi mudah. Tak payah nak fikir nak masak apa. maklumlah sejak ada anak bertuah ni, hidup memang kelam kabut tiap petang. Baru nak kedapur, Rizqin dah melalak nak ajak duduk sekali tengok tv. Baru nak pegang bawang, dia dah hantuk kepala kat dinding untuk dapat perhatian mama. Sejak 3 hari ini pulak, dibantainya muntah kat sofa, gara2 tak dapat pergi dapur & gara2 nak ajak mama teman dia tengok tv. Minggu ni dia ingat balik taktik lama yang dia guna utk tarik perhatian mama. MUNTAH, lepas tu sapu2 muntah tu. Janganlah buat2 dek bila dia panggil..memang dia bagi kerjalah kat mama ni.

Atas sebab2 diatas, tak mahu anak melalak,tak mahu anak cedera hantuk kepala ke dinding, tak mahu tambah kerja lap muntah dia, maka jawapan terbaik adalah MAMEE CHEF.

Jerang air, biarkan ajer semua bahan2 sebati.Teman Rizqin tengok tv kejap. Tengok balik periuk..dah Ready untuk di ngap.

Mama suka sangat mamee chef ni sebab bila makan memang confirm tidak pening kepala. Dulu2 mama memang simpan stok maggie kari. Maggie kari ni mama memang tak tahan byk sgt ajinomoto kot. Masa nak makan memang sedap. Lepas makan, rasa pening semacam. So dalam seminggu ke dua minggu tu kadang adalah sekali baru makan. Tapi Mamee chef ni, tak de apa2 kesan lepas makan, tak de pening2, seminggu mama boleh makan sampai 4 bungkus. Suka sangat.

Rasanya macam makan mee tomyam kat kedai. Rasa tomyam yang memukau, rasa pedas yang terbaik. Ditambah dengan sayur,udang kering & ada daun kari lagi. Bau jadi lebih wangi.

Sudah tak susah hati sekarang, tak de makanan..makanlah mamee chef tomyam. Sedap....

Ni bukan iklan berbayar..saje nak share akan kesedapan mee segera ni....untuk orang yg suka tomyam atau alah ajinomoto..bolehlah try. Sekali cuba mesti nak berkali2.




Tempat makan terbaru Rizqin

Thursday, February 7, 2013

Salam semua....

Ayoyooo anak mama...tingginya makan...

Mulanya Rizqin makan kat lantai aje sambil tengok TV citer "hingga hujung nyawa"...
Masa iklan mama pergi dapur nak ambil kain lap lantai kat Sinki. Sekali tengok dia dah landing baik punya...atas sofa...aduhai...abis sofa mama kotor. Dah ler bertompok dengan susu sekarang tambah pulak 1 lagi tompok makanan.. Nasib baik makan angel hair aje. Kalau dia makan sup..mau mama meroyan dibuatnya. Suruh turun tak mau turun. Maka mama biarkan aje. Last2 dia turun sendiri makan atas tikar pulak. Beralih makan smpi 3 kali.




Muka tak bersalah..banyak cantik muka ko...

Pipi makan kepala pun makan sama
 

Mata kelain, tangan ke lain...


Tah apa dia tengok..sampai khusyuk gitu sekali


Makan tetap makan...bersepah2....makanan favourite dia angel hair bolognese

Mood kelaut

Sunday, February 3, 2013

Salam semua....

Mood memang kelaut. Mama malas betul nak update blog. Sekarang memang tak ada mood nak update blog, nak masak, nak basuh pinggan, nak kemas rumah. Semua perkara buat mama malas. Tak tahu kenapa terasa lemau sangat badan ni. Yang ada dalam kepala otak ni hanyalah perkataan "MALAS". Balik kerja hanya fikir nak berehat tanpa buat apa2 kerja rumah. Terasa penat seluruh anggota badan.

Balik kerja, mama masak ala kadar untuk Rizqin. kadang tumpang makan lauk Rizqin aje. Dulu bukan main rajin mama, sanggup masak apa sahaja utk anak mama ni. Sejak bab makan semua serah ke nursery ni bertambah2 malas mama. Dulu gigih bangun pagi2 buta buatkan breakfast dan lunch utk dibawa ke nursery. Macam2 menu. Sekarang tengok resepi pun tak mahu. balik2 masak sup2,singgang ikan. Paling malas buat spagheti aje.

Lepas Rizqin makan malam dan mandi. Dulu2 gigih mama ajar Alif baa Taa dan ajar baca buku. Paling malas buka VCD kat TV sambil ribakan Rizqin. Tapi sekarang MALAS lagi bertandang. Malam tadi lepas makan dan pakai baju. Dah wangi2 tu, Rizqin amiklah buku minta mama bacakan. Tapi mama boleh wat dek aje. Tepat pukul 9mlm, bawa masuk bilik. Rizqin masih pegang buku, siap belek2 buku tapi mama terus tutup lampu dan siap cakap...esok ajelah baca buku. Sekarang tido. Kesian sungguh Rizqin. Tak tahulah Rizqin kenapa dengan mama ni. Hari ni bila teringat terasa kesal di hati. Mama ignore kehendak Rizqin. Maafkan mama. Mama tak tahu apa terjadi dengan mama ni. Terasa badan tidak sihat. Malas sangat nak melayan kehendak anak. Rumah pun tak terurus.

Ada satu malam tu, papa penat2 balik2 kerja terus jahit seluar kot. Mama pun tak perasan apa yang dijahit. Seluar ke baju, sekali lalu je tengok papa tengah pegang benang & jarum dalam bilik. Terasa kesian pulak tapi mama lalu je tanpa jenguk dan tanya papa. Malas betul rasa nak amik tahu. Kenapa tah dengan mama ni.

Beberapa hari yg lepas, papa cakap kaki dia sakit. Tak boleh pijak. Mama ingat nak sapu minyak panas. Sudahnya mama terus masuk tido biarkan papa. Esoknya baru mama teringat. Selalu sangat mama terlupa tentang papa. Kesian papa. Tak tahulah kenapa, mama terlalu cepat lupa. Esoknya baru ingat. Kerap sangat begitu.Esoknya papa bagitahu mama, kaki dia bisa sgt malam tu sampai hati mama biarkan..hehehe..sori papa..memang terlupa sangat. Plus badan penat

Sambil tidokan Rizqin, mama pun tertido sama. Sedar2 sudah pukul 12malam. Time itu baru sibuk nak mengemas rumah. Dulu2 Rizqin lena sekejap, pukul 10mlm, gigih mama bangun dan kemas2 rumah. Sediakan menu untuk dimasak esok pagi. Banyaknya tenaga ketika itu. Sekarang Pukul 12 mlm baru terhegih2 nak mengemas rumah. Sekarang patutnya mama ada lebih masa dan tenaga sebab esoknya bangun pagi tidak perlu masak terus pergi kerja.Just perlu sediakan botol air dan botol susu ke nursery. Sudah senang disitu tapi kenapa  terasa letihnya seluruh anggota badan. Hari2 melalui rutin yang sama. Kekadang terasa nak berhenti kerja kerana nak bahagikan banyak masa untuk Rizqin. Tidak perlu memenatkan diri drive ke tempat kerja. Petang bekejar nak amik Rizqin. Lambat kena bayar OT pulak. Mama rasa penat badan & penat otak. Rasa nak rest sepanjang masa. Nak kata pembawakan budak..memang tak ler sebab tak ada isi pun.

Pergi kerja pun sekadar pergi kerja. Buat kerja tu buat tapi kadang terasa kosong. Apa kerja yang aku buat ni. Baru tengahari dah fikir nak balik amik Rizqin. Rindu kat Rizqin tapi bila balik Rizqin buat perangai mama mula fed up dan datanglah mood malas melayan Rizqin. 

Petang semalam pula, Rizqin tengok tv sorang2 sambil mama sibuk mengemas rak2 pinggan kat dapur. Tersadai Rizqin tepi dinding sambil tengok cerita apa tah. Yang pasti rancangan cina, siap ada nyanyi2, tepuk tangan. Ralit pulak dia nengok.. Kejap baring, kejap sadar kat sofa, kejap atas sofa, tepi dinding. Tapi mama biar kan aje. Nak amik gambo pun terasa malas. Mama sibuk nak siapkan kemas. Pertama kali mama tengok Rizqin diam dan kusyuk nengok tv mcm tu sekali. Citer apa pun mama malas nak amik tahu. Teruk betul mama. Kesian Rizqin.  Bila teringat rasa kesalnya hati biarkan Rizqin macam tu.

Mama tahu Rizqin nak mama teman tengok TV, Rizqin nak mama riba sambil baca Alif Baa Taa dan nyanyi Phonic song. Mama tahu Rizqin nak main Tab sambil belajar ABC. Tapi semua tu mama tak tahu kenapa mama malas nak layan. Maafkan mama Rizqin.

Malam tadi cuma buatkan air untuk papa. Papa kejut mama dan suruh makan nasi goreng yg papa beli. Masa tu dah pukul 1 pagi. Letihnya nak bangun. Sebab baru aje tido. Mama bangun dan makan. kesian papa balik2 langsung tak ada makanan sebaliknya papa pulak yg beli makanan utk mama. Yang bestnya papa ni, macammana lewat balik, mesti belikan makanan untuk mama sebab tahu dah mama ni memanjang malas masak hehehe...dulu2 balik keja tibai maggie. Sekarang dah ada mamee chef perasa tomyam. Lagilah malas. Pergi dapur cari mamee chef..rasanya mcm makan mee tomyam. Sedap betul. Makin malaslah jawabnya...

Mood rajin datang lah kembali. Mama perlukan mood rajin untuk uruskan Rizqin & papa juga diri sendiri.

Ya Allah kembalikan mood rajin ku....Tolong ya Allah. Aku tak mahu anak dan suami ku tersisih. Amin.

Ringan tulang or kena dera ?

Sunday, January 6, 2013

Salam semua....

Lihatlah aksi dibawah...








Aksi di atas adalah aksi ringan tulang Rizqin. Bukan mama yang suruh Rizqin buat yer tapi Rizqin sendiri yang willing nak tolong mama. Alhamdulilah...mama dah ada pembantu. Kurang 1 kerja mama..hehehe..TQ sayang sebab tolong mama...

Rizqin selalu tengok mama lap lantai lepas bagi dia makan. Sekali buat dia tengok aje. 2 kali buat dia menjerit2 nak buat jugak. Lepas2 tu mama bagi jelah kain bagi dia lap. Baru diam. Itulah makan bersepah2..kan dapat satu kerja. Harap berterusanlah ringan tulang Rizqin ni yer. Besar nanti boleh tolong sapu sampah & mop lantai pulak yer...besar sudah anak bujang mama ni..dah boleh disuruh.







Anak bapak vs Anak mama

Wednesday, January 2, 2013

Salam...

Anak bapak bila berjalan..Rizqin memang tak mahu mama dukung dia kalau gi jalan2.
Mama happylah sebab tak de payah nak mendukung. Tak larat. lagi pun mama memang ada masalah sakit belakang. Tak boleh angkat berat. Tq Rizqin sebab memahami masalah mama. Biar papa tak faham tapi Rizqin faham cukuplah. sob sob hehehehe...kurang sikit beban sakit mama ni.


Pic dekat KPMC


Tak tahu apa yang digelakkan dek 2 beranak ni sebab mama tengah tunggu nak ambil ubat Rizqin kat dalam.




Rizqin hanya jadi anak mama bila......

Time makan


Time sakit


Time tido


Time tengok tv dan hisap susu


Time belajar.



So the winner is MAMA lah sebab banyak masa Rizqin nak dengan mama...i luv u Rizqin..




Susunan tumbuh Gigi

Sunday, September 9, 2012

Salam semua..


Rizqin dalam proses nak tumbuh pasangan gigi ke 4. Patutlah asyik mengalir aja air liur dia. Sekarang dah ada 7 gigi. Gigi bawah belah kanan baru tumbuh. Tinggal yang belah kiri pulak keluar. Lepas ni tunggu gigi geraham dia keluar.

Lepas gigi geraham keluar, harap2 dia boleh makan makanan yang keras. Buat masa ni walaupun dah setahun, mama masih blend nasi dia sekali dengan lauk. Dia dah boleh makan bubur tanpa blend tapi kalau daging,udang tu potong kecik2 dia akan simpan dalam mulut banyak2 dan keluarkan semua sekali. So nak elakkan rumah bersepah. Baiklah mama blend kan sekali.

Sudah 7 batang gigi tumbuh, setakat ni dia tak ada pulak tak lena tido ketika gigi dia tumbuh. Rizqin memang anak yang strong. Dia akan menangis bila hidung tersumbat aje. Kalau gigi tumbuh tak de hal bagi dia. Tak ada lagi dia mengamuk tak tentu hal.

Walker Rizqin

Friday, June 22, 2012

Malam tadi, gigih memujuk papa rizqin belikan Rizqin walker. My first walker kat Jesco. Rizqin bila kat umah aje kerjanya menolak kerusi. Ada satu hari tu, dia jatuh terselit kat kaki kerusi. Apa lagi menangis lah. Nak belikan walker mcm tak sesuai utk dia. Mama ada review pasai walker ni kat entry sini. So mama decide belikan yang macam ni. Bukan main seronok lagi dia. Asyik keja menolak ajelah. Dah tak ada tolak2 kerusi lagi. Kurang pening mama. Kalau tak asyik risaukan dia aje.