{Sticky Post} Giveaway "Jom Menang Set Bekas Ikea!"

Sunday, June 30, 2013

Salam semua...

Tak abis2 lagi mama Rizqgin join Giveaway...Kali ni masih lagi Giveaway dari http://susunatursioca.blogspot.com/.

Seronok sebenarnya join giveway ni. Marilah join beramai2.


Mama Rizqin merupakan :-

Follower SusunAturSioca Yang Ke-18
Follower SiocaKecil Yang Ke-131
Follower KedaiSioca Yang Ke- 6





Syarat penyertaan:
1. Follow blog SusunAturSioca dan SiocaKecil dan KedaiSioca.
2. Entri tajuk suka hati - letak banner kat atas tu sahaja ke dalam entri - nyatakan dalam entri anda follower yang ke berapa bagi ketiga-tiga blog tersebut - gamkan sehingga GA tamat iaitu 30.06.13.
3. Kalau taknak buat entri pun boleh, cuma tepek banner kat sidebar dan komen di ruang komen entri ini anda follower ke berapa untuk ketiga-tiga blog tersebut.
4. Linkkan entri/blog anda tu ke entri ni dengan memasukkan nama dan url ke dalam widget di hujung entri ini.

Hadiah:
Set container Ikea bertutup hijau.

Tarikh GA:
01.06.2013 - 30.06.2013

Pemenang:
Dipilih berdasarkan pageviews tertinggi.


Ini Sticky post yer, Post terbaru ada dibawah.

Mencari Ramli...Inikah ramli yang dicari?

Friday, June 21, 2013

Salam semua...

Teringat iklan soccer kids yang mencari Ramli tu....dekat rumah kami ni ada "Ramli" yang dicari....

Rizqin memang obses sangat dengan bola...kemana pergi pasti bola jugak yang dia minat nak main. Aritu pergi Mydin dia sibuk nak beli bola. Dia bawa bola tu sepanjang floor dengan harapan mama dia ni nak belikan....jawabnya tidak...sbb kat rumah memang dah banyak ball...

Petang jumaat lepas, kebetulan mama balik kerja awal..so dapatlah bawak dia ke playground. Dia main sekejap aje...lepas tu menonong2 berlari ke padang nak pergi tengok orang main futsal. Padahal futsal tu jauh hujung padang...dia redah aje..sambil tarik tangan mama ajak tengok orang main futsal. Terlalu obses dengan ball...jauh pun dekat dimata dia...








Satu2 nya budak kecil yang datang tengok...kalau boleh dia nak masuk dlm courts tu sekali. Minat sangat2.

Puas mama memujuk nak ajak balik...tetap tak mau.

Main suka2 boleh lah nak...jadi pemain bola sepak..mama tak mau.....

Minggu ni tak dapat nak bawak gi padang...sbb jerebu yang teruk sekarang ni....sedut udara pun bau asap....amat berbahaya utk Rizqin..so minggu ni kita dok dalam rumah jelah ye..tengok orang main ball dari dalam kereta aje...

Abis tu...

Tuesday, June 11, 2013

Salam semua...

Ni buat kenangan mama dan papa...dailog bersama Rizqin...

Dailog 1 :
Situasi : Tengah syok main tab...

Papa : Rizqin papa nak pergi kerja ni. Nak cari duit untuk Rizqin. Rizqin kan nak pakai pampers, nak minum susu. Papa kena kerja...
Rizqin : sambil main tab menjawab.."abis cu..." (abis tu)
Papa : &%$#%...kurang asam nyer anak....ada ke dia jawab "abis tu"..macam suruh papa pergi sekarang aje....
Mama : apa lagi..pergilah keja hahahaha.....

Dailog 2 :
Situasi : Cubaan bukak pintu bilik

Rizqin : "tok" "tok" "tok" (ketuk pintu bilik)..kakak, kakak...'tok','tok'tok' kakak, kakak...
Papa : Rizqin, Rizqin mana ada kakak. Rizqin cuma ada mama & papa aje.
Rizqin : abis cu...(abis tu)
Papa : adoi sambil tepuk dahi...ya lah ye lah..nanti papa buatlah kakak hahaha....
Mama : ha padan muka....

Rizqin dah pandai bercakap sekarang....ada saje ayat yang melucukan kami dan buat kami gelak....pandai kenakan kami.





Susun Atur : Rak Barang

Thursday, June 6, 2013

Salam semua....

Kali ni nak cerita pasai susun atur dekat dapur...Ini bahagian dapur yang paling Rizqin suka...hari2 mesti nak melepak dekat sini...

Balik aje rumah, bukak peti ais...itu sebab klu tengok gambo tu...dua2 pintu peti ais tu dah kena lock...

Kalau tak dapat buka, dia akan kata "rosak". Bila peti ais dah rosak..dan pun singgah kat sebelah ler ...kat situ ada banyak benda yang boleh di buat serak.

Dulu2, saya letakkan tupperware ikea dekat situ, dalam tu ada tepung gandum, tepung custard dan pelbagai tepung. Kerja Rizqin punggah ke bawah. Kadang sampai berselerak tepung.So saya dapat idea untuk belikan bekas yang lebih besar, letakkan segala tupperware tepung tu dalam bekas biru macam bawah ni. Dia nak angkat pun fikir 5-6 kali.

 Sebelum


Rak 2 tingkat tu, beli kat Giant aje. Harga dalam RM29.90 masa promotion. Harga asal RM39.90 Kebetulan tinggal 1 aje. Memang rezeki saya. Lepas tu dah tak jumpa lagi rak ni. Asyik kehabisan stok aje. Kalau ada memang nak beli 1 lagi.

Oleh kerana, saya rasa tak kemas bahagian rak saya ni. Jadi gigih lagi kaki ni pergi ke Daiso utk cari bekas2 yang lebih sesuai. Maka dapatlah Bekas biru & putih tu.



Bahagian paling atas, disebelah kiri, segala jenis pasta. Ditengah2 tu pulak, dalam tupperware merah & biru saya letak susu & milo. Bekas pink tu gula.




Rak tengah pulak, sebelah kiri, segala jenis biskut dan maggi. Sebelah kanan pulak, segala jenis minuman (coffee,teh dll) yang belum dibuka.

Rak bawah, segala jenis tepung dan belah kanan tu, ada gula, agar2, kunyit dan mcm2 lagi (masa belum dibuka).

Dah macam kedai runcit pulak..hehehe...itu semua stok sebulan...







Terasa dinding tu kosong. Tiba2 teringat whiteboard beli masa zaman2 belajar kat U dulu. Masih elok lagi. Mulanya nak bagi Rizqin tulis. Tapi dia lebih berminat menulis dekat dinding. Dari terbiar baik lekatkan di sini. Kebetulan ada hook lebihan bilik Rizqin. Pinjam 2 nanti mama ganti balik ye nak :-).


Saya tak lebalkan setiap bekas tu sbb barang2 dalam tu memang dah nampak. Pandai2 cari hehehe...

Maka hasil ni jadilah begini. Whiteboard tu utk tulis menu harian utk isnin sampai khamis. Boleh jimatkan ruang otak saya. Kurang sikit berfikir pasai menu apa setiap petang. Semua menu dinner sudah di "list" kan.

Memang cukup berkesan, sebabnya menu semlm "kari ayam".Papa Rizqin, dah tahu dah menu utk hari tu kari ayam. So dia tak akan makan kat luar. Semalam dia jumpa kawan, so dia hanya order air sebab nak makan kari ayam isteri. Huhuhu...Lagi satu jimat suara nak menjawab soalan..hari ni masak apa? ha kan..segalanya nak jimat...teruk betul mama Rizqin ni.


Ini cara saya utk org yg tak ada kitchen kabinet lagi...anda bagaimana?











Cara Saya Simpan Ubat.

Tuesday, June 4, 2013

Salam semua...

Ubat...pasti ada di semua rumah. Bagaimana caranya untuk kita simpan ubat supaya selamat dari dicapai oleh anak-anak. 



Penyimpanan ubat adalah penting untuk :-

  •  Memudahkan mencari ubat jika dalam kecemasan atau boleh juga memudahkan kita ingat untuk mengambil ubat pada waktu yg betul

  • Penyimpanan ubat pada tempat yang betul juga boleh mengelakkan ubat cepat rosak

  • Meletakkan ubat jauh daripada kanak-kanak dan di tempat tinggi penting untuk mengelakkan anak kita termakan ubat yang boleh membahayakan

  • Mengelakkan kekeliruan untuk mengambil ubat apabila ubat diletakkan berselerak dan bercampur aduk



Bagaimana Cara Menyimpan Ubat Yang Betul :-


  • Jauhkan ubat dari kanak-kanak

  • Simpan ubat di tempat kering dan jauh dari panas/cahaya matahari.
  • Jangan Simpan kapsul dan tablet di dalam bilik air, berhampiran sinki dapur atau tempat lain yang lembap. Kepanasan atau kelembapan boleh merosakkan ubat. Jangan letak kapas  di dalam bekas ubat yang telah dibuka kerana ia boleh menyerap udara lembap ke dalam bekas ubat
  • Jangan simpan ubat dalam peti sejuk kecuali diarahkan.-ini ramai yang buat.

  • Jangan tinggalkan ubat anda di dalam kenderaan bagi jangkamasa yang lama.
  • Jangan simpan ubat yang telah tamat tarikh luput atau tidak diperlukan lagi. 

Sumber : http://www.mestiambiltahu.com.my/u6.cfm?key=article

Kena tengok betul2 arahan pada botol ubat :-


* Dingin beku - Simpan dalam suhu terkawal antara -20 darjah celsius hingga -10 darjah celsius

* Peti sejuk - Simpan dalam suhu terkawal antara 2 darjah celsius hingga 8 darjah celsius

* Tempat sejuk - Suhu di antara 8 darjah celsius hingga 15 darjah celsius

* Suhu bilik - Suhu antara 15 darjah celsius hingga 30 darjah celsius

* Hangat - Suhu antara 30 darjah celsius hingga 40 darjah celsius

* Panas - Suhu melebihi 40 darjah celsius


 
Dulu2 mama letak ubat Rizqin macam ni. Yang lebih 6 bulan pun masih simpan lagi.

Setelah di belek2...buang mana yang dah expired. Maka yang tinggal hanya ada beberapa botol ubat saja yang biasa digunakan. Punyalah banya ubat Rizqin kan. Mana taknya tiap2 bulan ada je sakitnya. Tapi sakit2 biasa je. Kata orang tua2 sakit nak belajar sesuatu. 

Mama punya rajin siap buat list date Rizqin sakit.



Masuk aje setahun, dah malas dah tulis. Biasalah anak sorang, rajin tu terlebih lah.

Hari tu pergi Daiso, saya rasa elok simpan ubat Rizqin dan ubat kami dalam bekas yang senang nampak dan bertutup. Senang nak cari ubat. Papa nak amik ubat pun senang.  

Maka gigihlah  mengasing yang expired dan tinggalkan yang 2-3 bulan saja. Dari banyak2 tu hanya tinggal 1 bekas aje.


Yang dalam botol2 ubat deman,batuk dan selsema Rizqin.Dalam paket tu ubat demam,selsema,sakit kepala kami. Dalam kotak kecil tu, paket2 air garam. Kotak oren tu, ubat batuk papa.


Ubat2 yang memang perlu aje saya simpan sekarang ni. Tak nak simpan banyak2 buat serabut dan takut tersalah bagi. Ubat2 ni semuanya bertarikh bulan 4 lepas dan awal bulan ni.


Dalam bekas biru ini, ada scott emulsion Rizqin, Madu Rizqin, Air Zam2 dan air penawar al-quran.


Letak di atas peti sejuk. Setakat ni masih tak jumpa idea nak simpan dekat mana. Di sini aje, tempat yang tinggi dan selamat dari dicapai anak. Saya letakkan di atas bekas lain (bawah tu bekas simpan kain lap2 tangan). Utk elakkan kepanasan peti sejuk.  Suami pun boleh nampak. Tak perlu nak terjerit2 tanya mana ubat. Jimat masa dan tenaga isteri.

Ini cara saya menyimpan ubat, anda bagaimana?