G.I.V.E.A.W.A.Y mommy & baby moments. by mommycha

Thursday, November 28, 2013

Assalammualaikum...

mommy&baby moments.

G.I.V.E.A.W.A.Y
by

Mama Rizqin memang suka sangat baca setiap entry mommycha ni sebab dia suka buat lawak. Kalau baca entry dia kalau tak gelak depan pc sorang2 memang tak sah. Ada je ayat dia buat org tak kering gusi. Pandai bercerita.

Bagi menyokong mommycha..Rizqin pun nak join sekaki lah.




Gambar ni di ambil ketika Rizqin mula dapat kaki. First time menjejakkan kaki di Istana Alam Shah 
 dan inilah satu2nya gambar Rizqin kiss saya. Gambar Rizqin dengan saya memang tak banyak. Dia sangat2 susah nak tengok camera. 

Moment yg memang x boleh dilupakan.

Bagi yg nak join ini detailsnya :-

Theme:

  • mommy&baby moments
  • tak kisah sama ada korang ade sweet, sour, pahit, kelat, sugarcandy, candycrush, scrumptious sugar moment bersama anak-anak tersayang.

How it work:
  • JOIN/FOLLOW blog mommycha dulu.
  • Buat satu entry paling ringkas mengenai gambar yang korang hantar. 
  • Ikut KREATIF/INOVATIF masing-masing.
  • Silalah letak link di entry anda mengenai GA ini.
  • Dalam gambar tu mesti ade gambar korang & anak masing-masing. 
  • SATU gambar sahaja, okeh?
  • Kalo anak orang lain dikira DISQUALIFIED hahahahaha!
  • Pastu tinggalkan jejak link entry dekat RUANGAN KOMEN sticky post ini.
  • Tarikh Tutup: 1.12.2013 (AHAD)

JOM JOIN RAMAI2.


Hari Deepavali : Menunaikan hajat Rizqin ke Masjid

Sunday, November 3, 2013

Salam semua...

Cuti deepavali mesti masing2 cuti panjang..bersambung dgn cuti 1 muharam. Kami tidak ke mana2 sebab bulan lepas sudah balik kampung di Johor.

Pagi hanya mengemas rumah dan melayan kerenah Rizqin. Petang menghantar Murtabak frozen,mashed potato dan cheezy sauce tempahan dari kawan di FB. Berjanji di Masjid Kinrara. 2:15pm janjinya.

Kebetulan tempat pertemuan di parking masjid. Sebaik masuk di perkarangan Masjid, Rizqin excited abis. "Mama mama Alahukbar mama.." "Mama, Allahu akbar". Selesai urusan jualan, saya decide utk bawa Rizqin masuk ke dlm masjid dan bersolat zohor sekali di situ. Ingatkan nak solat kat rumah saja tapi Rizqin nampaknya teringin sangat nak masuk masjid. So saya tunaikan hajatnya. Dia very2 excited. Pandang kipas, pandang tempat Quran. Dia sangat2 baik. Duduk dekat dengan mamanya aje tak pergi jauh.

  Seluar nasib baik bawah lutut hehehe







Balik dari masjid maka inilah hasilnya...



Yang jadi masalahnya, dia aje conquer sejadah tu. Mama nak solat pun dia tolak. Hampir 15 minit tunggu turn nak solat. hehehe

Insya Allah, lepas ni dah boleh bawa dia ke Masjid utk bersolat berjemaah.

Doakan mamanya terus istiqamah mendidik Rizqin.

Wasalam...