G.I.V.E.A.W.A.Y mommy & baby moments. by mommycha

Thursday, November 28, 2013

Assalammualaikum...

mommy&baby moments.

G.I.V.E.A.W.A.Y
by

Mama Rizqin memang suka sangat baca setiap entry mommycha ni sebab dia suka buat lawak. Kalau baca entry dia kalau tak gelak depan pc sorang2 memang tak sah. Ada je ayat dia buat org tak kering gusi. Pandai bercerita.

Bagi menyokong mommycha..Rizqin pun nak join sekaki lah.




Gambar ni di ambil ketika Rizqin mula dapat kaki. First time menjejakkan kaki di Istana Alam Shah 
 dan inilah satu2nya gambar Rizqin kiss saya. Gambar Rizqin dengan saya memang tak banyak. Dia sangat2 susah nak tengok camera. 

Moment yg memang x boleh dilupakan.

Bagi yg nak join ini detailsnya :-

Theme:

  • mommy&baby moments
  • tak kisah sama ada korang ade sweet, sour, pahit, kelat, sugarcandy, candycrush, scrumptious sugar moment bersama anak-anak tersayang.

How it work:
  • JOIN/FOLLOW blog mommycha dulu.
  • Buat satu entry paling ringkas mengenai gambar yang korang hantar. 
  • Ikut KREATIF/INOVATIF masing-masing.
  • Silalah letak link di entry anda mengenai GA ini.
  • Dalam gambar tu mesti ade gambar korang & anak masing-masing. 
  • SATU gambar sahaja, okeh?
  • Kalo anak orang lain dikira DISQUALIFIED hahahahaha!
  • Pastu tinggalkan jejak link entry dekat RUANGAN KOMEN sticky post ini.
  • Tarikh Tutup: 1.12.2013 (AHAD)

JOM JOIN RAMAI2.


Hari Deepavali : Menunaikan hajat Rizqin ke Masjid

Sunday, November 3, 2013

Salam semua...

Cuti deepavali mesti masing2 cuti panjang..bersambung dgn cuti 1 muharam. Kami tidak ke mana2 sebab bulan lepas sudah balik kampung di Johor.

Pagi hanya mengemas rumah dan melayan kerenah Rizqin. Petang menghantar Murtabak frozen,mashed potato dan cheezy sauce tempahan dari kawan di FB. Berjanji di Masjid Kinrara. 2:15pm janjinya.

Kebetulan tempat pertemuan di parking masjid. Sebaik masuk di perkarangan Masjid, Rizqin excited abis. "Mama mama Alahukbar mama.." "Mama, Allahu akbar". Selesai urusan jualan, saya decide utk bawa Rizqin masuk ke dlm masjid dan bersolat zohor sekali di situ. Ingatkan nak solat kat rumah saja tapi Rizqin nampaknya teringin sangat nak masuk masjid. So saya tunaikan hajatnya. Dia very2 excited. Pandang kipas, pandang tempat Quran. Dia sangat2 baik. Duduk dekat dengan mamanya aje tak pergi jauh.

  Seluar nasib baik bawah lutut hehehe







Balik dari masjid maka inilah hasilnya...



Yang jadi masalahnya, dia aje conquer sejadah tu. Mama nak solat pun dia tolak. Hampir 15 minit tunggu turn nak solat. hehehe

Insya Allah, lepas ni dah boleh bawa dia ke Masjid utk bersolat berjemaah.

Doakan mamanya terus istiqamah mendidik Rizqin.

Wasalam...


Didikan Anak : VCD Solat dan Adab dan doa

Thursday, October 24, 2013

Assalammualaikum w.b.t

Semalam VCD yang dah lama di idamkan dah pun sampai..Beli online hari Isnin, hari Rabu dah sampai.
Beli dekat SINI

Saya suka beli kat website ni sebab beli banyak mana pun harag pos tetap RM9. Sudah lama tak beli VCD utk Rizqin. Dulu2 beli VCD belajar mengaji. Ada di sharekan kat entry SINI.

Saya start ajar dia dengan flash card huruf hijaiyah ni start umur dia setahun. Mungkin terlewat dari anak2 org lain yg dah diajar seawal umur 6-8 bulan. Alhamdulilah, berkat sabar, berkat tak putus asa, walaupun saya pernah tak ajar dia 2-3 bulan sbb time tu dia sibuk dgn CD barney. Hari2 nak barney, langsung tak mahu tengok VCD ni. Hinggalah akhirnya dia teringat balik kat VCD ni..tup2 masuk umur 2 tahun , dia sudah kenal huruf2 hijaiyah. Pada mulanya tak percaya dia dah kenal..sbb saya ajar dia sebelum dia nak tido dalam 5 minit..sambil2 main aje. Satu hari tu, dia tengok ayat qursi yang saya tampal dekat almari. Tiba2 dia tunjuk dan sebut. "Ni Mim mama, Ni nun mama". Terkejut lah saya sbb betul2 tak sangka. Dengan hanya 5 min dan buka VCD aje. Dia dah kenal huruf. Sekarang 2 tahun 1 bulan, dia dah boleh melagukan huruf2 hijaiyah seperti dalam VCD tu dan kenal kesemua huruf2 tersebut.  

Saya sangat2 sarankan belilah VCD ni..bagus utk anak2 kita..bukan nak promote tapi benda baik apasalahnya di kongsikan.

Sekarang saya tengah ajar dia menghafal Al-Fatihah dan doa2 harian. Doa2 harian mcm doa makan, doa tido, doa naik kenderaan dia dah biasa dengar saya baca. Al-fatihah tu dia dah boleh ikut ayat yg last sekali..contoh macam "alamin, nirahim"..biasanya saya pasang mp3 al-fatihah kat hp time dlm kereta pergi dan balik nursery. Sama2 ikut baca. Target saya umur dia 3 tahun dia dah boleh baca fatihah dan 3 Qul. 4 surah ni pun dah cukup banyak bg saya. Harap2 tercapailah target saya ni.

Saya belikan VCD dibawah ni utk dia gunakan pendengaran dan penglihatan dia utk mudah kan lagi menghafal dan solat.



Sekarang ni lepas solat maghrib biasanya dia akan tarik japanese table dia utk dijadikan rehal dan amik buku Iqra utk mengaji. Habis menagji letak balik rehal bawah katil. Sekarang ni saya ajar dia dengan cara bertanya. Baca satu2 page memang dia tak mahu. Asyik keja menyelak aje. So saya tanya dia.."rizqin mana nun" nanti dia cari dan tunjuk. Begitulah utk huruf2 yg lain. 5 min setiap hari. Harap saya akan terus istiqamah mengajar permata hati yg sorang ni..


Susun Atur : Mainan Anak

Wednesday, October 23, 2013

Assalammualaiikum w.b.t

Macammana korang simpan mainan anak yer...
Rizqin masa kecik2 dulu, banyak betul mainan yang papa dia beli. Hari2 ada aje mainan di bawa balik. Maklumlah bawah opis ada kedai mainan. Yg excited bapaknya bukan anaknya. Masa tu Rizqin bawah setahun, memang tak reti langsung pasai mainan. Sampaikan saya yg hangin sbb beli mainan utk budak2 2-3 tahun..takut tertelan component yg kecil2 tu.

Dulu saya masukkan semua mainan dalam box.
Macam kat bawah ni.


Mudah nak amik dan mudah jugak Rizqin sepahkan. Bila masuk bilik mesti dia nak bawa keluar kotak mainan ni. kemudian sepah2kan 1 rumah.

Jadinya, saya asingkan mainan ikut beberapa kategori.

kategori Kenderaan

Kategori soft toys

Kategori robot-robotan hehehe


Kemudian masukkan setiap mainan yg dah dikategorikan dlm 1 beg. labelkan beg mengikut kategori.





Masukkan beg2 tu dalam bakul coklat ni. Berguna bakul coklat ni. Jauh bakul ni beli kat padang besar sana tu hehehe....


Semua barang mainan dah ada rumah kecil dan rumah besar :-).
Tak ada guna byk box lagi.

Tapi sampai sekrg Rizqin tak tahu mana mainan dia. Saya sorok dalam bakul ni. Kalau dia tahu ada mainan dlm bakul ni...confirm 1 bakul ni dia angkut kuar kemudian sepah2 kan depan tv. 

Hampir sebulan...rahsia tak bocor lagi ni hehehe. Dia selalu nampak bakul ni tapi x tahu apa isi dalam nyer..

Hahaha Sori Rizqin...mama malas kemas mainan kamu. Sebab tu mama sorok.

Ni cara saya..anda bagaimana?

Cer share...

bye.




Susun Atur : Bilik Anak

Tuesday, October 22, 2013

Assalammualaikum semua....

Sudah lama tak update blog. Mood "M" selalu sangat datang bertandang.

Hari ni nak share pasai susunatur bilik Rizqin.

Bilik Rizqin ni kecil aje. Hanya muat tilam Queen dan tilem single, Kabinet baju. Oklah utk dia sorang. Luas bilik luas sepah. Kalau kecil ni kurang sikit sepahnya.

Ni gambar sebelum di susun atur. Saya letak menegak rak putih diatas tu sbb tak mahu Rizqin capai barang2 yg ada. Kipas pun sama tapi nampaknya dah tak praktikal sbb dia dah boleh tekan2 button kat kipas tu.

 Haruslah mama nya memikirkan kaedah lain pulak.


Makanya sehari sebelum balik kg ber Aidiladha...gigih mengemas bilik.





Saya mengiringkan pulak rak diatas tu...

 Kotak coklat saya isi kasut2 dia masa baby. Masih elok lagi.




Ada tempat letak CD (beli kat Daiso) dan tempat letak stationery Rizqin.




Bekas biru 3 layer tu ada segala mcm ubat,cotton button dan mcm2 lagi. Sebelahnya saya letakkan buku2 Rizqin.

Segala mcm perfume,Lotion,sikat Rizqin. Mama punya lotion Mustajab pun terselit sama kat situ..(tumpang).






 Kat dalam bakul biru ada bedak talcum, alas salin pampers dan botol spray). 
Saya letakkan dlm bakul bila nak salin pampers dia mlm2..terus grab aje..x perlu tercari2 satu2 brg. Sebelah tu febreze dan bekas isi Tuala muka dia.


 Layer bawah rak ni ada pampers yg dah siap disusun (senang nak amik).





Susun Atur dlm Almari. Dalam bakul biru ada Tuala mandi. Belakang tu ada Napkin dia.






Susun Atur baju tido,baju ke nursery.



Susun atur seluar pendek dan seluar pjg.








Sekarang ni hari2 dok nyorok dlm kabinet baju dia sebelum tido...

Main cak cak dgn mama & papa...

Layan ajelah.








Susun Atur : Bilik Utama (Cadar,selimut & Tuala)

Thursday, September 26, 2013

Salam semua....

Ingat lagi entry semlm..?
Ha hari ni nak cerita pulak susun atur Cadar & Tuala.
Macam Fizah cerita dalam blog dia..




Saya simpan tuala,selimut dan cadar juga segala alas meja di dalam bakul ini. Tiap kali nak cari cadar, ya ampun seksa sangat ok. Kena tarik dari bawah meja solek tu bawak keluar, berat pulak tu.. pastu terbongkok2 nak cari cadar..terutama yg berada dibawah sekali. Kalau nak cepat tu, biasanya main tinggal kan mcm tu aje sbb malas nak susun semula. Tekan2 ke bawah. Tutup.  Tu kerja org malas hehehe...Jadinya saya guna pakai kaedah yg Fizah tunjuk tu kat SINI






Saya keluarkan semua mainan Rizqin dan ambil kotak ni utk simpan cadar dan selimut.





 Tuala pun saya masukkan dalam kotak mainan Rizqin. Saya gulung2kan semuanya maka jadilah mcm kat atas ni.


 Kemudian letakkan bawah meja solek...







Nak cari tuala, cadar dan selimut tiada masalah lagi. Cepat dan mudah kan.

Yang kesian Rizqinlah, sebab mama nya amik bekas mainan dia. Bila dia nampak kotak tutup biru tu dia ingat mainan dia. Siap buat QC lagi..hahaha...tengok2 tak de satu pun barang dia. 




Mainan Rizqin saya transfer kan dalam bakul coklat ni pulak. Kiranya berganti tempatlah.

Kaedah menyimpan mainan Rizqin kita cerita dalam cabaran akan datang..

Ini cara saya, anda mungkin ada idea lagi cangih dan sistematik. Silalah berkongsi idea ye...






Susun Atur : Bilik Utama ( Pakaian his)

Tuesday, September 24, 2013

Salam semua...

Sambung entry semlm...kali ni susun atur"pakaian his" pulak.

Sebelum ini sy letak seluar husband dalam almari tapi nampak tak berapa kemas. Tiap kali nak pakai kena buka almari dan kena selak2. kemudian habis bersepah seluar2 tu. Tiap minggu kena kemas.

So saya dapat idea utk letakkan dekat rak buku mcm kat bawah ini. Senang husband saya nak ambil.



Oleh kerana, rak ni open tak de pintu, nampak tak berapa nak kemas. Walau mudah utk husband ambil tapi pemandangan amat2 tak best.

Saya dapat idea utk masukkan dlm bakul mcm gambar dibawah ni. Bakul dari Daiso digunapakai. Muat utk 4 pasang jeans. Saya guna 2 bakul. hanya letak jeans yg selalu diguna. Yang jarang digunakan saya simpan dlm drawer almari. Nampak kemas kan.



Stokin yang pada mulanya saya simpan dlm kotak kasut DAISO.



Saya gulung2 kan seperti atas.

Rak atas saya masukkan bag husband, charger handphone & HP. 

Sayang nak buang kotak tisu tu, baik di gunakan. Tapi saya tak segigih FIZAH nak membalut2 kotak bagai hehehe.

Ini saja idea susun atur saya...esok kita sambung pasai susun atur cadar & tuala pulak.


Susun Atur : Bilik Utama ( Pakaian her)

Monday, September 23, 2013

Salam...

Ni projek susun atur utk pakaian ...Menyahut cabaran Fizah...baca kat sini...

Sambil saya menyusun atur meja solek...saya kemas kan jugak drawer yang saya gunakan utk menyimpan segala macam pakaian dalaman saya.

Inilah dia drawer yang saya gunakan...ada 4 tingkat...Drawer ni saya beli dekat giant Subang Jaya ms opening..so dptlah murah RM29.90.


Tingkat 1 & 2 utk pakaian dalam hahaha ( malu nak tulis dgn bahasa standard nya)..korang faham kan...

Saya letakkan 3 kotak tisu didalamnya...2 memanjang 1 melebar. So dlmnya saya letakkan pakaian2 comel tersebut. Jangan buang kotak tisu ok..gunting atasnya kemudian manfaatkannya.

Tingkat ke 3 tu saya letakkan kain dalam, anak tudung dan singlet.

Tingkat ke 4 saya letakkan stokin, sarung tangan dan anak tudung.


Beginilah keadaan pakai2an didalm drawer ni..main sumbat main tarik je..serabutkan..so saya dapat inspirasi dari Fizah kat post dia sebelum ni ..klik SINI..

Saya keluarkan semua pakaian2 tu, masukkan bakul...ingat tak ni bakul apa? nilah bakul yg saya letakkan atas meja solek..saya pindahkan kat sini....bakul ni muat2 aje ..ngam..mudah kerja saya. Jangan tak tahu, bakul tu adalah bakul letak hamper..org bg hamper kat opis..saya kebas bakul je sbb org lain x mau...dasar penyimpan tegar barang2 terbuang hehehe..


Inilah hasilnya...mudah sgt2...klu sy tau idea ni dari dulu..tak adalah saya susah payah nak mengemas tiap2 minggu kan...saya lipat dan gulung2 mcm kat atas ni..semua saya boleh nampak..just pilih je mana satu yg sy nak guna tanya menganggu pakaian2 lain. Idea susunan mcm ni dapat mengurangkan rutin mingguan...suka suka suka...







Ni drawer ke 3 , segala mak nenek kain dlm, singlet dan anak tudung..




Saya alihkan 4 tier drawer ni disebelah katil. Kalau sebelum ni saya letakkan handbag dan mcm2 lagi..kali ni saya letakkan magazine rack. Magazine rack ni saya beli kat giant lama dulu ...tersimpan aje dlm stor sbb tak tahu nak buat apa..so saya alihkan ke dlm bilik utama..utk saya letakkan...terjemahan Quran, buku2 agama, contest form, wedding card dan bil api/air.

Actually, kami dah lama tak tidur dlm bilik ni..tido dlm bilik Rizqin ..so bilik ni hanya digunakan bila nak mandi, tukar pakaian, tempat solat, tempat iron dan bersiap2 pergi keja. Bila saya dah susun atur balik, rasa seronok pulak nak menggunakan sepenuhnya.

Bila dah alih kedudukan katil terasa luas, dan ada ruang utk solat..bawah drawer tu saya alaskan dgn playment upin ipin Rizqin..muat2 aje. Di sini sy gunakan utk solat dan mengajar Rizqin mengaji Iqra'..Rizqin tiap2 mlm pulak asyik nak landing dlm bilik ni.

Ini cerita saya, anda bagaimana..tentu banyak idea yg lagi bernas kan...

Esok kita cerita pasai saya susun atur seluar jeans husband dan stokin.

Jom kongsi2 cerita...

Wasalam..