Saya sudah 1 Tahun 7 Bulan

Tuesday, March 26, 2013


Salam semua...

Alhamdulilah, saya sudah 1 tahun 7 bulan.Dah jadi anak bujang mama saya. Saya rasa saya dah besar sangat.Tak caye? tengoklah Pic saya bawah ni :-)



Adalah beberapa perkataan yang dia boleh sebut. Pantang keluar aje perkataan dari mulut mama dan papa, maka cepat aje dia ikut sebut.

- Dia jadi semakin manja. Klu boleh nak berkepit sepanjang masa. Nak beriba. Tido nak bertepuk. Dapat pegang tangan mama pun jadilah buat bantal peluk. Janji time tido, mama ada sebelah. Kadang tido celah kangkang hehehe...teruk betul anak mama ni. Susah klu nak suruh papa tido kan..mesti cari mama jugak...anak mama betul.

-Setakat ni perkataan dia dah boleh cakap...yg mama ingatlah..
1)Na nak -tak nak
2)kit-sikit
3)ayer=air
4)susu
5)kakak
6)bed=bird
7)to=two
8)fo=four
9) mak=cikgu nursery dia
10)a yi=eye
11)ima acih=terima kasih
12)Allah-baca doa makan..
13)ayo dah aber=ayooo dah abis
14)kak =bukak
15)nak kek=nak sikit
16)kasut
17)Nak tu
18)Nak ni


 -Dah seminggu ni..pandai bodek mama & papa. Kalau nak sesuatu tu...dia akan panggil nama mama dengan selembut yang boleh. 
Rizqin akan panggil "maaaaaaa aaaaa aaaaaa" siap lengang lengkung suara dia...cair hati mama..nak marah pun tak jadi tapi time dia marah..dia akan sebut "Ma ma" terkejat mama kejap hehehe...tak diketahui mama dia belajar panggil lembut macam ni...mungkin dia dengar papa dia kot...sebab papa dia kuat mengadu kat mama time Rizqin buat benda yg pelik2...papa akan sebut..."ma maaaaaa, tengok rizqin ni ma...dia buat papa"...so dia tambahkan lagi bagi lagi sedap dekat halwa telinga mama ni...

-Bila time nak makan...dia akan panjat kerusi makan dan angkat tangan baca doa.."Allah".Kadang geli hati..kadang mama jadi tak sampai hati sebab makanan tak siap lagi anak dah baca doa...kadang terus duduk kat lantai ,angkat tangan sebut "Allah". Kelam kabut mama jadinya. Tengah2 makan tiba2 angkat tangan baca doa..selagi mama tak baca doa selagi tu tangan tak turun2..kadang dia jerit...mama...tu tanda suh baca dalah tu..

Makanan dah nak abis..suh lagi mama baca doa...


-"ima acih" ni mula Rizqin sebut masa mama bagi dia susu. Tiba2 keluar perkataan ima acih. Entah mama belajar...mama ajar thanks you tapi dapatnya "ima acih"....kadang2 dia bg barang kat orang tapi dia yg cakap "ima acih".

-Sudah 2 minggu ni pandai nak beli jajan kat kedai. Tiap2 hari bila lalu lorong peti surat kat rumah...tangan dah tegak tunjuk kedai. Lalu aje depan kedai terus meronta2 nak masuk kedai. Kalau boleh nak terjun buka pintu kedai tu...So tiap2 pagi papa akan hulur RM1 utk dia beli jajan. Kat rumah dah penuh dengan biskut. Kadang roti.

-Pagi2 pukul 6:30 mesti merengek nak susu. Tapi tak bagi mama pergi dapur buat susu. camne tu. Kadang mama pujuk, riba ke peluk ke kejap..bawa keluar bilik kejap..tapi selalunya pujukkan mama tu tak menjadi. So mama tinggalkan aje. Lepas tu , Rizqin melalak ler.







Bila anak hisap jari kaki..

Thursday, March 21, 2013

Salam semua....

Sejak masuk umur 1 tahun 5 bulan, Rizqin dah pandai hisap ibu jari kaki. Tengah tengok tv sambil duduk atas sofa..tengok2 jari kaki dah masuk mulut. Seperti biasa, mama akan terjerit....jeritan mama tu bukan boleh stop kan habit terbaru Rizqin sebaliknya lagi kerap dibuatnya.

Sehinggalah semalam..dia buat lagi aktiviti hisap jari kaki ni. Mama pun bagitahulah papa, setelah sekian lama menyimpan rahsia aktiviti Rizqin ni...malas nak kecoh kat papa. Sebab aktiviti Rizqin ni dibuat bila dia teringat aje.

Mama pun bagitahu papa, tadi Rizqin hisap jari kaki. Reaksi papa.."ha Rizqin dah nak adik ke"?

Maka terhasillah dialog dibawah...

Papa :  Rizqin Rizqin..Rizqin nak adik ke?
Rizqin : Nak kakak...
Papa : Ha, nak kakak? kakak tak bolehlah adik boleh lah...
Rizqin : Nak kakak...

Kami pun tergelak macam nak rak...anak orang lain klu ditanya nak adik..mesti diorg jawab nak atau tak nak...tapi Rizqin ni jawapannya sebaliknya pulak....adoii...manalah nak cekau kakak utk Rizqin ni...hehehehe


Bantulah Insan ini....

Wednesday, March 13, 2013

Salam semua...

Email yang dipanjangkan oleh kawan opis...

Terasa sebak membaca luahan hati & penderitaan Puan Haryani...marilah kita sama2 membantu beliau....
Boleh kunjungi blog beliau di sini

Beliau betul2 memerlukan bantuan dari kita semua...

Haryani Mat Hussin adalah ibu tunggal yang mengidap penyakit saraf yang telah di ceraikan oleh suami beliau. Dan keadaan beliau sekarang telah mampu berjalan tapi tidak begitu kuat untuk masa yang lama. Beliau masih berulang alik ke HUSM untuk rawatan susulan dan tinggal bersama ibu di Kubang kerian, Kelantan. Beliau menyara 2 orang anak lelaki dengan hanya bantuan JKM RM400 sebulan tanpa ada pekerjaan tetap untuk menyara kehidupan beliau. Oleh itu untuk jangka pendek ini marilah kita sama-sama membantu beliau, semoaga dapat meringan bebanan beliau dan moga boleh jadikan modal untuk beliau berniaga.

Atau ada sahabat-sahabat di SIM ini dapat memberi bantuan nasihat dan untuk keterangan lanjut boleh hubungi belaiu di no talipon, email address dan blog beliau seperti di bawah:
Bersama ini kami panjangkan kemaslahan seorang ibu tunggal yang memerlukan bantuan. Bersama ini kami catatkan ringkasan latarbelakang pihak berkenaan:

Nama : Haryani Mat Hussin
Tel no : 012-9218016
Maybank : 164034266923
Status : Ibu Tunggal (Ditinggalkan oleh suami sejak beliau jatuh sakit)
Alamat Tinggal : Kubang Kerian
Alamat blog : http://aliaharyanie.blogspot.com
Tanggugan : 2 orang
Pekerjaan : Tiada
Sumber pendapatan sebulan : RM400 (dari Jabatan Kebajikan Masyarakat)

Ini email dari beliau pagi tadi kepada saya:

From: Alia Haryanie [mailto:haryanie.alia@yahoo.com]
Sent: Wednesday, 13 March, 2013 11:16 AM
To: Husri
Subject: Re: Salam Puan Haryanie

Assalamualaikum encik,amat2 berharap jika dapat membantu.boleh jenguk blog saya http://aliaharyanie.blogspot.com
kini,saya dah mampu berjalan kembali tapi kaki tidak sekuat dulu,Kesihatan lain masih berulang alik di Husm.Tolong saya dan anak anak kerana Allah.

Saya dah cuba memohon bantuan dari pusat zakat tapi saya tak dapat bantuan kerana saya dah dapat bantuan dari Badan Kebajikan sebanyak rm300 sebulan.Saya diberitahu hanya boleh dapat salah satu sahaja.Saya memang tiada sumber pendapatan yang lain.Saya amat amat berharap jika dapat membantu.No telefon saya 012-9218016,no account maybank 164034266923.Haryani Mat Hussin

Ya Allah kau berikan kesembuhan pada Puan Haryani. Kuat dan tabahkanlah hatinya menghadapi ujian dariMu. Jadikanlah anak2nya anak yg soleh dan sekuat ibunya.



5th Anniversary Mini GA -Pink Ummi

Tuesday, March 12, 2013

Salam semua...

Mama Rizqin pun teringin nak join Mini GA Pink Ummi...





Cara nak join :

1. Terbuka kepada blogger yang duduk menetap di MALAYSIA aje ye...
2. Tempek header saya kat entry korang ye..
3. Tinggalkan link url entry korang kat kotak komen nih.
4. Tarikh tutup : 31 Mac 2013 (Tamat pukul 11.30 malam)


Harap2 adalah rezeki Mama Rizqin kali ni.....AMIN....

Generasi Alfa-Nak "o okh" ma...

Thursday, March 7, 2013

Salam semua...



Atar dengan bermurah hati belikan Rizqin TAB sebab asyik guna papa punya aje. Papa punya mahal, kang rosak marahkan Rizqin. So atarnya dengan bermurah hati menghadiahkan Tab ni utk Rizqin. Bukan main canggih lagi. Umur baru setahun jagung dah pandai guna tab. Mama jugalah dengan HP Nokia buruk ni aje. Sok SOk Sek..sedih. Siap hint2 kat papa lagi. "Semua orang pakai TAB. Mama aje tak ada TAB. Pakai hp buruk je. Orang semua guna smart phone. Papa tu semuanya utk Rizqin. Untuk mama tak ada hehehehe" (ayat mintak simpati) harap terkesanlah kat hati papa tu. Mama nak Samsung Ace tu aje..bukan mahal pun.

Rizqin ni sampai rumah je tak de lain mintaknya nak "o okh" maksudnya nak TAB lah tu. Selalu meraban satu rumah cari beg papa dia. Kot2 ada "O okh" kat dalam tu. Kalau papa balik, bukan menangis nak kan papa tapi menangis nakkan "o okh". Pening kepala pulak dibuatnya. Masalah juga bila kecik2 dah diajar guna bendalah ni. Budak2 sekrg advance lain macam.pagi2 buta bangun tido nak "o Okh" jugak. tadi siap melalak nak bawak o okh ke nursery. tak ke parah dibuatnya. Dah lah mama lambat, sibuk terpusing2 sebelah papa nak kan O okh. Tak de kami bagi. Time nak tido je boleh guna o okh. Lain masa kena bersosial macam biasa.

Asal usul o okh ni...sebenarnya dari lagu " Oh Mc Donald in the farm" Dalam tu ada sibuk EII YA EII YA OO...dia nak sibuk tak reti. Maklumlah tak pandai lagi bercakap. Maka jadilah O okh saje. O okh pun O okh lah Rizqin. janji mama papa faham hehehe.

Reaksi pertama orang dapat TAB...



Dengan tak sempat pakai pampers nya terus pegang O okh dia sendiri. Siap bawak lari lagi. Sabar ajelah. Dia tahu camne nak on...lepas tu siap ada keyboard lagi. Lagilah banyak aktiviti mengopek yang dia boleh buat.

Anak2 zaman sekarang...tak sama dengan anak2 zaman kita dulu. Kita main kat luar rumah, campur kawan2. Diorg main dalam rumah. Tak campur orang. Ginilah lumrah hidup. sentiasa berubah. Inilah dia Generasi Alfa.

Generasi Alfa-apa tu? Nanti kan post akan dtg...



Cikgu Rizqin Resign

Salam...

Petang semalam, sesampai mama di nursery. Macam biasa Rizqin nak main2 dulu kat playground situ. Dia sibuk nak naik buai. Mama layan jelah. Cikgu dia ada kat buaian tu, tetiba cikgu dia cakap hari ni dia last kerja. Dia dua beradik yang jaga budak2 ni kat nursery ni. Kakaknya dapat kerja lain kat Banting dan dia sambung belajar kat Kolej. OMG, rasa terkejut sangat terus cakap kat cikgunya kenapa tak bagitahu awal2. Boleh bagi something. Cikgu dia cakap, semalam interview hari ni terus boleh start kerja. Terus yang jadi sebak mama nya bukan si Rizqin. Rizqin tahu apa. Dalam hati tak pelah mereka muda lagi, banyak lagi peluang lain yang menunggu di luar sana. Patah tumbuh hilang berganti.

Lepas borak2 & terus salam dengan kedua2 cikgu Rizqin. Ucap terima kasih sebab jaga Rizqin dengan baik. Sebenarnya banyak lagi nak cakap tapi rasa sebak pulak hati ni. Terus suruh Rizqin salam. Kang bukan cikgu yg menangis, mama pulak yang menangis. Terus blah & suruh Rizqin babai. Yang buat lagi sebak sebab cikgunya cakap "tak dapat nak tengok Rizqin pandai bercakap".

Salah satu sebab mama yang rasa sedih ni sebab cikgu dia ni baik. Selalu suapkan Rizqin makan. Petang2 bawa dia main kat playground ni.Dari Rizqin berusia 3 bulan yang terlentang aje smpi dah 1 tahun setengah sudah pandai berjalan, cakap sikit2. Sabar dan Rajin dia melayan Rizqin. Macam adik2 dia aje cara layanannya. Rizqin kadang panggil dia "mama". Kalau jatuh dibagitau. Kalau demam pun dibagitahu. Perkembangan anak dicerita. Itu yang mama rasa selesa dengan kedua beradik ni terutama dengan adik cikgu ni. Budi bahas apun baik. Emak dia pun ok. Diorg pernah datang rumah dulu.

Semalam cikgu yang kakak tu bagitahu, Rizqin senang nak jaga. Bagi susu terus masuk bilik. Siap tutup pintu bilik lagi.Lepas tu terus tido.

Adik cikgu ni selalu update & selalu bertanya, apa yang mama bekalkan untuk Rizqin. Dia rajin bertanya. Rajin update perkembangan Rizqin. Dia peramah. Marah2 tak ada. Sabar melayan semua budak2 ni. Patutlah budak2 ni nampak selesa dengan dia.


Bila orang layan anak kita dengan baik of course kita akan rasa sedih nak lepaskan orang tu kan. Life must go on. Mereka tu muda lagi baru 20 dan 19tahun. Banyak lagi peluang pekerjaan dalam hidup mereka. Untuk Rizqin Insya Allah dia akan dapat cikgu yang lagi baik.

All the best to both of you. Ada masa kita jumpa lagi.


Balik Kampung Mama

Sunday, March 3, 2013

Salam semua...

Rizqin balik kampung mama 2 hari (sabtu & ahad). Balik dengan pak cik halim, cik ina & kak long. Bukan main seronok dia jalan jauh. Duduk kerja nya makan minum tido dlm aja dalam kereta.

Bertolak dari umah pukul 12:30 sampai rumah atok pukul 6petang. Tak sempatlah nak pergi pantai tengok laut. Sebab dah petang. Dapat tengok atok pun jadilah.

Atok Rizqin tak sihat...baru lepas buang katarak mata kanan atok ayah. 2 hari lepas tu sakit kaki pulak sampai tak boleh jalan. So Rizqin balik melawat atok ayah. Tapi atok ayah nak peluk Rizqin lari2..asyik duk berkepit dengan mama aja.Pantang mama tak ada, nangis....kalau mama ada Rizqin main ajelah.Janji nampak mama..

Pagi ahad, Rizqin dah bangun..pukul 7pagi dah bangun sebab nak tengok permandangan diwaktu pagi. Mama dukung bawa jalan2 keliling rumah. Tengok burung, tengok pokok. Nyamannya rasa balik kampung....

Pukul 11pagi kat kampung atok time ni..Rizqin pergi jalan2 keliling rumah sewa pak cik halim....sampai Rizqin balik, cikgu yg menyewa tu tak kuar2 rumah. Tak dapatlah Rizqin berkenalan hehehe....puaslah Rizqin dok bising2 tepi tingkap.



Macam adun melawat kawasan pulak gayanya..



Tanah dah tambak...tiap kali balik mesti ada perubahan kat tanah atok ni...



Apa  ingat ni jongkang jongkit ke...kakak Farah mengekek2 ketawa tengok gelagat Rizqin ..




Belakang tu..rumah sewa atok mak









Main kat tepi rumah pulak...

Dah penat main barulah masuk rumah....tak lama lepas tu kakak ecah pulak datang. Lagi seronoklah Rizqin main sebab ada geng. Bergelak ketawa, berlari kesana kemari.

Kakak Siti pun gembira jugak sbb Rizqin balik....

Pukul 3ptg baru kami gerak balik KL..Sepanjang perjalanan, asyik jumpa trak askar aje menghala ke Johor. Agaknya tentera2 tu nak dihantar ke Sabah. Naik kapal kot melalui pelabuhan Pelepas. Lebih dari 10 buah trak askar, dengan ambulance askar lagi.

Singgah di Hentian apa ..lupa pulak mama...time tu dah pukul 7petang. Rizqin tengok burung balik ke sarang..banyak sangat..First time, Rizqin tengok burung yg banyak mcm tu. Bising pulak tu.

Riziqn sampai rumah, pukul 9 malam....lepa smandi terus tido...letih sangat anak mama berjalan jauh..