Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Aktiviti Labour Day ke Daiso cari Child Safety Lock

Thursday, May 2, 2013

Salam semua....

Cuti Labour Day..apa anda semua buat?

Nama aje cuti...tapi sebagai isteri & juga mama...tak ada maknanya cuti. Kerja rumah still tak cuti2. Setengah hari mengerjakan baju2 kotor untuk dicuci. Masak untuk Rizqin. Sediakan breakfast untuk papa. Kemas2 rumah,Lipat baju. Tak larat mata nak tengok baju penuh bakul & rumah bersepah. Mahu tak mahu terpaksa jugak uruskan semua kerja rumah seperti biasa. Jadinya istilah "Labour Day" ni buat ibu2 bekerja macam kami ni hanyalah bermakna 'cuti dari pergi kerja..tapi kerja tetap tak cuti". Pukul 2 petang, barulah mama dapat keluar rumah.

Destinasi 1,  ke Plaza Alam Sentral. Semalam last day utk "gadget promotion". Misi adalah mencari screen protector hp & casing hp. Punyalah ramai manusia kat sini. Parking pun tak ada. Last2 parking dekat zon tunda..hehehe..tawakal ajelah. Lagi pun sekejap je nak cari barang. ATM machine pun kehabisan duit. So tak dapat lama2 dekat sini. Kena cari ATM kat luar.

The store pulak ada sale  Anakku...dapatlah sepasang baju Rizqin. Tak sempat nak gali2 cari baju sebab papa nak cepat. So rembat aje apa yang sempat.

Destinasi ke 2, cari makan. Makan nasi ayam dekat shah alam...tempat mama tak ingat. Sedap jugak nasi ayamnya. Rizqin asyik nak nak nak aje. Order ABC time panas2..sedap...Rizqin pun tumpang sekaki...



Destinasi ke 3, MBO Klang. Pun ramai jugak orang. Kat ruang legar ada jugak warehouse sale. Papa terpedaya dengan madu Tualang...sebotol RM48 (yg ni dah campur sikit), yang aslinya RM70. Rizqin makan 2 sudu kecil tu. Terus tak reti diam. Mama sempat cari seluar Rizqin. Dapat sehelai seluar.

Sebelum tu masuk Daiso dulu, misi mencari Safety Lock & Corner Protection. Mama tak jumpa2 benda alah ni. Tapi papa dengan jayanya dapat cari.

Mama memang dah lama nak cari sebab dah tak tahan hari2 bergaduh dengan Rizqin pasai dia suka buka fridge. Pas tu keluarkan semua barang keluar. Sehari sebelum tu, mama dah beli dekat Cosway tapi susahnya bila nak buka fridge. Macam nak bukak butang baju. Sampai sakit2 tangan dibuatnya. Tak boleh jadi itu yang pergi cari dekat Daiso pulak.

Ini lekat dekat Fridge. Senang sikit nak cabut. Press je button bulat tu..terus boleh cabut.






Ini pulak, utk letak dekat almari. Rizqin suka sangat buka pintu almari.


Yang ni pulak utk corner protector. Rizqin dah makin tinggi. setakat bucu meja makan tu, kerap sangat kena kepala dia. Tapi silap2 hari bulan, dia cabut buat masuk mulut. 


Lekat dekat meja makan


Lekat dekat rak tv




Destinasi seterusnya, kerumah Atar Rizqin. Lepas maghrib baru balik. Singgah makan dekat tepi jalan. Makan sup cendawan ngan nasi goreng cina. Bukan main banyak Rizqin makan.. Sekarang dah susah nak control Rizqin makan. Tak bagi kang, dia asyik sebut nak, nak..walaupun dah bagi biskut..biskut dia tak pandang.Redha jelah kalau2 makanan tu ada MSG. Tu pun bagi sikit2 je. Time makan kat kedai jugaklah dia boleh rasa2 sikit air2 manis papa dan mama nya. Masa nilah dia nak rasa teh o ais ke, fresh oren ke, Laici ke. Tu pun bg sikit je. Hujung2 straw. Nak selamat order ais kosong letak straw. Janji dia dapat minum macam mama & papa.

Tu aje aktiviti labour day kami...


Aktiviti Weekend-Cari VCD Bola Kampung & Survey rumah @ Alam Impian

Monday, April 8, 2013

Salam...

Ma...nak "Bal" =Ma nak ball

Pa..nak "Bal"=Pa nak ball

Pergilah kemana2 sahaja..asal nampak kelibat bola..dia akan sebut "bal"..
Tiap kali pergi Giant,Tesco,Mydin,Carefour atau kedai2 biasa...tiap kali itu jugak dia nak ball...

Belilah segala mak nenek kereta, pistol,senapang dan macam2 lagi...sekejap aja dia main...lepas tu semua mainan dirosakkannya. Yang ada dalam kepala otak Rizqin..ball..ball..ball...dari kecil smpi dah 1 tahun 7 bulan ni...mama dan papa dah faham dan boleh agak...Rizqin tak minat pada segala mak nenek toys...Minat dia lebih pada sport...dia suka bole sepak, dia suka badminton, dia suka tenis, dia suka golf...

Mama rasa Rizqin ni mengikut betul perangai mama..sebijik...mama suka pada sport. Masa kandungan mama 7 bulan...mama main dart &carom. Dart ni elok utk bagi dapat anak yg fokus. Nak main dart kena fokus betul2. Bukan senang nak check out. Secara tak langsung, dia membantu Rizqin dalam kandungan utk lebih fokus.

So, oleh kerana Rizqin minat sangat ball...papa pergilah cari VCD bola kampung. Tapi susah sangat nak dapat yang cetak rompak (hehehehe-nak murah punya pasai). Taukeh kedai CD yang biasa papa beli tu cakap...VCD bola kampung  memang tak boleh nak dicetak rompakkan. Kalau nak beli, kena beli masa roadshow diorg.

Kebetulan, semalam ada roadshow diorg kat Econsave Klang. Maka gigihlah papa mengajak kami ke sana semata2 nak beli VCD utk anak kesayangannya. Mahal jugak VCD ni RM39.90..Banyak juga barang yang dijual ..macam beg, t-shirt,pencil case, pencil colour dan mcm2 lagilah. Lupa nak snap gambo.

Masa sampai tu, maskot tengah menari ghanam style. Rizqin apa lagi...automatik goyang tangan ala ghanam style hehehe...tapi mama tak sempat nak snap pic tengah berghanam dia tu...

Papa tengah pilih VCD...

Orang tak berapa ramai masa kami datang ni..time ni dalam pukul 3 petang. 



Rizqin nak bergambor dengan maskot Iwan,Kumar kat belakang sana tapi ramai sangat orang


Rizqin dgn maskot A&W. Muka serius tak boleh blah.


Papa pulak yang excited bergambo. Rizqin dok tengok tangan maskot tu heheh.

Lepas dapat VCD kami ke Alam Impian, makan A&W sambil tengok layang2 dan ambil angin petang. Sekejap aje kami kat sana sebab panas. Ada angin tapi badan terasa panas.

Nak belilan Rizqin layang2..mahal sangat harganya. 


Lepas bawak Rizqin tengok layang2. Kami terus pusing2 tengok rumah dekat Alam Impian ni. Impian papa nak beli rumah dekat sini. Tengok suasana rumah kat sini macam best aje. Jauh dari kesesakan. Mudah2an impian papa tu tercapai. Amin..Seronok nya kalau dapat rumah ada tanah. Penat dah mama dok rumah merpati. Terkurung aje. Kat sini petang2 boleh bawa Rizqin pergi taman. Boleh kita main ball sama2. Seronoknya. Tak pe berangan itu free kan papa. Mula2 angan lepas tu jadi kenyataan. 

Rumah yang kita duduk sekarang bermula dari angan2 jugak kalau Rizqin nak tau. Dulu2 area puchong ni tak membangun lagi. Jalan nak ke tractor Malaysia tu hanyalah jalan   baisa yang tak ada Tar..jalan berpasir aje. Satu hari tu, mama lalulah jalan depan rumah kita tu sambil tengok kiri kanan jalan. Terdetik dihati mama, "bestnya kalau dapat rumah kat sini". Time tu suka sangat tengok deretan rumah teres kat Kinrara ni. Mama tak ingat tahun bila masa tu. IOI pun mama rasa macam tak ada lagi kot. Tup2 setelah 8 tahun, Allah makbulkan suara hati mama itu. Rumah kita betul2 dibelakang rumah teres yang mama impikan. Padahal mama tak de mengharap dan berdoa pun nakkan rumah ni. Walaupun rumah sekarang bukan rumah teres tapi apartment. Allahamdulilah disinilah syurga kita. Moga impian utk beli rumah di Alam Impian ini juga akan tercapai satu hari nanti. Amin...













 


Balik Kampung Mama

Sunday, March 3, 2013

Salam semua...

Rizqin balik kampung mama 2 hari (sabtu & ahad). Balik dengan pak cik halim, cik ina & kak long. Bukan main seronok dia jalan jauh. Duduk kerja nya makan minum tido dlm aja dalam kereta.

Bertolak dari umah pukul 12:30 sampai rumah atok pukul 6petang. Tak sempatlah nak pergi pantai tengok laut. Sebab dah petang. Dapat tengok atok pun jadilah.

Atok Rizqin tak sihat...baru lepas buang katarak mata kanan atok ayah. 2 hari lepas tu sakit kaki pulak sampai tak boleh jalan. So Rizqin balik melawat atok ayah. Tapi atok ayah nak peluk Rizqin lari2..asyik duk berkepit dengan mama aja.Pantang mama tak ada, nangis....kalau mama ada Rizqin main ajelah.Janji nampak mama..

Pagi ahad, Rizqin dah bangun..pukul 7pagi dah bangun sebab nak tengok permandangan diwaktu pagi. Mama dukung bawa jalan2 keliling rumah. Tengok burung, tengok pokok. Nyamannya rasa balik kampung....

Pukul 11pagi kat kampung atok time ni..Rizqin pergi jalan2 keliling rumah sewa pak cik halim....sampai Rizqin balik, cikgu yg menyewa tu tak kuar2 rumah. Tak dapatlah Rizqin berkenalan hehehe....puaslah Rizqin dok bising2 tepi tingkap.



Macam adun melawat kawasan pulak gayanya..



Tanah dah tambak...tiap kali balik mesti ada perubahan kat tanah atok ni...



Apa  ingat ni jongkang jongkit ke...kakak Farah mengekek2 ketawa tengok gelagat Rizqin ..




Belakang tu..rumah sewa atok mak









Main kat tepi rumah pulak...

Dah penat main barulah masuk rumah....tak lama lepas tu kakak ecah pulak datang. Lagi seronoklah Rizqin main sebab ada geng. Bergelak ketawa, berlari kesana kemari.

Kakak Siti pun gembira jugak sbb Rizqin balik....

Pukul 3ptg baru kami gerak balik KL..Sepanjang perjalanan, asyik jumpa trak askar aje menghala ke Johor. Agaknya tentera2 tu nak dihantar ke Sabah. Naik kapal kot melalui pelabuhan Pelepas. Lebih dari 10 buah trak askar, dengan ambulance askar lagi.

Singgah di Hentian apa ..lupa pulak mama...time tu dah pukul 7petang. Rizqin tengok burung balik ke sarang..banyak sangat..First time, Rizqin tengok burung yg banyak mcm tu. Bising pulak tu.

Riziqn sampai rumah, pukul 9 malam....lepa smandi terus tido...letih sangat anak mama berjalan jauh..





Aktiviti Masa Tahun Baru Cina

Wednesday, February 13, 2013

Salam semua..

4 hari cuti, kami tak balik kampung. Sedih tengok orang balik kampung tapi kami tak dapat balik.

So hari Sabtu mama & rizqin mengemas rumah sahaja.  Dia duduk panjat Tv main plug lah. Lepas tu sibuk mama ngemas laci, dia sibuk jugak masuk dlm laci almari. Nasib baik tak roboh nak oooii..seboleh2 nak masuk.










Hari Ahad, aktiviti mengemas semua barang2 mainan Rizqin. Mana yang tak guna, mama masukkan dalam box. 3 boxes semuanya tak masuk 1 bakul penuh dengan ball.Kena beli 1 tingkat kayu/besi utk letak semua kotak2 mainan dia nampaknya nanti.








Abis kemas baru mama train Rizqin kick the ball.






Pukul 5 petang, papa bawak pergi Meru rumah uncle jek. Masa ni Rizqin dah tak sabar2 nak keluar rumah. Sampaikan mama nak pakai tudung pun tak boleh, duduk bergayut kat kaki. Nak suruh dukung. jam2 tu nak keluar rumah. Dah boring duduk kat rumah.

Ni nose..katanya


Boringlah papa ni lama sangat jumpa kawan...

Manalah papa ni....



Papa bawa pergi Tasik Shah Alam..ramai sangat orang dekat Playground sini. Rizqin tak dapat main pun. Dia pun boring, baru nak main orang lain overtake. last2 dia tarik tangan papa  ajak balik. tak toleh2 langsung ke belakang. Terus tunjuk ke arah kereta. bagus betul anak papa ni. Agaknya dalam hati dia, boringlah ramai sangat orang. Rizqin ni jenis yang tak suka berebut. Dia tengok je orang main sana sini.

Anak mama ni suka tasik, nampak tasik terus menonong2 nak pergi.

Hari Isnin, kami ke Tanjung Gila/Harapan kat Klang. Ramainya orang dekat sini. Ada karaoke, ada jual burger, steamboat dan macam2 lagi. Seronok duduk tepi tebing ni sambil makan2.



Tapi nyer budak sorang ni seronok nak belon Angry bird. Dapat tengok matahari terbenam. Lepas tu kami terus balik. Tak elok senja2 duduk tepi laut kan. Dah lama tak pergi laut sebenarnya. Rindunya nak balik kampung mama.


Papa tanya nak bubble gun tak? Dia geleng kepala tapi dia tunjuk kat papa..nak tu pa? dari jauh dia boleh nampak orang jual belon...Tu lah mainan kesukaannya. Mainan lain dia tak heran.

Hari Selasa, petang baru kami keluar, kejap je. Bawa Rizqin ke Taman Bukit Jalil. Masa ni dah pukul 6ptg. Cuaca pun gelap aje nak hujan.

Bersungguh2 naik bukit ..rileks je..mama yang semput semacam.Angry bird dia bawa ke sana ke mari



Nak sangat main buaian..hari ni baru tertunai hajat











Baru nak main..hujan rintik2 turun. Dapatlah 6-7 kali main..mama pun paksa papa balik. Papa duk kata hujan dah berhenti..nasib baik mama berkeras ajak balik. Pertengahan jalan hujan turun dengan lebatnya. Kalau tak tak pasai2 rizqin demam mama kena cuti. Alhamdulilah kami sempat jugak naik ke kereta ...

Kesian Rizqin tak puas main..tak pe..minggu depan kita datang lagi yer...

Ini saja aktiviti Rizqin masa Chinese New Year. Tahun depan harapnya kami dalam golongan yang bersesak2 kat highway utk balik kampung jugak...