Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Resepi Anak : Macaroni Sup

Sunday, April 28, 2013

Salam semua...

Sup Macaroni Rizqin...

Stok ayam ( homemade)
Bawang putih-hiris
Bawang merah-hiris
Udang 2 ekor
Puri Carrot
Coliflower
Macaroni

Cara :

Macaroni direbus dgn air taruk olive oil sikit..sampai kembang/masak. Kemudian Tos.

Masukkan 3-4 cube homemade stok ayam. Masukkan bawang merah & bawang putih. Campak udang yg dah dipotong kecil2.
Masukkan Puri carrot, Coliflower. Agak2 mengelegak. masukkan macaroni sekejap. Siap untuk dihidang.












Alhamdulilah....Rizqin makan dengan seleranya sampai abis semangkuk.


Resepi : Crepe Kurma baby

Tuesday, February 26, 2013

Salam

Ahad mama masakkan dia crepe kurma hehehehe..nak jugak ber crepe...lempeng aje sebenarnya....



1 biji Telur
2 sudu Tepung
Fresh milk/ Formula milk
Puree kurma
Garam sikit.

Telur pukul tepung dipukul. Masukkan formula milk (sbb fresh milk tak ada.) Kacau2 bagi sebati.Letak garam secubit. Tak letak pun x pe. Letak air sikit. Masak atas non stick pan. Bila dah masak..sapukan puree kurma atasnya..gulung..lepas tu potong kecil2...

Reaksi Rizqin...mula2 dia rasa kat lidah..pastu kenyit2 mata..hehehe..sbb tak pernah makan..makan 2 ketul..pastu dia terbaliknya mangkuk dia ke lantai sampai sebut "ALLAH"..buat2 tak sengaja... Berterabur ler crepe mama buat hehehe..letih pun x hilang lagi..sabar jelah..so yg satu gulung lagi mama suapkan sendiri ke mulutnya. Dia makan sampai habis. Alhamdulilah..

Resepi : Bread Pizza Cheese

Salam semua...

Bread Pizza Cheese Rizqin...

Breakfast Sabtu aritu mama buatkan Rizqin Pizza saje..malas nak masak berat2..Ringkas & mudah...



Senang tak de comot2



Tengok TV pun boleh makan.





Resepinya :-

Roti 2 keping
Ayam-potong dadu kecil2
Bawang merah & putih
Puri tomato
Puri carrot.
Olive oil / corn oil
Cheese
Salt

Tumis bawang, masukkan ayam, Pastu masukkan puri. Kacau2 .Letak garam (optional). Siap
Sapu atas roti.
Letak cheese atasnya.

Bakar kat oven dalam 130 darjah calcius. selama 10 minit. ready to ngap...




Resepi : Prawn Baked Pasta Cheese

Sunday, November 11, 2012

Salam semua...

Nak share breakfast Rizqin semalam.


Separuh je tinggal. Rizqin makan separuh. Suku bawa bekal jalan2. Suku lagi Mama tumpang sikit.hehehe.. sedap. Papa ternganga sebab mama sempat buat utk Rizqin je. Papa makan paratha hot & roll aje.


Prawn Baked Pasta Cheese.

Bawang besar & bwg kecil-potong dadu
Udang 2 ekor-hiris halus2.
Baby pasta -guna cosway aje.
Olive oil
Cheese- 1 keping
Homemade tomato puree
Puree carrot

Cara :-

Pasta rebus dulu.

Tumis bawang dengan olive oil, masukkan udang,kacau2.
Masukkan tomato & carrot puree. Tambah air sikit.
Masukkan pasta yg telah direbus. kacau bg rata.
Masukkan kesemuanya dalam Remekin. Taburkan cheese atasnya.
Bakar dalam oven 160 darjah celcius selama 10-15 minit. Siap untuk di ngap.
Makan panas2 baru sedap.














Resepi : Salmon Sweet Sour

Thursday, November 8, 2012

Salam semua..

Rizqin teramat suka sangat Salmon Sweet Sour ni. Licin abis. Dah 2 kali masakkan untuk dia. Sedawa kekenyangan dia. Rizqin ni suka makan, masak apa pun semua ditelannya. Makin seronok mama nak masak. Tadi terserempak dengan mak cikgu Rizqin depan nursery..mak dia cakap.."mama Rizqin ni rajin betul masak sedap2 untuk Rizqin. Macam2. Tengok badan Rizqin sedap nak pegang." Mama tak tahu nak jawab apa...gelak je..cuma balas "Rizqin suka makan, tu yang rajin masak untuk dia".

Tak sabar nak tunggu gigi garham Rizqin tumbuh, mama nak masakkan nasi lemak, nasi ayam, ayam masak ungkep dan byk lagi.

Rizqin bulan depan mama beli magic pan yer...nanti mama masak lagi best2. Doa mama dapat rezeki lebih yer...spae2 yang baca post ni, tolonglah klik kat iklan nuffnang atas tu yer..supaya cepat mama dapat duit nak beli gajet ni hehehe...


Gambar tak memuaskan sebab guna hphone cabuk je. Tapi bolehlah dari tak ada gambar kan hehehe...


Koleksi Resepi ni masuk kat blog supaya senang nak rujuk bila nak masak. Kadang2 terlupa nak letak apa. Kalau lupa jengok je kat blog ni . Memudahkan keja mama.
Masa nak type resepi ni pun sebenarnya mama dah lupa..apa diletak.Baru je 4 hari masak, dah tak ingat..apa daa...memori dah makin slow.

Resepinya :-

Ikan salmon-grill (seblm tu basuh dgn limau kasturi utk hilang bau hanyir)
Bawang Merah/Holland-tumbuk
Bawang putih-tumbuk
Olive oil
puree kismis/kurma
Homemade tomato puree.

caranya :-

Tumis bawang merah & bawang putih yang telah ditumbuk dengan olive oil. Masukkan homemade tomato puree ( 2 kuib). kacau2. Masukkan salmon grill tadi. Kacau rata. Masukkan puree kismis/kurma utk bg rasa manis..sikit je jgn byk2..agak2 je. Tambah air sikit klu nak berkuah. Mama masak pekat kuahnya sebab nak acu kan dengan sup sayur. Bila pekat. Siap.

Boleh dimakan dengan sup sayur dan bubur lembik. Menyelerakan.

Sup sayur Rizqin senang je.


Tumis bawang merah & putih. Masukkan udang sebagai rencah. Then Masukkan air. Kemudian masukkan carrot (disagat) dan brokoli. Siap.

Resepi mama kebykkannya simple2 je. Tak de bahan yg memeningkan kepala nak cari.Balik2 guna bahan sama je.






Nasi bubur Goreng

Thursday, October 18, 2012

Salam...

Petang semalam dah bosan asyik masak bubur aje...so mama masakkan nasi goreng lembik untuk Rizqin.


gambar tak clear..yang clear budak ni makan tak hingat...





Resepinya :-

Tumis bawang merah,bawang putih & ikan bilis yg dah ditumbuk dengan minyak jagung/olive oil. Masukkan isi ayam yang diracik kecil2. Masukkan sayur sawi/kangkung yg dipotong halus2. (masuk dulu sbb nak bg cepat masak). Masukkan nasi lembik. Kacau bagi sebati. Siap untuk dihidang.



Resepi : spaghetti Aglio Olio & Siakap stim

Tuesday, October 16, 2012

Salam...

Menu hari minggu Rizqin, breakfast spaghetti Aglio Olio dan lunch & dinner Siakap stim.Sekarang ni susah betul nak dapat suapkan ke mulut dia. Dia nak makan sendiri tak mahu orang suapkan. Bila makan sendiri abislah lantai2 berterabur. Lepas tu papa membebel rumah melekit.  


Spaghetti aglio olio


Siakap stim.




Mama nak tak?


Mama dah tak larat nak bersihkan lantai..layan jelah Rizqin..lantak situ.


Main je lebih ni..makan sikit je


Sambung pulak makan atas japanese table. Table ni tengah ada offer dekat Tesco, macam2 gambo ada..rasa nak beli banyak2. 1 tu RM8.90 je. Cepat beli sebelum naik harga. Papa tolong beli 1 lagi boleh?



Ingatkan dah besar, makin kurang kerja mama, rupanya makin bertambah. Kena memberus baju yg kotor kena makanan, lap lantai lagi, mandikan dia lagi. Lap sofa sebab dia suka sangat berdiri kat sofa time makan. Kadang rasa diri dah macam orang gaji. Macamanalah mama nak berhias dalam rumah. Ginilah nasib seorang ibu...huhuhu..

Kalau rasa tak larat nak basuh baju tu, mama bagi makan mcmni hehehe..






Spaghetti bolognese seafood

Sunday, October 7, 2012

Salam semua..

Sabtu lepas mama buat rizqin breakfast Spaghetti Bolognese Seafood. Licin sehingga menjilat pinggan dia makan.

Dia dah makan sendiri sekarang ni. Maklumlah rasa dirinya dah cukup besar. Dah boleh jadi abang hehehe...tapi yang tak tahan tu, nak jugak duduk atas riba time makan sebab dah biasa dr umur 6 bulan makan beriba. Walaupun ajar duduk atas lantai...tengah2 makan dia boleh bangun duduk atas riba.

Resepinya :-
Tumis bawang putih & bwg besar dgn olive oil. Campak udang. Letak air sikit kacau2. Masukkan puri carrot, puri jagung dan puri tomato. Kacau2. Curah atas spaghetti.


Makan sambil tengok tv.

Garpu tangan kanan, makan tangan kiri. Kidal ke apa ni?


Risau tengok garpu tu...tapi dia elok je guna..mcm dah expert. Ni first time guna garpu.

Suap tangan kiri.

Ayoyo...letih duduk, boleh dia berbaring.


Nasib baik dah tinggal sikit


Sehingga menjilat jari..sedap sangat kot makan spaghetti.


 Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati.


Tarak. Finish already mama. Alhamdulilah.

Rizqin nak lagi? Nanti mama buat lagi yer..

Resepi : Bee hoon

Wednesday, July 18, 2012

Salam semua ...

Hari ni Rizqin buat pertama kalinya mama bagi makan bee hoon. Dari umur 6 bulan asyik makan bubur aje. Kali ni tukar menu pulak. Lagi pun Rizqin dah ada 6 batang gigi & dah pandai mengunyah pun. So mama amik resepi disini.

Bahannya
1 ulas bawang putih (cinacang halus)
Isi ayam (cincang halus jugak)
Homemade tomato sos
carrot (cincang halus)
corn (mama guna puri je)
Bee hoon (siap dicelur)
Air sikit
sunfolower oil

Caranya :-
Tumis bawang putih dengan sunflower oil. Masukkan isi ayam. Dah masak ayam tu.
Masukkan homemade tomato sos .
Masukkan carrot, corn. Tambah air sikit.
Masukkan bee hoon yang siap dicelur. Kacau2. Siap

Banyak sangat mama tengok, mama makan 5 sudu..selebihnya Rizqin makan. Sedap walaupun tak letak gula & garam.


Muka pertama kali makan bee hoon. Pelik agaknya..benda panjang2 terkeluar.



Suaplah apa saja, dia makan je. Alhamdulilah. Anak mama setakat ni tidak memilih makan macam bapanya.


Pagi tengok, dia tak de sakit perut pun. Maknanya pass makan bee hoon. Boleh buat lagi utk bawa ke Nursery bila dah 11 bulan nanti.

CONFIRM anak mama ni perut MELAYU...kalau bagi cheese, pasta..tak lama lepas tu mesti poo poo.