Happy 2nd Birthday Rizqin Hazim.

Tuesday, August 27, 2013

Assalammualaikum semua...

26hb Aug 2013- Genap 2 tahun Raja Muhammad Rizqin Hazim.

Happy Birthday Rizqin.

Mama doakan Rizqin menjadi anak yang soleh, anak yg baik akhlak, anak yg beriman, berjaya didunia dan akhirat. Diberi kesihatan yang baik dan kebijaksaan. Sentiasa dibawah lindungan Allah s.w.t. Amin...

Begitu pantas masa berlalu. 
Kamu dah pandai ngaji alif baa taa smpi ya
Kamu dah pandai solat
Kamu dah pandai abc,123
Walau kamu pandai cakap german aje.
Kamulah segala-galanya bagi mama.
Kamu sentiasa dalam ingatan mama
Kamulah jantung mama.
kamulah nadi mama
Kamulah harapan mama.
Mama & papa love u so much.
 


Dah jadi big boy mama & boyfriend mama..peneman mama kemana saja.


Dah pandai makan guna sudu garpu

Dah pandai nak makan kat luar..bila nampak kedai makan ..mesti keluar ayat "sedapnya"

Pandai suap sendiri..walau mama kena betulkan..sudu tangan knn, garpu tangan kiri..

Selagi mknan tak sampai..memang kamu tak akan duduk diam..siap nak terjun dari kerusi lagi..ayoyo...

Tengok tu..bontot sudah panas

Bila sudah kenyang, sudu garpu melayang kena baling...nasi pun terbang sama...aduhai...pening kepala mama ngan papa. Bukan tak diajar..bukan tak dilarang..itulah proses pembesaran kamu. Kami hanya mampu bersabar.

Happy 2nd Birthday Darling.
Muaahahaha..

Tepung Magic & Soto Muar

Wednesday, August 21, 2013

Salam semua...

Orang sibuk pasai gambo raya, kisah raya...tapi mama Rizqin ni sibuk dgn segala macam benda nak dijual...hingga kan nak update pasai Rizqin berhari raya tahun ni pun terasa malas...tunggu mood dtg baru update...(tak tahu bila datang nyer...silap2 tak berupdate sampai sudah)...

Cuma mama Rizqin nak bgtahu..kot2 ada yang mencara pes soto utk buat open house...



Mama Rizqin jual RM8 aje 1 pek ni...tapi kos pos laju dlm RM6 lah..cepatlah email ke mama Rizqin...sementara stok masih ada...



Atas ni pulak tepung magic..sesuai sangat utk ibu2 yg berkerjaya tu...kalau nak buat sotong salut tepung ke, cendawan goreng ke, ayam goreng ke, tempe goreng ke..pakai aje tepung ni...tak payah nak fikir berapa byk nak letak garam segala...semua dah siap...tinggal tuang dlm mangkuk, celup ayam ke cendawan ke, tempe ke...goreng terus...siap..Mudah kan..sekarang ni semua nak cepat.Mengejar masa...

RESEPI CENDAWAN GORENG

Bahan-Bahan

1 paket cendawan
Minyak untuk menggoreng secukupnya
tepung magik secukupnya
1 biji telur
Cara-Cara Membuatnya:

1. Basuh cendawan dalam 3 minit (jgn lama nnti bnyk air serap ke dlm cendawan)
2. Perah perlahan untuk membuang air yang meresap ke dalam cendawan dan toskan dalam penapis
3. Pukul telur dan masukkan cendawan ke dalam telur
4. Gaulkan cendawan ke dalam tepung yang tidak dibancuh dengan air
4. Panaskan minyak dalam kuali
5. Masukkan cendawan ke dalam kuali
6. Biarkan sehingga kekuningan baru dialeh
7. Goreng sehingga kelihatan garing (hati-hati jangan hangus)
8. Angkat dan toskan. Siap untuk dimakan.
9. Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama nasi.

*** Mama Rizqin punya cara...gaul dlm tepung dulu, kemudian baru celup dlm telur..goreng...

CENDAWAN INI BOLEH JUGA DIGORENG TANPA TELUR.



Ni hasil air tangan mama Rizqin.


Harganya : RM10 1 paket ni..tak termasuk kos penghantaran..


Boleh email ke erranis@gmail.com..




Kerja2 yg sudah selesai dan belum selesai sebelum menjelang HARI RAYA.

Monday, August 5, 2013

Salam semua...

Cepatnya masa berlalu, ramadhan dah nak ke penghujungnya....tahun ini tahun paling sibuk buat mama Rizqin. Sampaikan terawih pun banyak yang tak buat dari buat. Boleh dikategori kan tahun paling teruklah dalam sejarah hidup hehehe...

Tahun ni , mama sibuk dengan membuat kuih sendiri. Jangan tak tahu, mama ni tak pernah seumur hidup buat kuih sendiri. Tapi tahun ni, tetiba terajin nak membuat kuih. Walaupun tak banyak oleh kerana kekangan masa...tapi masih sempatlah menyiapkan 5 jenis kuih. 1 jenis semperit (yg panjang2 tu) -tak sempat raya, kuih dah abis. So yang tinggal 4 jenis sahaja.

1. Biskut bunga Dahlia
2. Biskut Sarang semut
3. Suji rainbow
4. Tat Kurma.


Ingat nak tambah lagi buat kuih raya, tapi masa sudah tak mengizinkan. nampaknya setakat ini sahajalah homemade biskut raya dari mama Rizqin :-)

Perkara ke 2  yang disibukkan, minggu ke 1 dan ke 2 adalah mengambil order kuih bangkit, kuih goyang dan kuih kapit.

Kuih Kapit yang nak di hantar ke customer. Dok kerana mengangkat balang kuih yang banyak ni, nampaknya lepas raya, mama kena pergi specialist. Backpain makin jadi teruk.

Kuih Kapit Strawbery. Mama jual jugak kuih kapit Asli, Coklat dan peanut butter.


 Kuih Goyang/Kuih Ros

 Kuih Bangkit Santan Gebu

Minggu ke 3 puasa, adalah minggu paling sibuk utk delivery kuih2 yg telah ditempah. Petang sabtu dan ahad, barulah sibuk shopping baju anak dan sendiri.

Disamping tu, sambil2 dok htr2 kuih org, mama amik kesempatan bermulut manis, menjual Tepung magik dan Mashed potato. Alhamdulilah tahun ni rezeki murah utk kami sekeluarga. Kuih kapit menerima tempahan sehingga lepas raya. Ni pun ramai yang tak dapat. Masing2 menunggu selepas raya.Mashed potato pun sama..letak aje stok terus clear.

Tepung Magik

Mashed potato

Hari ni minggu last utk kita pulang beraya, malam ni keja2 membasuh baju raya anak..tinggal sehari lagi nak balik, baru sibuk nak mendobi. Aduhai benar2 bz mama rizqin ni. Malam ni keja pack baju  separuh masuk dlm beg.  Mlm esok tinggal nak masukkan baju raya yg siap di cuci sahaja.

Di kesempatan ini, mama Rizqin ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada silent2 reader semua, blogger2 susun atur dan kepada semua yg membaca blog yg tak seberapa ini. Ampun maaf dipohon.

***Nota kaki.
Kalau ada sesiapa yang berminat dengan kuih kapit, Mashed potato dan Tepung Magik..silalah ke FB mama Rizqin.
https://www.facebook.com/auniariff