Didikan Anak : VCD Solat dan Adab dan doa

Thursday, October 24, 2013

Assalammualaikum w.b.t

Semalam VCD yang dah lama di idamkan dah pun sampai..Beli online hari Isnin, hari Rabu dah sampai.
Beli dekat SINI

Saya suka beli kat website ni sebab beli banyak mana pun harag pos tetap RM9. Sudah lama tak beli VCD utk Rizqin. Dulu2 beli VCD belajar mengaji. Ada di sharekan kat entry SINI.

Saya start ajar dia dengan flash card huruf hijaiyah ni start umur dia setahun. Mungkin terlewat dari anak2 org lain yg dah diajar seawal umur 6-8 bulan. Alhamdulilah, berkat sabar, berkat tak putus asa, walaupun saya pernah tak ajar dia 2-3 bulan sbb time tu dia sibuk dgn CD barney. Hari2 nak barney, langsung tak mahu tengok VCD ni. Hinggalah akhirnya dia teringat balik kat VCD ni..tup2 masuk umur 2 tahun , dia sudah kenal huruf2 hijaiyah. Pada mulanya tak percaya dia dah kenal..sbb saya ajar dia sebelum dia nak tido dalam 5 minit..sambil2 main aje. Satu hari tu, dia tengok ayat qursi yang saya tampal dekat almari. Tiba2 dia tunjuk dan sebut. "Ni Mim mama, Ni nun mama". Terkejut lah saya sbb betul2 tak sangka. Dengan hanya 5 min dan buka VCD aje. Dia dah kenal huruf. Sekarang 2 tahun 1 bulan, dia dah boleh melagukan huruf2 hijaiyah seperti dalam VCD tu dan kenal kesemua huruf2 tersebut.  

Saya sangat2 sarankan belilah VCD ni..bagus utk anak2 kita..bukan nak promote tapi benda baik apasalahnya di kongsikan.

Sekarang saya tengah ajar dia menghafal Al-Fatihah dan doa2 harian. Doa2 harian mcm doa makan, doa tido, doa naik kenderaan dia dah biasa dengar saya baca. Al-fatihah tu dia dah boleh ikut ayat yg last sekali..contoh macam "alamin, nirahim"..biasanya saya pasang mp3 al-fatihah kat hp time dlm kereta pergi dan balik nursery. Sama2 ikut baca. Target saya umur dia 3 tahun dia dah boleh baca fatihah dan 3 Qul. 4 surah ni pun dah cukup banyak bg saya. Harap2 tercapailah target saya ni.

Saya belikan VCD dibawah ni utk dia gunakan pendengaran dan penglihatan dia utk mudah kan lagi menghafal dan solat.



Sekarang ni lepas solat maghrib biasanya dia akan tarik japanese table dia utk dijadikan rehal dan amik buku Iqra utk mengaji. Habis menagji letak balik rehal bawah katil. Sekarang ni saya ajar dia dengan cara bertanya. Baca satu2 page memang dia tak mahu. Asyik keja menyelak aje. So saya tanya dia.."rizqin mana nun" nanti dia cari dan tunjuk. Begitulah utk huruf2 yg lain. 5 min setiap hari. Harap saya akan terus istiqamah mengajar permata hati yg sorang ni..


Susun Atur : Mainan Anak

Wednesday, October 23, 2013

Assalammualaiikum w.b.t

Macammana korang simpan mainan anak yer...
Rizqin masa kecik2 dulu, banyak betul mainan yang papa dia beli. Hari2 ada aje mainan di bawa balik. Maklumlah bawah opis ada kedai mainan. Yg excited bapaknya bukan anaknya. Masa tu Rizqin bawah setahun, memang tak reti langsung pasai mainan. Sampaikan saya yg hangin sbb beli mainan utk budak2 2-3 tahun..takut tertelan component yg kecil2 tu.

Dulu saya masukkan semua mainan dalam box.
Macam kat bawah ni.


Mudah nak amik dan mudah jugak Rizqin sepahkan. Bila masuk bilik mesti dia nak bawa keluar kotak mainan ni. kemudian sepah2kan 1 rumah.

Jadinya, saya asingkan mainan ikut beberapa kategori.

kategori Kenderaan

Kategori soft toys

Kategori robot-robotan hehehe


Kemudian masukkan setiap mainan yg dah dikategorikan dlm 1 beg. labelkan beg mengikut kategori.





Masukkan beg2 tu dalam bakul coklat ni. Berguna bakul coklat ni. Jauh bakul ni beli kat padang besar sana tu hehehe....


Semua barang mainan dah ada rumah kecil dan rumah besar :-).
Tak ada guna byk box lagi.

Tapi sampai sekrg Rizqin tak tahu mana mainan dia. Saya sorok dalam bakul ni. Kalau dia tahu ada mainan dlm bakul ni...confirm 1 bakul ni dia angkut kuar kemudian sepah2 kan depan tv. 

Hampir sebulan...rahsia tak bocor lagi ni hehehe. Dia selalu nampak bakul ni tapi x tahu apa isi dalam nyer..

Hahaha Sori Rizqin...mama malas kemas mainan kamu. Sebab tu mama sorok.

Ni cara saya..anda bagaimana?

Cer share...

bye.




Susun Atur : Bilik Anak

Tuesday, October 22, 2013

Assalammualaikum semua....

Sudah lama tak update blog. Mood "M" selalu sangat datang bertandang.

Hari ni nak share pasai susunatur bilik Rizqin.

Bilik Rizqin ni kecil aje. Hanya muat tilam Queen dan tilem single, Kabinet baju. Oklah utk dia sorang. Luas bilik luas sepah. Kalau kecil ni kurang sikit sepahnya.

Ni gambar sebelum di susun atur. Saya letak menegak rak putih diatas tu sbb tak mahu Rizqin capai barang2 yg ada. Kipas pun sama tapi nampaknya dah tak praktikal sbb dia dah boleh tekan2 button kat kipas tu.

 Haruslah mama nya memikirkan kaedah lain pulak.


Makanya sehari sebelum balik kg ber Aidiladha...gigih mengemas bilik.





Saya mengiringkan pulak rak diatas tu...

 Kotak coklat saya isi kasut2 dia masa baby. Masih elok lagi.




Ada tempat letak CD (beli kat Daiso) dan tempat letak stationery Rizqin.




Bekas biru 3 layer tu ada segala mcm ubat,cotton button dan mcm2 lagi. Sebelahnya saya letakkan buku2 Rizqin.

Segala mcm perfume,Lotion,sikat Rizqin. Mama punya lotion Mustajab pun terselit sama kat situ..(tumpang).






 Kat dalam bakul biru ada bedak talcum, alas salin pampers dan botol spray). 
Saya letakkan dlm bakul bila nak salin pampers dia mlm2..terus grab aje..x perlu tercari2 satu2 brg. Sebelah tu febreze dan bekas isi Tuala muka dia.


 Layer bawah rak ni ada pampers yg dah siap disusun (senang nak amik).





Susun Atur dlm Almari. Dalam bakul biru ada Tuala mandi. Belakang tu ada Napkin dia.






Susun Atur baju tido,baju ke nursery.



Susun atur seluar pendek dan seluar pjg.








Sekarang ni hari2 dok nyorok dlm kabinet baju dia sebelum tido...

Main cak cak dgn mama & papa...

Layan ajelah.