Bagaimana mendidik anak menjadi Soleh

Wednesday, January 16, 2013


Salam semua...

Artikel utk kita share bersama...


Apa makna anak soleh?
Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan kita, tetapi yang lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya’Allah anak itu secara otomatik akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.
Bagaimana mendidik anak menjadi soleh?
Tidak ada cara mendidik anak yang paling baik dan paling berkesan melainkan dengan cara didikan Islam. Langkah pertama ke arah didikan anak yang sempurna ialah keazaman ibu-bapa itu sendiri untuk kembali menghayati Islam dan menghidupkan Biah Islamiyyah (yakni suasana keislaman) di dalam keluarga dan rumah. Hanya anak yang hidup di dalam suasana keislaman yang dapat menghayati Islam dan seterusnya berjaya dibentuk menjadi anak yang soleh.
“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”. (al-Anfal: 24)
Seterusnya di bawah ini kita bentangkan perkara-perkara yang mesti kita lakukan untuk melahirkan anak-anak yang soleh;
1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
Kita selalu mendengar ungkapan dari para ulama’ yang menyebutkan;
“Asas agama ialah mengenal Allah”.
Perkara pertama yang wajib kita ajarkan kepada anak-anak kita ialah kalimah Syahadah. Mengajar kalimah Syahadah bukan hanya mengajar menutur atau mengucapkannya sahaja sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang hari ini, tetapi juga mengajar apa pengertian kalimah tersebut?, apa yang tuntut olehnya? dan apa perkara-perkara yang bertentangan dengan kalimah tersebut yang mesti dijauhi dari melakukannya?.
Kita perlu memberitahu anak-anak kita –dari semasa ke semasa- bahawa dengan mengucapkan kalimah tersebut mereka telah mengisytiharkan diri mereka beriman kepada Allah. Oleh demikian, mereka wajib mentaati Allah pada setiap ketika dan dalam setiap gerak-geri serta tingkah-laku mereka. Pada masa yang sama, mereka wajib menolak segala yang bertentangan dengan kehendak Allah sama ada yang berupa agama (yang lain dari Islam), fahaman, ideologi, budaya, gaya hidup, tingkah-laku, peraturan, undang-undang dan sebagainya. Inilah tuntutan kalimah Syahadah yang dapat kita fahami dari firman Allah:
“Dan sesiapa mengingkari taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang dengan simpulan yang teguh, yang tidak akan putus selama-lamanya. Dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui”. (al-Baqarah: 256)
 
Menurut Imam Sa’id bin Jubair dan Imam ad-Dhahhak; yang dimaksudkan dengan ‘simpulan yang teguh’ dalam ayat di atas ialah kalimah 'Lailahaillallah' Adapun thagut, maknanya ialah ‘segala yang menyesatkan manusia’ sama ada Iblis, Syaitan dan sebagainya.
2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain
Rasulullah s.a.w. sendiri telah berpesan kepada kita supaya mengambil berat perihal solat anak-anak kita, di mana baginda bersabda;
“Suruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila ia telah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan mengerjakan solat sedangkan mereka telah berumur sepuluh tahun”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari Abdullah bin Amru r.a.)
Solat adalah tiang agama. Menunaikan solat beerti menegakkan agama dan meninggalkannya beerti mengabaikan agama. Dalam pendidikan, solat mempunyai rahsia didikan yang amat hebat kepada anak-anak kita. Di samping mendidik anak-anak kita agar sentiasa ingat kepada Allah, solat menjadi benteng kepada mereka dari keruntuhan ahklak dan gejala social. Ini melihat kepada kekuatan yang ada pada solat dalam mencegah manusia dari melakukan dosa dan munkar sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah sendiri;
“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan munkar”. (al-Ankabut: 45)
Adalah mustahil jika kita hendak mengekori anak-anak kita ke mana saja mereka pergi untuk memastikan mereka berbuat baik di mana-mana sahaja mereka berada. Namun jika kita berjaya mendidik anak kita dengan solat sehingga solat itu melekat dalam jiwa mereka, yakinlah bahawa sekalipun tanpa kehadiran kita, mereka akan tetap istiqamah dengan kebaikan kerana solat akan membenteng mereka dari melakukan kejahatan dan maksiat.
Selain dari solat, kita juga wajib mengasuh mereka menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain seperti puasa, zakat, haji dan sebagainya.
3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita?
Menuntut ilmu agama diwajibkan oleh Allah ke atas setiap orang Islam sama ada lelaki atau perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Menuntut ilmu (agama) adalah fardhu ke atas setiap orang Islam”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan at-Thabrani dari Anas r.a. dan al-Hasan bin Ali r.a.)
Bagi anak-anak, tanggungjawab mengajar ilmu agama kepada mereka asalnya adalah kewajipan ibu-bapa. Namun jika ibu-bapa tidak mampu mengajar sendiri anak-anak mereka, mereka wajib mencari seorang guru/ustaz yang dapat mengajar anak-anak mereka segala hal yang wajib diketahui tentang agama merangkumi;
a) Ilmu aqidah
b) Ilmu Ibadah
c) Ilmu halal dan haram (dalam makanan, percakapan, tindakan, pergaulan dan sebagainya)
d) Ilmu tentang hati dan rohani
e) Ilmu tentang kewajipan sebagai seorang muslim
f) Ilmu untuk membaca al-Quran
g) Ilmu tentang adab-adab sebagai seorang muslim
Kita melihat hari ini ramai ibu-bapa mengabaikan pengajian ilmu agama kepada anak-anak mereka. Mereka lebih menekankan ilmu-ilmu duniawi seperti sains, matematik dan sebagainya. Mereka sanggup menghabiskan wang yang banyak bagi memastikan anak-anak mereka lulus dengan cemerlang dalam ilmu-ilmu tersebut. Namun ilmu agama mereka abaikan. Mereka tidak pernah risau anak-anak mereka jahil tentang agama asalkan pandai ilmu-ilmu lainnya. Kerana itu tidak hairanlah jika kita dapati hari ini ramai anak-anak orang Islam yang semakin liar dari agama; meninggalkan solat, tidak tahu membaca al-Quran, tidak menutup aurat dan mudah terjebak dengan maksiat dan munkar. Semua gejala ini puncanya tidak lain dari pengabaian terhadap didikan agama oleh ibu-bapa.
4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman)
Anak-anak memerlukan qudwah (yakni contoh/tauladan) untuk menjadi anak-anak yang soleh. Qudwah ini seharusnya bermula dari ibu-bapa dan juga suasana di rumah. Biah atau suasana di rumah mempunyai peranan yang besar dalam membentuk anak-anak. Oleh demikian, suasana keislaman di dalam rumah hendaklah dihidupkan. Pada masa yang sama, elakkanlah sebarang bentuk maksiat dan munkar dari rumah kita. Selain itu, menghidupkan sunah Nabi di dalam rumah juga memberi kesan besar dalam mewujudkan biah/suasasa keislaman di dalam rumah. Antara sunnah Nabi s.a.w. yang perlu kita praktikkan di rumah ialah;
a) Membaca al-Quran di rumah
Seboleh-bolehnya, ibu-bapa hendaklah menunjukkan minat mereka terhadap al-Quran dengan selalu membacanya di rumah di hadapan anak-anak mereka. Dalam satu hadis, Rasulullah mengibaratkan rumah yang tidak dibacakan al-Quran di dalamnya umpama kubur-kubur. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah”. (Riwayat Imam Muslim)
Bagi ibu-bapa yang tidak berkesempatan membaca al-Quran di rumah atau tidak berkemampuan membacanya, maka sebagai alternatif lain untuk menghidupkan suasana al-Quran di rumah ialah dengan memutarkan kaset-kaset atau cd-cd al-Quran di dalam rumah pada setiap hari terutamanya di waktu pagi dan pada masa anak-anak berhimpun di rumah.
b) Mengerjakan solat-solat sunat di rumah
Sabda Rasulullah s.a.w.;
“Kerjakanlah solat –wahai manusia- di rumah-rumah kamu. Sesungguhnya solat yang paling afdhal ialah seseorang mengerjakan solat di rumahnya kecuali solat yang fardhu”. (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Zaid bin Thabit r.a.)
Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda; “Kerjakanlah sebahagian solat kamu dirumah kamu. Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu ibarat kubur”. (Riwayat Imam Muslim dari Jabir r.a.)
Antara solat sunat yang digalakkan untuk dikerjakan di rumah ialah solat dhuha, solat tahajjud, solat hajat, solat taubat, solat tasbih, solat witir, solat sunat yang mengiringi solat fardhu dan sebagainya. Ibu-bapa yang selalu mengerjakan solat-solat sunat di rumah akan memberi qudwah kepada anak-anak dalam menanamkan sikap suka beribadah dan meningkatkan kesedaran rohani mereka.
Lebih baik lagi jika anak-anak turut diajak bersama-sama mengerjakan ibadah-ibadah tersebut. Adalah harus –sebagai latihan- pada selang-selang waktu tertentu solat-solat sunat tersebut (khususnya solat malam atau qiyamullail) dilakukan secara berjamaah bersama ahli keluarga dengan diimankan sendiri oleh bapa sebagai ketua keluarga. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Jika seorang lelaki mengejutkan ahli keluarganya pada waktu malam, lalu mereka mengerjakan solat dua rakaat bersama-sama, nescaya mereka berdua akan ditulis/disenaraikan di kalangan lelaki-lelaki yang banyak berzikir dan perempuan-perempuan yang banyak berzikir”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abi Said r.a.)
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun menunaikan solat malam, kemudian ia mengejutkan isterinya…Begitu juga, Allah mengasihi seorang perempuan yang bangun menunaikan solat malam, kemudian ia mengejutkan suaminya…”. (Riwayat Abu Daud dari Abu Hurairah r.a.)
c) Hidupkan budaya memberi salam
Anas r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya; 
“Wahai anakku! Jika kamu masuk menemui ahli keluargamu (di rumah kamu) maka berilah salam kepada mereka, nescaya akan dilimpahi keberkatan ke atas kamu serta ahli rumah kamu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Anas r.a.)
Memberi salam bermakna kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada orang yang kita ucapkan salam kepadanya. Apabila ibu-bapa mengucapkan salam kepada anak-anak mereka (tatkala baru sampai di rumah atau tatkala ingin keluar dari rumah atau ingin berpisah dengan mereka) maka ia telah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan untuk mereka. Apabila mereka menjawabnya, maka mereka mendoakan pula keselamatan dan kesejahteraan untuk bapa atau ibu mereka. Fenomena saling doa-mendoakan ini pastinya akan mewujudkan suasana harmoni dan kasih-sayang di dalam keluarga.
Rasulullah s.a.w. pernah bertanya para sahabat baginda; “Mahukah aku tunjukkan kepada kamu suatu amalan yang jika kamu lakukan nescaya kamu akan saling berkasih-sayang?”. Jawab mereka; “Ya”. Lalu baginda bersabda;
“Hidupkan budaya memberi salam antara sesama kamu”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
d) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
Antara adab-adab Islam yang perlu dipraktikkan oleh ibu-bapa serta ahli keluarga di rumah ialah adab ketika makan, adab ketika masuk dan keluar tandas, adab berpakaian, adab anak-anak ketika hendak masuk ke bilik ibu-bapa (terutamanya apabila anak-anak telah mumayyiz), adab keluar dan masuk rumah, adab tidur dan bangun dari tidur dan sebagainya. Adab-adab ini amat penting kerana ia melibatkan amalan dan rutin harian yang boleh memberi contoh berkesan kepada anak-anak dalam meningkatkan roh keislaman mereka.
5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau
Dalam hal ini, terdapat hadis Rasulullah s.a.w. menyebutkan;
“Jika kamu lihat seorang lelaki selalu berulang-alik ke masjid, maka saksikanlah untuknya dengan iman (yakni akuilah bahawa ia sememangnya seorang yang benar beriman)”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abi Sa’id r.a.)
Masjid adalah rumah Allah. Orang yang hatinya terikat dengan masjid menunjukkan bahawa jiwanya dekat dengan Allah. Alangkah bertuahnya kita jika anak-anak kita memiliki hati dan jiwa sedemikian. Oleh itu, perlulah kita berusaha bersungguh-sungguh mendekatkan anak-anak kita dengan masjid, atau sekurang-kurangnya surau atau mushalla. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menceritakan tujuh orang yang akan mendapat perlindungan Allah di akhirat, antara mereka ialah ‘seorang pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah dan seorang lelaki yang hatinya terikat dengan masjid’. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu hurairah r.a.)
6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita
Semangat jihad yang kita maksudkan ialah semangat cintakan agama dan kesedaran untuk berkorban demi agama. Ramai di kalangan kita menganggap anak-anak belum tiba masanya untuk didedahkan dengan semangat jihad kerana mereka masih kecil. Anggapan ini ternyata salah. Sebenarnya dari kecillah kita perlu tanamkan semangat jihad ke dalam diri anak-anak kita supaya mereka akan terbiasa dengan semangat ini sejak awal mereka mengenali dunia dan kehidupan lagi. Lebih-lebih lagi apa yang disemai ketika kecil akan melekat kukuh dalam jiwa manusia sebagaimana kata hikmah;
‘Pengajaran semasa kecil umpama memahat di atas batu”.
Untuk menyemai semangat jihad dan perjuangan Islam ini, antara usaha yang perlu kita lakukan ialah dengan menceritakan kepada anak-anak kita –dari masa ke semasa- sejarah/sirah perjuangan Nabi kita Muhammad s.a.w. dan juga tokoh-tokoh pejuang Islam terdahulu terdiri dari para Nabi dan Rasul, para sahabat, para alim-ulama’, para Syuhada’ dan sebagainya.
Amat menyedihkan kita apabila melihat anak-anak umat Islam hari ini di mana mereka lebih mengenali artis-artis dan pelakon-pelakon dari mengenali para Nabi dan Rasul, tokoh-tokoh Islam, ulama’-ulama’ dan para pejuang Islam. Keadaan ini memerlukan usaha bersungguh-sungguh dari kita sebagai ibu-bapa untuk mengubahnya.
7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
Antara perkara yang perlu kita tanamkan sungguh-sungguh ke dalam jiwa anak-anak kita dalam usaha kita mendidik mereka menjadi anak-anak yang soleh ialah sikap cintakan ilmu dan sukakan majlis-majlis ilmu. Dengan adanya semangat cintakan ilmu dan majlis ilmu akan timbullah keinginan dalam diri anak-anak kita untuk menuntut ilmu agama secara berterusan hingga ke akhir hayat mereka tanpa had umur atau batasan waktu.
Jika kita perhatikan majlis-majlis ilmu hari ini, boleh dikatakan keseluruhan yang hadir ialah golongan dewasa dan juga orang-orang tua. Di mana anak-anak atau kanak-kanak? Kenapa mereka tidak dibawa bersama oleh ibu-bapa mereka untuk sama-sama menuntut ilmu? Demi masa depan anak-anak kita, marilah kita ubah keadaan ini. Marilah kita bawa bersama anak-anak untuk sama-sama berada di dalam majlis ilmu yang diibaratkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai taman syurga. Baginda bersabda;
“Apabila kamu berjalan melalui taman syurga, maka singgahlah di situ”. Lalu sahabat bertanya; “Apa itu taman syurga, ya Rasulullah?”. Jawab Rasulullah; “Iaitulah majlis-majlis ilmu””. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Ibnu ‘Abbas r.a.)
8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
Kita tidak boleh mengongkong anak-anak kita dari berkawan. Namun apa yang kita perlu lakukan ialah memastikan anak-anak kita memilih kawan-kawan atau teman-teman yang baik supaya ia tidak terjebak ke dalam kejahatan dan maksiat kerana pengaruh kawan. Hal ini merupakan pesanan Rasulullah s.a.w. di mana baginda bersabda;
“Seseorang itu berada di atas agama temannya. Oleh itu, hendaklah setiap dari kamu memerhatikan dengan siapa ia berteman”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Hurairah r.a.)
Di dalam hadis di atas, Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kita agar pandai memilih kawan/teman kerana kawan boleh mempengaruhi pengamalan agama kita. Maka sebagai ibu atau bapa, pesanan yang sama perlu kita sampaikan kepada anak-anak kita kerana mereka adalah tanggungjawab kita.
9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
Doa adalah senjata kita orang-orang beriman. Dengan doa kita boleh memohon apa sahaja hajat kita dari Allah. Malah Allah amat suka hamba-hambanya yang banyak berdoa dan bermohon dariNya. Salah satu perkara yang perlu selalu kita pohonkan dari Allah ialah anak-anak yang soleh. Seboleh-bolehnya setiap kali kita berdoa, kita tidak lupa berdoa agar kita sekelian dianugerahkan Allah anak-anak yang soleh. Antara bentuk doa memohon anak soleh ialah yang termaktub di dalam al-Quran iaitu;
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang tergolong dari orang-orang soleh”. (as-Shaffat: 100)
Atau doa;
“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami (anak-anak soleh yang menjadi) penyejuk mata-mata kami (apabila melihatnya) dan jadikanlah kami ikutan kepada orang-orang bertakwa”. (al-Furqan: 74)
Selain itu, kita juga perlu berdoa agar Allah memberi ilmu dan kefahaman agama kepada anak-anak kita. Antara doanya ialah;
“Ya Allah, wahai Tuhan kami! Berilah kefahaman kepadanya dalam agama dan ajarkanlah kepadanya memahami al-Quran”.
Doa ini adalah doa yang pernah diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk Ibnu ‘Abbas r.a.. Berkat doa baginda ini, Ibnu ‘Abbas telah muncul di kalangan sahabat sebagai seorang pentafsir al-Quran yang paling unggul sehingga Abdullah ibnu Mas’ud menyatakan; “Sebaik-baik pentafsir al-Quran ialah Ibnu ‘Abbas”.
10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita
Ibu-bapa hendaklah selalu memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak supaya sentiasa mentaati Allah dan menjaga perintah agama. Pesanan, teguran dan kata-kata nasihat dari ibu-bapa merupakan mutiara-mutiara berharga untuk anak-anak kerana ibu-bapa adalah orang yang paling hampir dengan anak-anak. Peranan ibu-bapa sebagai pemberi nasihat dan pesanan tidak terhenti setakat anak-anak masih kecil, tetapi berterusan hingga bila-bila sekalipun mereka telah dewasa. Di bawah ini kita kemukakan beberapa nasihat dan pesanan dari para nabi dan orang-orang soleh untuk anak-anak mereka sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran dan juga hadis Nabi s.a.w. untuk kita mencontohinya;
Pesanan Nabi Ibrahim kepada anak-anaknya
Pesanan Nabi Ibrahim untuk anak-anaknya dapat kita dilihat dalam surah al-Baqarah, ayat 132;
“Ibrahim telah berpesan kepada anak-anaknya dengan agama itu (yakni Islam) dan (begitu juga) Yaakob (di mana mereka berkata kepada anak-anak mereka): ‘Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) untuk kamu, maka janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan muslim”. (al-Baqarah: 132)
Pesanan Nabi Yaakob untuk anak-anaknya
Allah menceritakan dalam surah al-Baqarah (ayat 133) bahawa Nabi Yaakob ketika hampir kematiannya ia telah berpesan kepada anak-anaknya supaya kekal menyembah Allah, tidak mengsyirikkannya.
“Adakah kamu menyaksikan ketika Yaakob hampir menemui kematian, ketika itu ia berkata kepada anak-anaknya; ‘Apakah yang kamu akan sembah selepas kematianku?’. Jawab mereka; ‘Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan bapamu Ibrahim, Ismail dan Ishak iaitu Tuhan yang maha esa dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri”. (al-Baqarah: 133)
Pesanan Luqman al-Hakim
Pesanan Luqman kepada anaknya dibentangkan dengan panjang lebar oleh Allah di dalam surah Luqman. Pesanan Luqman ini amat baik jika kita jadikan pesanan yang diulang-ulang dari masa ke semasa untuk anak-anak kita. Antara yang dipesankan oleh Luqman kepada anaknya ialah;
“Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya semasa ia memberi nasihat kepada anaknya itu; ‘Wahai anak kesayanganku! Janganlah kamu mensyirikkan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu merupakan satu kezaliman yang besar”. (Luqman: 13)
“Wahai anak kesayanganku! Dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah dari kemungkaran, dan bersabarlah atas segala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang perlu diambil berat melakukannya”. (Luqman: 17).
Apa yang kita kemukakan ini hanyalah sebahagian kecil pesanan Luqman untuk anaknya. Untuk melihat pesanannya secara keseluruhan, sila rujuk surah Luqman (ayat 13 dan ayat-ayat seterusnya).
Pesanan Rasulullah kepada Ibnu ‘Abbas
Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; (Suatu hari) aku berada di belakang Nabi s.a.w.. Lalu baginda bersabda kepadaku; “Hai anak! Aku ingin mengajar kamu beberapa perkataan (iaitu); ‘Peliharalah Allah nescaya Ia akan pelihara kamu. Peliharalah Allah, nescaya kamu akan mendapatinya di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah dan apabila kamu memohon pertolongan, pohonlah pertolongan dari Allah. Ketahuilah bahawa sesungguhnya jika sekelian umat manusia berhimpun untuk memberi manfaat kepada kamu dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memberi manfaat kepada kamu melainkan dengan suatu yang telah ditulis oleh Allah untuk kamu. Dan jika mereka semua berhimpun untuk memberi mudarat kepada kamu dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memudaratkan kamu melainkan dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah akan menimpa kamu. Telah diangkat pena dan telah kering lembaran-lembaran’”. (Riwayat Imam Tirmizi)
Wallahu a’lam.
Artikel : www.ilmudanulamak.net
Copy dari : http://www.mamat.my/2012/03/langkah-langkah-mendidik-anak-menjadi.html
Untuk Peringatan mama dalam mendidik Rizqin .
 
 
 
 
 
 
 
 

Bowling & Playground at Klang Parade

Tuesday, January 15, 2013

Salam..

Weekend hari tu, bawa Rizqin pergi klang parade.

Rizqin teman mama dan kakak2 sedaranya main bowling.


Penyokong tegar mama..

Tak mau duduk dekat kerusi, nak duduk dekat tepi lane jugak. Siap jerit sampai bingit telinga kakak zurika dia.


Pujuk dengan biskut


Pujuk dengan air


Entah apa diboraknya dgn kak ira nya..agaknya dia nak bgtahu kakak zurika dia tu baling asyik masuk longkang aje..hahaha


Bosan asyik tengok orang main..dia tak dapat main pun..so dia buat aksi sendiri..

yehhhh....gol...


Papa bawa Rizqin ke playground pulak....bukan main seronok dia...





Tah kat mana dia belajar buat aksi macamni




Balik terus terbongkang tido keletihan. Esoknya terus demam. Orang lain main bowling dia yang demam pulak.











Hidung Tersumbat

Monday, January 14, 2013

Ni mas ahidung tersumbat..



Rizqin demam lagi..mama susah hati

Salam..

Ring! ring! ring! ring!...tengok screen hp dari taska. Hati mama dah berdebar2. Apa jadi dengan Rizqin ni jatuh ke..maklumlah baru nak belajar memanjat. Sepanjang 1 tahun tinggal dekat Taska tak pernah lagi terima call dari Taska time mama dekat opis.

Ini call yg pertama tahun 2013...

Cikgu : Hello!, Ni cikgu Rizqin. Rizqin demam badan dia panas sangat.Ubat tak ada.

Mama : ok ok saya balik sekarang.

Dalam hati dok berteka teki. Pagi tadi elok aje badan nya tak panas pun. kenapa tiba2 demam ni.

20 minit mama dah muncul depan Nursery. Rasa badan dia sejuk dah.

Cikgu : "tadi panas, ni dah sejuk balik."

Mama : "Tak pe, saya bawa pergi klinik sekarang".

Sampai klinik, doktor kata suhu dia 37 darjah celsius. Demam. Doc bagi ubat dulu. Klu 2 hari tak elok kena bagi antibiotic.

Hantar balik ke nursery. Mama duduk situ dekat sejam. Monitor dia. Suruh cikgu dia bagi makan, lepas tu mama suapkan ubat.

Sempat lagi berdrama...melalak2 lepas makan ubat. Puncanya nak kan syringe tu...bergolek2. Sudah lah pergelangan tangan mama terseliuh. Bila ada mama mula lah melembik2 kan badan. Buat kerenah.

Mama minta cikgu dia buatkan susu dan tidokan dia dalam bilik. Dia masuk bilik terus mama balik opis. Tak jenguk2 dah..kalau tak maunya dia melalak.

5:30pm mama dah terpancul depan Taska. Rasa badan sejuk aje.

Malam tadi, suhu dia ok tapi still bagi ubat dan letakkan cool fever.

Hari ni sebelum pergi kerja, mama bagi dulu ubat dan lekatkan cool fever siap2. Masa hantar dia depan nursery. Mama cakap kat cikgu, terpaksa hantar Rizqin jugak hari ni..pesan jugak bagi ubat pukul 1:30pm nanti.

Tadi 10:15am, call cikgunya..cikgunya kata dia tengah tido. Badannya taklah panas sangat. Lega sikit. klu tak dok terfikir2 ok ke tak Rizqin ni.

Ya Allah berilah kesembuhan pada anak ku ini.




Malam Jumaat jeng jeng jeng

Thursday, January 10, 2013

Salam...

Malam tadi malam jumaat. Ada apa dengan malam jumaat? hehehe...malam jumaat kenalah baca Yassin..

Mama dah lama sangat tak baca Yassin pada malam jumaat sejak lahirnya Rizqin. Setahun 4 bulan dah. Sempena tahun baru dan peningkatan usia maka azam tahun baru mama nak baca Yassin semula tiap malam Jumaat. sejak Rizqin dah makin cerdik, dah pandai berjalan maka kerja mama sudah semakin mudah sekarang ni. Nak apa2 barang suruh aje si bujang kenit ni ambilkan. Bagi aje arahan, menonong2 dia mencari dan bagi dekat mama. Mama sudah boleh goyang kaki sambil tengok tv.

Dulu2 masa dia 7-8 bulan, pantang nampak buku kat tangan semua nak dimasuk dalam mulut. Langsung tak boleh ada buku ditangan tapi sekarang dia dah ada buku sendiri, dah pandai baca buku sendiri so semalam cubalah untuk baca Yassin balik.

Tapi jangkaan mama meleset. Adengan rampas merampas pulak jadinya. Baru mama nak cari surah Yassin dalam Quran tu dia dah melalak nak jugak. Baru baca bismillah, dia pun rampas terus Quran. Aduh tension mama, macamana nak mengaji ni.


Tengok tu Quran letak kat kaki..nak amik menjerit sampai bingit telinga mama..


Naik pulak atas sofa..kekonon nak ngajilah tu...


tapi dok menyelak sampai nak terkoyak


Mama pun gi ambil surah Yassin, nak baca guna surah kecik ajelah kononnya. tak de maknanya,,,.grrrrhhh..tension betul...


Semua dia nak pegang...smpi koyak surah yassin mama..punyalah mama jaga surah yassin tu bertahun. Dapat kat dia, tak sampai seminit terus koyak 1 page...geram betul..siap buang belakang sofa lagi...bertuah punya anak


Mama pun guna taktik lain..suruh dia amik flash card Alif baa taa dia....hahaha kena tipu...

Tengok aksi dia...suruh amik semua..tapi satu2 dia amik...dah faham arahan dah...


Huruf Alif dan Baa yang dia kenal..itu yg dia ambil dulu...


Cuba tengok..sofa kat dapur tu..hahaha..dah tukar posisi..tak mau dia panjat....itu sebab dia mengacau mama tak abis2...


Jauh sebatu lagi dah hulur..."nahhh" katanya...


Lepas letih mengacau...dia buat aktiviti bebas pulak..tu diaaa...skill baru sampai dah...dah lah kidal...lepas tangan kanan tangan kiri pulak....


"ABISlah DINDING mama Rizqin wehhhhhhh".....mama hanya mampu menjerit dalam hati...padang jelah..makin ditegur..makin galak dia menconteng

Maka Hasilnyaaaaaa....


Papa balik Rizqin dah tido. Papa tanya apa Rizqin buat hari ni...mama suh papa pandang dinding ...terjerit papa siap marah mama lagi.." mama bagi Rizqin pen ke? mana dia dpt pen?" "eh eh eh papa ni...lempeng kan...anak tu dah besar..dah tau pen dok celah bedah mana...sorok macamana pun ..tau je dia cari"..dalam hati jelah mama jawab hehehehe...Rizqin punya keja mama kena marah...

Nasib baik pensil aje bukan pen..kalau tak mau nya mama meroyan jam2 tu...tak de nya mama nak biarkan dia menconteng..pensil boleh padam...mama bagi chance kat Rizqin aje tu

"Pakar mengatakan, anak yang menjangkau 17/18 bulan bayi anda akan menunjukkan lebih minat dalam menulis dan lebih menconteng."

Rizqin dah 16 bulan, kira normallah ni perkembangannya..alhamdulilah...conteng lah nak..contenglah....kaki tangan muka abis dicontengnya...










Skill baru Rizqin

Salam semua...

Semalam Rizqin mengasah bakat terbarunya....kering darah mama...

Cubaan pertama terus pass...







Cubaan ke 2 pulak





Cubaan ke 3



Cubaan yang tah keberapa dah ni...mama letak kat bawah, dia panjat balik...semalam letih melayan dia manjat aje...



Malam sikit dia manjat kat tingkap pulak...aduhai Rizqin weh....





Tak main dah duduk kat lantai..nak duduk tengok tv standard dgn mama & papa..atas sofa...


Sekejap je diam nyer..pastu meligat balik....