Rizqin Di Bazaar Ramadhan

Monday, July 23, 2012

Salam...

Selamat Berpuasa semua dari Rizqin sekeluarga.

Tahun ni pertama kali Rizqin menyambut puasa. Tahun lepas, Rizqin masih dalam perut mama. Bila mama puasa, Rizqin tendang2 perut mama. Agaknya lapar. tapi alhamdulilah, Rizqin & mama dapat jugak 13 hari berpuasa. Selebihnya mama kena gastrik yang teruk. Mama sampai muntah2 dan cirit birit yg teruk lepas berbuka puasa. Mama menahan sakit sampai pukul 12 malam baru ok. kadang-kadang pukul 5:30 ke pukul 6 ptg, perut dah pedih sangat2. last2 terpaksa buka puasa.

Tahun ni Rizqin pun sahur sama-sama dengan mama. Bila mama bangun nak sahur, Rizqin pun sama2 merengek nak susu. Mama bagi Rizqin sahur dengan susu aje.

Bila time berbuka, Rizqin pun berbuka sama2 dengan mama. Mama makan Rizqin pun makan sama. hari pertama, Rizqin tak sedar mama ngan papa berbuka sama2. Rizqin leka main sampai tak perasan mama dengan papa makan. Rizqin makan lepas papa & mama makan.

Ni pic first time , Rizqin pergi bazaar Ramadhan. ramai sangat orang. Kepala Rizqin ke kiri & kekanan tengok orang ramai bawa makanan. Rizqin tak pernah tengok ramai sangat org macam ni. kalau pergi pasar tani tidak lah seramai ini.



Sampai Rizqin rasa tak mau balik. Seronok sangat. Rizqin nak tengok orang sampai tak mahu masuk kereta.

Hari kedua, Rizqin  berbuka kat rumah Atta. Masa mama, papa, uncle E & kakak2 sepupu berbuka, Rizqin pun berbuka sama. Rizqin makan kurma. Atta suapkan. Sebiji aje dah buat Rizqin kenyang. Alhamdulilah. Sampai kan Rizqin termuntah kat dalam kereta masa balik ke rumah. Abis baju & kusyen kereta mama. Kenyang sangat hehehe...

2 comments:

h a p r a q said...

rizqin tk mintak ayam golek ke??? hehehe

rizqinhazim said...

tak..rizqin yg tergolek2 tengok ayam tu hehehe...

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...