Potty Train utk Rizqin

Monday, March 23, 2015

Assalammualaikum...

Mulanya saya pun tak tahu macamana nak ajar Rizqin membuang di toilet...sy ada baca, ada org bw ank ke toilet setiap setgh jam...sy rasa susah sgt sbb sy byk keja nak dibuat klu kat rumah tu, pasti asyik terlupa aje nak tengok jam...

So, saya hanya mula mengajarnya apabila dia betul2 telah bersedia, apabila dia sudah pandai bercakap.Jadi tiada paksaan untuknya dan tiada tekanan untuk saya.Ketika umurnya 2 tahun setengah, saya sudah bercerita dengan nya tentang buang air di toilet.Saya tengok sepupu2nya yang perempuan, semuanya sudah tidak pakai pampers. Bila pergi ke mana2 org mesti cakap..aik..rizqin pakai pampers lagi? saya tak kecil hati..saya jawab "ya" dia tak pandai lagi. Saya ni memang jenis muka selamba...jenis malas nak amik hati bila org cakap anak kita ni masih pakai pampers. Lagi pun saya bekerja..utk train anak utk tak pakai pampers memang jadi masalah kerana hari sabtu & ahad sahaja waktu yg ada. Jadi saya hanya tanam dlm diri, apabila dia bersedia, apabila sudah sampai waktunya..tentu benda ni jadi perkara yg mudah. Buat apa nak push anak.

Masuk sahaja umurnya 3 tahun, barulah sessi potty train nya bermula. Saya mula ajar dia utk tidak guna pampers pada hari sabtu & ahad. Mula2 tu ada juga dia terkucil kat lantai, pernah juga terbuang air besar kat belakang pintu bilik. yag kelakar tu, tiba2 dia boleh turun dari sofa, kemudian menyorok kat belakang saya...saya ingatkan dia buat apa...sekali tengok "seketul allien" dah tergolek kat lantai.

Dah satu keja kena angkat dia kat toilet & cuci. kemudian sy cakap kat dia..rizqin kalau nak "ya yak bagitahu mama ye". Sekali tu ajelah dia terbuang air besar kat lantai.  So dalam masa sebulan tu , rasanya ada lah beberapa kali sy ajar dia utk tak pakai pampers. Bila dia nak kencing, dia akan bgtau, "mama Rizqin nak kencing." Sempatlah sy ajak dia ke bilik air..tak sampai 5 kali seingat saya dia tak tahan & terkencing dlm seluar. Saya tak ajar pulak dia setiap setgh jam ke sejam ke ke bilik air. Saya biarkan dia cakap sendiri, bila dia ada rs nak kencing...

Masuk bulan ke 3 tahun 2 bulan, dia dah boleh buka seluar sendiri & ke bilik air setiap kali mahu kencing.  Cuma adakala  dia meragam nak kan sesuatu, dia suka guna peluang ni untuk 'kencing kat lantai' sebagai tanda protes kat mama nya. Ini memang mebangkitkan kemarahan tapi saya sabar banyak2, saya cuci kan & nasihat dia supaya jgn buat lagi... saya selalu cakap..rizqin tak sayang kat mama ke, kencing kat lantai ni...sian mama" Tahu dia jawab apa " Iqin tak sayang mama" ...masih tak mahu mengalah dengan mamanya...

Ketika umur 3 tahun 5 bulan, semuanya dah jadi mudah, dia dah boleh ke bilik air sendiri, cuci sendiri. Jadinya, saya dah mula bagitahu cikgu dia di nursery yg Rizqin dah tak perlu pakai pampers. Dia dah tahu ke bilik air cuma utk buang air besar dia perlu pakai pampers. Tiap kali dia nak buang air besar, dia akan minta utk dipakaikan pampers. Saya tiada pilihan. Dah ajar byk kali, duduk kat toilet bowl, "yayak"nya tak keluar. Sudahnya dia keluar toilet dgn hampa hehehehe..pastu mintak pampers.

Saya belikan dia spender sbb dia kata kawan dia nama Mia kat nursery ada spender Frozen. Mia dah tak pakai pampers dia cakap, Mia dah sekolah. So bg menaikkan lg semangat dia utk tak nak pakai pampers. Saya selalulah sebut nama Mia ni. Saya belikan dia spender ultraman. Saya cakap kat dia...rizqin dah nak pergi school tahun depan mcm Mia, dah tak boleh pakai pampers kena pakai spender  dgn seluar aje. Dia angguklah sambil cakap..."Rizqin nak gi schoolkan mama mcm Mia".
Setiap pagi sy dah tak pakai kan dia pampers tiap kali ke nursery. Tapi malangnya sehingga ke hari ni, tiap kali dia balik dr nursery...dia mesti dipakaikan pampers oleh cikgunya. Saya bersangka baik, kemungkinan cikgunya tak boleh nak bg perhatian sangat kat dia sbb ramai sgt budak2 kat nursery tu ditambah dgn 3 org baby. Pengasuh pun tak cukup. So saya redha ajelah.

Sekrg dah masuk 3 tahun 7 bulan, progress utk buang air kecil makin bagus. kalau tidur siang kat rumah, dia tak kencing pun atas tilam. Waktu mlm, ada masalah sikit, pernah sy terlupa nak pakai pampers waktu malam, esok pagi tengok2 habis tilam basah. Buat ms ni, tidur malam dia masih pakai pampers , saya pun tak sampai hati nak kejutkan dia mlm2 utk ke bilik air. 2 hari lepas, dia nak 'yayak" sgt..saya saja lengah2kan masa supaya dia betul2 terasa nak berak, saya suruh dia buang dlm bilik air, dia berlari2 ke bilik air nak memanjat toilet bowl tu tapi x boleh. Buat pertama kalinya dalam sejarah dia dah boleh membuang dlm toilet bowl...sy terus puji & tepuk tangan..."wah Rizqin dah pandai yayak dlm toilet....lepas ni boleh yayak lg kat sini ye..tak yah guna pampers dah..dah besar, dah boleh pergi school mcm mia..." kembang kempis hidung dia bangga...dan2 tu nak bg
tahu kejayaannya kat papa..hehehe...nak bgtau Mia...rizqin rizqin berak pun nak citer seantero dunia huhuhu...

Tulah serba sedikit cara sy potty train. Saya tak ada cara khusus...semuanya berjalan dgn mudah & sy tak rasa penat pun melatih dia, tak yah setgh jam sekali nak ke bilik air...Alhamdulilah di permudahkan...senang sgt nak jaga rizqin ni...cabaran sy seterusnya utk melatih dia tak guna pampers ketika tidur malam...sy masih belum bersedia lg ...saya rasa ini yg sgt2 susah & mencabar..tengoklah nnt mcmana....harap semuanya mudah...





Kenduri Kahwin @ Dewan SUK Shah Alam

Monday, March 16, 2015

Ahad lepas kenduri kahwin sepupu husband.

Yang menarik kenduri kali ni, decoration yg sangat2 menarik di luar dewan.
Ada tempat ber selfie. Memang dah jadi trend sekrg ni dimana2 kahwin ada je disediakan tempat utk berselfie.
Selalunya saya memang tak berkenan langsung utk berselfie. Berbeza kali ini...kerana konsepnya mengimbau kenangan tahun2 1980 dulu...





Bukan sahaja Rizqin teruja..omaknya turut teruja...


Disini disediakan motosikal dan brg2 lama di zaman 1980an dulu. Ada terompah...anak saya memang tak kenallah terompoh secara real..biasa tengok dlm citer upin ipin aje...kat sini dia nampak depan mata sendiri. Ada tv...dulu2 memang warna merah. Tv ayah sy dulu warna merah...betul2 buat sy terkenang zaman2 kanak2 dulu. Ada lampu pelita warna biru tu...dulu itulah lampu yg kami guna utk menerangi rumah & untuk ayah sy bawa ke lauk bg menangkap ikan..sungguh nostalgia,
Termos warna merah & mangkuk tingkat warna silver..x nampak dlm gambar ni....rasa betul2 teruja bila tengok deco utk berselfie ni..first time berselfie ok...

Terlupa nak ambil tempat utk gula2 kanak2...deconya pun menarik..konon2 di kedai runcit...sardin disusun cantik dibawah meja gula2, air minuman dlm botol, ada telur & kentang..kemudia diatas meja disusun balang2 gula2..sebijik mcm zaman dulu2..




Muka Rizqin blur sbb dia memang x reti duduk diam walau seminit. Tengok lah aksi dia..suruh pandang kamera..mcm2 aksi dibuatnya.





Teruja Rizqin naik motor ni...macam dah pandai bawa moto aksinya...



Kereta ni ada di lobi dewan, Rizqin nampak kereta ni terus meronta2 nak naik. Tak pasti ini kereta pengantin ataupun kereta tetamu...Rizqin tunjuk dia nak naik kereta ni. Mama dia pun bawa, & tengoklah aksi dia...mcm real aje. Berangan2 konon2 dia yg drive. hehehe...

Apa2 pun selamat penganti baru utk pengantin. Semoga kekal hingga ke jannah.