Rizqin 10 bulan

Thursday, June 28, 2012

Salam semua....

Pejam celik pejam celik, Rizqin dah membesar dengan jayanya. Kini genap 10 bulan. Sekejap sungguh masa berlalu. Trauma bersalin masih lagi terasa . Dulu kakinya hanya sebesar tapak tangan. halus mulus bila diusap. Tapi kini kakinya sudah berjaya menendang mama nya tiap kali dia tido malam. kadang2 tangan mama di pijaknya. Itulah dia anak yang bernama Rizqin Hazim. Kalau dulu hanya terlentang & sesekali mengiring di atas tilam, tak sekarang ni semua aksi dia buat, terlentang,mengiring,menyondol,memanjat,menelukup,berdiri, berjalan mengiring, meniarap, merangkak & duduk.

Perkembangan dia setelah masuk 10 bulan.
-Masuk je 10 bulan 1 hari, dia buat perangai tak mau duduk kat car seat dia. Dekat 10 minit mama duduk memujuk dia. Sudahlah hujan dia pulak buat aksi stunt dlm kereta, kerjanya nak berdiri lah, nak pegang seat dia ler...ggrrrr...tension ok....tapi akhirnya berjaya jugak mama mengikatnya. Nasib baik umah sekangkang kera dgn Nursery.

-Duduk dekat scroller pun dah x mau..Tiap kali nak dudukkan, dia luruskan tangan lepas tu tercelit kat tempat letak kaki. Sibuk nak pegang gambo kartun yg kat atas seat tu. Adoi tension seh...rasa nak menjerit minta tolong. Punyalah susah nak ikat dia.

-Genap 10 bulan 1 hari, dia tido pukul 11:30pm. Asyik nak merayau je. Kejap main depan TV, kejap berdiri kat sofa, kejap nak gi pegang kipas, sedar2 dah hilang tengok2 dalam bilik dok kopek sticker bola kampung & spiderman dekat kabinet baju dia. Ayoo anak sampai sakit2 tulang belakang mama ni dok mengejar & mengangkat kamu tau..mama gigit tangan tu baru tau..walaupun mama dah tutup semua lampu, masih berani lagi nak merayau. Tak tau takut langsung. Ada dia kisah gelap ke malap ke. janji dapat buat keja.

-Tido lambat bangun pun lambat, pukul 7:30 atau kui 8 baru bangun.Mama tum tam tum tam dekat dapur, dia sedap je bergolek. Tak de kesan langsung. Kadang2 mama sengaja bersin kuat2 nak suh dia bangun. Jangan harap lah. kalau tak dikejut, memang tak bangun. Tulah tido lagi lambat.

-Takut kat orang makin menjadi2 tapi kalau mama & papa ada around dia berani pulak usher orang. Bukan main peramah menegur orang. Kecik besar semua ditegurnya. Cina, ke india ke indon ke semua dia tegur. Dia akan tenung semua orang yg ada kat dalam lift. kalau ada budak2 kecik lagi lah dia suka. Dia ingat tu kawan2 dia kat Nursery lah. Budak2 pun suka sangat cuit2 dia. Ada anak india tu siap nak masukkan jari dlm mulut dia. Nasib baik mama tarik.

-Paling suka tengok cermin, bajet handsomelah tu. Bila tengok muka sendiri mesti senyum sampai telinga. Siap goyang2 badan. Pastu pandang lain kononnya malulah tu..hahaha..part ni memang lawak. hari2 mama mesti bawak dia tgk cermin. Cermin kat dapur, cermin dlm bilik atau dlm bilik air. Pantang nampak cermin..mula nak tersengih. Nampak gigi 6 batang dia tu.

-Dah pandai berjalan sampai ke pintu bilik air..mula2 dekat hujung katil, lepas tu diri dekat tepi katil last2 sampai pintu bilik air. Sangat bahaya. kalau pintu bilik air tak tutup takut dia tolak2 terus terjatuh.

- Dah boleh capai barang2 atas meja study mama. kalau ada brg yg berjuntai, dia akan kait dengan jari dia yg comel tu. Sedar2 barang dah ada dlm tangan.

-Pandai mengutip barang. Semua nak masuk dalam mulut apa saja yang ada atas lantai.

-Mulut makin becok. Kadang dlm kereta pun cakap sorang2..biasanya time balik dari Nursery. Bila nak sampai simpang dekat shell tu, mulalah cakap bahasa dia. Mama layan je lah nak.

-Bila turun kereta, suka sangat nak petik daun. Tengok daun2 berjuntai pun tersengih nak pegang hehehe...

-Perangai dia tiap kali masuk lift kat rumah mesti tengok camera. macam tau2 tu camera pastu sengih. Buat aksi terlampau lenturkan badan ke belakang. kau ingat mama ko ni tangan besi ke ? kuat nak menampung bdn ko tu..?  Sakit belakang sudah mama ni.

-Sekarang ni kalau nak kedapur, masuk bilik dah tak meniarap lagi tapi merangkak. Tengok2 dah kat kaki mama. bahaya ni..papa cepat beli kandang...mama nak kandang kan Rizqin ni.

-Menyepah mainan. Ada yg kat bilik, bawah & atas sofa,bawah katil,  Kita kemas dia tabur. Sudahnya tengok je lah. kadang2 tersepak mainan dia.

-Kuat merosakkan mainan dia. Semua toys dia nak di ketuk nyer. Banyak yg dah arwah mcm keyboard, angry bird ( baru beli 2 hari-patah leher angry bird tu dah), Ben10 ABC dia ditariknya getah keyboard tu ( ini paling mama marah) & byk lagi..5 rasanya dah masuk tong sampah. Rizqin ni dia tak suka main lembut2..dia suka  main kasar2. Gentleman lah sgt anak mama ni.

-Bab makan, paling susah nak handle. Dia yg makan tapi mama yg comot. Kadang nasi dia ada kat betis, leher, muka & rambut mama..Mama suap, dia telan, abis telan kesat kat baju mama lepas tu nganga balik..telan.Sambil tu panjat2 leher , kesat mulut ngan tangan lepas tu lap kat muka mama. So moralnya jgn mandi dulu seblm bg dia makan. pakai baju pun baju buruk2 je. Siap dia buat baju kita mcm kain lap. Kalau papanya, papa kepit je dia, pegang dua2 tangan. Dia apa lagi menjeritlah mintak tolong sbbnya nak makan main2 tak boleh. Mama kasi chance lagi. Sbb nak abiskan makanan.layan jelah nak. Moralnya papa "belikan kerusi & meja makan dia.". (Tak tau nak cari meja makan yg murah kat mana). Ada sesiapa tau?

-Ada satu rahsia hahaha...Rizqin tak suka teddy bear. Bila bagi kat dia, dia akan menangis takut. Agaknya benda tu berbulu. Kalau yg besar lg dia takut. Cepat2 peluk cikgu & mama..cikgu dia cakap 'uh gentle nyer dia".. Nama pun lelaki kan mestilah main mainan lelaki..bola,kereta,robot.

- Suka mengigit. Sekarang ni lengan mama abis dah lebam2 kena gigit dgn Rizqin. Lengan papa pun sama. Tapi lengan papa tak de lah lebam mcm mama. Kadang2 dia gigit peha kitaorang. Peha tak apa lagi sbb cover dgn seluar atau kain. Kat lengan ni direct terus ke kulit. Agaknya giginya gatal, tu asyik keja nak mengigit. Ada 4 teether papa belikan, tak herannya dia. Dia campak aje lepas tu cari lengan mama.

-Suka pergi dapur. Dia berjaya tumbangkan 5kg beras. Beras berterabur lepas tu duduk & suap beras ke mulut. Banyak cantik muka. Abis activiti makan beras dia pergi pulak ke arah dapur gas. Ini sudah lebih. Mama pun fikir idea nak block kan dia dr area dapur. Hasilnya sofa mama jadi mangsa. mama lintangkan sofa kat area nak ke dapur. Lega. Kalau tak asyik keja angkat dia aje. Sampai sakit2 belakang mama. Angkat, letak, datang balik. naik tension dibuatnya. Sudahnya dia menjerit kat tepi sofa sbb tak boleh nak ke dapur. hahaha kesian.



-Dah boleh mengunyah makanan. So mama bg dia finger food. Mama dah bagi betik utk snek dia. Gigi dah ada 6 batang. So senang dia nak mengigit buah tu. Dah boleh mengunyah ikan jugak.

Ini saja catatan perjalanan Rizqin utk 3 hari lepas masuk 10 bulan.Ada perangai pelik2 nanti mama tambah.






Perlakuan baby ikut Usia 1-12 bulan

Wednesday, June 27, 2012


Meh kita share sama2. Tak ingat amik artikel ni di mana. 

Pada usia 1 bulan biasanya bayi berkelakuan:
1. Menghisap,tidur dan mendengarkan suara.
2. Memandangi wajah.
3. Di dukung dan dibuai.
Oleh kerana itu berikan anak anda :
1.Tempat tidur yang lembut dan nyaman.
2.Respon yang hangat dan penuh kasih sayang terhadap tangisannya.
3.Pelukan dan buaian dan disertai dengan kata-kata yang lembut.

Pada usia 2 bulan biasanya bayi suka:
1.Mendengarkan suara-suara.
2.Memandangi tangannya.
3.Mengangkat kepala dan mengikuti objek yang bergerak dengan pandangannya.
4.Terseyum dan diberi senyuman.

Oleh itu berikan pada anak anda:
1.Mainan yang lembut untuk dipegang dan digenggam.
2. Beri kesempatan padanya untuk mengangkat kepala dengan cara meletakkan dalam
posisi telungkup.
3.Selalu berbicara dan tersenyum kepadanya.
4.Perdegarkan pada anak bacaan ayat-ayat suci Al-quran.
5.Jangan memperdengarkan ucapan-ucapan yang buruk atau “lahwun”.
6.Ajarilah dengan ucapan-ucapan yang mulia.

Pada usia 3 bulan biasanya bayi suka:
1.Memandangi dan melambaikan tangannya.
2.Memasukkan benda-benda ke dalam mulutnya.
3.Mendengarkan suara sendiri.

Oleh kerana itu, berikan pada bayi anda:
1.Mainan-mainan yang berwarna cerah dan selamat (tidak berbucu dan tidak
mengandungi bahan kimia beracun/yang berbahaya).
2.Mainan-mainan yang berbunyi,usahakan bunyi yang boleh mendidik.
3.Gantungkan berbagai benda disekitar tempat tidurnya juga merupakan usaha untuk
mendidik anak,misalnya huruf-huruf al-quran dan rumi dan lain-lain.
4.Beri kesempatan untuk menikmati pemandangan diluar rumah dengan membawa
ke luar rumah.
5.Perdengarkan alunan ayat-ayat suci al-quran.

Pada usia 4 bulan bayi suka:
1.Mengangkat tubuhnya dengan kedua lengannya dalam posisi telungkup.
2.Mengangkat kakinya ke arah wajahnya dan membuka gerakan-gerakan menendang.
3.Menggigit benda-benda yang dapat di masukkan ke dalam mulutnya.
4.Memukul-mukul air dengan tangan dan kakinya ketika dimandikan.

Oleh kerana itu,berikan anak anda:
1.Lebih kerap keluar rumah.
2.Gantung mainan yang dapat diraihnya.
3.Kenalkan dengan benda-benda baru yang ada disekitar rumah.
4.Tonjolkan rasa kasih sayang dihadapan bayi.
5.Perdengarkan alunan ayat-ayat suci al-quran.
6.Hilangkan semua perkataan kotor.
7.Tampakkan wajah ceria kepada bayi anda.

Pada usia 5 bulan,bayi suka:
1.Meraba,menggoncang-goncang dan memukul-mukul sesuatu.
2.Berguling.
3.Duduk dengan bantuan.
4.Berbaring telungkup,kepala dan dada diangkat dan berusaha melihat sekeliling.
5.Menggigit sesuatu yang ada di mulutnya.

Oleh kerana itu berikan anak anda:
1.Sebuah mainan untuk ditendang-tendang.
2.Bunyi-bunyian untuk dimainkan.
3.Alunan ayat-ayat suci al-Quran dan kata-kata yang mulia.
4.Senyum dan kasih sayang ketika mendekatinya.
5.Suara-suara menarik yang boleh didengar,contohnya memakaikan kasut yang
berbunyi dan lain-lain yang sesuai.

Pada usia 6 bulan, bayi suka :
1.Berguling.
2.Memasukkan sesuatu kedalam mulutnya.
3.Tersenyum pada wajah-wajah yang dikenalinya.
4.Menjatuhkan,membuang atau memukul-mukul sesuatu yang dipegangnya.

Oleh kerana itu beri bayi anda:
1.Sebuah bola untuk digulingkan dan digenggam.
2.Berikan senyuman dan kasih sayang saat mendekatinya.
3.Berikan mainan dari plastik yang tidak membahayakan.
4.Suara anda,saat ini anak sudah mula mengenal dan membezakan suara,maka
berkatalah yang bearti.
5.Dengarkan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.

Pada usia 7 bulan anak suka :
1.Duduk tanpa bantuan.
2.Mengunakan jari-jari dan ibu jari bersama-sama untuk sebuah tujuan,seperti
mengambil mainan.
3.Benda-benda yang mengeluarkan suara,seperti senduk alat rumah tangga.
4.Mengigit dengan gigi pertamanya.
5.Mendengar suara-suara.

Oleh kerana itu berikan kepada anak anda:
1.Mainan ditempat mandinya.
2.Lantunan ayat-ayat suci al-quran.
3.Kenalkan lafaz-lafaz tauhid.
4.Bermain renjis-renjis ketika sedang mandi atau memasukkan sesuatu dalam air.
5.Beri permainan yang berbunyi.

Pada usia 8 bulan,bayi suka :
1.Berputar.
2.Melihat ke arah mainan yang dijatuhkannya.
3.Memindahkan mainan dari satu tangan ke tangan lainnya.

Oleh kerana itu berikan anak anda:
1.Mainan yang boleh dipukul-pukulkan bersama.
2.Mainan-mainan plastik.
3.Diperlihatkan dirinya melalui cermin.
4.Rasa senang dan kasih dihadapan anak.
5.Perdengarkan kepadanya ayat-ayat suci al-quran.
6.Penampilan rapi dan bersih didepan anak.

Pada usia 9 bulan bayi suka:
1.Menarik atau mengangkat badannya sendiri.
2.Merangkak dilantai.
3.Melakukan permainan yang saling berangkaian.
4.Memandangi dirinya dikaca mempelajari berbagai peredaran bentuk dan permukaan
objek-objek.

Oleh kerana itu berikan anak anda:
1.Beri kesempatan untuk makan sendiri,tentunya mula ditanamkan adab makan sesuai
dengan islam. Dimulakan dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.
2.Pujian dan dorongan anda untuk kemampuan-kemampuannya yang ditunjukkan.
3.memperkenalkan bahawasanya tiada yang berdaya dan berupaya kecuali dari Allah.
pasti ini sifatnya menghafal.
4.Mainan-mainan yang aman.

Pada usia 10 bulan,bayi suka:
1.Memasukkan jari-jari kelubang terbuka.
2.Bemain tepuk silang.
3.Menarik tubuhnya ke posisi berdiri.
4.Menjelajah lingkungan fiziknya.

Oleh kerana itu berikan anak anda:
1.mainan yang boleh bergerak-gerak.
2.Beri buku khusus untuknya.
3.Beberapa belon atau mainan kotak-kotak kosong.
4.Selang-selikan dalam permainan dengan alunan ayat al-quran.
5.Berpenampilan dihadapan anak dengan akhlak yang baik.

Pada usia 11 bulan anak suka:
1.Memegang dan mengamati mainan atau objek-objek dengan hati-hati.
2.Bermain bersama,tetapi belum dengan anak-anak lain.
3.Menunjukkan perhatian terhadap pengasuh utama,terutama orang tua.

Oleh kerana itu berikan pada anak anda:
1.Kasih sayang penuh dari kedua orang tua,lebih-lebih ibu.
2.Ajaklah berkomunikasi dengan penuh kasih sayang dalam waktu-waktu tertentu,
terutama mengenai dirinya dan benda-benda yang ada di sekitarnya.
3.Kesempatan untuk mengembangkan penguasaan kemampuan pergerakan baru,
merangkak berdiri dan berjalan.
4.Selang-selikan dalam permainan tersebut dengan mensyukuri ni’mat Allah dan
alunan ayat-ayat suci al-quran.

Pada usia 12 bulan anak suka:
1.Menguasai pergerakan baru.
2.Meletakkan tutup diatas tabung atau tempat,kemudian mengangkatnya kembali.
3.Mencuba naik pada permukaan-permukaan yang agak tinggi.

Oleh kerana itu berikan anak anda:
1.Pujian untuk pelbagai kebolehannya dan ucapan penghargaan kepadanya.
2.Kasih sayang namun menunjukkan sifat formal.
3.Memberi permainan yang boleh ditarik.
4.Selang-selikan dalam permainan anak dengan alunan ayat al-quran.
5.Tanamkan sedikit demi sedikit ketauhidan sesuai dengan kemampuannya

Walker Rizqin

Friday, June 22, 2012

Malam tadi, gigih memujuk papa rizqin belikan Rizqin walker. My first walker kat Jesco. Rizqin bila kat umah aje kerjanya menolak kerusi. Ada satu hari tu, dia jatuh terselit kat kaki kerusi. Apa lagi menangis lah. Nak belikan walker mcm tak sesuai utk dia. Mama ada review pasai walker ni kat entry sini. So mama decide belikan yang macam ni. Bukan main seronok lagi dia. Asyik keja menolak ajelah. Dah tak ada tolak2 kerusi lagi. Kurang pening mama. Kalau tak asyik risaukan dia aje.















Resepi :Cheese Pasta bolognese

Resepi ni utk baby 10 bulan sebab ada letak tomato (tomato boleh bg lepas 10 bulan). Rizqin lagi 3 hari nak 10 bulan. Saje mama test dulu hehehe...


Isi ikan salmon-agak2 je
suku tomato dicincang (buang biji)
 1ulas bawang putih
suku batang carrot di potong dadu
sedikit italian mix herb
sedikit cheese (mama guna chedar cheese)

unsalted butter or boleh ganti dgn  olive oil (lebih kurang 1 sudu mkn)
pasta baby -rebus dgn air & sedikit minyak sunflower

Cara membuatnya :-

1. Tumis bawang putih dengan unsalted butter hingga lembut sedikit
2. Masukkan isi ikan, tomato, carrot dan sedikit air.
3. Tomato dan carrot sudah lembut, masukkan cheese dan italian mix herb.
4.Masukkan pasta baby. Kacau. Boleh tambah air kalau nak lebih air

5.Tunggu sejuk & blend.


Rizqin masih tak pandai mengunyah..dia main telan je makananya. So mama dengan blend baru boleh bagi dia makan


Resepi ni sangat sedap walaupun tanpa gula & garam.
Sebenarnya pada pasta baby (beli kat cosway) dah ada gula dlm 0.6g je. Tapi bila mkn pasta tu mcm tu je memang tawar habis. Garam sebenarnya dah ada pada cheese.


Habis semangkuk dia makan. Sambil tu mama curi2 makan gak, dia tgk mama makan dia punya, dia piatnya telinga.



Muka sesudah makan..comot semacam. Habis satu lantai kotor. Tension mama kn mop lantai.

Anak Takut Orang

Wednesday, June 20, 2012

Salam semua...

Kali ni mama nak cerita pasai "Takut Orang" or "stranger anxiety". Rizqin dah mula takut pada orang ketika usia 7 bulan smpi sekarang nak masuk 10 bulan masih lagi takut. Dia hanya nak mama,papa,cikgu & rakan2 dia kat Nursery aje. Bila pergi rumah Atarnya...awal2 dulu dia akan menangis dalam 10 minit, lepas tu dah hendak dgn orang. Boleh gelak ketawa. Tapi sejak masuk 8 bulan makin menjadi2 takutnya..kalau mama & papa tak ada depan mata, dia tak akan berhenti menangis. Berjujuran air mata mengalir. Tapi kalau mama ada kat sebelah dia, dia berani main dengan orang lain. Tak nampak dimata, dia mula mencari & menangis. Alhamdulilah dekat nursery dia tak takut pulak sebab hari2 dia duduk kat situ. Lagi tak mau balik adalah.

Ahad lepas pergi rumah Pakcik Din dia pun sama. Lagilah jarang2 jumpa. Yang jumpa tiap minggu or 2 minggu sekali pun dia takut inikan pulak yang tak jumpa berbulan2.

Takut orang ni adalah salah salah stage yang memang ada pada diri baby. Baby akan rasa takut pada orang yang tidak dikenalinya. Sebenarnya ianya bagus untuk protect diri dia dari stranger yang tak dikenali. Kalau dia ikut je orang yg tak dikenali, parah jugak tu. Perasaan takut ni jadi sebab ketika usia ni dia ingat parents dia pergi tak balik2. Dia takut kehilangan terus. Perasaan takut ni akan beransur-ansur hilang bila masuk ke umur 2 tahun. Lepas umur 2 tahun ni , dia dah boleh fikir yang parents dia akan balik semula.

Personaliti takut ini ada 3 kategori easy, difficult & slow to warm up.

Easy diklasifikasikan sebagai kanak-kanak yang mudah bergaul dan senang diuruskan. Difficult pula merujuk kepada kanak-kanak yang susah diuruskan (perlu banyak bersabar) dan sukar menerima perkara baru atau berada disituasi yang baru. Manakala slow to warm up pula berada ditengah-tengah di antara easy dan difficult.

Dengan erti lain, kanak-kanak dalam golongan ini agak lambat untuk menerima perkara baru. Mereka mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan orang yang tidak dikenali. Kanak-kanak sebahagiannya akan membesar bersama personaliti ini, tetapi ia tidak keterlaluan. Sebahagiannya lagi akan berubah seiring dengan didikan yang diberikan oleh ibu bapa dan gurunya di sekolah.

Menurut Dr David Geller (pediatrician)

Your baby is going through one of her first emotional milestones — stranger anxiety. Children this age become very clingy and anxious around new and even familiar people and may cry if suddenly approached by a stranger. Your child may also be more anxious around new people when she's tired, hungry, or sick. Keep this in mind when you're around people she doesn't know, and try not to be upset or embarrassed when she cries in someone else's arms. To calm her down, take her back and hold her yourself. If you explain that your child is going through a normal phase, your friends will understand. Tell them that when they approach the baby, slow gentle movements will produce less anxiety than sudden ones. If your child refuses to be held by a friend or relative, try a slow desensitization process. First, work on having her be comfortable in your arms while the other person is around. Then, have the person talk and play with your child while you hold her. Then, hand him over to the other person for a short time and stay close. Finally, try to leave the room for a few minutes, and see how it goes. If your child bawls, try again. Go in and out of the room and eventually, your child will be secure in the knowledge that even though you're not around at the moment, you'll always return shortly.

You don't have to avoid being around strangers or introducing your child to new faces. She'll benefit from getting used to being around people other than her parents. She needs your patience and understanding to get through this very important stage of development.

More about stranger anxiety boleh tengok link ni :-

http://www.triplep.net/cicms/assets/pdfs/pg1as100gr5so128.pdf



Lego-i like

Tuesday, June 19, 2012

Hari ahad rizqin pergi melawat pakcik Din. Jumpa kakak Shiba, Abang Aniq & Abang Haziq. Abang haziq ajak main lego. Bukan main seronok lagi. Tengoklah tu gembiranya dia...















Bila tengok gambo ni, nampak betul anak mama ni dah besar. Dah pandai main lego. Dulu kecik aje. Dah jadi anak bujang dah. Cepatnya masa berlalu. Selasa depan dah nak masuk 10 bulan. Sekarang ni dia dah boleh diusung kemana2. Teman setia mamanya. Dulu mama jalan sorang2, sekarang mama dah tak lonely. Ada peneman ajak berborak. Seronoknya hidup bila ada anak ni. Semua benda nak buat untuk dia.

TQ ALLAH kerana mengurniakan aku seorang anak yang sihat,periang, bijak & cerdik ni.

Saya dah besarlah Mama...

Wednesday, June 13, 2012

Rizqin dah makin besar...dah 9 bulan setengah. Makin kuat makan. Tiap petang bila sampai rumah. Mama akan main2 dgn dia dulu, pastu terus ke dapur. Siapkan makanan dia. Kalau lambat alamatnya dia menjerit sekuat hati sampai dengar kat lif.

Macam semalam, mama ingat nak rest kejap sambil layan dia berdiri. Bubur dia dah masuk microwave, tinggal nak masukkan sayur & ikan je. Puree sayur tak sempat lg cair dia dah melalak. Mama buatkan susu, abis sebotol nangis lagi. Siap sedawa 2-3 kali. Check pulak pampers, tgk2 poo poo. Cuci kan. Pun menangis jugak. Mama pun bg ler dia makan. Rupanya dia dah tau time makan dia. Dia nak makan rupanya. Punyalah menangis bagai nak rak. Abis semangkuk, terus gelak ketawa. Mama ngan papa punyalah gabra, ingat sakit perut ke apa.

Dia memang pantang nampak 2 items ni. Tak payah panggil, nampak je terus meluru datang. Kalau nampak atas meja, dia bantai menangis. Nak makan jam2 tu jugak tak kira walaupun bubur tu tengah berasap2.



Pagi ni dia bangun 6:30pg. Terus main. Time mama nak gi kerja jam2 tulah nak sambung tido. Mama kejut kan. Terus tersengih.

Ni pic pagi tadi, masa sampai kat Nursery. Siap jelir2 lidah kat Mama lagi.Apa motif tah.


Bila petang tak sabar2 nak balik kerja. Nak amik budak mata bulat ni. Bila sampai depan pintu nursery, dia dah tersengih nak mintak mama dukung dia. Very happy nak balik. Mama tak sampai hati nak balik lambat, takut dia tunggu mama. Kesian dia.




Hai budak botak, mata sangat bulat :-) Dia dah pandai salam, pandai sayang mama dia. Mula2 cium pipi, lepas tu gigit dagu, pipi mama dgn gigi 3 batang dia tu. Mentang2 gigi atas dah tumbuh. Sesuka hati nak gigit orang. Sekuat hati dia gigit. Selalunya dagu mama yang jadi mangsa. Tarik2 telinga & rambut mama. Sakit tau. Rasa nak gigit dia balik.

Playmat Rizqin

Friday, June 8, 2012

Misi mencari playmat Rizqin semalam selesai. Ada 1 stok saya dekat cosway kinrara. Terus rembat. 36pcs RM15.90. Bila dah pasang nampak kecil aje. Macam nak beli lagi 2 tapi papa kata nak beli yang besar sikit hari ini.


Bawah ni pula gambar kabinet baju Rizqin yang papa dah hias. Bangun tido mesti nak pergi dekat kabinet tu. Dok kopek mickey mouse. Tinggal yang atas aje. Kat belah bawah dah kena cabut.


Semalam papa belikan Rizqin gitar & keyboard. Rizqin x berapa berminat dgn dua2 mainan ni. Sorry papa, Rizqin lebih suka membaca buku. Balik2 dia main hammer dia. Punyalah banyak toys, hammer jugak yang dia suka. Hari-hari mesti nak main hammer dia. Sampai dah koyak2 hammer tu kena gigit & kena ketuk.


Mama buat saya jadi bulat

Saya dah bulat..








Mama bagi saya makan ini...


Saya dah rajin belajar...