Lagu kanak-kanak

Friday, May 4, 2012

Salam semua...

Sejak mama bergelar ibu ni, ada sahaja perkara baru yang harus mama belajar. Sekarang mama kena ingat balik lagu-lagu kanak2 yang pernah dinyanyikan oleh atok mak dulu masa mama kecik2. Rupanya baru mama tahu, lagu2 yang dinyanyikan itu bukan untuk suka2 tetapi lagu2 tersebut ada mengandungi unsur2 pembelajaran untuk perkembangan otak ,fizikal kita masa kecik2 dulu.Kegiatan nyanyian sambil beraksi mengayakan lagu yang dinyanyikan itu dapat meningkatkan kecerdasan dan kecergasan kanak2. Lagu juga adalah salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran verbal anak.

Keaktifan anak pada masa kecil akan menambah kecerdasannya ketika dewasa (Hadis Riwayat at-Tarmizi).

Setakat ini lagu yang mama ingat & ajar Rizqin adalah lagu Tepuk amai-amai. Atar Rizqin dah ajar Rizqin nyanyi lagu cak cekur udang gamit sejak dia berusia 3 bulan. Setakat ini usia dia dah 8 bulan hanya lagu cak cekur yang dia dapat. Bila nyanyi je mulalah dia gengam & buka tangan dia. Suruh babai pun dia sibuk buat aksi cak cekur jugak hehehe..dari situ mama rasa perlu mama belajar balik lagu lama agar Rizqin bukan hanya kenal satu lagu aje tapi lebih dari itu untuk membantu perkembangan dalam pembentukan sahsiah dirinya dan membentuk keyakinan dirinya. Rizqin harus menjadi anak yang riang, mudah bergaul & belajar.

Kanak-kanak dan lagu memang tidak boleh dipisahkan. Ia adalah asas untuk mereka melihat, mendengar, bertutur, bergembira dan meneroka anggota badan serta alam sekeliling melalui seni, muzik, pergerakan dan kreativiti.

cak cekur udang gamit,
minta cekur bagi kunyit,
nasi di dapur abis hangit,
adik di rumah tergamit2...



Lagu cak cekur ni membantu menguatkan otot-otot jari dan tangan Rizqin. Lagu ni sebenarnya mama memang tak pernah dengar. Pertama kali mama dengar masa Atar nyanyikan pada Rizqin. mama cuma dapat tangkap baris atas sahaja. Semalam mama dapat tangkap baris ke 2. So hari ni mama google. Maka dapatlah versi penuhnya. Tapi mama rasa baris pertama & kedua sama macam yang atar nyanyi, baris seterusnya mama tak pasti. Kena tanya atar semula hehehe...

Pok amai-amai,
Belalang kupu-kupu,
Tepuk Rizqin pandai,
Nanti upah susu,
Susu lemak manis,
Santan kelapa muda,
Rizqin jangan nangis,
Mama nak buat/pergi kerja.


Lagu pok amai2 ni mama selalu nyanyikan tujuannya supaya dia boleh buka kelima2 jarinya. Tapi setakat ni rizqin masih suka gengam sepuluh2 jarinya masa mama ajar tepuk. Mama kena lipat ganda usaha lagi.

air pasang dalam surut pukul 5
nyonya bangun pagi siram pokok bunga
pokok bunga melur tanam tepi kolam
itik bertelur ayam mengeram
cik baba jatuh dalam parit
cik aminah ketawa jerit-jerit
naik keretapi singgah kuala lumpur
jumpa isteri comel terselit celah dapur


Lagu Air Pasang Dalam yang banyak menggunakan pergerakan tangan menyilang yang sangat baik untuk meningkatkan potensi otak kanan dan kiri. Lagu ni kena main berdua. Ia baik untuk perkembangan emosi dan sosial anak. Bila Rizqin dah pandai duduk nanti, mama akan ajar dia nyanyikan lagu ni.

Bang bang selebu kuali sawa
hujan gunung mandi katun
sirih rampai pinang berseri
minta peluk tangan kiri


Aksi bermain lagu seingat mama, mama akan peluk tangan kiri ke dada & pasangan akan cuba lepaskan pelukan tangan tu dgn menarik tangan tersebut. Permainan ini dapat mengembangkan bahasa kanak2, Mengembangkan kemahiran motor kasar bila pasangan cuba menarik tangan.Dari segi emosi, ianya dapat meluahkan perasan gembira & seronok bermain.

Lagu 3 kupang, saku penuh padi
6 ekor burung masuk dlm kuali
Bila sudah masak burung nyanyi saja
Tentu sedap mkn beri pd raja
Raja dlm rumah buat kira2
Suri dlm dapur mkn roti gula, hey
Dayang tepi kolam mau jemur tepung
Dtg burung hitam patuk btg hidung, hidung, hidung, hidung......


Papaku pulang dari kota,
Papaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Kan kubawa ke sekolah,
Pon (9x),
Kereta kecilku berbunyi,
Marilah Rizqin mari naik,
Boleh kubawa jumpa nenek.


Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey


Buai laju-laju
Sampai pucuk sena
Apa dalam baju
Sekuntum bunga cina


Lompat si katak lompat
Lompatlah tinggi2
Cepatlah adik cepat
Cepatlah bgn pagi2
Kalau adik malas bangun
Nantilah adik rugi
La,la,la,la,la,la....nanti adik rugi....


bangau o bangau kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus
ikan tak mau timbul (2x)
ikan o ikan kenapa engkau tak mau timbul?
Mcmana aku nak timbul
rumput pjg sgt(2x)
rumput o rumput knp engkau pjg sgt?
Mcm mana aku tak pjg
kerbau tak mkn aku (2x)
kerbau o kerbau knp engkau tak mkn rumput?
Mcmana aku nak mkn
perut aku sakit (2x)
perut o perut knp engkau sakit?
Mcmana aku tak sakit
makan nasi mentah (2x)
nasi o nasi knp engkau mentah?
Mcmana aku tak mentah
kayu api basah (2x)
kayu o kayu knp engkau basah?
Mcmana aku tak basah
hujan timpa aku (2x)
hujan o hujan knp engkau timpa kayu?
Mcmana aku tak timpa
katak panggil aku (2x)
katak o katak knp engkau panggil hujan?
Mcmana aku tak panggil
ular nak mkn aku (2x)
ular o ular knp engkau nak mkn katak?
Mcmana aku tak mkn
memang makanan aku (2x)


Satu labah-labah,
Cuba panjat perigi,
Bila hujan turun,
Labah cepat lari,
Terbit matahari,
Air tiada lagi,
Dan labah cuba panjat,
Sekali lagi..
Yeaayyyy..


Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky!


I love u, u love me,
we're happy family,
with a great big hug and kiss from me to you,
won't you say you love me too


Rizqin suka sangat dengar lagu barney ni.

Banyak lagi lagu yang mama dah tak ingat. Tengah cuba sedaya upaya untuk mengingat. Bila dah ingat nanti, mama letakkan lirik disini.


P/s : Tok Cik Rizqin telah kembali ke Rahmatullah pada 3 May 2012 jam 1:55pm setelah 2 minggu koma di KPJ Damansara. Moga rohnya dicucuri rahmat. Alfatihah. Seingat mama, Tok Cik Rizqin memang tak pernah tengok Rizqin lagi. Apa pun moga dosanya diampunkan Allah dan diletakkan didalam golongan orang2 yang beriman.Amin.















0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...