Resepi Anak : Macaroni Sup

Sunday, April 28, 2013

Salam semua...

Sup Macaroni Rizqin...

Stok ayam ( homemade)
Bawang putih-hiris
Bawang merah-hiris
Udang 2 ekor
Puri Carrot
Coliflower
Macaroni

Cara :

Macaroni direbus dgn air taruk olive oil sikit..sampai kembang/masak. Kemudian Tos.

Masukkan 3-4 cube homemade stok ayam. Masukkan bawang merah & bawang putih. Campak udang yg dah dipotong kecil2.
Masukkan Puri carrot, Coliflower. Agak2 mengelegak. masukkan macaroni sekejap. Siap untuk dihidang.












Alhamdulilah....Rizqin makan dengan seleranya sampai abis semangkuk.


Demam lagi...

Tuesday, April 16, 2013

Salam....

Rizqin demam teruk kali ni. Mungkin cuaca terlalu panas. Kali ni dia tak mahu makan..2 hari tak mahu makan..pagi tadi rasanya perut dia berbunyi lapar. Sebelum keluar rumah, tanya di anak biskut tak...dia cakap "na nak"...so pergi nursery dengan perut lapar. Cuma dia minum susu 2oz aje. Kesian anak mama. Lembik aje dlm kereta. Siap termenung lagi. Tak cakap banyak.

Masa ni baru balik dari Klinik. Kesian dalam kereta pun dah tak boleh bukak mata. Letih & mengantuk sangat. Tanya nak makan tak? "na nak", nak susu tak "na nak" sambil geleng kepala. Mandi pun tak mahu. Lap2 badan aje. Mama solat kejap..abis solat tengok2 dah tertido. Siannya...

Tab pun tak sempat nak on...dah tertido...


Ngantuk sebab makan ubat kot...



Kejadian ni berlaku pada petang Ahad...

Malam tu dia asyik terjaga2 sampai 3:30 pagi. Badan panas jangan cakap ler...basahkan kepala dengan air letak cool fever pun tak jalan. Last2 bawak dia tido kat tengah hall..pasang kipas siling dengan kipas bawah...barulah dapat tido.

Papa sedap berdengkur. Mama kejap2 terjaga. Sampai sakit2 kepala. Pagi tu badannya masih panas. Mama terpaksalah EL. Takkan nak hantar ke nursery. Takut jadi apa2. Mana tahu cikgunya tak perasan panas dia naik mendadak. Niaya je anak mama nanti. Biarlah orang nak kata mama ni asyik EL je. Janji anak mama tak jadi apa2. Kerja boleh cari, anak mama mana nak cari ganti.

"Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana manjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba"

"Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah s.w.t. akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. bagi 12 tahun pahala ibadat."

Petang semalam pulak...bagi semua makanan dia tak nak. Semua nya geleng kepala. Last2 bagi "roti canai instant"...barulah dia nak. Makan ler jugak selebihnya suap ke mulut mama. 





Malam bawak pergi Restoren Upin Ipin kat Shah Alam..belakang jakel tu...kot2lah dia nak makan kan....tapi ayam goreng pun x abis makan...fries pun tak mau. Hanya minum air Blackcurrent Upin Ipin aje.




Tadi call Nursery, cikgu Rizqin kata dah tak panas badannya.Tak sabar nak balik tengok dia.

Doa utk tarik demam anak..biar cepat baik...nak share...kali ni cepat jugak dia baik...3 hari dah recover.

-Hadiahkan fatihah 1x pada Rasullulah s.a.w.
-Tadah tangan macam berdoa baca surah qulhullah 3x dengan 1 nafas. -Kemudian hembus pada tangan.
-Sapu tangan umpama menarik demam bermula dari hujung kepala hingga hujung kaki dengan baca bismillah @ selawat berulang kali sebanyak 3-4 kali. 

Insya Allah..demam nya cepat baik. Bagi yang tak kuat..demam tu akan berpindah kepada anda.



 





Join Giveaway : {Sticky Post} Miniature Cute Watch GIVEAWAY!

Tuesday, April 9, 2013

{Sticky Post} Miniature Cute Watch GIVEAWAY! 

Akhir2 ni minat sangat nak join giveaway..saja suka2...penyertaan kali ni adalah Miniature Cute Watch GIVEAWAY!. Tuan punya giveaway adalah http://susunatursioca.blogspot.com...mari ramai2 join...

Syarat2nya adalah :-

 1. Follow blog susunatursioca.blogspot.com
-Done. First time jumpa blog ni..terus follow...mak follow bukan sbb nak join giveaway ni :-)tapi mak minat organizing blog...

2."Saya suka baca tentang susunatur tapi tak suka tulis cerita sendiri kerana segan nak share projek sendiri tapi suka idea2 orang & gambar2 yang di share. Boleh apply kat rumah sendiri.  Organizing saya ikut syok dan kepuasan diri sendiri. Janji mata tak semak & kepala tak berserabut.

3. Kerjaya : Engineer

4. Semua suka asal sahaja berkaitan dengan organizing...tapi paling suka pasai "Tips Merekabentuk Kabinet Dapur "

5. Dah promote dekat my blog list dekat side bar "organization blog"

6.Gambor organizing bilik Rizqin...link nya
http://rizqinhazim.blogspot.com/2013/04/join-giveaway-sticky-post-miniature.html


7. Blogger yang kena tag...Hapraq

Bagilah mama Rizqin menang kali ni hahahaha....pleaseeeee....

 

Aktiviti Weekend-Cari VCD Bola Kampung & Survey rumah @ Alam Impian

Monday, April 8, 2013

Salam...

Ma...nak "Bal" =Ma nak ball

Pa..nak "Bal"=Pa nak ball

Pergilah kemana2 sahaja..asal nampak kelibat bola..dia akan sebut "bal"..
Tiap kali pergi Giant,Tesco,Mydin,Carefour atau kedai2 biasa...tiap kali itu jugak dia nak ball...

Belilah segala mak nenek kereta, pistol,senapang dan macam2 lagi...sekejap aja dia main...lepas tu semua mainan dirosakkannya. Yang ada dalam kepala otak Rizqin..ball..ball..ball...dari kecil smpi dah 1 tahun 7 bulan ni...mama dan papa dah faham dan boleh agak...Rizqin tak minat pada segala mak nenek toys...Minat dia lebih pada sport...dia suka bole sepak, dia suka badminton, dia suka tenis, dia suka golf...

Mama rasa Rizqin ni mengikut betul perangai mama..sebijik...mama suka pada sport. Masa kandungan mama 7 bulan...mama main dart &carom. Dart ni elok utk bagi dapat anak yg fokus. Nak main dart kena fokus betul2. Bukan senang nak check out. Secara tak langsung, dia membantu Rizqin dalam kandungan utk lebih fokus.

So, oleh kerana Rizqin minat sangat ball...papa pergilah cari VCD bola kampung. Tapi susah sangat nak dapat yang cetak rompak (hehehehe-nak murah punya pasai). Taukeh kedai CD yang biasa papa beli tu cakap...VCD bola kampung  memang tak boleh nak dicetak rompakkan. Kalau nak beli, kena beli masa roadshow diorg.

Kebetulan, semalam ada roadshow diorg kat Econsave Klang. Maka gigihlah papa mengajak kami ke sana semata2 nak beli VCD utk anak kesayangannya. Mahal jugak VCD ni RM39.90..Banyak juga barang yang dijual ..macam beg, t-shirt,pencil case, pencil colour dan mcm2 lagilah. Lupa nak snap gambo.

Masa sampai tu, maskot tengah menari ghanam style. Rizqin apa lagi...automatik goyang tangan ala ghanam style hehehe...tapi mama tak sempat nak snap pic tengah berghanam dia tu...

Papa tengah pilih VCD...

Orang tak berapa ramai masa kami datang ni..time ni dalam pukul 3 petang. 



Rizqin nak bergambor dengan maskot Iwan,Kumar kat belakang sana tapi ramai sangat orang


Rizqin dgn maskot A&W. Muka serius tak boleh blah.


Papa pulak yang excited bergambo. Rizqin dok tengok tangan maskot tu heheh.

Lepas dapat VCD kami ke Alam Impian, makan A&W sambil tengok layang2 dan ambil angin petang. Sekejap aje kami kat sana sebab panas. Ada angin tapi badan terasa panas.

Nak belilan Rizqin layang2..mahal sangat harganya. 


Lepas bawak Rizqin tengok layang2. Kami terus pusing2 tengok rumah dekat Alam Impian ni. Impian papa nak beli rumah dekat sini. Tengok suasana rumah kat sini macam best aje. Jauh dari kesesakan. Mudah2an impian papa tu tercapai. Amin..Seronok nya kalau dapat rumah ada tanah. Penat dah mama dok rumah merpati. Terkurung aje. Kat sini petang2 boleh bawa Rizqin pergi taman. Boleh kita main ball sama2. Seronoknya. Tak pe berangan itu free kan papa. Mula2 angan lepas tu jadi kenyataan. 

Rumah yang kita duduk sekarang bermula dari angan2 jugak kalau Rizqin nak tau. Dulu2 area puchong ni tak membangun lagi. Jalan nak ke tractor Malaysia tu hanyalah jalan   baisa yang tak ada Tar..jalan berpasir aje. Satu hari tu, mama lalulah jalan depan rumah kita tu sambil tengok kiri kanan jalan. Terdetik dihati mama, "bestnya kalau dapat rumah kat sini". Time tu suka sangat tengok deretan rumah teres kat Kinrara ni. Mama tak ingat tahun bila masa tu. IOI pun mama rasa macam tak ada lagi kot. Tup2 setelah 8 tahun, Allah makbulkan suara hati mama itu. Rumah kita betul2 dibelakang rumah teres yang mama impikan. Padahal mama tak de mengharap dan berdoa pun nakkan rumah ni. Walaupun rumah sekarang bukan rumah teres tapi apartment. Allahamdulilah disinilah syurga kita. Moga impian utk beli rumah di Alam Impian ini juga akan tercapai satu hari nanti. Amin...