Koleksi Baju Kurung Moden Lace Terkini @ Zalora

Thursday, May 8, 2014

Salam kengkawan semua....

Raya dah nak dekat ni....puasa pun belum dah nak citer pasai raya..apa daa mama Rizqin ni...korang dah start shopping ke ? Bagi yang belum lagi tu...apa kata kita shopping online je..rasanya nak tempah tak sempat dah ni...ramai tailor2 tutup amik order time2 sekarang ni...

Mama Rizqin, dah ada 4 helai baju kurung...tapi kalau rasa2 nak tambah, nak cuci mata...boleh lagi ni...semua dihujung jari....jom kita ke zalora..banyak pilihan disini..pilih saja nak rekaan sape, fesyen yg macamana....semua ada di Zalora...




Baju kurung moden lace merupakan fesyen pakaian tradisional atau busana Muslimah yang pernah menjadi fenomena dikalangan penggemar fesyen di Malaysia. Fesyen yang mula diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu ini masih digemari dan juga merupakan pilihan utama para wanita apabila ingin menghadiri majlis-majlis istimewa seperti resepsi perkahwinan, kenduri keramaian serta majlis-majlis rasmi.

Apa yang menarik mengenai baju kurung jenis ini adalah, potongan yang moden iaitu tidak terlalu lebar dan sedikit singkat serta ditambah dengan perincian seperti lace, taburan batu-batu berharga atau manik. Seperti yang dapat anda lihat, fesyen ini juga merupakan pilihan selebriti-selebriti terkemuka tanah air untuk bergaya ke majlis-majlis berprestij. Jom kita lihat selebriti mana yang menggayakan fesyen ini!



Pelakon versatile yang cantik ini tampak anggun menggayakan sepasang baju kurung moden lace yang berona pastel. Lisa bukan sahaja kelihatan ayu malah potongan baju kurung ini amat sepadan dengan bentuk badan Lisa yang kecil molek. Seperti yang anda lihat, penambahan lace pada bahagian leher dan lengan menyerlahkan lagi penampilan Lisa yang sememangnya menawan.


Siapa lagi kalau bukan selebriti yang serba boleh – Erra Fazira! Bekas ratu cantik Malaysia ini kelihatan amat mempesona dengan menggayakan sepasang baju kurung moden lace berona terang. Penambahan lace berwarna hitam menonjolkan lagi penampilan Erra walaupun pada dasarnya ia hanyalah sepasang baju kurung moden yang ringkas.



Personaliti yang seterusnya adalah Maya Karin. Selebriti kacukan ini kelihatan amat anggun dengan mengenakan sepasang baju kurung moden yang ber-lace penuh di bahagian atas dan kain potongan duyung yang kembang di bawah. Cantik tak?

Kalau korang nak sepasang baju kurung moden lace yang cantik seperti yang dipakai oleh selebriti-selebriti kita ni, luangkan masa korang dengan melayari laman web ZALORA Malaysia sekarang juga dan dapatkan pelbagai koleksi baju kurung moden yang terbaik!

Semuanya mudah dengan Zalora..Zalora memang the best. Jom shopping.

3 comments:

nOe suhaimi said...

wah...cantik2...macam nk rembat satu je tuk raya

nOe suhaimi said...

baca sambil menabung di sini :)

Mama Rizqin said...

Jom Noe rembat mana2 baju yg cantik2 tu...nak shopping kasut lah kat zalora....

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...