Showing posts with label Didikan. Show all posts
Showing posts with label Didikan. Show all posts

Hari Deepavali : Menunaikan hajat Rizqin ke Masjid

Sunday, November 3, 2013

Salam semua...

Cuti deepavali mesti masing2 cuti panjang..bersambung dgn cuti 1 muharam. Kami tidak ke mana2 sebab bulan lepas sudah balik kampung di Johor.

Pagi hanya mengemas rumah dan melayan kerenah Rizqin. Petang menghantar Murtabak frozen,mashed potato dan cheezy sauce tempahan dari kawan di FB. Berjanji di Masjid Kinrara. 2:15pm janjinya.

Kebetulan tempat pertemuan di parking masjid. Sebaik masuk di perkarangan Masjid, Rizqin excited abis. "Mama mama Alahukbar mama.." "Mama, Allahu akbar". Selesai urusan jualan, saya decide utk bawa Rizqin masuk ke dlm masjid dan bersolat zohor sekali di situ. Ingatkan nak solat kat rumah saja tapi Rizqin nampaknya teringin sangat nak masuk masjid. So saya tunaikan hajatnya. Dia very2 excited. Pandang kipas, pandang tempat Quran. Dia sangat2 baik. Duduk dekat dengan mamanya aje tak pergi jauh.

  Seluar nasib baik bawah lutut hehehe







Balik dari masjid maka inilah hasilnya...



Yang jadi masalahnya, dia aje conquer sejadah tu. Mama nak solat pun dia tolak. Hampir 15 minit tunggu turn nak solat. hehehe

Insya Allah, lepas ni dah boleh bawa dia ke Masjid utk bersolat berjemaah.

Doakan mamanya terus istiqamah mendidik Rizqin.

Wasalam...


Didikan Anak : VCD Solat dan Adab dan doa

Thursday, October 24, 2013

Assalammualaikum w.b.t

Semalam VCD yang dah lama di idamkan dah pun sampai..Beli online hari Isnin, hari Rabu dah sampai.
Beli dekat SINI

Saya suka beli kat website ni sebab beli banyak mana pun harag pos tetap RM9. Sudah lama tak beli VCD utk Rizqin. Dulu2 beli VCD belajar mengaji. Ada di sharekan kat entry SINI.

Saya start ajar dia dengan flash card huruf hijaiyah ni start umur dia setahun. Mungkin terlewat dari anak2 org lain yg dah diajar seawal umur 6-8 bulan. Alhamdulilah, berkat sabar, berkat tak putus asa, walaupun saya pernah tak ajar dia 2-3 bulan sbb time tu dia sibuk dgn CD barney. Hari2 nak barney, langsung tak mahu tengok VCD ni. Hinggalah akhirnya dia teringat balik kat VCD ni..tup2 masuk umur 2 tahun , dia sudah kenal huruf2 hijaiyah. Pada mulanya tak percaya dia dah kenal..sbb saya ajar dia sebelum dia nak tido dalam 5 minit..sambil2 main aje. Satu hari tu, dia tengok ayat qursi yang saya tampal dekat almari. Tiba2 dia tunjuk dan sebut. "Ni Mim mama, Ni nun mama". Terkejut lah saya sbb betul2 tak sangka. Dengan hanya 5 min dan buka VCD aje. Dia dah kenal huruf. Sekarang 2 tahun 1 bulan, dia dah boleh melagukan huruf2 hijaiyah seperti dalam VCD tu dan kenal kesemua huruf2 tersebut.  

Saya sangat2 sarankan belilah VCD ni..bagus utk anak2 kita..bukan nak promote tapi benda baik apasalahnya di kongsikan.

Sekarang saya tengah ajar dia menghafal Al-Fatihah dan doa2 harian. Doa2 harian mcm doa makan, doa tido, doa naik kenderaan dia dah biasa dengar saya baca. Al-fatihah tu dia dah boleh ikut ayat yg last sekali..contoh macam "alamin, nirahim"..biasanya saya pasang mp3 al-fatihah kat hp time dlm kereta pergi dan balik nursery. Sama2 ikut baca. Target saya umur dia 3 tahun dia dah boleh baca fatihah dan 3 Qul. 4 surah ni pun dah cukup banyak bg saya. Harap2 tercapailah target saya ni.

Saya belikan VCD dibawah ni utk dia gunakan pendengaran dan penglihatan dia utk mudah kan lagi menghafal dan solat.



Sekarang ni lepas solat maghrib biasanya dia akan tarik japanese table dia utk dijadikan rehal dan amik buku Iqra utk mengaji. Habis menagji letak balik rehal bawah katil. Sekarang ni saya ajar dia dengan cara bertanya. Baca satu2 page memang dia tak mahu. Asyik keja menyelak aje. So saya tanya dia.."rizqin mana nun" nanti dia cari dan tunjuk. Begitulah utk huruf2 yg lain. 5 min setiap hari. Harap saya akan terus istiqamah mengajar permata hati yg sorang ni..


Harapan dari seorang mama untuk anaknya.

Wednesday, February 20, 2013

 Salam..

 

Pagi ni buka email tengok2 ada email dari Pn Lina Karim.  

 

Assalamualaikum erranis

 

Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dikurniakan rezeki yang melimpah.
Alhamdulillah sekarang ini saya dlm perjalanan ke Mekah dari Madinah. 2 hari di Madinah meninggalkan pelbagai kenangan. 2 hari saya dapat bersolat di Raudhah. Anak anak saya juga berpeluang bersoIat ditempat impian semua manusia yang menjejakkan kaki ke Tanah Madinah ini iaitu di Raudhah. Kali pertama saya ke Raudhah adalah tanpa anak saya. Saya rasa seperti dpt bersolat tetapi sambil ber'silat'. Terpaksa menahan diri ketika solat kerana rempuhan orang ramai. Ada yg menangis kerana tidak tahan ditolak himpit, ada yg terjatuh dan terpijak menyebabkan saya takut utk membawa anak saya. Saya juga telah dinasihatkan oleh muttawif utk tidak bersama dgn anak. 

Namun atas desakan anak2 saya, keesokkannya saya membawa mereka masuk dgn memberi mereka gambaran akan keadaan disana terlebih dahulu. Ya, mereka masih mahu ikut walaupun saya telah ceritakannya. Saya suruh mereka berjanji utk kuat dlm asakan dan jgn menangis krn jika menangis saya akan tarik mereka keluar dan berpatah balik. Akhirnya setelah mendapat peluang masuk

Alhamdulillah dpt tempat yg aman. Masih di Raudhah yg berpermaidani hijau, kami solat tanpa sesiapa pun 

mengganggu! Org masih berasak tetapi tidak di tempat kami! Alhamdulillah.. Permintaan anak saya dpt dipenuhi dlm keadaan aman dan selamat. Saya terus jadi tersedar betapa bukan saya yg patut menetapkan keadaan di Raudhah adalah sama utk semua orang. Sangat berbeza dari pertama kali saya memasuki raudhah tanpa anak saya. Semoga anak saya menjadi penyelamat saya di akhirat nanti. InsyaAllah..

Darwish dan Darwisya mempunyai pengalaman manis mereka sendiri. Setiap hari ada sahaja peminat mereka berdua terutama Darwish. Hari pertama mereka masuk ke Masjid Nabawi, mereka teruja melihat al Quran yang banyak diletakkan di keliling tiang masjid nabawi itu. Mereka mengambilnya tanpa disuruh, mencari surah al Quran yg mereka pilih sendiri dan membacanya. Rupanya perbuatan mereka itu diperhatikan oleh orang2 Arab disitu dan selesai anak2 saya membaca, mereka mengeluarkan
wang dan menghadiahkannya kepada anak saya. Bukan sedikit yg mereka hulurkan! 50.00 riyal untuk hari pertama. Segala coklat dan gula2 dari beg mereka diberikan kepada anak saya. Hari kedua juga begitu tetapi dgn arab yg berlainan. Dan hari ini kami solat zuhur, solat terakhir sebelum kami bertolak ke Mekah dgn bas.. juga begitu ada sahaja yg memberi wang kepadanya. Belum sampai ke Mekah, sudah banyak barang mainan dibelinya hasil dari pemberian org Arab di Masjid Nabawi. Sehingga ada jemaah yg
bergurau yg Darwish boleh hidup disini dgn hanya bermodalkan al quran. Mereka yg cuba bercakap dgn saya (bagai ayam dan itik) agak bersungguh bertanya tentang umur, nama Darwish & etc. Nasib baiklah anak saya Darwisya faham dan membalas jawapan. Yang saya faham adalah perkataan mereka menyebut 'Imam, imam..' sambil mengusap kepala Darwish. Saya boleh anggarkan maksudnya itu dan terus mengaminkan sahaja perkataannya. Doa itu dtg dari mereka yg berbangsa Arab yg kagum dgn Darwish di dalam Masjid Nabawi! Semoga Allah perkenankan..
  

Hari kedua, Darwish bersama suami saya pergi ke bahagian solat lelaki. Cerita suami saya selepas keluar masjid, Darwish melakukan perkara yg sama. Orang Arab merapat kepadanya dan selesai sahaja mereka akan menghadiahkan wang. Ada yg mengambil tangan Darwish dan menciumnya berkali kali. Pada mula dtg saya agak janggal tetapi setelah beberapa waktu saya bersolat dgn anak saya, saya sudah biasa kerana dibiasakan.

Sudah biasa mereka mengusap kepala anak saya dan kemudian mencium tangan yang mereka gunakan utk mengusap itu. Akhirnya balik ke bilik hotel anak saya tidur malam dalam keadaannya yang sangat wangi, rasanya dari wangian tangan-tangan mereka yang mengusap anak saya. Wangi itu kekal hinggalah saya bangunkan dia utk bersiap utk solat subuh.

Dari pengalaman ini membuka mata saya tentang sesuatu yg saya tidak pasti selama ini. Saya fikir mereka adalah orang Arab yang sudah
tentulah sangat biasa melihat anak kecil membaca al Quran kerana utk mengajarnya kepada anak mereka sudah jadi mudah disebabkan bahasa al quran itu memanglah bahasa mereka. Tetapi kelihatannya tidak begitu. Ianya seperti sesuatu yg tidak 'biasa'. Jika tidak, mereka tidak akan memberi perhatian kepada anak2 saya seperti ini. Mereka kelihatan sangat kagum melihat anak sebaya Darwish membacanya.

Setakat pengalaman saya hingga hari ini, aura Darwish di kalangan org Arab adalah lebih terserlah dari Darwisya walaupun kedua duanya boleh membaca al quran. Saya tertanya sendiri mungkinkah ini ada kaitan dgn mimpi yg saya alami semasa mengandungkan Darwish 5 tahun dahulu? Saya pernah mengabadikan cerita mimpi saya itu dalam blog saya www.darwishndarwisya.blogspot.com .Cerita itu masih tertulis disitu sejak dari itu. Semoga ia membawa makna yg baik.
 


Ya Allah, Engkau menjanjikan mahkota kepada ibubapa yg punya
anak menghafaz al quran di akhirat nanti tapi ku rasakan aku telah menerima mahkota itu didunia ini lagi. Walaupun anak2 ku belum lagi menghafaz keseluruhannya. Terima kasih atas anugerahMu. Semoga Engkau berikan hidayah dan ilmu kepada ibubapa lain untuk merasakan apa yg aku rasakan ini. Amiin.



**Ketika saya menulis coretan ini, saya didalam bas dalam perjalanan ke Tanah Suci Mekah dalam berihram. Semoga ibadat umrah kami sekeluarga ini diterima Allah.
Amin..

Ikhlas dari,

Lina Karim

Sebenarnya sudah 2 minggu mama dah tak tunjukkan flash card dekat Rizqin...sebabnya flash card Alif Baa Taa tu pun sebahagiannya dah lunyai kena koyak. Nak bukak TAB papa pun malas sebabnya bila dah dapat TAB..Rizqin tak mahu lepaskan. Melalak2 nak main TAB sampai ke sudah...sudahnya mama bukakan CD belajar Huruf  Hijaiyah saja. Semalam langsung tak buka. Rizqin pulak sampai2 rumah, terus bukak citer cina...apa2 saja cerita cina dia akan ngadap dgn khusyuk nya...tak boleh terusan macamni...mama kena buang sikap malas mama..yg  biarkan rizqin tengok citer apa saja dekat TV.

Bila baca email dari Puan Lina ni, mama harus gandakan lagi usaha untuk ajar Rizqin kenal huruf hijaiyah sebelum umurnya 1 tahun 8 bulan...darwish dah kenal huruf hijaiyah baris bawah atas depan masa umur 1 tahun 8 bulan...Rizqin masa umur 1 tahun 5 bulan baru tahu baca AA, BAA ,TAA,DAA ...tadi & semalam sambil pakai kasut depan pintu nak ke nursery, tiba2 dia sebut NAA,WAA,LAA,YAA..alhamdulilah satu perkembangan yang memberangsangkan..malam ni mama kena usaha lagi supaya dia kenal huruf yang lain pula...jangan malas mama...sebenarnya yg malas bukan Rizqin tapi mama. Tiap2 malam Rizqin akan buka buku,mintak flash card tak pun mintak dibukakan CD. Tapi mama buat dek maghrib2 sibuk nak nengok "Rindu Bertamu di Abu Dhabi" Banyak sangat syaitan dalam badan mama ni Rizqin.

Bila dapat email ni, insaf sekejap..terasa banyak masa yang telah disia2kan oleh mama. Patutnya Rizqin dah kenal semua huruf..mama yang tak konsisten mengajar. Mama mohon maaf Rizqin. Malam ni mama akan ajar Rizqin ngaji ok. Mama promise.

"Allah akan menjanjikan mahkota kepada ibu bapa yang mempunyai anak hafaz al-Quran di akhirat" mama harus ingat janji Allah ini. Mama harus kuat utk merealisasikan impian mama ini. Bukan mudah sebenarnya, tapi tak salah kalau mama sandarkan harapan ini pada anak mama. Setiap perkara yang baik pasti Allah bantu.


Moga Allah jadikan Rizqin anak yang soleh

 Moga Allah jadikan Rizqin anak yang beriman, penyejuk hati mama & papa


Moga Allah jadikan anakku ni anak yang menghafal Al-Quran. Amin.

Doa kalian juga saya mohon. Amin.



Bagaimana mendidik anak menjadi Soleh

Wednesday, January 16, 2013


Salam semua...

Artikel utk kita share bersama...


Apa makna anak soleh?
Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan kita, tetapi yang lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya’Allah anak itu secara otomatik akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.
Bagaimana mendidik anak menjadi soleh?
Tidak ada cara mendidik anak yang paling baik dan paling berkesan melainkan dengan cara didikan Islam. Langkah pertama ke arah didikan anak yang sempurna ialah keazaman ibu-bapa itu sendiri untuk kembali menghayati Islam dan menghidupkan Biah Islamiyyah (yakni suasana keislaman) di dalam keluarga dan rumah. Hanya anak yang hidup di dalam suasana keislaman yang dapat menghayati Islam dan seterusnya berjaya dibentuk menjadi anak yang soleh.
“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”. (al-Anfal: 24)
Seterusnya di bawah ini kita bentangkan perkara-perkara yang mesti kita lakukan untuk melahirkan anak-anak yang soleh;
1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
Kita selalu mendengar ungkapan dari para ulama’ yang menyebutkan;
“Asas agama ialah mengenal Allah”.
Perkara pertama yang wajib kita ajarkan kepada anak-anak kita ialah kalimah Syahadah. Mengajar kalimah Syahadah bukan hanya mengajar menutur atau mengucapkannya sahaja sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang hari ini, tetapi juga mengajar apa pengertian kalimah tersebut?, apa yang tuntut olehnya? dan apa perkara-perkara yang bertentangan dengan kalimah tersebut yang mesti dijauhi dari melakukannya?.
Kita perlu memberitahu anak-anak kita –dari semasa ke semasa- bahawa dengan mengucapkan kalimah tersebut mereka telah mengisytiharkan diri mereka beriman kepada Allah. Oleh demikian, mereka wajib mentaati Allah pada setiap ketika dan dalam setiap gerak-geri serta tingkah-laku mereka. Pada masa yang sama, mereka wajib menolak segala yang bertentangan dengan kehendak Allah sama ada yang berupa agama (yang lain dari Islam), fahaman, ideologi, budaya, gaya hidup, tingkah-laku, peraturan, undang-undang dan sebagainya. Inilah tuntutan kalimah Syahadah yang dapat kita fahami dari firman Allah:
“Dan sesiapa mengingkari taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang dengan simpulan yang teguh, yang tidak akan putus selama-lamanya. Dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui”. (al-Baqarah: 256)
 
Menurut Imam Sa’id bin Jubair dan Imam ad-Dhahhak; yang dimaksudkan dengan ‘simpulan yang teguh’ dalam ayat di atas ialah kalimah 'Lailahaillallah' Adapun thagut, maknanya ialah ‘segala yang menyesatkan manusia’ sama ada Iblis, Syaitan dan sebagainya.
2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain
Rasulullah s.a.w. sendiri telah berpesan kepada kita supaya mengambil berat perihal solat anak-anak kita, di mana baginda bersabda;
“Suruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila ia telah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan mengerjakan solat sedangkan mereka telah berumur sepuluh tahun”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari Abdullah bin Amru r.a.)
Solat adalah tiang agama. Menunaikan solat beerti menegakkan agama dan meninggalkannya beerti mengabaikan agama. Dalam pendidikan, solat mempunyai rahsia didikan yang amat hebat kepada anak-anak kita. Di samping mendidik anak-anak kita agar sentiasa ingat kepada Allah, solat menjadi benteng kepada mereka dari keruntuhan ahklak dan gejala social. Ini melihat kepada kekuatan yang ada pada solat dalam mencegah manusia dari melakukan dosa dan munkar sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah sendiri;
“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan munkar”. (al-Ankabut: 45)
Adalah mustahil jika kita hendak mengekori anak-anak kita ke mana saja mereka pergi untuk memastikan mereka berbuat baik di mana-mana sahaja mereka berada. Namun jika kita berjaya mendidik anak kita dengan solat sehingga solat itu melekat dalam jiwa mereka, yakinlah bahawa sekalipun tanpa kehadiran kita, mereka akan tetap istiqamah dengan kebaikan kerana solat akan membenteng mereka dari melakukan kejahatan dan maksiat.
Selain dari solat, kita juga wajib mengasuh mereka menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain seperti puasa, zakat, haji dan sebagainya.
3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita?
Menuntut ilmu agama diwajibkan oleh Allah ke atas setiap orang Islam sama ada lelaki atau perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Menuntut ilmu (agama) adalah fardhu ke atas setiap orang Islam”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan at-Thabrani dari Anas r.a. dan al-Hasan bin Ali r.a.)
Bagi anak-anak, tanggungjawab mengajar ilmu agama kepada mereka asalnya adalah kewajipan ibu-bapa. Namun jika ibu-bapa tidak mampu mengajar sendiri anak-anak mereka, mereka wajib mencari seorang guru/ustaz yang dapat mengajar anak-anak mereka segala hal yang wajib diketahui tentang agama merangkumi;
a) Ilmu aqidah
b) Ilmu Ibadah
c) Ilmu halal dan haram (dalam makanan, percakapan, tindakan, pergaulan dan sebagainya)
d) Ilmu tentang hati dan rohani
e) Ilmu tentang kewajipan sebagai seorang muslim
f) Ilmu untuk membaca al-Quran
g) Ilmu tentang adab-adab sebagai seorang muslim
Kita melihat hari ini ramai ibu-bapa mengabaikan pengajian ilmu agama kepada anak-anak mereka. Mereka lebih menekankan ilmu-ilmu duniawi seperti sains, matematik dan sebagainya. Mereka sanggup menghabiskan wang yang banyak bagi memastikan anak-anak mereka lulus dengan cemerlang dalam ilmu-ilmu tersebut. Namun ilmu agama mereka abaikan. Mereka tidak pernah risau anak-anak mereka jahil tentang agama asalkan pandai ilmu-ilmu lainnya. Kerana itu tidak hairanlah jika kita dapati hari ini ramai anak-anak orang Islam yang semakin liar dari agama; meninggalkan solat, tidak tahu membaca al-Quran, tidak menutup aurat dan mudah terjebak dengan maksiat dan munkar. Semua gejala ini puncanya tidak lain dari pengabaian terhadap didikan agama oleh ibu-bapa.
4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman)
Anak-anak memerlukan qudwah (yakni contoh/tauladan) untuk menjadi anak-anak yang soleh. Qudwah ini seharusnya bermula dari ibu-bapa dan juga suasana di rumah. Biah atau suasana di rumah mempunyai peranan yang besar dalam membentuk anak-anak. Oleh demikian, suasana keislaman di dalam rumah hendaklah dihidupkan. Pada masa yang sama, elakkanlah sebarang bentuk maksiat dan munkar dari rumah kita. Selain itu, menghidupkan sunah Nabi di dalam rumah juga memberi kesan besar dalam mewujudkan biah/suasasa keislaman di dalam rumah. Antara sunnah Nabi s.a.w. yang perlu kita praktikkan di rumah ialah;
a) Membaca al-Quran di rumah
Seboleh-bolehnya, ibu-bapa hendaklah menunjukkan minat mereka terhadap al-Quran dengan selalu membacanya di rumah di hadapan anak-anak mereka. Dalam satu hadis, Rasulullah mengibaratkan rumah yang tidak dibacakan al-Quran di dalamnya umpama kubur-kubur. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah”. (Riwayat Imam Muslim)
Bagi ibu-bapa yang tidak berkesempatan membaca al-Quran di rumah atau tidak berkemampuan membacanya, maka sebagai alternatif lain untuk menghidupkan suasana al-Quran di rumah ialah dengan memutarkan kaset-kaset atau cd-cd al-Quran di dalam rumah pada setiap hari terutamanya di waktu pagi dan pada masa anak-anak berhimpun di rumah.
b) Mengerjakan solat-solat sunat di rumah
Sabda Rasulullah s.a.w.;
“Kerjakanlah solat –wahai manusia- di rumah-rumah kamu. Sesungguhnya solat yang paling afdhal ialah seseorang mengerjakan solat di rumahnya kecuali solat yang fardhu”. (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Zaid bin Thabit r.a.)
Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda; “Kerjakanlah sebahagian solat kamu dirumah kamu. Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu ibarat kubur”. (Riwayat Imam Muslim dari Jabir r.a.)
Antara solat sunat yang digalakkan untuk dikerjakan di rumah ialah solat dhuha, solat tahajjud, solat hajat, solat taubat, solat tasbih, solat witir, solat sunat yang mengiringi solat fardhu dan sebagainya. Ibu-bapa yang selalu mengerjakan solat-solat sunat di rumah akan memberi qudwah kepada anak-anak dalam menanamkan sikap suka beribadah dan meningkatkan kesedaran rohani mereka.
Lebih baik lagi jika anak-anak turut diajak bersama-sama mengerjakan ibadah-ibadah tersebut. Adalah harus –sebagai latihan- pada selang-selang waktu tertentu solat-solat sunat tersebut (khususnya solat malam atau qiyamullail) dilakukan secara berjamaah bersama ahli keluarga dengan diimankan sendiri oleh bapa sebagai ketua keluarga. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Jika seorang lelaki mengejutkan ahli keluarganya pada waktu malam, lalu mereka mengerjakan solat dua rakaat bersama-sama, nescaya mereka berdua akan ditulis/disenaraikan di kalangan lelaki-lelaki yang banyak berzikir dan perempuan-perempuan yang banyak berzikir”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abi Said r.a.)
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun menunaikan solat malam, kemudian ia mengejutkan isterinya…Begitu juga, Allah mengasihi seorang perempuan yang bangun menunaikan solat malam, kemudian ia mengejutkan suaminya…”. (Riwayat Abu Daud dari Abu Hurairah r.a.)
c) Hidupkan budaya memberi salam
Anas r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya; 
“Wahai anakku! Jika kamu masuk menemui ahli keluargamu (di rumah kamu) maka berilah salam kepada mereka, nescaya akan dilimpahi keberkatan ke atas kamu serta ahli rumah kamu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Anas r.a.)
Memberi salam bermakna kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada orang yang kita ucapkan salam kepadanya. Apabila ibu-bapa mengucapkan salam kepada anak-anak mereka (tatkala baru sampai di rumah atau tatkala ingin keluar dari rumah atau ingin berpisah dengan mereka) maka ia telah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan untuk mereka. Apabila mereka menjawabnya, maka mereka mendoakan pula keselamatan dan kesejahteraan untuk bapa atau ibu mereka. Fenomena saling doa-mendoakan ini pastinya akan mewujudkan suasana harmoni dan kasih-sayang di dalam keluarga.
Rasulullah s.a.w. pernah bertanya para sahabat baginda; “Mahukah aku tunjukkan kepada kamu suatu amalan yang jika kamu lakukan nescaya kamu akan saling berkasih-sayang?”. Jawab mereka; “Ya”. Lalu baginda bersabda;
“Hidupkan budaya memberi salam antara sesama kamu”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
d) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
Antara adab-adab Islam yang perlu dipraktikkan oleh ibu-bapa serta ahli keluarga di rumah ialah adab ketika makan, adab ketika masuk dan keluar tandas, adab berpakaian, adab anak-anak ketika hendak masuk ke bilik ibu-bapa (terutamanya apabila anak-anak telah mumayyiz), adab keluar dan masuk rumah, adab tidur dan bangun dari tidur dan sebagainya. Adab-adab ini amat penting kerana ia melibatkan amalan dan rutin harian yang boleh memberi contoh berkesan kepada anak-anak dalam meningkatkan roh keislaman mereka.
5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau
Dalam hal ini, terdapat hadis Rasulullah s.a.w. menyebutkan;
“Jika kamu lihat seorang lelaki selalu berulang-alik ke masjid, maka saksikanlah untuknya dengan iman (yakni akuilah bahawa ia sememangnya seorang yang benar beriman)”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abi Sa’id r.a.)
Masjid adalah rumah Allah. Orang yang hatinya terikat dengan masjid menunjukkan bahawa jiwanya dekat dengan Allah. Alangkah bertuahnya kita jika anak-anak kita memiliki hati dan jiwa sedemikian. Oleh itu, perlulah kita berusaha bersungguh-sungguh mendekatkan anak-anak kita dengan masjid, atau sekurang-kurangnya surau atau mushalla. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menceritakan tujuh orang yang akan mendapat perlindungan Allah di akhirat, antara mereka ialah ‘seorang pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah dan seorang lelaki yang hatinya terikat dengan masjid’. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu hurairah r.a.)
6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita
Semangat jihad yang kita maksudkan ialah semangat cintakan agama dan kesedaran untuk berkorban demi agama. Ramai di kalangan kita menganggap anak-anak belum tiba masanya untuk didedahkan dengan semangat jihad kerana mereka masih kecil. Anggapan ini ternyata salah. Sebenarnya dari kecillah kita perlu tanamkan semangat jihad ke dalam diri anak-anak kita supaya mereka akan terbiasa dengan semangat ini sejak awal mereka mengenali dunia dan kehidupan lagi. Lebih-lebih lagi apa yang disemai ketika kecil akan melekat kukuh dalam jiwa manusia sebagaimana kata hikmah;
‘Pengajaran semasa kecil umpama memahat di atas batu”.
Untuk menyemai semangat jihad dan perjuangan Islam ini, antara usaha yang perlu kita lakukan ialah dengan menceritakan kepada anak-anak kita –dari masa ke semasa- sejarah/sirah perjuangan Nabi kita Muhammad s.a.w. dan juga tokoh-tokoh pejuang Islam terdahulu terdiri dari para Nabi dan Rasul, para sahabat, para alim-ulama’, para Syuhada’ dan sebagainya.
Amat menyedihkan kita apabila melihat anak-anak umat Islam hari ini di mana mereka lebih mengenali artis-artis dan pelakon-pelakon dari mengenali para Nabi dan Rasul, tokoh-tokoh Islam, ulama’-ulama’ dan para pejuang Islam. Keadaan ini memerlukan usaha bersungguh-sungguh dari kita sebagai ibu-bapa untuk mengubahnya.
7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
Antara perkara yang perlu kita tanamkan sungguh-sungguh ke dalam jiwa anak-anak kita dalam usaha kita mendidik mereka menjadi anak-anak yang soleh ialah sikap cintakan ilmu dan sukakan majlis-majlis ilmu. Dengan adanya semangat cintakan ilmu dan majlis ilmu akan timbullah keinginan dalam diri anak-anak kita untuk menuntut ilmu agama secara berterusan hingga ke akhir hayat mereka tanpa had umur atau batasan waktu.
Jika kita perhatikan majlis-majlis ilmu hari ini, boleh dikatakan keseluruhan yang hadir ialah golongan dewasa dan juga orang-orang tua. Di mana anak-anak atau kanak-kanak? Kenapa mereka tidak dibawa bersama oleh ibu-bapa mereka untuk sama-sama menuntut ilmu? Demi masa depan anak-anak kita, marilah kita ubah keadaan ini. Marilah kita bawa bersama anak-anak untuk sama-sama berada di dalam majlis ilmu yang diibaratkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai taman syurga. Baginda bersabda;
“Apabila kamu berjalan melalui taman syurga, maka singgahlah di situ”. Lalu sahabat bertanya; “Apa itu taman syurga, ya Rasulullah?”. Jawab Rasulullah; “Iaitulah majlis-majlis ilmu””. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Ibnu ‘Abbas r.a.)
8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
Kita tidak boleh mengongkong anak-anak kita dari berkawan. Namun apa yang kita perlu lakukan ialah memastikan anak-anak kita memilih kawan-kawan atau teman-teman yang baik supaya ia tidak terjebak ke dalam kejahatan dan maksiat kerana pengaruh kawan. Hal ini merupakan pesanan Rasulullah s.a.w. di mana baginda bersabda;
“Seseorang itu berada di atas agama temannya. Oleh itu, hendaklah setiap dari kamu memerhatikan dengan siapa ia berteman”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Hurairah r.a.)
Di dalam hadis di atas, Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kita agar pandai memilih kawan/teman kerana kawan boleh mempengaruhi pengamalan agama kita. Maka sebagai ibu atau bapa, pesanan yang sama perlu kita sampaikan kepada anak-anak kita kerana mereka adalah tanggungjawab kita.
9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
Doa adalah senjata kita orang-orang beriman. Dengan doa kita boleh memohon apa sahaja hajat kita dari Allah. Malah Allah amat suka hamba-hambanya yang banyak berdoa dan bermohon dariNya. Salah satu perkara yang perlu selalu kita pohonkan dari Allah ialah anak-anak yang soleh. Seboleh-bolehnya setiap kali kita berdoa, kita tidak lupa berdoa agar kita sekelian dianugerahkan Allah anak-anak yang soleh. Antara bentuk doa memohon anak soleh ialah yang termaktub di dalam al-Quran iaitu;
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang tergolong dari orang-orang soleh”. (as-Shaffat: 100)
Atau doa;
“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami (anak-anak soleh yang menjadi) penyejuk mata-mata kami (apabila melihatnya) dan jadikanlah kami ikutan kepada orang-orang bertakwa”. (al-Furqan: 74)
Selain itu, kita juga perlu berdoa agar Allah memberi ilmu dan kefahaman agama kepada anak-anak kita. Antara doanya ialah;
“Ya Allah, wahai Tuhan kami! Berilah kefahaman kepadanya dalam agama dan ajarkanlah kepadanya memahami al-Quran”.
Doa ini adalah doa yang pernah diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk Ibnu ‘Abbas r.a.. Berkat doa baginda ini, Ibnu ‘Abbas telah muncul di kalangan sahabat sebagai seorang pentafsir al-Quran yang paling unggul sehingga Abdullah ibnu Mas’ud menyatakan; “Sebaik-baik pentafsir al-Quran ialah Ibnu ‘Abbas”.
10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita
Ibu-bapa hendaklah selalu memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak supaya sentiasa mentaati Allah dan menjaga perintah agama. Pesanan, teguran dan kata-kata nasihat dari ibu-bapa merupakan mutiara-mutiara berharga untuk anak-anak kerana ibu-bapa adalah orang yang paling hampir dengan anak-anak. Peranan ibu-bapa sebagai pemberi nasihat dan pesanan tidak terhenti setakat anak-anak masih kecil, tetapi berterusan hingga bila-bila sekalipun mereka telah dewasa. Di bawah ini kita kemukakan beberapa nasihat dan pesanan dari para nabi dan orang-orang soleh untuk anak-anak mereka sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran dan juga hadis Nabi s.a.w. untuk kita mencontohinya;
Pesanan Nabi Ibrahim kepada anak-anaknya
Pesanan Nabi Ibrahim untuk anak-anaknya dapat kita dilihat dalam surah al-Baqarah, ayat 132;
“Ibrahim telah berpesan kepada anak-anaknya dengan agama itu (yakni Islam) dan (begitu juga) Yaakob (di mana mereka berkata kepada anak-anak mereka): ‘Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) untuk kamu, maka janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan muslim”. (al-Baqarah: 132)
Pesanan Nabi Yaakob untuk anak-anaknya
Allah menceritakan dalam surah al-Baqarah (ayat 133) bahawa Nabi Yaakob ketika hampir kematiannya ia telah berpesan kepada anak-anaknya supaya kekal menyembah Allah, tidak mengsyirikkannya.
“Adakah kamu menyaksikan ketika Yaakob hampir menemui kematian, ketika itu ia berkata kepada anak-anaknya; ‘Apakah yang kamu akan sembah selepas kematianku?’. Jawab mereka; ‘Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan bapamu Ibrahim, Ismail dan Ishak iaitu Tuhan yang maha esa dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri”. (al-Baqarah: 133)
Pesanan Luqman al-Hakim
Pesanan Luqman kepada anaknya dibentangkan dengan panjang lebar oleh Allah di dalam surah Luqman. Pesanan Luqman ini amat baik jika kita jadikan pesanan yang diulang-ulang dari masa ke semasa untuk anak-anak kita. Antara yang dipesankan oleh Luqman kepada anaknya ialah;
“Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya semasa ia memberi nasihat kepada anaknya itu; ‘Wahai anak kesayanganku! Janganlah kamu mensyirikkan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu merupakan satu kezaliman yang besar”. (Luqman: 13)
“Wahai anak kesayanganku! Dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah dari kemungkaran, dan bersabarlah atas segala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang perlu diambil berat melakukannya”. (Luqman: 17).
Apa yang kita kemukakan ini hanyalah sebahagian kecil pesanan Luqman untuk anaknya. Untuk melihat pesanannya secara keseluruhan, sila rujuk surah Luqman (ayat 13 dan ayat-ayat seterusnya).
Pesanan Rasulullah kepada Ibnu ‘Abbas
Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; (Suatu hari) aku berada di belakang Nabi s.a.w.. Lalu baginda bersabda kepadaku; “Hai anak! Aku ingin mengajar kamu beberapa perkataan (iaitu); ‘Peliharalah Allah nescaya Ia akan pelihara kamu. Peliharalah Allah, nescaya kamu akan mendapatinya di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah dan apabila kamu memohon pertolongan, pohonlah pertolongan dari Allah. Ketahuilah bahawa sesungguhnya jika sekelian umat manusia berhimpun untuk memberi manfaat kepada kamu dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memberi manfaat kepada kamu melainkan dengan suatu yang telah ditulis oleh Allah untuk kamu. Dan jika mereka semua berhimpun untuk memberi mudarat kepada kamu dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memudaratkan kamu melainkan dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah akan menimpa kamu. Telah diangkat pena dan telah kering lembaran-lembaran’”. (Riwayat Imam Tirmizi)
Wallahu a’lam.
Artikel : www.ilmudanulamak.net
Copy dari : http://www.mamat.my/2012/03/langkah-langkah-mendidik-anak-menjadi.html
Untuk Peringatan mama dalam mendidik Rizqin .