Melawat Tok Cik Rizqin kat Damansara Medical Centre

Monday, April 30, 2012

Semalam Rizqin gi tengok Tok Cik dia kat Wad ICU, Hospital Damansara. Sian Tok Cik dia kena tebuk kepala & leher. Rizqin tak dapat masuk tengok sbb baby tak dibenarkan masuk. Moga Tok Cik cepat sihat. perkembangan semalam, dia dah boleh gerakkan mata tapi masih tak sedar.

Rizqin tak mau kakak Zureen pegang dia.


Ni kat bilik menunggu sebelum dapat masuk ke bilik ICU. Semalam hari minggu tak ramai orang. Hospital pun sunyi sepi. Rizqin nak salin napkin pun rasa takut. Mama dia pun sama takut gak bila masuk bilik air sorang2. Rizqin tak dapat teman sebab Rizqin lelaki. Mana boleh masuk bilik air orang pompuan :-) kan mama?


Aksi Rizqin bila first time jumpa...asyik dok scan muka orang aje. Dia tak nangis sebab mama ada kat sebelah. Cuba mama tak ada, memang Rizqin akan jerit sekuat hati. macam suara tarzan hehehe




Gigi pertama

Saturday, April 28, 2012

Salam semua...

Gigi pertama Rizqin tumbuh masa umurnya 6 bulan. Time tu dia baru nak start solid food. Cepat jugak gigi dia tumbuh. 2 batang kat belah bawah.Alhamdulilah Rizqin tak meragam masa tumbuh gigi sedar2 dah ada 2 btg gigi masa mama nak bagi dia makan. Ingatkan bubur nasi yang terlekat dekat atas gusi. Rupanya gigi dia.

Umur Rizqin tiga tahun, dia sepatutnya sudah memiliki set lengkap 20 gigi bayi.


Ni artikel yang ditulis @ http://www.babycenter.com.my/malay/baby/pertumbuhan-gigi/


Baby mula tumbuh gigi seawal usia 3 bulan hingga setahun. Gigi bayi tidak akan tercabut sehingga gigi tetap anak anda sudah bersedia untuk tumbuh, iaitu sekitar usia enam tahun.Gigi yang terakhir (gigi geraham kedua, terdapat di bahagian dalam rahang atas dan bawah) biasanya sudah tumbuh menjelang tahun kedua.

Anda tidak dapat lakukan apa-apa untuk membuat gigi muncul, tetapi anda boleh menolong mengurangkan kesakitannya bila proses itu bermula. Pertama, beri anak anda sesuatu untuk dikunyah, seperti gegelang gigit yang disimpan dalam peti sejuk. Dia juga boleh mendapatkan sedikit kelegaan dari memakan makanan sejuk, seperti puri epal atau yogurt, terus dari peti sejuk.

Apabila giginya sudah tumbuh, terpulanglah pada anda untuk memastikan kebersihannya. Untuk tahun yang pertama, anda tidak perlu betul-betul memberus giginya, tetapi cubalah bersihkannya sekurang-kurangnya sekali sehari, mungkin sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidurnya. Anak anda mungkin tidak suka berus dimasukkan ke dalam mulutnya, sebaliknya lapkan gusi dan giginya dengan mengunakan kain bersih sahaja.

Anda juga tidak harus menidurkan anak anda dengan botol susu. Susu tepung dan susu badan boleh mengumpul di dalam mulut bayi anda waktu tidur dan mengakibatkan penyakit yang dikenali sebagai kerosakan gigi botol bayi.

Pada sekitar usia 18 bulan, anak anda mungkin sudah bersedia untuk belajar memberus giginya sendiri. Anda harus menolong dan memeriksa sama ada dia telah memberus dengan berkesan untuk beberapa tahun lagi, tetapi ini adalah kebiasaan yang baik untuk dimulakan. Tunjukkan cara untuk menggerakkan berus pada giginya. Gunakan berus yang lembut dan setitik sahaja ubat gigi. Anda tidak perlu memberus mengikut sesuatu arah yang tertentu, hanya perlu keluarkan cebisan makanan dan bersihkan permukaan gigi dan gusi.


Mama dah belikan dia berus gigi silikon yang boleh dimasukkan jari. Lembut saja. Mama beli jenama pureen. Rizqin suka sangat bila giginya digosok.Mama guna air masak ketika memberus giginya. Sambil mandi pagi, sambil berus gigi 2 batang tu. Mama guna air masak. Sebab Rizqin suka sangat telan dan curi2 minum air. So kalau air masak tu, tak adalah dia sakit perutkan. Mama gosokkan sekali lidah dia. Tapi masalahnya dia sama2 nak gosok sendiri. kadang tu digigitnya berus gigi dia. Maklumlah berus gigi tu lembut. Sebelum ni mama guna kain basah saja untuk berus gigi dia. Moga gigi Rizqin sihat & kuat.






Cubaan merangkak

Thursday, April 26, 2012

Rizqin cuba merangkak. Mula2 mama ajar dia mcmana nak gerakkan tangan & lutut. Tak lama lepas tu dia pun cuba gerakkan tangan & lututnya. Tapi dapat angkat sikit je. Setelah beberapa cubaan dia pun fed up. Nampaknya mama kena merangkak samalah lepas ni hehehe. Sekali itu aje mama ada masa nak ajar dia. maklumlah banyak sangat kerja rumah nak dibereskan. Kesian Rizqin. Nampaknya dia perlukan bantuan untuk tunjukkan cara bagaimana merangkak. Esok & lusa mama cuti. Nanti mama ajar yer. Seberapa pantas mama akan buat kerja rumah. hari ni mama balik kerja pukul 3.15ptg. Mama siapkan kerja rumah mana yang patut. Esok kita ada masa untuk merangkak bersama2.

Tengoklah aksi Rizqin merangkak.








Aktiviti merangkak membantu anak anda menguatkan otot-ototnya supaya boleh berjalan dan ia adalah kaedah terawalnya untuk bergerak sendiri. Untuk cara merangkak tipikal, mula-mula dia akan belajar mengimbangkan diri atas tangan dan lututnya. Kemudian dia akan mendapat akal untuk bergerak ke depan dan ke belakang dari postur ini dengan mendorong dirinya dengan menggunakan lutut.

Bila ia berkembang
------------------
Kebanyakkan bayi belajar merangkak di antara usia enam dan sepuluh bulan. Tetapi sesetengah kanak-kanak langsung tidak merangkak, sebaliknya memilih untuk bergerak dengan mengheret punggung, melata atas perut, atau terus maju ke tahap menarik badan naik, berdiri dan berjalan. Kepentingannya ialah mencapai pergerakan, tak kira caranya anak anda mencapainya.

Bagaimana ia berkembang
-----------------------
Aktiviti merangkak biasanya berlaku selepas seseorang bayi itu boleh duduk tanpa bantuan, -- ramai kanak-kanak mempunyai kebolehan ini bila mereka mencapai usia enam atau tujuh bulan. Selepas takat ini, dia boleh mengangkat kepalanya untuk melihat sekeliling, serta otot-otot lengan, kaki dan belakangnya cukup kuat untuk mengelakkannya terjatuh ke lantai bila dia berada di atas tangan dan lututnya.

Selama beberapa bulan berikutnya, bayi anda akan belajar meningkatkan keyakinannya untuk bertukar dari posisi duduk ke berada di atas tangan dan lututnya, dan dia akan sedari bahawa dia boleh mengayunkan badan ke depan dan ke belakang bila anggota badannya ditegakkan serta badannya berada selari dengan lantai.

Sekitar lebih kurang usia sembilan atau sepuluh bulan, dia akan menyedari bahawa menolak menggunakan lutut akan memberikan pendorong yang diperlukan untuk bergerak. Sementara dia meningkatkan kemahirannya, dia akan belajar kembali ke posisi duduk dari posisi merangkak. Dia juga akan menguasai teknik untuk merangkak bersilang: menggerakkan lengan dan kaki yang bertentangan bila dia bergerak ke depan, dan bukannya menggunakan tangan dan kaki dari sebelah yang sama. Selepas itu, ianya cuma memerlukan latihan sehingga mencapai kesempurnaan -- lihatlah anak anda menjadi betul-betul cekap merangkak bila dia mencapai usia satu tahun.

Jika anak anda merangkak berundur, atau seorang pengheret punggung (punggung bergeser laju, tangan diletak ke belakang dan kaki ke depan digunakan untuk berlonjak), atau melangkaui tahap merangkak untuk mara ke tahap berjalan, jangan bimbang. Asalkan dia berjaya mencapai mobiliti -- tak kira caranya -- dia okey.

Sumber dari :http://www.babycenter.com.my/malay/baby/merangkak/

Happy Birthday 8 months baby.


Hari ni Rizqin dah masuk 8 bulan. Semalam pergi Klinik Dr Siva, kat sebelah Nursery Rizqin jer. Rizqin suka pergi situ sebab doctor akan check Rizqin betul2. Semalam timbang berat Rizqin turun 2kg. 7.4kg jer sebab Rizqin selsema & batuk2. Walaupun tak sihat tapi Rizqin still active. Makan memang tak pernah tolak. Pantang nampak mangkuk makanan, Rizqin akan kejar. Makanan memang tak pernah habis.Licinnnnn. Minggu ni mama bawakan Rizqin breakfast oat campur kurma, kismis & pisang. Sedap...makan ramai2 kat Nursery.

Perkembangan Rizqin setakat ni :-

-Dah angkat bontot tapi masih tak bleh nak gerak kaki & tangan.
-menjulur dengan lajunya, masuk bilik, pergi dapur.
-Dah makan breakfast, lunch & dinner.
-Kuat menjerit kalau tak dapat sesuatu especially handphone mama..nak gigit2.
-Tak mau dipegang , nak meniarap je kejanya.
-Pagi2 bangun pukul 7. Jerit2 cari mama.
-Menangis bila nampak mama & papa dah siap pakai baju jalan.pastu keja sampai ke pintu.
-Suka serakkan baju sendiri yang mama dah susun kat rak.
-Tengah sibuk nak panjat almari baju mama, paut dekat laci baju mama.
-Suka letak kaki atas tempat tangan kat scroller tu.
-Rajin dah pegang susu sendiri..dulu2 malas, nak mama pegangkan.
-Dah pandai membebel, kadang2 sebut abah,ma,ta,bai.
-Ajar sekali terus dapat sebut perkataan tu..
-Suka tengok upin ipin. balik dari nursery, mesti tengok upin ipin kui 6:30.
-Tak pernah miss dengar azan maghrib. mesti tengok samapi abis & ikut mama baca doa lepas azan.
-Suka dengan alat2 yang doctor guna. Rasa nak pegang2.
-Suka main bola. Suka tengok kartun bola kampung.
-Fokus bila orang bercakap, dia akan tengok mulut org bercakap. kalau mama papa bercerita dia sama sibuk pasang telinga.
-Menangis bila orang yg jarang2 jumpa dukung dia. Cam atok,pakkcik Halim, Cik ina, pakcik Din, kakak Ira, kakak Zureen, Atar.


Moga Rizqin jadi anak yang soleh,bijak,berakhlak mulia,terang hati & berjaya dalam hidup. Dah besar nanti jadi doctor yer.


Softbook Rizqin dah sampai...

Thursday, April 19, 2012

Parcel untuk Rizqin sampai.



Tarar..baby brain box soft book. Tak sabar nak bagi Rizqin tengok. Apakah reaksinya. Dia suka sangat pegang2 apa saja magazine yg mama baca. Sibuk nak membaca sama. Kadang-kadang bila mama baca Quran, dia pun sibuk jugak pegang quran tu, sibuk nak menyelak. Ni mama belikan softbook ni, Riziqn selaklah sepuas-puasnya yer..



Memang rezeki rizqin, tinggal satu je softbook ni.




Pose istimewa daripada Rizqin pagi Rabu lepas (18/4/2012) sebelum pergi Nursery. Suka nak naik kereta. Tengok kaki tu mana letak? suka sangat landing kaki kat atas tu..Susah jadinya bila mama nak dukung dia...anak mama ni dah besar, dah macam2 gaya pose dia buat.

Permainan penting untuk perkembangan Rizqin

Tapi mengapa permainan begitu mempengaruhinya?

Pertama, mari kita lihat bagaimana otak bayi berkembang sepanjang
usia kanak-kanak.

Buat pengetahuan erranis, otak anak anda berkembang
lebih pesat pada zaman kanak-kanak berbanding waktu lain.
Perkembangan otak bayi begitu pesat sehingga mencapai sekitar 60%
berbanding perkembangan otak orang dewasa.

Perkembangan ini mula menurun apabila anak mencecah usia 6 tahun.

Ketika otak dalam proses pertumbuhan, sel-sel saraf yang dipanggil
neuron, yang menyerupai kabel elektrik, pesat berkembang biak.
Bayi yang baru dilahirkan, mempunyai banyak kabel yang tidak
bersambung. Pada tahun pertama, neuron ini belajar untuk bekerja
lebih baik dan mula bersambung antara satu sama lain untuk membina
litar yang membolehkan bayi untuk berfikir dan melakukan lebih banyak perkara. Setiap bayi yang membina pengalaman baru dan berinteraksi dengan persekitaran mereka akan membina beberapa sambungan pada otak bayi.

Asasnya adalah:

Semakin banyak rangsangan pada bayi erranis,
Semakin banyak sambungan saraf bayi anda dibina.
Semakin banyak sambungan saraf bayi anda dibina, semakin baik otak berkembang.
Semakin baik otak berkembang, semakin pintar bayi.

Dalam rangka mengoptimumkan sambungan saraf-saraf otak bayi erranis, bayi perlu dirangsang melalui lima panca indera: mendengar, melihat, merasa, mencium, dan menyentuh. Ketika inilah permainan berfungsi.

Sebilangan alat-alat permainan ini direka tepat untuk semua itu. Ia direka untuk memberikan multi-rangsangan kepada panca indera.

Anda akan akan mendapati bahawa:

Pendidikan Bayi adalah,

Permainan + Layanan Ketika Bayi Bermain = Bayi Genius

Mari kita lihat secara terperinci bagaimana permainan dapat merangsang bayi erranis.

1. Penglihatan.

Kajian telah membuktikan bahawa mata bayi masih belum matang ketika
dilahirkan. Oleh sebab itu mereka mengalami kesulitan untuk fokus
pada suatu objek atau gambar. Bayi yang baru lahir hanya mampu
fokus pada objek atau gambar-gambar yang kontra sahaja.

Oleh sebab itu, persekitaran hitam putih dan merah putih adalah
sangat digalakkan bagi bayi yang baru lahir sehingga usia 6 bulan.
Ibu bapa harus tahu bahawa dalam pemilihan permainan juga penting
untuk merangsang tahap fokus bayi. Jadikan warna kontra dan cerah
sebagai warna utama bagi persekitaran bayi anda.

2. Tekstur

Sentuhan sangat penting bagi merangsang bayi anda sebelum menjangkau
usia pra sekolah. Pada usia bayi, berilah apa pun kepadanya,
semuanya mereka akan sentuh. Bayi juga banyak belajar dan dirangsang
dengan suntuhan. Kerana bahasa pertama yang mereka faham adalah
sentuhan dan belaian.

Oleh sebab itu, memperkenalkan pelbagai jenis tesktur kepada bayi
dapat merangsang saraf-saraf atau deria-deria bayi. Baik menyediakan
permainan untuk bayi, mahupun menyediakan permukaan yang bertekstur
kepadanya adalah sangat digalakkan.

3. Suara.

Walaupun pendengaran bayi belum matang, bayi boleh benar-benar
menanggapi suara. Bahkan, muzik boleh membantu menenangkan bayi
selama bayi meragam. Selain itu, beberapa kajian telah mendapati
bahawa pendedahan muzik klasik dapat membantu otak untuk berkembang,
sebuah fenomena yang disebut Efek Mozart.

Sebagai tanggapan atas penemuan ini, beberapa syarikat permainan
bayi bertindak menjadikan muzik klasik dimasukkan kedalam sistem
permainan mereka.

Kepada penganut agama Islam, saya sangat menyeru untuk para ibu bapa
mempersengarkan alunan ayat-ayat Allah yang dapat menenangkan bayi
mahupun ibunya dalam banyak situasi. Malah, jika selalu
diperdengarkan, bayi akan lebih cekap dalam menangkap bunyi-bunyi
perkataan-perkataan arab. Hal ini lebih memudahkan anak erranis
menghafal alQuran kelak.

Ringkasnya, permainan bayi harus mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Warna primer terang untuk melihat
2. Mempunyai tekstur yang berbeza untuk menyentuh
3. Mempunyai suara yang berbeza untuk mendengar.

Sebagai ibu, saya mendapati bahawa tidak semua mainan yang tersedia
di pasaran yang direka dengan cara ini. Bijaklah memilih permainan
dan mengubahnya menjadi menarik dan berkesan dalam pendidikan anak.

Tips dari email yang dihantar kepada mama. Dari Ainul Kauthar admin@anakkusayang.com via smtp-coi-g14-041.aweber.com

Gaya tersendiri

Monday, April 16, 2012

Tengok gaya anak bujang mama..punya senang hati tengok tv..kaki atas kaki. Tongkat siku lagi..geram rasa nak gigit aje



gambar terbaik hehehe....comel

Rizqin nak kena guna walker ke?

Sunday, April 15, 2012

Rizqin sudah 7 bulan 3 minggu. Balik dari Nursery jumaat lepas dah mula nak merangkak. Angkat bontot and tersembam muka kedepan. Bersungguh-sungguh dia mencuba. Cerdiknya dia, dia panjat badan mama lepas tu angkat bontot tapi masih tak berjaya nak kehadapan. Ada satu lagi cara, panjat bantal, angkat bontot..hehehe..juga masih fail..Yang tak bestnya, nak tido pun sibuk mengangkat bontot. Last2 menjerit sebab tak berjaya. Mama pun kesian peluk & ajak tido. Rizqin budak bijak, sekejap aje boleh pandai. Cuba lagi yer..mama percaya sebelum lapan bulan ni mesti Rizqin berjaya merangkak. Lagi 10 hari lagi. Cayok rizqin cayok...

Hari Sabtu lepas, mama bawa Rizqin gi rumah de'cik. Rizqin cuba pakai walker Yasmin. Mula-mula duduk aje sambil main2 toys walker tu. Lepas tu cuba berdiri, Tak smpi 10 minit dah boleh menolak walker tu kebelakang. Hehehe...cerdiknya anak mama. Mula2 kaji dulu, kaki tu macam x sampai aje tapi dia berusaha sampai dapat. Kejap je dah boleh bawak walker tu berjalan. Seronoknya mama dapat anak yang bijak. Atar suruh beli walker cepat2 supaya mama senang nak buat kerja. Tapi mama bagitahu papa, hold dulu smpi Rizqin dah boleh duduk & panjat2 baru bagi dia naik. Mama nak dia guna otak & kekuatan otot dia untuk berdiri & bertatih.



Sudah 7 bulan 3 minggu mama masih tak bagi papa beli walker. Mama mahu Rizqin belajar meniarap,menjulur dan merangkak.

Antara kebaikannya meniarap,menjulur & merangkak adalah :-

+ Mempercepatkan pembangunan sistem saraf otak dr tahap 1 ke tahap 3 dan tahap 3
+ Membolehkan kepalanya membesar dan berbentuk bulat (tidak leper)
+ Mempercepatkan pembangunan daya penglihatannya sehingga ia dapat menembungkan penglihatan ke dua-dua matanya
+ Menguatkan otak-otak leher,bahu dan belakang sambil mempercepatkan pernafasannya
+ Mempercepatkan dia membuka jari-jari tangan agar meningkatkan daya genggaman,mengacu serta daya sentuhan
+ Membolehkan anak menggunakan kedua-dua tangannya untuk mengangkat badannya dan terus mula mengimbang badannya
+ Membolehkan dia bergerak dgn tujuan meneroka
+ Mencegah segala masalah yg blh berlaku jika anak ditelentangkan
+ Memperkuatkan asas bg dia cpt berdiri dan menyusur
+ Meningkatkan asas bg anak memperoleh pertuturan yg baik

Orang sekarang muda-muda dah sakit lutut puncanya semasa kecil proses pembesaran anak tidak mengikut proses yang sepatutnya contohnya anak baru pandai merangkak sudah dimasukkan ke dalam walker menyebabkan tempurung lutut tidak matang. Baby tersebut sudah boleh berjalan, maknanya proses berlaku bukan dengan sendirinya tetapi sebab dah diajar..keadaan ini menyebabkan kesan kepada lutut kanak-kanak pada masa akan datang. kalau dah mula bertatih,berjalan menyusur dinding atau kusyen barulah disokong dengan walker.

Setakat ini mama berjaya menolak buaian & bouncer. Alhamdulilah Rizqin tak suka tido dlm buaian. Bouncer pun memang tak diajar. Semua ni memberi kesan pada otak baby jika digoncang terlalu kuat.

Perkembangan Rizqin setakat ni :-

Meniarap -done (Ms 5-6 bulan)
Menjulur -done (7 bulan dah laju masuk bilik & kedapur, cuba2 main wayer TV)
Merangkak-Tengah berusaha (7 bulan setengah mula angkat bontot)
Duduk
Bertatih
Berjalan

Pic Rizqin cuba merangkak.







Mama kena sabar lagi 3 step Rizqin nak berjalan...sebagai ibu byk dugaan.. kena banyak bersabar. Kadang-kadang kita nak yang terbaik untuk anak kita. Harap mama dapat beri yang terbaik untuk membesarkan anak mama ni. I luv u sayang.

Masak2 untuk Rizqin.

Monday, April 9, 2012

Jumaat masa lunch break, mama pergi ke carrefour cari bahan makan untuk anak mama. Anak mama ini perlukan Segala tenaga tambahan & nutrien yang cukup untuk tumbesarannya selain dari susu.

Mama, belikan Rizqin buah labu, orange sweet potato (keledek oren), brokoli, carrot, pisang, buah kurma & kismis.

So balik petang jumaat tu, mama terus buatkan puree labu & keledek. Ni rupa puree yang dah siap. mama letak dalam ais cube & transfer ke bekas besar sikit. Senang nak amik bila nak panaskan bersama bubur nasi nanti.



Ni pulak puree keledek & puree pisang



Puree pisang ni untu breakfast rizqin. Masuk aje Rizqin 7 bulan setengah, mama bagi dia breakfast. Sebelum ni mama bagi dia lunch & dinner saje.

Rizqin makan dengan lahapnya. Siap menangis sebab tak cukup. hari ni masuk hari ke 3 Rizqin breakfast dengan pisang. So mama bagi dia 3 cube utk dibawa ke Nursery. 1 tupperware nasi campur labu untuk lunch dia. Rizqin kuat makan. kalau tak cukup siaplah dia menjerit. Sedap sangat labu tu agaknya. So mama kena buat mcm2 makanan lagi untuknya supaya dia x bosan. Tapi labu ni mama baru perkenalkan. So mama akan bagi hingga hari yang ke 4, hari rabu nanti, baru mama bagi Rizqin makan keledek oren pula.

Rizqin amat memerlukan kesemua sumber tenaga & nutrien dalam makanannya.

Tenaga- untuk mengekalkan fungsi badan & terus aktif.
Sumbernya : beras, gandum , ubi kentang & keledek.

Nutrien pula :-
a) vitamin A-untuk mengekallan kesihatan kulit & selaput lendir. Penting untuk fungsi mata..
sumber : susu ibu, hati,kuning telur,buah,sayuran oren, sayur hijau seperti brokoli,bayam & kangkung)

b)Zat besi- Merupakan komponen hemoglobin dalam sel darah merah yang membawa oksigen kesemua bahagian badan.
sumber : hati & daging

c)Zink-untuk tumbesaran & fungsi sistem imun
sumber : hati,daging,ayam,ikan,kuning telur

Mama cuba yang terbaik untuk bagi Rizqin makanan yang berkhasiat. Nanti mama buatkan Rizqin puree kismis & kurma pula. Mama seronok masak untuk Rizqin, bertambah seronok bila tengok Rizqin makan sampai licin. Rizqin sekarang dah pandai pegang sudu sendiri. Masukkan sudu dalam mulut sendiri abis baju2 mama kotor sekali.

Setakat ni, mama dah bagi Rizqin makanan ni. Semuanya pass tak ada risiko allergic

1.Bubur kosong
2.Bubur + carrot
3.Bubur + apple
4 Bubur + bayam
5.Bubur + pear
6.Bubur + kismis
7.Bubur + ikan bilis
8.Bubur + Labu
9.Bubur + kentang
10.Puree Pisang


Sekian dulu, nanti mama sambung pula dengan edisi makan yang lain pula.

Shopping untuk Rizqin

Sunday, April 8, 2012

Petang ahad lepas papa bawa Rizqin ke GM & Jusco Bukit Tinggi,Klang untuk cari baju, seluar & kasut Rizqin. Asalnya nak pergi rumh atar aje tapi mama pening nak pakaikan baju Rizqin. Rasanya Rizqin dah kekurangan baju jalan. Asyik2 pakai baju yang sama, boring dah mama tengok.

So sebelum gi shopping, mama & papa pergi makan dulu. Perkena nasi goreng hujan panas & murtabak singapore. Rizqin biasa kalau pergi kedai tak ada aircond memanjang dia kepanasan. Abis scroller dia basah dek peluh dari rambutnya. nasib baiklah anak tukeh kedai tu, datang main2 dengan dia. So diamlah dia sekejap sementara mama & papa makan. Tengok gelagat dia kat bawah ni.





Lepas habis makan, kitaorang singgah dulu kat rumah atar, amik kakak zureen. Ajak kakak Zureen temankan ke GM. Bukan teman aje tapi tukang sorong Rizqin hehehe..Tq kakak Zureen tolakkan Rizqin, sementara mama dok belek2, tawar2 ( tak dapat tawar pun, harga sama aje). Rizqin ni satu perangai dia bila shopping, tak suka kalau scroller dia tak bergerak, mulalah dia macam cacing kepanasan, mulut pun sama bising, nak menjerit aje kejanya. Suruh orang tolak dia.Kakak Zureen dialah yang jadi mangsa sorong kesana, sorong ke sini. Anak mama dah mula tunjuk perangai baik dia tu.




Rizqin nangis2 nak baju ni. Bila bagi tak mau lepas. Siap jerit2. Sampai tokeh kedai gelakkan dia. Tak menyabar nak baju tu. Suka sangat2 dengan baju bola. So papa kena beli jugak baju ni. Mama berkenan satu topi tu, warna kuning, ada tulisan 1 love mama papa.Tapi harga topi sekecik tu mencecah RM15, terus tak jadi amik. Baik beli baju dia.



Puas jugak mama berjalan dekat GM ni nak cari baju Rizqin tapi susah betul nak cari yang berkenan untuk boboi boy sorang ni. Time ni dah 6:30pm, kedai kebanyakkannya nak tutup. So rembat baju ni. Last minute terpandang. Cantik & kainnya lembut.
Mesti sedap Rizqin pakai.




Pastu papa berkenan dengan kasut dari mothercare ni. Cantik colour dia. Rizqin terus pakai. hehehe... mama lupa nak amik pic ms dia melaram dengan kasut barunya.

Kedai kat GM ni tutup pukul 7pm. So tak dapatlah kitaorang nak lama2 kat sini. Boring betul. Tak dapat nak betul2 pilih baju utk Rizqin. Kebetulan papa lalu ikut Jusco sekrang dipanggil Aeon. Mama pun ajak papa singgah sekali. Survey2 kot terjumpa jeans yang comel utk Rizqin. Masuk Jusco ni jumpalah beberapa helai baju, suar & kasut lagi utk Rizqin. Cantik tak kasut merah dia tu huhuhu...








Merah tak makngah?



Seluar Rizqin yang mama dapat. Susah betul nak cari jeans anak mama ni.

Hasil shopping Rizqin, habis dalam RM163 tunai...huhu..hasilnya tak banyak mana pun. Seronok dia shopping sampai tak ingat nak minum susu & tak ingat makan. Sampai rumah atar, nak mandi pun mengamuk sebab dah lapar sangat2.

Sekian saja edisi shopping Rizqin kali ni.