Kejadian tak diduga & suprise untuk Rizqin

Monday, July 16, 2012

Salam...

Malam tadi, buat pertama kalinya lepas 10 bulan 2 minggu Rizqin lahir, mama terlupa untuk bawa susu Rizqin bila keluar rumah..Semuanya gara2 nak cepat takut kedai tutup.
Papa masuk2 rumah terus ajak pergi kedai mainan Rizqin. Nak beli kerusi untuk Rizqin. Lawa katanya ada 5 aje. Baru sampai. Mama pula belum solat, belum mandi & hanya buka puasa dengan biskut & air teh terus siap2. Tangan mengigil lapar. Tahan aje semata2 nak ke kedai yang papa cakap. Kedai tu dekat Puchong Utama.

Sampai dekat parking bawah rumah, baru teringat yang mama tak bawa apa2. Selalu kalau nak ke Giant dekat sebelah rumah tupun mama bawa semua brg2 dia, pampers, susu,wipes tisu dan lain2 lagi brg dia. Kali ni semuanya terlupa. Dengan Rizqin papa pakaikan baju lubang2, seluar pendek & tak berstokin. Betul2 gamble ler Rizqin semalam. Nasib baik ada Puting dia dalam beg mama. So kitaorg teruskan jugak perjalanan. Sepanjang perjalanan Rizqin main2 tayar scroller dia. Separuh perjalanan, mama bacakan dia fatihah, ayat Qursi, 3 Qul, ajar baca Alif Ba Ta dan beberapa surah lagi, nyanyikan dia lagu tepuk amai-amai.Akhirnya dia tertido. Sebenarnya nak lekakan dia, takut dia mintak susu. Pasai lepas balik Nursery, mama hanya bagi dia makan bubur & air kosong je. Takut dia mengamuk kelaparan. Alhamdulilah dia tido. Sedar2 dah depan kedai. Terus dia terjaga.

Sampai depan pintu kedai, tengok2 tinggal 2 je kerusi tu. Warna hijau & biru. So mama amik warna biru. Pastu mama nampak kerusi warna merah..cantik sangat. Ada beberapa kaler, kuning,pink. Mama pilih warna merah. Dah pilih 2 kerusi. Tetiba papa tanya kereta control Rizqin dengan taukeh kedai. Siap mintak diskaun lagi. Harga dalam RM288, dapat diskaun RM250. Rizqin seperti biasa, muka tak de perasaan. Konon nak suprisekan anak. Tapi anak tak suprise pun. Mama suruh papa letakkan dia dalam car tu. Mula2 dia rileks je. Ntah macamnana dia terpandang kakak salesgirl tu, terus menangis tak mahu duduk dalam car tu..terpaksalah papa angkat. So papa decide utk beli kereta tu jugak malam ni. Mintak jugak diskaun untuk kerusi tu. Kerusi merah dapat RM15, kerusi biru RM33. Total damage malam tadi RM298 semata-mata untuk anak kesayangan papa.
Tercapai sudah hajat papa.

Peringatan untuk PAPA : INGAT  rumah tu dah sesak dengan barang2 anak je. Jangan nak tambah beli motor bike besar gabak pulak. Pakai kereta ni sampai lunyai baru beli.

Tengok muka selamba dia...tak tunjuk apa2 reaksi pun..suka ke, tak suka ke. macam tu aje mukanya. macam sape? hahahaha..macam mama ler.....control cool.



Car dah parking atas Villa Rizqin @ 7th Floor.

Tapi dia tak heran pun...dia heran betul dengan kerusi merah yang mama pilih tu. Dia lebih suka kebanyakkan barang-barang yang mama pilihkan. Anak mama kan....


Happy sangat2 menolak kerusi tu...


Sampai lah papa drive kereta tu dekat sebelah dia..langsung dia tak heran. Papa hangin je. Yang kelakarnya dia siap lari2 lagi sebab kereta tu bergerak sendiri. Siap nangis ketakutan.


So papa masuk kan dia dalam car tu. Tengok kiri dulu ..kot2 ada keta lain kat belakang. Macam pemandu profesional.


Baru nampak stereng. Dah mula minat nak pusing2.


Konon2 dia yang bawa, padahal papa yang control dia dekat belakang. Comel tak? Rizqin nak jalan2 kat KLCC hujung minggu ni dengan my new car papa! Bolehkan.


Tapi walau macammana pun, dia tetap minat kerusi merah tu. Kerusi biru langsung dia tak naik. Tak pegang pun. Kerusi merah tu, mama letak sebelah tilam dia. Nak tido pun sibuk lagi nak main dengan kerusi merah tu. Last2 mama selubungkan kerusi merah tu dengan Napkin. Barulah dia tido. esok pagi, bangun-bangun cari kerusi merah. Tak ada pun nak cari car dia ni hahahaha...

Nasib Kerusi biru.. tersaidai tepi dinding




Moral of the story papa : Tanya mama apa yang Rizqin mahukan. Dia anak MAMA....huhuhu..jangan marah.

Banyak sungguh duit papa melabur kat kedai ni..Jadi join venture ajelah dengan kedai ni.




1 comments:

nOe suhaimi said...

Rizqin...auntie noe nk pinjam kete boleh...nak bawak balik raya la...

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...