Playmat lagi

Monday, July 2, 2012

Salam semua...

Hari ni projek menyiapkan bilik Rizqin dengan lambakan puzzle foam Mats dia. Asyik tak cukup2. Mama beli dekat cosway 2, papa belikan kat kedai lagi 1 yang besar punya.Untuk playmat dia aje peruntukan dalam RM150. Nanti papa nak beli lagi yang kosong dekat Daiso. Sekeping besar tu dalam RM5.


Bila Rizqin sampai rumah tengok2 papa dah siapkan rumah untuk dia. Siap ada robot lagi. Rizqin takut sikit dengan robot tu sebab robot tu bergerak ke arah dia. Robot ke hadapan, dia mengundur ke belakang.Jadi, untuk tidak bagi dia robohkan rumah tu, papa letakkan robot tu sebagai penunggu. Dia langsung tak usik robot & rumah tu. Tengok pun macam nak tak nak aje. Papa pulak yang tension. Penat2 buat rumah tu, dia buat dek aje. Padan muka papa. Punyalah beria mama & papa nya menyiapkan projek ni, dia buat hal dia sendiri.





Setelah semuanya siap. Inilah hasilnya. Sudut permainan Rizqin. Asalnya nak letak dalam bilik. Tapi susah pulak nak monitor dia kalau mama duduk dekat dapur. Lagi satu dia memang suka dekat sudut tu. Boleh berdiri dekat sofa, dekat tingkap. Siap boleh tengok view dekat bawah lagi. Kadang2 boleh intai mama tengah angkat baju dari tingkap bilik. Kalau letak dalam bilik confirm kerjanya mengopek satu2 sticker dekat kabinet baju dia.

Inilah hasil kerja keras tangan papa untuk anaknya. Sampai dia tido, langsung dia tak usik rumah2 & menara yg papa buat tu. Good boy. Tak taulah esok lusa kan.


Projek playmat settled. Boleh teruskan ke projek lain pulak. Nanti nak letak kerusi plastik yg dekat tesco RM19.90. Sebab utama kena beli kerusi ni kerana.............


Asyik menolak kerusi ni aje. Dia rasa dirinya dah besar sangat. Mama sandarkan dekat dinding dia tolak bawa ke tengah. Hari2 kerja mama kena angkat kerusi selain angkat dia.








1 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...