Jadual Hidup Mama

Tuesday, July 10, 2012

Salam semua...

Kali ni mama nak story pasai kehidupan mama setelah ada Rizqin.

Isnin-Jumaat

6:30pg : Bangun. Keluarkan bubur, ayam/ikan & puree Rizqin dari freezer, masuk bubur dalam microwave 5min. Pergi solat. Keluarkan bubur dari microwave, masukkan dalam periuk & jerang atas api bersama puree atau ikan. Ambil periuk 1 lagi, masakkan oat bersama puree pisang/epal/pear/kismis. Sambil tu basuh botol & masukkan mangkuk,cawan,sudu dalam beg khas makanan.

7:15pg :Jerang air panas. Buat air papa. Bawa Rizqin ke sinki. Basuhkan poo poo dia & pakaikan baju.

7:30pg : Mama pergi mandi & siap2 ke opis.

7:45pg : Riziqn salam dengan papa & bertolak ke Nursery.

8:30pg : Sampai opis.

5:30 ptg : Bertolak dari opis.

5:50 ptg : Sampai Nursery. Amik Rizqin.

6:00 ptg : Sampai rumah. Terus keluarkan bubur Rizqin dari freezer. masuk microwave & panaskan dalam periuk bersama puree. Basuh botol, keluarkan baju kotor Rizqin dari beg.Jerang air panas. Siap2kan barang utk dinner mama & papa. Kadang2 papa beli tak yah kuarkan.

6:45ptg : Bagi Rizqin makan sambil tengok upin ipin.

7:00ptg : Kemas2 bekas makanan Rizqin.Tukar baju dia. Gosok gigi. Rizqin siap.

7:30ptg : Mama solat maghrib & masak2 utk dinner sekali & Basuh pinggan.

8:00mlm : Papa balik kerja, mandi & solat. Mama makan dulu. Papa jaga Rizqin. Papa makan. Mama jaga Rizqin. Masa ni layan2 Rizqin main. Kadang buatkan stok bubur & puree dia bila kehabisan.

9:00mlm : Kemas2 meja makan & dapur. Bawa baju kotor ke dapur. bentangkan tilam & bantal dia depan tv. Untuk anak raja beradu.

9:30mlm : Barulah mama dapat mandi, solat & tidokan Rizqin. kadang2 tak sempat mandi pun Rizqin dah mengamuk nak tido berkepit. Kadang2 papa tido kan.

10mlm : Bila Rizqin dah tido. Kemas beg Rizqin utk ke Nursery esok. Pam susu. Siap.

11mlm : Badan dah letih. Baru nak landingkan badan. Papa dah hulur kepala kat sebelah rizqin supaya mama picit muka dia. Time ni saat paling tension. Sebabnya seluruh badan dah penat. Rasa nak berehat tapi masih ada lagi kerja yg nak kena buat. Masa nilah rs nak mengamuk. belakang dah sakit sbb tak dpt2 duduk lepas balik rumah. Buat jugalah sambil2 mata nak terpejam. Kadang2 tertido & sedar balik bila papa menjerit sakit hehehe...sbb terpicit kuat. Kadang baru nak landing, papa dah suruh sapu ubat gatal kat badan dia. Bangun balik. Siap semuanya terus pengsan.

2-3pagi : Tersedar bila Rizqin menangis nak susu. Bangun buat susu. Tido sebelah Rizqin sambil mata terpejam. Sedar2 balik. Susu dah kat tepi Rizqin. Tak abis pun. mama tertido. Rizqin pun tertido sama. Kadang2 Rizqin merengek bila batuk & selsema. bangun bagi ubat, tepuk2 kan dia & tido balik.

5-6pg : sekali lagi Rizqin bangun untuk menyusu. Buat susu & tido balik.

6:30 pagi : Alarm handphone berbunyi suruh bangun.

Beginilah kehidupan mama setiap weekdays.

JUMAAT

Setiap bulan ada 2 kali atau 3 kali mama dapat balik kerja pukul 3:15ptg. Masa ni rasa heaven & rasa inilah masa untuk mengemas rumah atau pergi shopping kat Tesco, Giant or Jusco.

3:15ptg : Keluar opis. Kalau tidak ke mana2 tempat shopping. Mama terus balik rumah.

4:45ptg : Sampai rumah. Tak duduk pun. Terus gi dapur. Masukkan baju dlm washing machine. Angkat baju kat ampaian. Masak air panas. Basuh periuk bubur Rizqin. Terus mop lantai atau menyapu.

5:20 ptg : Sidai baju. Mandi & solat Asar.

5:30 ptg : Keluar rumah & gi amik Rizqin dekat Nursery.

Sambung rutin macam biasa.

11 mlm : Basuh baju mama, papa & Rizqin. Sidai baju.

12:30mlm : baru dapat merehatkan badan. Penat yang ampun. Sebab penat memberus baju Rizqin. Rizqin sekarang ni merangkak. seluar abis kotor kat bahagian lutut. So basuh tangan dulu baru masuk dalam mesin basuh.

SABTU

6:30pg : Bangun solat. Kadang tido balik. kadang terus tak tido2.

7:30pagi : Buat breakfast utk kami bertiga. Rizqin dah bangun time ni. Basuh botol, jerang air panas. Buat air papa.Masuk air dalam thermos. Basuh pinggan. Lap meja makan & Susun pinggan atas rak pinggan.

9:00 pagi : On laptop mama. Apa lagi buat kerja lah sampai pukul 2ptg. Sambil buat kerja opis sambil tu buat kerja rumah. Kalau tak kena kerja hari sabtu..otak tak serabut sangat. Nak belikan rizqin macam2 terpaksalah kerja lebih masa nak..nanti mama dah tua..kalau dapat gaji tu jgn lupa beli kan sesuatu utk mama. Murah pun x apa janji ada ingatan dari anak mama.

9:30pagi :Bagi Riziqn breakfast. Berperang masa bg makan.

9:45pg : Masakkan air panas untuk mandi dia. Masukkan air mandian dalam besen. Sediakan sabun mandi & towel. Amik baju, seluar & pampers utk dipakai.

10pagi : Mandikan Rizqin. sekali lagi berperang dengan dia time mandi. Mulut mama bising dia pun sama bising dengan aksi berdiri, telentang, duduk ,meniarap & ala2 nak keluar dari besen mandi. Stress mak nak. Kadang nangis sebab tak puas mandi. Pakaikan baju dia. Part pakai pampers ya ampun..susah nak mampos.

10:30pg : Rizqin dah comel. Mama barulah dapat breakfast. Sambil2 tu sediakan makanan untuk lunch. Buatkan stok bubur, puree Rizqin. Time ni dia menangis sebab tak dapat pergi dapur. Dia nak ikut saje mana mama pergi. Sambil2 tu tengok laptop kot2 ada kerja masuk.

11:30pagi : Buat susu & tido kan Rizqin. Bila Rizqin tido dapatlah mama kemas peti ais ke, susun barang2 kat dapur. Masakkan lunch dia. Mama pun lunch sorang2 sbb papa kerja. Time ni baru dapat mandi.

1ptg : Rizqin bangun .Bagi dia makan. Main2 dangan dia. Tengok2 laptop kot2 ada kerja. Mama solat.

2:00ptg : Waktu kerja abis. Lega yg amat. Tutup laptop. Tugas opis siap.

4:00 ptg : Tea time rizqin.

6:00ptg : Bagi Rizqin makan dinner. Mandi kan dia. Gosok gigi. Siap.

9:00 mlm : Tido kan dia.

10:00 malam : Kemas meja makan, sapu2 kat dapur, susun pinggan, Lipat baju. Pam susu. Solat & tido.

Ahad

6:30pg : Bangun solat. Basuh botol, jerang air panas, Iron baju kerja mama & papa. Basuh baju. Kalau sempat cuci bilik air.

Follow rutin biasa.

10:30mlm : Lipat baju, Kemas2 beg Rizqin untuk gi Nursery. Pam susu, Solat & tido.

Sebenarnya kerja2 rumah ni ada banyak, tak cukup masa mama yang ada bila mana Rizqin sama2 nak ikut apa mama buat. Sudahnya kerja rumah tertangguh. Jadual memang nampak mcm free. Capai sana sini. Masa pun abis. Sedar2 badan dah keletihan. Bayangkan dah ler berdiri buat kerja rumah dari pagi sampai petang. Belum ditambah dengan mengangkat Rizqin yg beratnya 8kg tu. Kejap2 dok berdiri kat kaki mama suh dukung. Nak ajak gi dapurlah. Nak tengok cerminlah. Meletihkan sebenarnya. Diri sendiri pun terabai.

Mama sebenarnya masih mencari waktu untuk diri sendiri. Masih tak jumpa bila masa rehat utk mama. Bila masa nak baca quran. Kalau ada pun lepas pukul 12mlm. Tu pun tido terjaga2 bila rizqin nak susu tengah2 malam. Untung sungguh bila ada isteri yg dibantu oleh suami yg bangun mlm2 buatkan susu anak. Harus bersyukurlah isteri tersebut kan. Beruntung sangat2.

Jadual ni akan lari, bila papa ajak pergi rumah Atta atau gi jalan2. Ini jadual bila tak ada aktiviti luar rumah.

Rizqin inilah perjalanan hidup mama buat masa ini untuk membesarkan Rizqin. Bila pagi isnin nak pergi kerja, terpaksa pikul laptop beg yg tah berapa kg tu. Beg Rizqin lagi, handbeg mama & dukung Rizqin yg 8kg tu. Berat bebanan rasanya 12kg. Dari tingkat 7 ke parking. Sebabnya terlupa nak bawa scroller naik rumah. Pagi2 tgk scroller tak ada. Tak tahulah orang tengok kesian ke atau kelakar. Apa mama peduli.
Sampai kereta tgk minyak takat "tiang gol". Dus terus sentap mak...terus mendidih marah..rs nak mengamuk hehehe...Singgah shell, dukung Rizqin sekali masa nak bayar kat kaunter ( mama takut tinggalkan anak sorang2 dlm kereta). Penat pun belum hilang lagi.

Itulah pengorbanan seorang ibu. Bila tengok muka Rizqin hilang bebanan 12kg yg mama pikul tu. Mama sebenarnya dinasihatkan doktor utk tidak mengangkat barang2 berat. Sebab mama ada sakit belakang kesan mengangkat TV 5 thn lepas. Lepas tu ditambah dgn kes bersalinkan Rizqin. Tapi apalah daya mama. Semua tu mama kena buat. Mama redha ajelah. kalau ada orang memahami bebanan mama ni alangkah bertuahnya mama kan. :-(



















2 comments:

nOe suhaimi said...

penuh jadual mama rizqin ni...

erranis said...

hahaha...tu pun ada yg tak dilistkan...biar rizqin baca bila dia dah besar nanti..

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...