Pasai Mainan.

Monday, July 9, 2012

Salam semua,

Kali ni mama nak cerita pasai permainan.

Sejak Rizqin balik ke KL lepas abis mama berpantang. Papa dah start beli toys Rizqin. Mama tak ingat apa toys Rizqin yang pertama. Tapi yang paling Mama ingat papa belikan train untuk Rizqin. Bayangkan umur baru nak masuk 3 bulan dah main train. Mengucap panjang mama bila papa belikan train untuk baby mama yang tak tahu apa2 lagi ni. Masa tu Rizqin cuma pandai tengok aje. Mengiring pun tak pandai lagi. Papa teruja sangat nak suruh Rizqin main. Kelakar pun ada time tu tapi mama tahan aje tengok gelagat papa.

Papa dulu masa kecik2 ada banyak mainan. So bila dia ada anak lelaki, dia nak anak dia ada banyak mainan macam dia jugak waktu kecik2 dulu. Kadang berangan nak beli ultraman besar gabak nak letak dalam rumah. Mama hanginlah satu badan. Rumah dah lah kecik berangan nak beli benda besar2. Buat semak rumah aje. Papa terus diam. Lepas tu sambung balik angan2 nak belikan Rizqin motor bike besar lah, kereta control yg besar boleh Rizqin naik lah.Macam2 angan2 dia. Mak layan je lah. Janji papa keluar duit. Setakat ni tak tercapai lagi angan2 dia tu. Rizqin tak ada mintak yg bukan2 tapi papanya yang lebih.

Kalau pergi kedai mainan..yang terlebih teruja adalah papanya. Rizqin layan tak layan je. Papa tunjuk "nak yang ni?", dia diam je. Kadang amik, kadang tak mau amik. Anak nya tak de excited langsung dengan mainan. Yang lebihnya papa. Mungkin Rizqin ikut mama yang tak berapa teruja dengan mainan masa kecik2 dulu.

Dulu mama orang susah. Boleh dikira mainan yang ada kat rumah tu. Dulu semua permainan buatan sendiri. Main dalam semak, main tembak2 guna buluh, buat senapang guna kayu, main lastik buat dari cabang pokok. Main combat2 guna kangkung. Dulu2 mama main banyak gunakan kreativiti sendiri untuk menghasilkan alat mainan. Seingat mama, mainan yang dibeli adalah anak patung. Tu pun anak patung tu dibeli setelah mama menangis bagai nak rak siap golek2 atas jalan tar dekat belakang bas. "Nak anak patung, nak anak patung uwaaaa...." Time tu mama dah sekolah tadika. Atok ayah biarkan aje. Mungkin time tu, atok tak ada duit. Masa tu mama ikut atok gi rombongan sedara kawin naik bas. Tu yg menangis belakang bas hehehe..teruk betul time tu. Buruk perangai. Janji dapat apa yang dihajat. Atok memang biar kan aje. Sepupu mama yang jual keropok dihujung tanjung tu yg belikan time tu, Dia kesian. So dia belikan mama anak patung tu. Memori ni mama ingat sampai mama besar. Mama memang suka betul dengan anak patung tu. Mama rasa itulah satu2nya mainan budak2 perempuan yang mama ada.Yang lain semuanya mainan orang2 lelaki yang dicipta sendiri.

Bila mama besar sikit, mama main batu seremban, ting ting, ceper, konek ayam (hehehe atau galah panjang kot org sekrg panggil), main getah, main tin. Lagi besar, main badminton, carom, sardina & dam haji. Semuanya permainan orang lelaki. Sebab yang ada time tu semuanya jiran2 lelaki & abg2 mama. Mama tak tahu main congkak langsung.
Bila dah kerja barulah mama tahu main congkak. Sambung main carom,ping pong dan sekarang ni dart pulak.

Rizqin beruntung umur 3 bulan boleh dikatakan tiap2 minggu ada sahaja permainan yang papa belikan. Tiap kali pergi giant,tesco,jusco ada aje barang yang Rizqin dapat. Tak macam mama dulu. Orang susah. Kadang papa balik kerja, macam2 mainan papa bawa balik untuk Rizqin. So pandai2lah menghargai barang2 permainan tu. Boleh dikatakan tiap2 minggu mesti ada mainan baru yang dibeli. Kalau dikira harga semua tu dah boleh belikan Rizqin kerusi & meja makan Rizqin.

Dulu mama tak pernah pun berani nak mintak atok belikan mainan. Sebab mama selalu fikir atok susah nak cari duit. Jadi mama tak sampai hati nak mintak. Baik duit tu habis kat makanan dari kat mainan. Masa mama kecik2 dulu, mama memang tak pandai main dgn segala toys ni. Tak ada keinginan langsung nak mintak beli & tak reti langsung nak main. Mama memang tidak teruja langsung dengan barang mainan ni. Secara tidak langsung, atok berjaya menyerapkan nilai2 murni dalam jiwa mama supaya hidup untuk tidak meminta-minta. Hendak sesuatu kena usaha sendiri untuk dapatkan setiap barang yg di ingini tanpa menyusahkan orang lain. Prinsip hidup inilah yang mama pegang hingga sekarang.

Ini mama belikan VCD untuk Rizqin belajar. Rizqin asyik nak main laptop mama aje. So mama belikan VCD ni, boleh tengok kat TV terus. Rizqin sebenarnya excited tengok 3 orang baby tu. Suka betul dia tengok baby2 tu .

Tengah kusyuk tengok VCD tu..guna handphone cokia mama, tak nampak pun apa yg ada dlm TV tu... Tengok dia duduk sambil tgk tv. Kejap aje tu..tak sampai 5 minit.

Lepas tu, dia bangun nak pegang horse tu.


Ni Penguin yang mama beli kat pasar malam hari Khamis lepas. Geram betul dia tengok penguin tu.
Semalam penguin tu dah arwah. Dia gigit muncung penguin tu..bocor dah. Bertahan 5 hari je.

Balik kerja semalam, papa belikan dia hammer yg baru tapi hammer ni koyak sikit. Dah sampai rumah baru perasan. Tak apalah Rizqin janji boleh gigit2, ketuk2. Dia suka betul main hammer ni.

Semalam jugak papa belikan Table top untuk rizqin belajar. Bukak2 tengok hurufnya kecil2.Bahaya tak boleh main sorang2. Kena mama & papa ada sebelah baru boleh main ok. papa sebenarnya nak beli block yg besar2 tapi gi belikan mcm ni. Tu lah papa tu  tak tengok bila beli. Dah buka, baru lah kata salah.


Huruf2 tu belakangnya ada magnet. So boleh lekat2 kan.



Anak tak pandai lagi pegang pen. Papa nya dah teruja nak anak belajar menulis. Ni tengah test menulis. hahaha...rasa macam ala2 lantai mama tu nak kena conteng je. So baik simpan je dulu. Tunggu dia besar sikit dah pandai pegang pen baru bagi balik.


Busy menyusun huruf. Bersungguh2 tu. Biasalah benda baru.


Siap ada chalk 2 batang lagi. Ada pemadam & pen. Juga ada flash card. Last2 simpan semua sekali. Main flash card aje. hehehe..sian rizqin.


Tengah bergusti dgn robot dia.


Dia terobohkan rumah tu..pastu buat2 nangis. Konon2 tak sengaja. Pandai berlakon.


Separuh dari hall tu penuh dgn puzzle mats dia dah.


Kerana keterujaan papa pada barang mainan. Rumah pun dah macam Kindergarden mama rasa. Warna warni penuh dengan mainan. Bilik tak siap2 lagi. Main lah dulu kat hall mama ni yer. Macam2 papa nak buat dengan bilik Rizqin ni. Konon sebelum raya kena siap. tapi tak tahulah impian papa tu terlaksana ke tidak. wait & see sajalah. Apa papa nak buat seterusnya.














2 comments:

nOe suhaimi said...

banyaknya mainan rizqin...mama pun kena mintak papa belikan mainan la...suh la papa belikan carom...hehehe

erranis said...

dah request 10 kali..tak dapat jugak...dapat main carom 4 kali setahun je kat opis..nanti rizqin dah besar sikit..nak suh rizqin yg mintakkan...

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...