Mamee Chef Perisa Tomyam

Thursday, February 21, 2013

Salam semua...

Tetiba entry pasai makanan pulak.

Sejak adanya mamee chef ni, hidup mama lagi bertambah senang. Kalau papa balik lambat, perut mama dah berkeriuk...jawapannya buka drawer, sambar mamee chef.


Inilah di amamee chef yang mama cakapkan tu...

Saja nak share, yang mamee ni buat hidup mama jadi mudah. Tak payah nak fikir nak masak apa. maklumlah sejak ada anak bertuah ni, hidup memang kelam kabut tiap petang. Baru nak kedapur, Rizqin dah melalak nak ajak duduk sekali tengok tv. Baru nak pegang bawang, dia dah hantuk kepala kat dinding untuk dapat perhatian mama. Sejak 3 hari ini pulak, dibantainya muntah kat sofa, gara2 tak dapat pergi dapur & gara2 nak ajak mama teman dia tengok tv. Minggu ni dia ingat balik taktik lama yang dia guna utk tarik perhatian mama. MUNTAH, lepas tu sapu2 muntah tu. Janganlah buat2 dek bila dia panggil..memang dia bagi kerjalah kat mama ni.

Atas sebab2 diatas, tak mahu anak melalak,tak mahu anak cedera hantuk kepala ke dinding, tak mahu tambah kerja lap muntah dia, maka jawapan terbaik adalah MAMEE CHEF.

Jerang air, biarkan ajer semua bahan2 sebati.Teman Rizqin tengok tv kejap. Tengok balik periuk..dah Ready untuk di ngap.

Mama suka sangat mamee chef ni sebab bila makan memang confirm tidak pening kepala. Dulu2 mama memang simpan stok maggie kari. Maggie kari ni mama memang tak tahan byk sgt ajinomoto kot. Masa nak makan memang sedap. Lepas makan, rasa pening semacam. So dalam seminggu ke dua minggu tu kadang adalah sekali baru makan. Tapi Mamee chef ni, tak de apa2 kesan lepas makan, tak de pening2, seminggu mama boleh makan sampai 4 bungkus. Suka sangat.

Rasanya macam makan mee tomyam kat kedai. Rasa tomyam yang memukau, rasa pedas yang terbaik. Ditambah dengan sayur,udang kering & ada daun kari lagi. Bau jadi lebih wangi.

Sudah tak susah hati sekarang, tak de makanan..makanlah mamee chef tomyam. Sedap....

Ni bukan iklan berbayar..saje nak share akan kesedapan mee segera ni....untuk orang yg suka tomyam atau alah ajinomoto..bolehlah try. Sekali cuba mesti nak berkali2.




0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...