Kerja2 yg sudah selesai dan belum selesai sebelum menjelang HARI RAYA.

Monday, August 5, 2013

Salam semua...

Cepatnya masa berlalu, ramadhan dah nak ke penghujungnya....tahun ini tahun paling sibuk buat mama Rizqin. Sampaikan terawih pun banyak yang tak buat dari buat. Boleh dikategori kan tahun paling teruklah dalam sejarah hidup hehehe...

Tahun ni , mama sibuk dengan membuat kuih sendiri. Jangan tak tahu, mama ni tak pernah seumur hidup buat kuih sendiri. Tapi tahun ni, tetiba terajin nak membuat kuih. Walaupun tak banyak oleh kerana kekangan masa...tapi masih sempatlah menyiapkan 5 jenis kuih. 1 jenis semperit (yg panjang2 tu) -tak sempat raya, kuih dah abis. So yang tinggal 4 jenis sahaja.

1. Biskut bunga Dahlia
2. Biskut Sarang semut
3. Suji rainbow
4. Tat Kurma.


Ingat nak tambah lagi buat kuih raya, tapi masa sudah tak mengizinkan. nampaknya setakat ini sahajalah homemade biskut raya dari mama Rizqin :-)

Perkara ke 2  yang disibukkan, minggu ke 1 dan ke 2 adalah mengambil order kuih bangkit, kuih goyang dan kuih kapit.

Kuih Kapit yang nak di hantar ke customer. Dok kerana mengangkat balang kuih yang banyak ni, nampaknya lepas raya, mama kena pergi specialist. Backpain makin jadi teruk.

Kuih Kapit Strawbery. Mama jual jugak kuih kapit Asli, Coklat dan peanut butter.


 Kuih Goyang/Kuih Ros

 Kuih Bangkit Santan Gebu

Minggu ke 3 puasa, adalah minggu paling sibuk utk delivery kuih2 yg telah ditempah. Petang sabtu dan ahad, barulah sibuk shopping baju anak dan sendiri.

Disamping tu, sambil2 dok htr2 kuih org, mama amik kesempatan bermulut manis, menjual Tepung magik dan Mashed potato. Alhamdulilah tahun ni rezeki murah utk kami sekeluarga. Kuih kapit menerima tempahan sehingga lepas raya. Ni pun ramai yang tak dapat. Masing2 menunggu selepas raya.Mashed potato pun sama..letak aje stok terus clear.

Tepung Magik

Mashed potato

Hari ni minggu last utk kita pulang beraya, malam ni keja2 membasuh baju raya anak..tinggal sehari lagi nak balik, baru sibuk nak mendobi. Aduhai benar2 bz mama rizqin ni. Malam ni keja pack baju  separuh masuk dlm beg.  Mlm esok tinggal nak masukkan baju raya yg siap di cuci sahaja.

Di kesempatan ini, mama Rizqin ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada silent2 reader semua, blogger2 susun atur dan kepada semua yg membaca blog yg tak seberapa ini. Ampun maaf dipohon.

***Nota kaki.
Kalau ada sesiapa yang berminat dengan kuih kapit, Mashed potato dan Tepung Magik..silalah ke FB mama Rizqin.
https://www.facebook.com/auniariff


2 comments:

Noe said...

sibuk berbisnes mama rizqin ni...

cik hani said...

selamat hari raya mama rizqin..
cik hani tak buat kuih raya pun..oven xmampu beli lagi sebab baru je kawen..

beli kat Mydin je

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...