Mood kelaut

Sunday, February 3, 2013

Salam semua....

Mood memang kelaut. Mama malas betul nak update blog. Sekarang memang tak ada mood nak update blog, nak masak, nak basuh pinggan, nak kemas rumah. Semua perkara buat mama malas. Tak tahu kenapa terasa lemau sangat badan ni. Yang ada dalam kepala otak ni hanyalah perkataan "MALAS". Balik kerja hanya fikir nak berehat tanpa buat apa2 kerja rumah. Terasa penat seluruh anggota badan.

Balik kerja, mama masak ala kadar untuk Rizqin. kadang tumpang makan lauk Rizqin aje. Dulu bukan main rajin mama, sanggup masak apa sahaja utk anak mama ni. Sejak bab makan semua serah ke nursery ni bertambah2 malas mama. Dulu gigih bangun pagi2 buta buatkan breakfast dan lunch utk dibawa ke nursery. Macam2 menu. Sekarang tengok resepi pun tak mahu. balik2 masak sup2,singgang ikan. Paling malas buat spagheti aje.

Lepas Rizqin makan malam dan mandi. Dulu2 gigih mama ajar Alif baa Taa dan ajar baca buku. Paling malas buka VCD kat TV sambil ribakan Rizqin. Tapi sekarang MALAS lagi bertandang. Malam tadi lepas makan dan pakai baju. Dah wangi2 tu, Rizqin amiklah buku minta mama bacakan. Tapi mama boleh wat dek aje. Tepat pukul 9mlm, bawa masuk bilik. Rizqin masih pegang buku, siap belek2 buku tapi mama terus tutup lampu dan siap cakap...esok ajelah baca buku. Sekarang tido. Kesian sungguh Rizqin. Tak tahulah Rizqin kenapa dengan mama ni. Hari ni bila teringat terasa kesal di hati. Mama ignore kehendak Rizqin. Maafkan mama. Mama tak tahu apa terjadi dengan mama ni. Terasa badan tidak sihat. Malas sangat nak melayan kehendak anak. Rumah pun tak terurus.

Ada satu malam tu, papa penat2 balik2 kerja terus jahit seluar kot. Mama pun tak perasan apa yang dijahit. Seluar ke baju, sekali lalu je tengok papa tengah pegang benang & jarum dalam bilik. Terasa kesian pulak tapi mama lalu je tanpa jenguk dan tanya papa. Malas betul rasa nak amik tahu. Kenapa tah dengan mama ni.

Beberapa hari yg lepas, papa cakap kaki dia sakit. Tak boleh pijak. Mama ingat nak sapu minyak panas. Sudahnya mama terus masuk tido biarkan papa. Esoknya baru mama teringat. Selalu sangat mama terlupa tentang papa. Kesian papa. Tak tahulah kenapa, mama terlalu cepat lupa. Esoknya baru ingat. Kerap sangat begitu.Esoknya papa bagitahu mama, kaki dia bisa sgt malam tu sampai hati mama biarkan..hehehe..sori papa..memang terlupa sangat. Plus badan penat

Sambil tidokan Rizqin, mama pun tertido sama. Sedar2 sudah pukul 12malam. Time itu baru sibuk nak mengemas rumah. Dulu2 Rizqin lena sekejap, pukul 10mlm, gigih mama bangun dan kemas2 rumah. Sediakan menu untuk dimasak esok pagi. Banyaknya tenaga ketika itu. Sekarang Pukul 12 mlm baru terhegih2 nak mengemas rumah. Sekarang patutnya mama ada lebih masa dan tenaga sebab esoknya bangun pagi tidak perlu masak terus pergi kerja.Just perlu sediakan botol air dan botol susu ke nursery. Sudah senang disitu tapi kenapa  terasa letihnya seluruh anggota badan. Hari2 melalui rutin yang sama. Kekadang terasa nak berhenti kerja kerana nak bahagikan banyak masa untuk Rizqin. Tidak perlu memenatkan diri drive ke tempat kerja. Petang bekejar nak amik Rizqin. Lambat kena bayar OT pulak. Mama rasa penat badan & penat otak. Rasa nak rest sepanjang masa. Nak kata pembawakan budak..memang tak ler sebab tak ada isi pun.

Pergi kerja pun sekadar pergi kerja. Buat kerja tu buat tapi kadang terasa kosong. Apa kerja yang aku buat ni. Baru tengahari dah fikir nak balik amik Rizqin. Rindu kat Rizqin tapi bila balik Rizqin buat perangai mama mula fed up dan datanglah mood malas melayan Rizqin. 

Petang semalam pula, Rizqin tengok tv sorang2 sambil mama sibuk mengemas rak2 pinggan kat dapur. Tersadai Rizqin tepi dinding sambil tengok cerita apa tah. Yang pasti rancangan cina, siap ada nyanyi2, tepuk tangan. Ralit pulak dia nengok.. Kejap baring, kejap sadar kat sofa, kejap atas sofa, tepi dinding. Tapi mama biar kan aje. Nak amik gambo pun terasa malas. Mama sibuk nak siapkan kemas. Pertama kali mama tengok Rizqin diam dan kusyuk nengok tv mcm tu sekali. Citer apa pun mama malas nak amik tahu. Teruk betul mama. Kesian Rizqin.  Bila teringat rasa kesalnya hati biarkan Rizqin macam tu.

Mama tahu Rizqin nak mama teman tengok TV, Rizqin nak mama riba sambil baca Alif Baa Taa dan nyanyi Phonic song. Mama tahu Rizqin nak main Tab sambil belajar ABC. Tapi semua tu mama tak tahu kenapa mama malas nak layan. Maafkan mama Rizqin.

Malam tadi cuma buatkan air untuk papa. Papa kejut mama dan suruh makan nasi goreng yg papa beli. Masa tu dah pukul 1 pagi. Letihnya nak bangun. Sebab baru aje tido. Mama bangun dan makan. kesian papa balik2 langsung tak ada makanan sebaliknya papa pulak yg beli makanan utk mama. Yang bestnya papa ni, macammana lewat balik, mesti belikan makanan untuk mama sebab tahu dah mama ni memanjang malas masak hehehe...dulu2 balik keja tibai maggie. Sekarang dah ada mamee chef perasa tomyam. Lagilah malas. Pergi dapur cari mamee chef..rasanya mcm makan mee tomyam. Sedap betul. Makin malaslah jawabnya...

Mood rajin datang lah kembali. Mama perlukan mood rajin untuk uruskan Rizqin & papa juga diri sendiri.

Ya Allah kembalikan mood rajin ku....Tolong ya Allah. Aku tak mahu anak dan suami ku tersisih. Amin.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...