Salam semua....
Sejak masuk umur 1 tahun 5 bulan, Rizqin dah pandai hisap ibu jari kaki. Tengah tengok tv sambil duduk atas sofa..tengok2 jari kaki dah masuk mulut. Seperti biasa, mama akan terjerit....jeritan mama tu bukan boleh stop kan habit terbaru Rizqin sebaliknya lagi kerap dibuatnya.
Sehinggalah semalam..dia buat lagi aktiviti hisap jari kaki ni. Mama pun bagitahulah papa, setelah sekian lama menyimpan rahsia aktiviti Rizqin ni...malas nak kecoh kat papa. Sebab aktiviti Rizqin ni dibuat bila dia teringat aje.
Mama pun bagitahu papa, tadi Rizqin hisap jari kaki. Reaksi papa.."ha Rizqin dah nak adik ke"?
Maka terhasillah dialog dibawah...
Papa : Rizqin Rizqin..Rizqin nak adik ke?
Rizqin : Nak kakak...
Papa : Ha, nak kakak? kakak tak bolehlah adik boleh lah...
Rizqin : Nak kakak...
Kami pun tergelak macam nak rak...anak orang lain klu ditanya nak adik..mesti diorg jawab nak atau tak nak...tapi Rizqin ni jawapannya sebaliknya pulak....adoii...manalah nak cekau kakak utk Rizqin ni...hehehehe
Impian mama,Kasih anak pada mama
8 years ago
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...