Harapan dari seorang mama untuk anaknya.

Wednesday, February 20, 2013

 Salam..

 

Pagi ni buka email tengok2 ada email dari Pn Lina Karim.  

 

Assalamualaikum erranis

 

Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dikurniakan rezeki yang melimpah.
Alhamdulillah sekarang ini saya dlm perjalanan ke Mekah dari Madinah. 2 hari di Madinah meninggalkan pelbagai kenangan. 2 hari saya dapat bersolat di Raudhah. Anak anak saya juga berpeluang bersoIat ditempat impian semua manusia yang menjejakkan kaki ke Tanah Madinah ini iaitu di Raudhah. Kali pertama saya ke Raudhah adalah tanpa anak saya. Saya rasa seperti dpt bersolat tetapi sambil ber'silat'. Terpaksa menahan diri ketika solat kerana rempuhan orang ramai. Ada yg menangis kerana tidak tahan ditolak himpit, ada yg terjatuh dan terpijak menyebabkan saya takut utk membawa anak saya. Saya juga telah dinasihatkan oleh muttawif utk tidak bersama dgn anak. 

Namun atas desakan anak2 saya, keesokkannya saya membawa mereka masuk dgn memberi mereka gambaran akan keadaan disana terlebih dahulu. Ya, mereka masih mahu ikut walaupun saya telah ceritakannya. Saya suruh mereka berjanji utk kuat dlm asakan dan jgn menangis krn jika menangis saya akan tarik mereka keluar dan berpatah balik. Akhirnya setelah mendapat peluang masuk

Alhamdulillah dpt tempat yg aman. Masih di Raudhah yg berpermaidani hijau, kami solat tanpa sesiapa pun 

mengganggu! Org masih berasak tetapi tidak di tempat kami! Alhamdulillah.. Permintaan anak saya dpt dipenuhi dlm keadaan aman dan selamat. Saya terus jadi tersedar betapa bukan saya yg patut menetapkan keadaan di Raudhah adalah sama utk semua orang. Sangat berbeza dari pertama kali saya memasuki raudhah tanpa anak saya. Semoga anak saya menjadi penyelamat saya di akhirat nanti. InsyaAllah..

Darwish dan Darwisya mempunyai pengalaman manis mereka sendiri. Setiap hari ada sahaja peminat mereka berdua terutama Darwish. Hari pertama mereka masuk ke Masjid Nabawi, mereka teruja melihat al Quran yang banyak diletakkan di keliling tiang masjid nabawi itu. Mereka mengambilnya tanpa disuruh, mencari surah al Quran yg mereka pilih sendiri dan membacanya. Rupanya perbuatan mereka itu diperhatikan oleh orang2 Arab disitu dan selesai anak2 saya membaca, mereka mengeluarkan
wang dan menghadiahkannya kepada anak saya. Bukan sedikit yg mereka hulurkan! 50.00 riyal untuk hari pertama. Segala coklat dan gula2 dari beg mereka diberikan kepada anak saya. Hari kedua juga begitu tetapi dgn arab yg berlainan. Dan hari ini kami solat zuhur, solat terakhir sebelum kami bertolak ke Mekah dgn bas.. juga begitu ada sahaja yg memberi wang kepadanya. Belum sampai ke Mekah, sudah banyak barang mainan dibelinya hasil dari pemberian org Arab di Masjid Nabawi. Sehingga ada jemaah yg
bergurau yg Darwish boleh hidup disini dgn hanya bermodalkan al quran. Mereka yg cuba bercakap dgn saya (bagai ayam dan itik) agak bersungguh bertanya tentang umur, nama Darwish & etc. Nasib baiklah anak saya Darwisya faham dan membalas jawapan. Yang saya faham adalah perkataan mereka menyebut 'Imam, imam..' sambil mengusap kepala Darwish. Saya boleh anggarkan maksudnya itu dan terus mengaminkan sahaja perkataannya. Doa itu dtg dari mereka yg berbangsa Arab yg kagum dgn Darwish di dalam Masjid Nabawi! Semoga Allah perkenankan..
  

Hari kedua, Darwish bersama suami saya pergi ke bahagian solat lelaki. Cerita suami saya selepas keluar masjid, Darwish melakukan perkara yg sama. Orang Arab merapat kepadanya dan selesai sahaja mereka akan menghadiahkan wang. Ada yg mengambil tangan Darwish dan menciumnya berkali kali. Pada mula dtg saya agak janggal tetapi setelah beberapa waktu saya bersolat dgn anak saya, saya sudah biasa kerana dibiasakan.

Sudah biasa mereka mengusap kepala anak saya dan kemudian mencium tangan yang mereka gunakan utk mengusap itu. Akhirnya balik ke bilik hotel anak saya tidur malam dalam keadaannya yang sangat wangi, rasanya dari wangian tangan-tangan mereka yang mengusap anak saya. Wangi itu kekal hinggalah saya bangunkan dia utk bersiap utk solat subuh.

Dari pengalaman ini membuka mata saya tentang sesuatu yg saya tidak pasti selama ini. Saya fikir mereka adalah orang Arab yang sudah
tentulah sangat biasa melihat anak kecil membaca al Quran kerana utk mengajarnya kepada anak mereka sudah jadi mudah disebabkan bahasa al quran itu memanglah bahasa mereka. Tetapi kelihatannya tidak begitu. Ianya seperti sesuatu yg tidak 'biasa'. Jika tidak, mereka tidak akan memberi perhatian kepada anak2 saya seperti ini. Mereka kelihatan sangat kagum melihat anak sebaya Darwish membacanya.

Setakat pengalaman saya hingga hari ini, aura Darwish di kalangan org Arab adalah lebih terserlah dari Darwisya walaupun kedua duanya boleh membaca al quran. Saya tertanya sendiri mungkinkah ini ada kaitan dgn mimpi yg saya alami semasa mengandungkan Darwish 5 tahun dahulu? Saya pernah mengabadikan cerita mimpi saya itu dalam blog saya www.darwishndarwisya.blogspot.com .Cerita itu masih tertulis disitu sejak dari itu. Semoga ia membawa makna yg baik.
 


Ya Allah, Engkau menjanjikan mahkota kepada ibubapa yg punya
anak menghafaz al quran di akhirat nanti tapi ku rasakan aku telah menerima mahkota itu didunia ini lagi. Walaupun anak2 ku belum lagi menghafaz keseluruhannya. Terima kasih atas anugerahMu. Semoga Engkau berikan hidayah dan ilmu kepada ibubapa lain untuk merasakan apa yg aku rasakan ini. Amiin.



**Ketika saya menulis coretan ini, saya didalam bas dalam perjalanan ke Tanah Suci Mekah dalam berihram. Semoga ibadat umrah kami sekeluarga ini diterima Allah.
Amin..

Ikhlas dari,

Lina Karim

Sebenarnya sudah 2 minggu mama dah tak tunjukkan flash card dekat Rizqin...sebabnya flash card Alif Baa Taa tu pun sebahagiannya dah lunyai kena koyak. Nak bukak TAB papa pun malas sebabnya bila dah dapat TAB..Rizqin tak mahu lepaskan. Melalak2 nak main TAB sampai ke sudah...sudahnya mama bukakan CD belajar Huruf  Hijaiyah saja. Semalam langsung tak buka. Rizqin pulak sampai2 rumah, terus bukak citer cina...apa2 saja cerita cina dia akan ngadap dgn khusyuk nya...tak boleh terusan macamni...mama kena buang sikap malas mama..yg  biarkan rizqin tengok citer apa saja dekat TV.

Bila baca email dari Puan Lina ni, mama harus gandakan lagi usaha untuk ajar Rizqin kenal huruf hijaiyah sebelum umurnya 1 tahun 8 bulan...darwish dah kenal huruf hijaiyah baris bawah atas depan masa umur 1 tahun 8 bulan...Rizqin masa umur 1 tahun 5 bulan baru tahu baca AA, BAA ,TAA,DAA ...tadi & semalam sambil pakai kasut depan pintu nak ke nursery, tiba2 dia sebut NAA,WAA,LAA,YAA..alhamdulilah satu perkembangan yang memberangsangkan..malam ni mama kena usaha lagi supaya dia kenal huruf yang lain pula...jangan malas mama...sebenarnya yg malas bukan Rizqin tapi mama. Tiap2 malam Rizqin akan buka buku,mintak flash card tak pun mintak dibukakan CD. Tapi mama buat dek maghrib2 sibuk nak nengok "Rindu Bertamu di Abu Dhabi" Banyak sangat syaitan dalam badan mama ni Rizqin.

Bila dapat email ni, insaf sekejap..terasa banyak masa yang telah disia2kan oleh mama. Patutnya Rizqin dah kenal semua huruf..mama yang tak konsisten mengajar. Mama mohon maaf Rizqin. Malam ni mama akan ajar Rizqin ngaji ok. Mama promise.

"Allah akan menjanjikan mahkota kepada ibu bapa yang mempunyai anak hafaz al-Quran di akhirat" mama harus ingat janji Allah ini. Mama harus kuat utk merealisasikan impian mama ini. Bukan mudah sebenarnya, tapi tak salah kalau mama sandarkan harapan ini pada anak mama. Setiap perkara yang baik pasti Allah bantu.


Moga Allah jadikan Rizqin anak yang soleh

 Moga Allah jadikan Rizqin anak yang beriman, penyejuk hati mama & papa


Moga Allah jadikan anakku ni anak yang menghafal Al-Quran. Amin.

Doa kalian juga saya mohon. Amin.



0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...