Aktiviti Masa Tahun Baru Cina

Wednesday, February 13, 2013

Salam semua..

4 hari cuti, kami tak balik kampung. Sedih tengok orang balik kampung tapi kami tak dapat balik.

So hari Sabtu mama & rizqin mengemas rumah sahaja.  Dia duduk panjat Tv main plug lah. Lepas tu sibuk mama ngemas laci, dia sibuk jugak masuk dlm laci almari. Nasib baik tak roboh nak oooii..seboleh2 nak masuk.










Hari Ahad, aktiviti mengemas semua barang2 mainan Rizqin. Mana yang tak guna, mama masukkan dalam box. 3 boxes semuanya tak masuk 1 bakul penuh dengan ball.Kena beli 1 tingkat kayu/besi utk letak semua kotak2 mainan dia nampaknya nanti.








Abis kemas baru mama train Rizqin kick the ball.






Pukul 5 petang, papa bawak pergi Meru rumah uncle jek. Masa ni Rizqin dah tak sabar2 nak keluar rumah. Sampaikan mama nak pakai tudung pun tak boleh, duduk bergayut kat kaki. Nak suruh dukung. jam2 tu nak keluar rumah. Dah boring duduk kat rumah.

Ni nose..katanya


Boringlah papa ni lama sangat jumpa kawan...

Manalah papa ni....



Papa bawa pergi Tasik Shah Alam..ramai sangat orang dekat Playground sini. Rizqin tak dapat main pun. Dia pun boring, baru nak main orang lain overtake. last2 dia tarik tangan papa  ajak balik. tak toleh2 langsung ke belakang. Terus tunjuk ke arah kereta. bagus betul anak papa ni. Agaknya dalam hati dia, boringlah ramai sangat orang. Rizqin ni jenis yang tak suka berebut. Dia tengok je orang main sana sini.

Anak mama ni suka tasik, nampak tasik terus menonong2 nak pergi.

Hari Isnin, kami ke Tanjung Gila/Harapan kat Klang. Ramainya orang dekat sini. Ada karaoke, ada jual burger, steamboat dan macam2 lagi. Seronok duduk tepi tebing ni sambil makan2.



Tapi nyer budak sorang ni seronok nak belon Angry bird. Dapat tengok matahari terbenam. Lepas tu kami terus balik. Tak elok senja2 duduk tepi laut kan. Dah lama tak pergi laut sebenarnya. Rindunya nak balik kampung mama.


Papa tanya nak bubble gun tak? Dia geleng kepala tapi dia tunjuk kat papa..nak tu pa? dari jauh dia boleh nampak orang jual belon...Tu lah mainan kesukaannya. Mainan lain dia tak heran.

Hari Selasa, petang baru kami keluar, kejap je. Bawa Rizqin ke Taman Bukit Jalil. Masa ni dah pukul 6ptg. Cuaca pun gelap aje nak hujan.

Bersungguh2 naik bukit ..rileks je..mama yang semput semacam.Angry bird dia bawa ke sana ke mari



Nak sangat main buaian..hari ni baru tertunai hajat











Baru nak main..hujan rintik2 turun. Dapatlah 6-7 kali main..mama pun paksa papa balik. Papa duk kata hujan dah berhenti..nasib baik mama berkeras ajak balik. Pertengahan jalan hujan turun dengan lebatnya. Kalau tak tak pasai2 rizqin demam mama kena cuti. Alhamdulilah kami sempat jugak naik ke kereta ...

Kesian Rizqin tak puas main..tak pe..minggu depan kita datang lagi yer...

Ini saja aktiviti Rizqin masa Chinese New Year. Tahun depan harapnya kami dalam golongan yang bersesak2 kat highway utk balik kampung jugak...







1 comments:

h a p r a q said...

berjalan sakan gak tu...

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...