Rizqin 1 Tahun 6 Bulan

Tuesday, February 26, 2013

Salam semua...

Alhamdulilah, Rizqin sudah pun setahun setengah. Dah makin lincah dan keletah.

Perkembangannya setakat ini :-

1) Sudah pandai lock kereta tiap kali masuk dalam kereta. Pulak tu, lock dekat bahagian driver. Masuk je kereta, dia akan pastikan kereta di lock.

2) Kalau nak kuar rumah, dia akan pastikan switch tv ditutup.

3) Hari2 nak bawa mainan pergi nursery. Yang ni buat mama pening sikit. Hari Selasa aritu nak bawa badminton. Bila balik badminton dah tinggal kepala je, tangkal dah kena masuk dlm lubang dek kawan2nya. Hari ni pulak nak bawa set golf dia. Nasib baik, dapat ambil dari tangannya , cepat2 mama tinggalkan dalam kereta. Dia pun tak sedar. Kalau tak maunya melalak nak bawa jugak.

4) Buat balik taktik "Muntah". Sudah 1 minggu asyik kejanya muntah. Bila mama ke dapur dia bantai muntah tanda protes. Bila kena marah ngan papa sbb tak mau potong kuku, dia muntahkan pulak tilam.

5) Bab bercakap...dia memang byk mulut, tah apa2 dia cakap..

Pandai sebut "Allah" tapi sebut bila buat salah. Di terbalikkan manggkuk makanan dia, lepas dia sebut "Allah"...Ko ingat dengan sibuk nama Allah tu boleh menyejukkan hati mamalah ya...wah..banyak pandai...tapi memang tak jadi nak marah pun...nak tergelak pun ada...

Mama selalu suruh dia ketepi ..dia pun sebut "tipi" jugak..

Baca doa makan hanya boleh baca "Allahuma" yang selebihnya tak ingat langsung...

6) Kalau nak sesuatu, dia akan tarik tangan mama & papa. Pastu bawa ke tempat yg dia nakkan benda tu.

7) Baca buku dah kurang, mungkin sebab mama dah malas nak buka buku utknya. Tak abis2 malas mama ni. Macammana nak ubah perangai mama ni...stress mama ni rizqin...

8) Kerap tengok VCD. Sampai rumah, nak bukak VCD dia aje. Lepas tu, sebelum tido nak main TAB. Masalahnya suka dengar lagu2 bukannya nak ngaji. Bab ni mama memang geram kat papa.

9) Pandai shopping. Masuk Giant,Tesco,MYdin ke..memanjang nak masukkan barang dlm bakul. Habis semua barang nak diborongnya.

10)Kerap bantu mama bawa barang. Senang dah mama ni

11) Tak nak berjalan dah. Hari2 kena dukung nak ke nursery atau balik nursery. Bergayut kat kaki mama mintak dukung. Ingat dah pandai berjalan, senanglah. Rupanya hampes. Badan semangat. Tapi yang peliknya, walau pun anak tu 10kg, tak terasa beratnya macam bawa beras 10kg. Klu beras 10kg mama bawa, rasa nak tercabut tangan pinggan. Tapi anak ni rasa biasa2 je. Tu lah kuasa Allah yang bagi ke istimewaan pada ibu. Walaupun ibu tu kecil, tapi masih mampu mendukung anak. So Rizqin bila dah besar nanti, bila mama dah tak larat, dukunglah mama ni sebagaimana mama dukung Rizqin waktu kecil.

12) Dah terror main gelunsur. Boleh kontrol badan dan kepala. Tak payah pegang. Cuma tak pandai panjat utk pergi ke gelunsur tu aje.

13) Ada satu perangai yng buat mama geram. Letak makanan kat lantai lepas tu baring & makan makanan tu. Tah mana dia dapat . Agaknya tengok citer cina petang2 tu kot. Itu yg ditirunya. Kadang2 pisang dilenyek2nya & dijilatnya lantai tu. Rasa nak bagi penampar je. Sabar jelah ngan kerenah budak ni. TV ni kadang bahaya utk budak2 yg baru nak membesar ni.

14) 24jam nak berkepit. Klu mama solat, dipijaknya tumit mama bila time mama sujud. Kadang2 bila baca tahiyat awal tu, dia duduk kat atas riba. Bila sujud dia, dia peluk mama dari belakang.

15) Suka main kong kong cak...mama siap tanya atok..macammana lagu kong kong cak...nasib baik atok mak ingat lagi.

Kong Kong Cak mak ambil air
Buat pe air nak asah pisau.
Buat pe pisau nak tebang bemban.
Buat pe bemban nak jolok bulan.
Buat bulan nak bagi Rizqin main.

Lepas tu actionnya :Pulepuk2 rumah kita nak tumbang...rizqin pun jatuh...hehehe...

Itu aje kot perkembangan budak sorang yang sangat BAIK ni..hari2 gaduh dgn mama.










0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...