Susun Atur : Bilik Anak

Tuesday, October 22, 2013

Assalammualaikum semua....

Sudah lama tak update blog. Mood "M" selalu sangat datang bertandang.

Hari ni nak share pasai susunatur bilik Rizqin.

Bilik Rizqin ni kecil aje. Hanya muat tilam Queen dan tilem single, Kabinet baju. Oklah utk dia sorang. Luas bilik luas sepah. Kalau kecil ni kurang sikit sepahnya.

Ni gambar sebelum di susun atur. Saya letak menegak rak putih diatas tu sbb tak mahu Rizqin capai barang2 yg ada. Kipas pun sama tapi nampaknya dah tak praktikal sbb dia dah boleh tekan2 button kat kipas tu.

 Haruslah mama nya memikirkan kaedah lain pulak.


Makanya sehari sebelum balik kg ber Aidiladha...gigih mengemas bilik.





Saya mengiringkan pulak rak diatas tu...

 Kotak coklat saya isi kasut2 dia masa baby. Masih elok lagi.




Ada tempat letak CD (beli kat Daiso) dan tempat letak stationery Rizqin.




Bekas biru 3 layer tu ada segala mcm ubat,cotton button dan mcm2 lagi. Sebelahnya saya letakkan buku2 Rizqin.

Segala mcm perfume,Lotion,sikat Rizqin. Mama punya lotion Mustajab pun terselit sama kat situ..(tumpang).






 Kat dalam bakul biru ada bedak talcum, alas salin pampers dan botol spray). 
Saya letakkan dlm bakul bila nak salin pampers dia mlm2..terus grab aje..x perlu tercari2 satu2 brg. Sebelah tu febreze dan bekas isi Tuala muka dia.


 Layer bawah rak ni ada pampers yg dah siap disusun (senang nak amik).





Susun Atur dlm Almari. Dalam bakul biru ada Tuala mandi. Belakang tu ada Napkin dia.






Susun Atur baju tido,baju ke nursery.



Susun atur seluar pendek dan seluar pjg.








Sekarang ni hari2 dok nyorok dlm kabinet baju dia sebelum tido...

Main cak cak dgn mama & papa...

Layan ajelah.








4 comments:

Fizah said...

da omeiii bilik rizqin :))

Noe said...

rajinnya mama rizqin ni..

cik hani said...

Comel plk rizqin duk nyorok dlm tu

MamaRizqin said...

Fizah : semata2 rajin nak join giveaway Fizah...walaupun x pernah sekali pun menang hehehe....tapi fun ler..

Noe : Bilik dah lintang pukang..tu yg mengemas bagai.

Cik hani: hehehe elok pulak ada space utk dia letak kaki..sudahnya tiap2 mlm menyorok aje kejanya...

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...