Susun Atur : Bilik Utama ( Pakaian his)

Tuesday, September 24, 2013

Salam semua...

Sambung entry semlm...kali ni susun atur"pakaian his" pulak.

Sebelum ini sy letak seluar husband dalam almari tapi nampak tak berapa kemas. Tiap kali nak pakai kena buka almari dan kena selak2. kemudian habis bersepah seluar2 tu. Tiap minggu kena kemas.

So saya dapat idea utk letakkan dekat rak buku mcm kat bawah ini. Senang husband saya nak ambil.



Oleh kerana, rak ni open tak de pintu, nampak tak berapa nak kemas. Walau mudah utk husband ambil tapi pemandangan amat2 tak best.

Saya dapat idea utk masukkan dlm bakul mcm gambar dibawah ni. Bakul dari Daiso digunapakai. Muat utk 4 pasang jeans. Saya guna 2 bakul. hanya letak jeans yg selalu diguna. Yang jarang digunakan saya simpan dlm drawer almari. Nampak kemas kan.



Stokin yang pada mulanya saya simpan dlm kotak kasut DAISO.



Saya gulung2 kan seperti atas.

Rak atas saya masukkan bag husband, charger handphone & HP. 

Sayang nak buang kotak tisu tu, baik di gunakan. Tapi saya tak segigih FIZAH nak membalut2 kotak bagai hehehe.

Ini saja idea susun atur saya...esok kita sambung pasai susun atur cadar & tuala pulak.


4 comments:

SUHAIDA said...

sedap dah mata memandang kan

Noe said...

nampak kemas dahhh..

Fizah said...

wahh..kagum lagi!! teruja plak tgk hasil selepas tu..hoyeayyy!! :) :) :) :)

MamaRizqin said...

Umie Su : Tak sakit mata daah
Noe : bolehlah kan..
Fizah : hasil menjadi...tu semua idea u...i apply kan aje...

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...