Susun Atur : Bilik Utama (Cadar,selimut & Tuala)

Thursday, September 26, 2013

Salam semua....

Ingat lagi entry semlm..?
Ha hari ni nak cerita pulak susun atur Cadar & Tuala.
Macam Fizah cerita dalam blog dia..




Saya simpan tuala,selimut dan cadar juga segala alas meja di dalam bakul ini. Tiap kali nak cari cadar, ya ampun seksa sangat ok. Kena tarik dari bawah meja solek tu bawak keluar, berat pulak tu.. pastu terbongkok2 nak cari cadar..terutama yg berada dibawah sekali. Kalau nak cepat tu, biasanya main tinggal kan mcm tu aje sbb malas nak susun semula. Tekan2 ke bawah. Tutup.  Tu kerja org malas hehehe...Jadinya saya guna pakai kaedah yg Fizah tunjuk tu kat SINI






Saya keluarkan semua mainan Rizqin dan ambil kotak ni utk simpan cadar dan selimut.





 Tuala pun saya masukkan dalam kotak mainan Rizqin. Saya gulung2kan semuanya maka jadilah mcm kat atas ni.


 Kemudian letakkan bawah meja solek...







Nak cari tuala, cadar dan selimut tiada masalah lagi. Cepat dan mudah kan.

Yang kesian Rizqinlah, sebab mama nya amik bekas mainan dia. Bila dia nampak kotak tutup biru tu dia ingat mainan dia. Siap buat QC lagi..hahaha...tengok2 tak de satu pun barang dia. 




Mainan Rizqin saya transfer kan dalam bakul coklat ni pulak. Kiranya berganti tempatlah.

Kaedah menyimpan mainan Rizqin kita cerita dalam cabaran akan datang..

Ini cara saya, anda mungkin ada idea lagi cangih dan sistematik. Silalah berkongsi idea ye...






6 comments:

Fizah said...

agagaaaa...terkagum2 baca entri ni...sistem dah praktikal, rasa seronok kannnn...:)

MamaRizqin said...

Seronok sangat...

cik hani said...

Cik hani pun susun cara mcm tu.tp cik hani ltk dlm plstik drawer yg bertingkat tu.senang nk amik dn xberselerak

UMIE SUE said...

senang kan nak cari bila buat cam ni

julie hussin said...

Salam kenalan....Esok saya nk buat mcm ni jugak la....betol la senang nk cari segala bagai cadar or selimut...thanks atas info yg berguna ni....

MamaRizqin said...

jom pakat ramai2 susun mcm ni...boleh kurangkan kerja mengemas kita dihari minggu..

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...