Hajat Tertunai

Monday, October 1, 2012

Salam semua...

Sabtu lepas, mama & papa menunaikan hajat Rizqin bermain di playground Setia City Mall. Tengok gambo ajelah. Mama malas nak membebel :-)


Sebelum gi main, makan dulu kat Manhattan Fish Market.


Rizqin tantrum jugak ler mula2 masuk sini. Biskut pulak tak bawa.


Bagi carrot & fun fries baru diam. Mungkin dia marah sebab dia yg pilih makanan tetiba mama papa aje yg makan.


Lepas makan, naik bananna car dulu. Dari muzik berbunyi sampai stop. Dia sibuk pandang banana yng pakai topi tu. Pelik tengok banana pakai topi agaknya.




Suka naik ni jugak.



Sibuk tengok orang sebelah. Dia nak naik yg kuning tu tapi ada Orang tua  duduk time ni. Marah lah saya


Suka main papan gelungsur ni. Tengah main sorang2 tetiba ada budak cina datang kat sebelah dia. Dia speakinglah...dia cakap..kenapa baby ni mata besar. Dua kali dia ulang soalan yang sama. Mama dan papa gelak ajelah. Letih dah nak menjawab pasai mata Rizqin yang besar ni. Mana2 pergi mesti org sibuk cakap pasai mata dia...Kang mama tanya balik, apasai mata dia sepet...baru tau heheheh...Mama ingat nak masuk contest lah. Agak2nya Rizqin boleh menang tak? Sbb daya tarikan dia kat mata tu...


Budak baju belang tu, kacau Rizqin. Rizqin masukkan tangan dalam lubang tu, dia pun sibuk jugak nak masukkan tangan.



Rizqin pusing benda ni, dia pun sibuk jugak tepis2 Rizqin.  Rizqin x pandai nak marah. Cuma dia tenung aje budak tu tanda protes. Agaknya budak tu tak biasa jumpa orang ramai kot, tu jadi semacam aje.



Bersungguh2 pegang.


Kudaku lari gagah berani.


Besar nanti boleh teman mama gi rock climbing. Dah ada ciri2 berani & tak gayat. Orang gayat macam papa duduk jaga tali kat bawah aje lah ye..hehehe

Saya sangat happy! yehaaaa....


Nampak bulat pulak budak ni.


Siap manjat lagi. Gaya macam dah pro...


Main ni penat ok. Mama yang duduk kat belah depan pun terasa letih.

video


Dia nak sangat naik yang warna kuning ni. Enjut punya enjut last2 terhantuk kepala sendiri. Nak tergelak pun ada. Meraunglah dia kesakitan.




0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...