Tantrum

Sunday, October 7, 2012

Salam semua..

Apa tu? sejak ada anak ni baru dengar perkataan ini. Kalau member2 mama tengah bz study master in IT dan sebagainya. Mama bz jugak buat master dalam dunia kanak2 tapi tidak secara formal. Hanya belajar melalui pembacaan. Ilmu ini luas bukan setakat dengan segulung kertas. Makin kita membaca, makin banyak ilmu yg kita tidak tahu. Contohnya TANTRUM inilah.


Mari kita baca apa itu Tantrum. Mama ambil dari pembacaan di blog. Mama masukkan dlm blog ini untuk rujukan mama bila berhadapan dengan masalah ini. Rizqin sejak masuk umur setahun ni dah pandai tantrum tapi tak lama. Kadang2 mama biarkan aje dan dia diam sendiri akhirnya. Ikut pembacaan tantrum start umur 18 bulan (setahun setengah).

Apa itu tantrum?

Emosi yang diluahkan oleh kanak-kanak dan ia boleh berlaku seawal usia sembilan bulan hingga setahun. Anak kecil ini tidak tahu bagaimana untuk memberitahu & mereka tidak tahu cara untuk mengendalikan perasaan ini.

Masalah ini dapat ditangani dengan pendekatan secara konsisten dan ia akan kurang atau hilang dengan sendiri apabila usia mencecah tiga hingga empat tahun. Dari sudut psikologi, kanak-kanak meluahkan tantrum kerana mereka ingin menjadi lebih berdikari. Jika mampu, mereka mahu memakai baju sendiri, makan sendiri dan menjadi kecewa bila tidak berupaya melakukannya.

Pencetus tantrum
Tidak selesa fizikal contohnya lapar, penat atau sakit- Samalah keadaannya seperti orang dewasa yang sukar mengekalkan ‘mood’ yang baik dalam situasi sama dialami kanak-kanak.

Emosi tidak terkawal, takut, teruja dan bosan. Suasana persekitaran yang mengganggu perasaannya juga boleh mencetus tantrum. Contohnya kunjungan temu janji dengan doktor, aktiviti membeli-belah yang lama dan berlanjutan.

Malahan waktu bermain yang lama dengan kawan sebaya juga boleh mengundang tantrum. Jadi, cuba kenal pasti punca tantrum sebelum anda ambil langkah menanganinya. Ia samalah ibarat seorang doktor yang mengenal pasti penyakit terlebih dahulu sebelum memberi ubat untuk rawatan.

Ingin mendapatkan perhatian - Tindakan yang dianggap ‘melampau’ oleh kita sebagai ibu bapa sebenarnya isyarat yang ingin anak anda berikan supaya anda beri lebih perhatian kepadanya.
Kesibukan anda terhadap kerja menyebabkan anda sendiri tidak faham karakter anak anda sendiri! Jika, kita tidak faham apa yang ingin disampaikan dalam nada suara yang kecil. Jadi anak-anak mungkin terpaksa menggunakan teriakan dan jeritan sebagai cara berkesan demi menarik perhatian ibu bapa.

Sebagai ibu bapa, perhatian yang ringan seperti ‘eye contact’ dengan anak dan sentuhan dan suara yang lembut sudah memadai untuk anak anda mengetahui bahawa mereka mendapat perhatian anda.

Lain pendapat :-

Tantrum adalah cara anak anda meluahkan perasaannya apabila dia merasakan dirinya hilang kawalan. Apa yang ditunjukkan oleh anak anda pada masa dia tantrum jelas menunjukkan apa yang dirasakan – keliru dan bercampur-aduk. Hampir kesemua tantrum berlaku apabila anak anda bersama dengan orang yang paling dia sayang .........hmmm... ini maksudnya anda, sekarang mungkin anda sudah mula faham kenapa anak anda kebiasaannya tantrum apabila anda ada bersamanya.

Secara keseluruhannya, kanak-kanak mula untuk tantrum pada usia 18 bulan dan kebanyakannya berhenti selepas umur 4 tahun. Tetapi, ada juga yang tantrum lebih awal dan tak kurang yang berhenti lebih lambat.

Walaupun hampir kesemua anak-anak pada umur ini tantrum, sesetengah dari mereka lebih cenderung dari yang lain untuk tantrum. 14% anak-anak berumur setahun, 20% kanak-kanak berumur 2 ke 3 tahun dan 11% kanak-kanak berumur 4 tahun lebih kerap tantrum berbanding kawan-kawan sebaya mereka ('kerap' bermaksud 2 kali tantrum atau lebih dalam sehari). Ada beberapa kemungkinan kenapa kanak-kanak ini tantrum lebih kerap, antaranya genetik, disiplin yang terlalu ketat, masalah peribadi ibu-bapa dan personality ibu bapa yang berlainan dengan personality anak. Tetapi, semua ini hanyalah cadangan kemungkinan dan tiada satu sebab yang betul-betul kukuh yang dapat diberi setakat ini.


Sebenarnya, saya kurang pasti apa perkataan yang paling sesuai untuk tantrum di dalam bahasa Melayu. Mengamuk? Mungkin itu perkataan yang hampir tepat untuk menunjukkan perlakuannya ketika anak anda sedang tantrum. Tapi, tantrum membawa maksud lebih dari mengamuk. Mengamuk mungkin menunjukkan perlakuan seseorang yang hilang kawalan, tetapi seseorang anak yang tantrum sebenarnya cuba mengatasi perasaan kecewanya dan ia merupakan satu petunjuk yang anak anda mula belajar memahami perasaan dan dirinya sendiri. Percaya atau tidak, tantrum merupakan satu perkara positif ke arah perkembangan anak anda. Jadi, jangan sia-siakan tantrum dengan menganggap anak anda cuma mengamuk dan degil.


Kenapa kanak-kanak tantrum pada umur ini? Kanak-kanak pada umur ini dipanggil ‘toddler’. Hmmm... pernah terfikir kenapa kanak-kanak pada umur ini diberi nama yang istimewa? Ini adalah kerana ini adalah masa pembesaran yang istimewa untuk anak-anak. Ini adalah masa peralihan anak anda dari zaman bayi ke zaman kanak-kanak, seperti juga masa peralihan remaja dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa. Di Malaysia, kita lebih biasa membincangkan hal remaja. Ramai yang tahu zaman remaja merupakan zaman peralihan dan penuh dengan kekeliruan dan masa yang penting untuk seseorang itu lebih memahami diri sendiri. Serupa juga dengan remaja, disebabkan zaman ‘toddler’ ini juga merupakan zaman peralihan, ini adalah masa yang penuh dengan kekeliruan untuk anak anda. Berbeza dengan remaja, anak anda pada umur ini jauh lebih tidak matang dan perbuatannya tantrum adalah cara tidak matangnya menunjukkan dan meluahkan perasaan di dalam dirinya.

Walaupun tantrum dianggap normal, anak-anak perlu tahu yang perbuatan tantrum itu bukan sesuatu yang boleh diterima. Di sinilah peranan kita sebagai ibu bapa untuk mengajar anak-anak memahami dirinya dan belajar membezakan yang betul dari yang salah.


Cara Mengatasi :-


1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Ini dari FB prof Dr Rozieta Shaary :-

Izinkan saya berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan lain, harap ia sedikit-sebanyak dapat memberi idea dan membantu :-) Beberapa hari lepas apabila anak saya berusia 3 setengah tahun mula melibas2 tangannya as if nak pukul something or anyone yang dekat dengan dia, saya ambil n peluk dia n coached her to breath slowly... bila dia dah reda, saya dudukkan dia di sebelah saya. Muka dia jelas takut n kesal atas perbuatan dia. Saya pegang kedua-dua tangannya dan suruh dia melihat tangannya. Saya tanyakan kepada dia, "Tangan siapakah ini?" dia jawab "tangan saya" kemudian saya lakukan yang sama tentang kakinya. Kemudian saya menjelaskan kepadanya bahawa tangan dan kaki dan seluruh anggotanya adalah milik dia. Jadi, dia mampu mengawal dan mengajar anggotanya. Dan saya beritahu dia, selepas ini mungkin tangan dan kaki akan rasa seperti hendak memukul lagi, jadi, bila dia terasa seperti tangannya hendak memukul lagi, katakan pada tangannya yang dia sayangkan tangan, dan ingin membuat perkara baik2 sahaja menggunakan tangan (seolah-olah ketika bercakap dengan orang lain). Then I sealed the advice with tender kisses on her little hands. Dan selang beberapa hari apabila dia hampir memukul sepupunya, saya terus tarik dia ke tepi dan menyuruhnya duduk di tempat lain dan beritahu tangannya yang dia tidak mahu memukul sepupunya... Alahmdulillah, ia berjaya.

Dalam topik tantrum di dalam bukunya, Dr. Penelope Leach mengatakan bahawa children yg tantrum sebenarnya tak berdaya mengawal perbuatan mereka semasa tantrum itu berlaku. Dan ini membuatkan mereka takut dengan diri mereka. Mereka takut dengan raksaksa yang ada dalam diri mereka yang mereka tidak mampu kawal. Itu sesuatu yang amat penting untuk kita sebagai ibu-bapa ingat, supaya tidak menjadi emosional dengan keributan yang anak kita alami. Bila kita betul2 faham situasi ini, kita takkan mudah melenting. Jadi sebagai ibu bapa, kita boleh membantunya dengan 2 langkah penting. Pertama, ketika dia sedang tantrum, kawal keadaan itu (seperti yang dikongsi oleh Ibu Rose) supaya dia tidak sempat melakukan kerosakan atau kesakitan pada orang, barang & persekitarannya. Ini penting supaya apabila dia reda, tiada sisa tantrum yang dia boleh nampak. Kerana jika dia nampak hasil kerosakan dari tantrumnya, ia menjadi bukti pada dirinya bahawa diri dia itu merbahaya. Langkah kedua, latih/ajar dia untuk mengawal tindakannya. Salah satu caranya ialah seperti yang saya kongsikan tadi. Saya sengaja memegang tangan dan kakinya dan buktikan pada dia bahawa itu milik dia. Dan apabila dia tahu itu milik dia, bererti dia berkuasa / berdaya mengawalnya. Ini adalah langkah kritikal kerana apabila dia faham bahawa dia adalah 'ketua' kepada anggota badannya, akan hilang rasa takut itu. Langkah ini mungkin perlu dilakukan berulang kali, dengan penuh hemah. Gunakan bahasa yang dia mudah faham. Gunakan analogi2 yang dia boleh kaitkan. Dan apabila tantrum mula berlaku, terus dakap anak itu dan ingatkan dia untuk mengingatkan anggotanya untuk lakukan perkara baik.




0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...