Happy Anniversary

Wednesday, October 10, 2012

Salam...

10-10-2012

Hari ini masuk 2 tahun mama dan papa kahwin. Banyak dugaan dan rintangan yang dilalui. Pengorbanan dan tolak ansur perlu ada dalam rumahtangga. Kalau tak, rumah tinggal tangga je. KESABARAN adalah asas yang paling kuat dalam rumahtangga yang perlu dipegang.

Dalam tempoh 2 tahun ini, kami beransur2 matang mengemudi bahtera rumahtangga. Jika papa marah mama diam begitu juga jika mama marah papa diam. Marah dan rajuk papa tak lama, setengah hari dah baik semula.

Kehadiran Rizqin tahun lepas menyerikan lagi kediaman kita ini. Gelak tawa gurau senda rajuk tangis sudah menjadi makanan harian kita bertiga.

Mama berdoa moga perkahwinan ini terus kekal hingga ke syurga. Moga Allah berikan taufik dan hidayah kepada kita semua yang menghuni dalam villa kita ini. Dipanjatkan doa juga moga Allah jadikan Rizqin anak yang soleh, papa sebagai suami soleh dan mama isteri yg solehah. Moga kami terus diberi kebahagiaan hingga akhir hayat. Moga Allah terus memberikan rezeki yang melimpah ruah dan berkat buat kita semua.AMIN.

Bagi meraikan Anniversary kami, papa belanja mama tengok movie "DREED". Best sangat cerita ni memang berdebar dari start cerita sampai akhir cerita..asyik adegan tembak menembak. Rizqin tak sesuai tengok. Jantung mama nak gugur rasanya. Bila keluar dari panggung terus rs semacam. Nak semput pun ada. Dengan sound system yg kuat. Sungguh mendebarkan.

Genap 2 tahun our married, baru inilah mama & papa dapat peluang nak tengok wayang bersama. Dulu masa couple aje dapat tengok wayang. Lepas tu mama mengandungkan Rizqin. Walaupun berkali papa ajak, mama memang berniat tak mahu masuk panggung wayang.Macam2 alasan mama bagi. Tak elok untuk ibu mengandung dan mama tak mahu Rizqin terpengaruh dengan movie2 ni semua. Mama mahu Rizqin jadi anak yang soleh. Pantang larang sewaktu mengandung memang mama jaga. Alhamdulilah Allah mendengar niat baik mama. Niat itu tercapai.

Setelah Rizqin lahir memang susah dah nak tinggalkan Rizqin. So hari ini kebetulan jatuh pada hari Rabu. Mama & papa amik cuti. Mama tinggalkan Rizqin di nursery so inilah peluang untuk kami bercinta balik.

Pic tak ada..lupa nak amik. hahahaha..teruk betul. Plan mama byk tak menjadi sebab tak cukup masa sebabnya kami terkejar2 nak amik Rizqin sebelum pukul 6pm.


Happy Anniversary to both of us..Thanks Allah.







0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...