Kaulah racun kaulah penawar

Wednesday, October 3, 2012

Salam semua...

Rizqin dah makin keletah sejak dah masuk umur setahun ni. Tak menang tangan dibuatnya. Ada saja benda yang dia nak buat untuk tarik perhatian.

Hari isnin lepas, balik2 dari opis, pandnag dapur and letak beg baju dia kat dapur. Dia dekat depan TV masa tu. Toleh balik ke arah dia tengok2 dia dah bersila atas kerusi. Comel aje. Sekelip mata dah kat tempat lain. Nasib baik dia bersila kalau dia buat aksi superman. Mau gugur jantung mama ni. Laju betul memanjat sofa.

Kalau mama memasak, dia berdiri dekat sofa yang menyekat dia dari ke dapur. Mama baru amik kuali, letak atas dapur. Tengok2 sofa dah penuh dengan muntah dia. Time ni rasa nak meletup dah dada ni menahan marah. Dia nak tarik perhatian mama, dia masukkan jari telunjuk kedalam tekak dan muntah kan segala isi perut. Lepas tu sapu2 muntah tu dan amik balik muntah yang seketul2 tu, kalau keluar buah anggur, anggurlah yang di masuk balik dalam mulut dua. Ini yang buat mama rasa nak tampar2 tangan tu.

Balik rumah tak ada kerja lain, basuh poo poo dia, basuh muntah dia, basuh baju yg kena muntah,mandikan dia 3-4 kali & tukar pampers. Masa abis macam tu aje. Nak masak pun tak dapat. Mungkin org kata senang aje, masak ajelah. Tapi mama yang dok hari2 mengadap dia ni memang tak mampu nak buat semua tu sebab sekali pandang dia elok aje duk depan TV, tak pun dalam kereta dia, duduk tepi sofa. Bila toleh sekali lagi, dia dah ada kat tempat lain dan lantai penuh dengan muntah. Dia jolok tekak dia selagi mama tak datang dekat kat dia. Kadang rasa nak menangis tapi airmata tak keluar. Penat yang amat. Penat mengangkat dia pergi bilik air belum lagi bergaduh nak pegang paip air lepas tu curi2 minum air paip. Mama tido memang tak sedar diri lepas tu.

Dah seminggu ni asyik nak makan sendiri. Tak nak mama suap. Pegang sudu sendiri tapi tak pandai cedok lagi. Mama pegang hujung sudu, dia pegang depan sudu. Suka betul dia bila dapat suap makanan sendiri TAPI comot yang amat. Bukan dia aje comot, mama pun sama comot. Makanan boleh ada kat kepala, kaki dan tangan. Mulut jgn cakap ler...

Buka pintu rumah, terus tuju ke kereta dia. Menjerit2 nak suruh mama tekan remote control bagi kereta tu bergerak. Tak pun menangis2 nak kan remote tu. Nak tekan sendiri.

Malam pula, dah tido lewat, pukul 11:15pm baru tido. Sebelum tido, golek2 dengan mama. gelak2 mcm kelakar sangat ler. Nampak sangat dia dah besar bila dia gelak mcm tu. Yang tak bestnya dia suka golek2 dekat tepi dinding. Walaupun dihalang dengan  bantal, ada juga yg ter'accident' langgar dinding macam malam tadi. Dang...benjol dahi anak mama. Nangis sekejap je. Pastu sambung balik golek2.

Sekarang ni, dia banyak minum susu bila malam. Kadang sampai 4 kali menyusu. Pukul 8mlm, 10mlm ,3pagi & 6pagi. Muka pun dah makin bulat. Berat pun dah 9.2kg. Alhamdulilah. Tapi siang dia kurang minum susu sebab sibuk main.

Dia jugak dah pandai tutup mulut bila menguap. Sweet sangat. Menguap je tutup mulut. Ni bab yang paling mama suka. Sejuk perut mama yang mengandungkan kamu nak. Tak dapat capture moment ni. Kalau berkesempatan nanti mama tangkap gambar dia tengah tutup mulut. Rasa nak cium2 tangan tu. Geram sangat. Comel sangat time dia tutup mulut tu.

Ada kala gelagat dia buat mama marah. Ada kala kerenah dia tu buat mama tersenyum bangga dan gembira. Itulah namanya ANAK. Dialah racun dialah penawar hati. Rasa rindu sentiasa didalam jiwa. Tak sabar nak balik ambil dia. Tengok benda2 baru yang dia belajar setiap hari.


0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...