Warkah untuk Rizqin

Monday, October 8, 2012

Salam...

Jatuh juga air mata ini disebabkan anak bertuah sorang ni. Terpancul juga kata-kata degil dari mulut ini. Puas menahan air mata dan mulut dari bercakap perkataan yang tidak baik. Namun apa daya mama, mama juga manusia biasa yang tak mampu menahan sabar.

Mama cakap jangan jolok tekak tu tapi Rizqin buat jugak. 4 kali Rizqin muntah. Mama cakap jangan tapi Rizqin tak mahu dengar. Rizqin buat jugak, buat jugak. Rizqin cabar mama. Ugut mama supaya mama bagi Rizqin ke dapur. Mama bukan tak mau bagi Rizqin ke dapur. Dapur tu bahaya ada benda2 panas. Mama takut Rizqin tercedera. Mama sayangkan Rizqin lebih dari mama sayangkan diri mama. Rizqin anak mama. Ibu mana yang tak sayangkan anak.

Mama tahu Rizqin nak kan mama sentiasa di sisi tapi mama jugak perlu uruskan rumah, makan pakai Rizqin. Siapa nak buat semua tu kalau bukan mama. Mama perlu ke dapur masakkan untuk Rizqin. Kalau tak nanti Rizqin lapar. Rizqin nangis kalau lapar.

Semalam Rizqin buat perangai lagi. Muntahkan segala isi perut atas sofa mama. Mama tak kisah kalau sofa tu rosak. Sofa boleh diganti. Mama risaukan Rizqin. Akhirnya semalam kebimbangan mama terjadi jugak. Rizqin tergelincir akibat terpijak muntah sendiri. Mama time tu baru nak cedok gula tiba2 dengar suara Rizqin melalak.Tengok2 dah terlentang, kepala kat dinding tapi mama tak dengar langsung bunyi terantuk. Mama tak tahu macamana Rizqin boleh tergelincir. Mama angkat Rizqin, gosok2 kepala Rizqin takut bengkak. Mama marah Rizqin sebab muntah. Rizqin meraung lagi. Mama pukul tapak kaki Rizqin. Mama mandikan Rizqin. Mama pukul lagi betis Rizqin sampai terkeluar perkataan degil dari mulut mama. Sebab mama dah tak tahan dengan kerenah Rizqin. Ada saja benda yang Rizqin nak buat mama marah. Mama pukul tak kuat pun, tapi Rizqin memang jenis manja. Menangis sampai satu bangunan boleh dengar.

Mama rasa time tu mama tak mahu jaga Rizqin. Mama rasa mama gagal protect Rizqin dari jatuh. Biar orang lain yang jaga. Mama ibu yang paling gagal dalam dunia. "Kenapa aku tak dapat jaga anak aku?" kenapa?kenapa?kenapa? dan kenapa juga papa tak tolongjaga Rizqin.Mama dah tak boleh handle Rizqin sorang2. Rizqin makin lasak.

Mama menangis dan terus menangis. Sambil mama pakaikan Rizqin baju mama menangis lagi. Macam2 persoalan timbul dalam kepala. Kenapa semua kerja rumah mama kena buat, mama kena masak. Rizqin terabai. Mama menangis kenangkan Rizqin. Takut apa2 terjadi kat kepala Rizqin. Sebab hari2 kepala tu asyik terantuk sana sini. Nak tido terantuk dinding. Dahi sampai lebam2. Hati ibu mana yang tidak risau. Kenapa Rizqin lasak sangat. Tak kasihan dekat mama ke? Sampai hati Rizqin buat mama macam ni.

Rizqin betul2 hairan bila tengok mama menangis. Dia tengok muka mama. Mama peluk dia. Kemudian mama amik ais ketul, tuamkan kepala Rizqin. Mama tak nampak pun benjol or merah pada kepala Rizqin. Tapi mama tuam jugak ler dan akhirnya Rizqin tertido tanpa gelak ketawa seperti malam2 sebelumnya. Begitulah keadaan sebelum2 ini, jika dia buat salah akhirnya dia akan tertido sendiri setelah penat menangis.

Papa balik, mama ceritakan apa yang berlaku. Papa gelakkan mama sebab rizqin buat mama menangis. Mama cakap mama menangis sebab risaukan Rizqin. Tapi papa buat lawak nak belikan Riziqn helmet untuk protect kan kepala dia dari kecederaan. Mata mama bergenang lagi time ini sebab terlalu bimbangkan keselamatan anak.

Mama cakap kat papa, mulai hari ini mama tak akan masak. Papa kena belikan makanan utk mama setiap petang. Papa setuju. Rizqin memang tak akan benarkan mama ke dapur. Mama akan masakkan bubur dia untuk esok hari pada sebelah malam setelah dia tido. Bila balik kerja hanya perlu panaskan bubur tersebut dan suapkan. So mama akan ada lebih masa untuk tengokkan Rizqin.

Banyak yang mama tension kan, nak solat pun susah. Bila mama solat Rizqin pergi main plug. Kenapalah kerajaan benarkan plug di rumah sekarang diletak di belah bawah. Kenapa tak letak tinggi. Marahkan kerajaan pun ye jugak. Mama rasa kena alih almari agar menutup plug tak pun mama kena solat di dalam bilik Rizqin. Mama ni betul2 risaukan anak. Rizqin memang jenis ligat sepanjang masa. Tiada istilah duduk diam baginya. Tido pun berpusing sana sini. Kejap melintang, kejap menegak kat kaki, kejap kat sebelah mama, kejap sebelah papa.

Rizqin jadilah anak yang menyenangkan hati mama. Jangan buat mama menangis mcm ni lagi ok. Mama sayang Rizqin.




0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...