I-City kali ke 3

Thursday, December 13, 2012

Salam...

Ini kali ke 3 Rizqin pergi i-city. Kami pergi malam selasa. Selangor cuti sempena keputeraan Sultan Selangor, maka ramai sangat umat dekat i-city ni. Mama ni esoknya keja pun gigih juga bawa Rizqin ke sini.

Dulu masa bawa dia pergi ke i-city dia tak berapa tahu sangat tengok lampu2 ni. kali ni dia dah faham..masa nak masuk parking..pening jugak dia..toleh kiri toleh kanan, tengok depan..sampai tak tahu nak tengok yang mana satu..excited betul dia time tu. Kelakar pun ada..

Papa decide untuk bawa dia sebabnya satu malam tu masa on the way nak ke rumah attar, lalu dekat federal highway tu...dia tengok i-city dari jauh. Kecoh pulak mulutnya..'ini ini..eeeeiiii' teruja tengok lampu dari jauh. Papa kesian. So malam selasa tu barulah bawa dia tengok dekat2. meloponglah dia..terpusing2 kepala pening nak tengok yang mana satu..hehehe....

Kali ke 2 pergi dulu naik stroller..kali ni dia dah ada kaki. Bukan main laju lagi dia berjalan & berlari. Siap bergambo sorang2 tu yang tak tahan tengok. Sampai dekat kawasan beli barang mainan..yang dia hendak balon boy boboi. Pergilah ke mana2 yang dipilih mesti balon. RM5 mesti terbang utk beli balon dia..Mainan lain dia tak minat.

Masa jalan2 amik gambo, dia tunjuk train yang tengah berjalan kat atas tu..."ni" sambil jari tunjuk orang yg tengah naik train...nampak pulak tu ada train kat atas..macamanalah mama nak bawak dia..kang sibuk nak mengayuh dengan pegang stereng anak jatuh kebawah hehehe..kalau dah besar sikit nanti kita naik sama2 yer..sekarang Rizqin kecik lagi. Payah mama nak handle. Dia tak minat main mainan kanak2 ni..nak semua mainan orang tua. rasa diri tu dah besar sangat..tak challenging bagi dia..hahaha...payah jugak ni...buatnya besar sikit nanti ajak mama panjat gunung pulak...badan mama ni dah x kuat nak manjat2 ni hehehe...papa pulak gayat..macammana nak melayan nanti hehehe...

Rizqin dengan orang salji...










Papa main arrow ni...mama nak try tapi takut tak kuat tangan..tengok aje dari jauh

 
Budak ni pun nak try jugak...ada ke nak main benda ni...macam dah besar sangat

Dia bantai golek2 nak gi kat sini...adehh...ni mainan orang dewasa..besar nanti baru main ok...



Sebaik aje papa bangun dari tempat duduk ni..Balon boy boiboi Rizqin akhirnya terbang...tak mau kawan dengan Rizqin...tak dapat mama nak tangkap. Nasib baik dia tak menangis. Dok pegang batang tu aje sampai balik rumah. sian dia.








0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...