Benjol

Tuesday, December 4, 2012

Salam semua...

Pagi ahad, ketika mama bz di dapur menyediakan breakfast anak beranak & papa BZ  juga tengok kartun, anak sisebelah pun sampai tak perasan jatuh ke atau terlangar rak TV. Tengok2 bunyi dentuman kuat disusuli suara tangisan yang teramat kuat. Sedar2 dahi dah bertelur. Tak tahulah dia terjatuh sebab nak tukar channel tv kat bahagian atas TV tu or dia terantuk rak sebab sibuk nak buka cd player kat bawah tv tu. Hanya 2 kemungkinan ini sahaja.

Yang buat hangin, papa nya yg sedang merenung TV langsung tak perasan apa anak buat kat sebelah. Nak aje hempuk dengan sudip. Sakit betul hati. Kesannya, timbullah bola ping pong kat dahi. Sudah lah nak pergi makan steamboat malam minggu tu. Tension betul. Pagi2 buta dah buat hal anak bertuah ni.



Nasib baik teringat, Dr Halina ada bagitahu dekat blog dia, tuam dengan ais. Nasib baik teringat, terus ambil ais tuamkan.

Dalam 2 jam jugak barulah benjol tu surut. Tapi lebam masa ada.


Sekejap aje nangisnya lepas tu terus berlari2 sekeliling rumah. Tak reti sakit anak bertuah ni. Yang sakitnya mama...

Hari isnin, kena balik kat tempat yang sama. Rizqin masa tu dalam bilik, tengah menunggu mama bersiap. Tiba2 dengar dia meraung. Rasanya kali ni dia cuba manjat atas mainan yang bersepah dekat lantai nak ambil vcd nya atas rak mainannya. Bengkak balik kat tempat yang sama. Kebetulan mama tak sihat, maka bawa lah dia sekali ke klinik. Tanya dengan doctor, macammana nak hilangkan lebam dia ni. Doctor kata tuam dengan ais sahaja. "jangan tuam dengan kain panas dan jangan sesekali bubuh minyak. Sebab ada darah beku." Ais sahaja boleh cairkan darah tu. Kena ingat pesanan doctor ni sampai bila2.

Anak dah dapat kaki, lain pulak kecederaannya.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...