Dinner at Rimbun Bangi

Monday, December 3, 2012


Salam semua

Aktiviti malam sabtu lepas, kami bawa Rizqin dinner dekat Restoren Rimbun Bangi. Sebenarnya mama yang nak makan dekat sini. Bila papa tanya nak dinner dekat mana. Terus mama teringat mix grilled dia yg sedap tu. Ada lamb,ada chicken & beef plus french fries yg besar. Sos chili campur mayonis. Sos black papper nyer tersangat lah sedap. Satu pinggan berharga RM16. Puas hati makan.

Sejak ada Rizqin, baru kali nilah kami datang lagi makan kat sini. Dulu2 masa Rizqin dalam perut selalulah mama ngan papa makan kat sini. Kalau ke bangi, sini lah kami singgah. Tapi dulu murah sikit kot, kalau tak silap RM13 sekrg mcm dah naik harga je..

Mula2 sampai muka dah boring..nasib baik ada meow meneman Rizqin...


Aktiviti tenung menenung...


Untuk Rizqin kami order french Fries aje sebabnya mama lupa nak bawa makanan Rizqin hahaha...air bagi air kosong aje untuk Rizqin TAPI Rizqin dah mencilok air laici papa.

Gaya lepas cilok air laici papa...






Rizqin sebenarnya tak pernah minum manis selain susu. Selalu minum air masak aje. Sekali dapat minum heaven giler. Jakun semacam aje anak mama ni. Kami yang tengok pun terus hairan. Mula terfikir entah2 dekat Nursery, dia minum macam2 kot. Takut je kena suap dengan air manis. Harap2 tak ler...dia bukan boleh tengok orang minum atau makan semuanya dia nak.


Dah puas duduk, mula nak jalan2 pulak. Mengamuk2 nak keluar dari baby chair.


Gambar makanan pun tak sempat ambil. Sebab tak keruan melayan budak kecik sorang ni. Abis mama makan, dia bantai berjalan2 kat meja2 orang lain. Tenung orang yg tengah makan, lepas tu patah balik. Pusing2. Nak panjat tangga. Letih bawak budak kecik ni.
Makan pun rasa tak puas..hehehe...terkejar2.








0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...