Cirit birit lagi

Tuesday, December 4, 2012

Salam semua...

Hari jumaat lepas, balik dari nursery, Rizqin asyik poo poo aje. Dah syak dah ni mesti ada yang tak kena. Sabtu pun sama. Ahad sampai 6 kali dia poo poo. Sudahlah malam minggu tu, makan steamboat dengan Flamingo Sunway. Dialah orangyang paling enjoy makan sebabnya dapat makan ais krim sampai abis baju & seluar. Makan nasi goreng cina, ayam goreng, biskut, marshmallow.

Esoknya asyik berak2 aje. Malam isnin, terpaksalah mama meredah hujan bawa Rizqin ke klinik. Papa ada kerja malam tu. Mula tu tak mahu bawa tapi tengok dia asyik membuang aje. Pukul 9:15 bawak jugak dia ke Klinik Azizah.

Yang sakit hatinya, sudahlah hujan, sampai dekat kereta tengok2 car seat dia dekat belakang. Sampai hati papa tak tukarkan ke depan. Sudahlah hujan, scroller pun tak ada. Sebelah pegang payung, sebelah tangan dukung Rizqin. Berpeluh2 mama walaupun tengah hujan. Mama letakkan Rizqin kat seat belakang, suruh dia duduk diam2. Siap cakap..Rizqin duduk diam2 yer, mama nak letak seat Rizqin ke depan. Alhamdulilah dia faham, dia cuma berdiri aje dekat tempat duduk tu, takut jugak dia terjun ke bawah sebab ada botol minyak hitam kat bawah seat tu.

Mama pun keluarkan seat dia , sekali tak boleh daa..sebabnya kereta MYVI sebelah tu rapat sangat. Sambil mandi hujan, nasib baik renyai2..cuba jugak keluarkan seat tu, then masukkan ke tempat duduk depan. Ngam2 muat seat tu. Settle. Nak ikatkan seat dengan belt satu malasalah lagi timbuk sbb tak nampak tapi tak nampak tempat nak cangkuk belt tu. Aduhai tensionnya mama masa ni. Masa ni fikir, ah lantak ler...tak yah ikat.

Seat dah settle, macammana nak pindahkan Rizqin ke depan ni. Sudahlah hujan. Terpaksalah Mama transfer kan dia dari celah antara seat tu. Suruh dia duduk dekat stereng kejap. Lepas tu cepat2 mama ke depan. Letakkan dia ke seat sebelah. Ambil  seat belt tu, silangkan dekat tangan dia. Sudahnya Rizqin tak boleh gerakkan tangan nya. dah macam kena gari hahaha...kesian dia. Lupa pulak nak ambil gambo sebab dah kelam kabut.

Sebelum gerak, sms papa.." sampai hati papa, tak alihkan seat Rizqin ke depan..dah lah hujan, kereta parking dekat kereta sebelah...blah blah blah lagilah...

Papa reply " sorry papa terlupa" ...grrrrhhh rasa nak gigit aje...mama ni dah keletihan. Nasib baiklah mama ni jenis mama yang independent. Kalau tak tak tahulah maunya naik rumah balik. Mengenangkan anak sakit..redah jugaklah. Usaha agar sampai ke klinik.

Sampai klinik nasib baik tak ramai orang. terus dapat jumpa doctor. Doctor kata, ni kena virus apa tah..je, ve...tak ingat daaa...doc bagi ubat cirit. Rupa macam ubat gastrik yg warna putih tu aje dengan air garam. kalau bernasib baik doc kata 4 hari dah  baik..tak bernasib baik 2 minggu pun belum tentu baik. Anak saudara doc tu, dia kata sampai 30 kali cirit sehari..tapi aktif semcm. Sama lah macam budak sorang ni, tak de tanda2 yg dia mengalami keciritan..hehehe..segar bugar...tengoklah kalau tak caya...

Memanjat kerusi, berjalan2 dekat klinik tu lepas tu sembam muka kat peha mama, takut..tah apa2 tah.













0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...