Citer pasai kemas rumah ni memang tak akan pernah abis. Pantang ada masa terluang, saya memang suka sangat mengemas rumah. Dah kemas, kemudian sendiri buat sepah. Tapi kadang2 papa dengan Rizqin yang jadi tukang sepah. Stress mama ni tau. Habit Rizqin sepahkan barang mainan. habit papa pulak letak beg dan kunci rumah atas meja makan. Beratus kali cakap dah tapi macam tu jugak perangainya. Last2 mama juga yang jadi tukang kemas.
Disebabkan sabtu baru ni kami tidak kemana2. So ada lah masa untuk masa mengemas rumah. Selepas selesai masak lunch dan breakfast untuk Rizqin & papa, dalam pukul 10 pagi.
Ruang membasuh ni memang kecil aje untuk sebuah Apartment. Muat2 untuk letak mesin basuh dan sidai baju. Mesin basuh ni kedudukannya dah 5 tahun macam tu aje , dari start pindah smpilah ke hari ni. Cuma yang berubah barang2 yang dekat tepi tu aje. Kemas2 rasa serabut bila buka aje pintu dapur. nampak segala macam barang dengan baldi, penyapu sampah, sabunlah. Tu belum masuk periuk belanga lagi tu hehehe...
Before dikemas
Gambar periuk...serabut2
Barang2 : besen mandi Rizqin, lesung batu,rak pinggan, mcm2 lagilah....menyampah tengok
So
Setelah di fikir2 rasanya2 eloklah kedudukan mesin basuh tu di alihkan. Dulu pernah nak alih tapi rasa berat pulak mesin basuh ni nak di gerakkan. Jadi impian nak ubah kedudukan mati terkubur. Kali ini cuba lagi, rasa ringan pulak. Terus alihakn tanpa pertolongan papa. Malas nak suruh papa. Nanti dia banyak tanya.
Langkah 1: kemaskan rak periuk
After :-
Asalnya rak ni untuk letak segala macam tepung dan biskut2. Nampak tak cantik bila letak bekas2 makanan jadi ideanya kita letak dekat luar dan susun periuk belanga disini.Periuk ni dulu kedudukannya di kabinet dapur. Bawah kabinet banyak sgt lipas, kadang nak guna periuk pun kena basuh banyak2 kali sebab geli. Idea terbaik letak aje periuk2 disini. Susun elok2 jadilah macam ni. Ada 2 periuk kena buang sbb dah tak elok. Ngamlah semua space dapat digunakan. Kiri kanan gantungkan kuali. Nampak lebih kemas.
Langkah 2 : Ubah kedudukan plastik sampah disebelah pintu. Supaya senang dicapai. Tak perlu jalan jauh.
After
Langkah ke 3 : Ubah kedudukan mesin basuh.
After :-
1. Kedudukan mesin dah berada ditengah. Sebelah pintu.
2. Ditepi mesin, saya sorokkan baldi, tong2 air , dynamo & softlan. Kurang sikit semak.
3. Gantungkan besen dibesi tingkap bilik air. Letakkan hook, gantung aje.
4. Bawah tingkap, letakkan rak bertingkat. Dalam rak tu, saya letak sabun basuh serbuk.
Tingkat ke 2 dan ke ke 3, letakkan hanger.
5. Penyapu gantung dekat tingkap. Rasa mcm serabut, mungkin akan dialih kesebelah besen nanti. Cecair pencuci cermin pun saya gantung disitu.
6. Bekas putih yang tergantung tu, saya isi hanger baju Rizqin dan penyepit baju.
Langkah ke 4 : Kemas para ( tak tahu nak letak nama apa..para ajelah)
Time ni papa datang membantu. Sebenarnya saya tak ada idea nak kemas para tu. Semua idea datang dari papa. Semua barang papa turunkan. Termasuklah surat khabar lama. Masa turunkan surat khabar, sambil tu papa membebel. "Nak buat apa paper lama ni? Menyemak aje" uik...dalam hati .."Papa ni nak tolong mengemas ke nak tolong membebel? " Layan je lah bebelannya sambil buat muka ketat.
Rizqin time ni kat mana? dia pun sama sibuk menangis..nak tolong mengemas...kejap nak periuk kejap nak tupperware. Tak dapat meraung. Sama sibuk.
Mula2 , papa alihkan surat khabar. Kemudian turunkan rak2 pinggan. Tukarkan papan kepada alas putih tu (tak ingat apa nama daaa).
Kiri kanan dan belakang, letakkan kotak yang telah dipotong empat segi kemudian diikat guna cable tie. Cara ni saya memang tak pandai. Serah bulat2 pada papa.
After :-
Keserabutan dah tak ada. Cuma kena tambah alas kaki bagi cun sikit lagi.
Part 1 : Laundry room settle.
Next entry : Kitchen.
5 comments:
Wahhh...suke2...plg teruja bab organise periuk n kuali2 tu..oh mmg idea yg MENARIK!! suka2 ;D
Bagusnya...
Jika ada usaha dan kesungguhan tidak mustahil dapat menyusun atur dengan baik sekali... hihi
Tak sabar nak tunggu next entry, kitchen lak!!
Salam kenal...
www.apabilaazambercerita.blogspot.com
Saya follow sini ye...=)
Fizah, thanks...selalu org susun dlm kitchen kabinet kan...tapi saya buat style open..hehehe..
Diana, bila kita join geng2 susun atur ni..secara tak langsung minat tu berkembang dlm diri...semangat berkobar2 nak rumah kemas...sabar yer..citer pasai kitchen nanti saya update...saya pun dah follow blog awak..good luck...
Assalam. first time singgah kt blog mama rizqin ni. best bc psl susun atur semua ni.
waalaikumusalam...tq cplud miera..saya dah terjah blog cplud miera...cantiknya rumah....nak2 bab kitchen cabinet tu...
Post a Comment
Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...