Baru je usia menjengah 1 tahun 9 bulan, Rizqin demam lagi...sudah 3 hari dia demam, demam waktu malam...hari pertama dia demam, dia kejutkan mama pukul 5:30 pagi...tepuk2 perut mama, sambil pang.gil."mama mama"...ingatkan nak susu. Sekali rasa badan panas sangat. Terpaksalah mama bangun buatkan susu dan bagi ubat demam. Pagi esoknya dah tak panas. Elok macam biasa. Malam ke 2 pun sama.tepuk2 muka mama...dan panggil mama..."mama'" tepuk muka "mama"..mama ingatkan dah pagi, rupanya baru pukul 2:30 pagi. Pegang badan seluruh badan panas. Esok pagi elok. Bila petang ambil dari nursery, badannya dah panas semula.
Mama bawa balik rumah dulu, Bagi dia makan tapi tak makan pun...nasi semuanya ke lantai. Agaknya tak ada selera or tekak sakit. Lepas makan baru bawa ke klinik.
Sementara nak tunggu turn masuk jumpa doktor, demam pun sempat lagi nak menulis kat kaunter pendaftaran klinik. Dia tahu dekat situ ada pen & kertas. Sbb terlalu kerap pergi klinik tiap bulan..dia dah hafal mana pen, mana kertas dan kat mana ada buku.
Macam dah pandai baca...
Yang kelakarnya gambar orang tua pun dipanggilnya baby...biar betik anak ku ini hehehe...jauh benar rupa org tua dengan baby....
Nampak gambar baby ..baby baby katanya
Gambar makanan...lagilah dia suka tengok.
Baru nak tengok gambar makanan, nama dah dipanggil..."Adik Raja Muhammad"...selalunya bila pergi klinik...nama Rizqin akan dipanggil yang depan aje...sedap pulak bila namanya dipanggil "muhammad" rasa sejuk perut mama ni..
Demam dia cecah 38 darhaj celcius. Walaupun sebelum pergi klinik mama dah bagi ubat. Still panas tak turun2. So doktor bagi ubat " punggung". Kesian dia sakit sbb dia sembelit. bawah tu merah2 tapi doktor kata kena bagi jugak. Doktor bagi cream utk hilangkan merah2 dibahagian dubur dia tu....
Part paling dia tak suka, bila kena buka mulut untuk check tekak. Dia akan tutup mulut serapat2nya. Tapi doktor dapat gak tengok...bengkak sikit dibahagian tekak patutlah tak selera makan.
Part paling dia suka, bila doktor check dada...dia akan diam aje tengok apa doktor buat. Alhamdulilah paru2 dia clear. So doktor hanya bekalkan ubat demam sahaja.
Bila suruh timbang berat, dia memang tak duduk diam.Berat semalam 11kg. Alhamdulilah. patut tak larat mama nak dukung.
Apa yang mama belajar, bila anak kecil sembelit, doktor tak akan bagi ubat tapi elok katanya diberi buat papaya or banana. Biar sembelit tu hilang secara natural. Sebab usus budak kecil ni tak matang lagi, kalau beri ubat, takut ususnya terbelit.
Setakat ini, banyak perkataan yang Rizqin dah belajar & dia asyik bercakap aje...antaranya :-
1) wow - ni dia belajar dari iklan kat TV. Iklan kosmetik kot...
Dia tahu masa bila nak guna perkataan "wow" ni..biasanya bila time2 terkejut ke, time2 teruja ke...tetiba dia sebut "wow"...
Dia dah tahu , sampah perlu dibuang kat mana. Kalau sebut buang aje..dia akan menonong2 pergi dapur untuk buang di bakul sampah.
Sekarang hari2 nak naik motor. Keluar aje dari kereta kat umah. Dia kan tunjuk tangan kat parking motor. "Ma, nak duk" -maknanya nak naik motor round2 taman...
Pampers dah tukar ke size L...M dah tak muat...mmmm..sekejapnya anak mama dah besar...
Huruf hijaiyah dah banyak dia tahu..alhamdulilah...
Moga Rizqin terus membesar dengan sihat dan cepat dapat memabca Quran.
2 comments:
Banyak bende rizqin dah pandai ye.....
Best kan meneliti tumbesaran anak... Saya pun dari dulu banyak entry pasal anak... Bukan apa, nanti anak dh besar boleh kita ulang2 baca balik perkembangan anak2 masa kecil kan..?
Pasti kita rindu akan saat2 itu....<3
Yelah Diana, bila rindu2 boleh baca balik. Kalau tak tulis kat sini takut lupa...bila anak dah besar, dia boleh baca sendiri perkembangan tumbesaran dia masih kecil2 dulu...tak perlu nak perah2 otak mengingat :-)
Post a Comment
Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...