Aktiviti Labour Day ke Daiso cari Child Safety Lock

Thursday, May 2, 2013

Salam semua....

Cuti Labour Day..apa anda semua buat?

Nama aje cuti...tapi sebagai isteri & juga mama...tak ada maknanya cuti. Kerja rumah still tak cuti2. Setengah hari mengerjakan baju2 kotor untuk dicuci. Masak untuk Rizqin. Sediakan breakfast untuk papa. Kemas2 rumah,Lipat baju. Tak larat mata nak tengok baju penuh bakul & rumah bersepah. Mahu tak mahu terpaksa jugak uruskan semua kerja rumah seperti biasa. Jadinya istilah "Labour Day" ni buat ibu2 bekerja macam kami ni hanyalah bermakna 'cuti dari pergi kerja..tapi kerja tetap tak cuti". Pukul 2 petang, barulah mama dapat keluar rumah.

Destinasi 1,  ke Plaza Alam Sentral. Semalam last day utk "gadget promotion". Misi adalah mencari screen protector hp & casing hp. Punyalah ramai manusia kat sini. Parking pun tak ada. Last2 parking dekat zon tunda..hehehe..tawakal ajelah. Lagi pun sekejap je nak cari barang. ATM machine pun kehabisan duit. So tak dapat lama2 dekat sini. Kena cari ATM kat luar.

The store pulak ada sale  Anakku...dapatlah sepasang baju Rizqin. Tak sempat nak gali2 cari baju sebab papa nak cepat. So rembat aje apa yang sempat.

Destinasi ke 2, cari makan. Makan nasi ayam dekat shah alam...tempat mama tak ingat. Sedap jugak nasi ayamnya. Rizqin asyik nak nak nak aje. Order ABC time panas2..sedap...Rizqin pun tumpang sekaki...



Destinasi ke 3, MBO Klang. Pun ramai jugak orang. Kat ruang legar ada jugak warehouse sale. Papa terpedaya dengan madu Tualang...sebotol RM48 (yg ni dah campur sikit), yang aslinya RM70. Rizqin makan 2 sudu kecil tu. Terus tak reti diam. Mama sempat cari seluar Rizqin. Dapat sehelai seluar.

Sebelum tu masuk Daiso dulu, misi mencari Safety Lock & Corner Protection. Mama tak jumpa2 benda alah ni. Tapi papa dengan jayanya dapat cari.

Mama memang dah lama nak cari sebab dah tak tahan hari2 bergaduh dengan Rizqin pasai dia suka buka fridge. Pas tu keluarkan semua barang keluar. Sehari sebelum tu, mama dah beli dekat Cosway tapi susahnya bila nak buka fridge. Macam nak bukak butang baju. Sampai sakit2 tangan dibuatnya. Tak boleh jadi itu yang pergi cari dekat Daiso pulak.

Ini lekat dekat Fridge. Senang sikit nak cabut. Press je button bulat tu..terus boleh cabut.






Ini pulak, utk letak dekat almari. Rizqin suka sangat buka pintu almari.


Yang ni pulak utk corner protector. Rizqin dah makin tinggi. setakat bucu meja makan tu, kerap sangat kena kepala dia. Tapi silap2 hari bulan, dia cabut buat masuk mulut. 


Lekat dekat meja makan


Lekat dekat rak tv




Destinasi seterusnya, kerumah Atar Rizqin. Lepas maghrib baru balik. Singgah makan dekat tepi jalan. Makan sup cendawan ngan nasi goreng cina. Bukan main banyak Rizqin makan.. Sekarang dah susah nak control Rizqin makan. Tak bagi kang, dia asyik sebut nak, nak..walaupun dah bagi biskut..biskut dia tak pandang.Redha jelah kalau2 makanan tu ada MSG. Tu pun bagi sikit2 je. Time makan kat kedai jugaklah dia boleh rasa2 sikit air2 manis papa dan mama nya. Masa nilah dia nak rasa teh o ais ke, fresh oren ke, Laici ke. Tu pun bg sikit je. Hujung2 straw. Nak selamat order ais kosong letak straw. Janji dia dapat minum macam mama & papa.

Tu aje aktiviti labour day kami...


1 comments:

Fizah said...

wahhh daiso =)

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...